Friday, June 11, 2010

BLOG DITUTUP

MAAF..BLOG INI TELAH DITUTUP

y benar..mohd luqman mohd napi (pemegang amanah pasword dan emel bagi blog beliau)

Wednesday, May 26, 2010

MISSION COMPLETE….REALITI BILA ADE ORG Y RASA DIRI PANDAI..KASIHAN

ALHAMDULILLAH..SELESAI MAJLIS PEMBACAAN KITAB UTK SEM NI

Segala puja dan puji aku panjatkan kepada Allah SWT..kerana dengan limpah izin rahmat dan kurniaNya maka dapatlah aku menghabiskan majlis pembacaan kitab Kifayatul Muhtadi dan Bughyatu At Tullab berkenaan dengan rukun solat bersama sama dengan para jemaah di Balai Islam..

Kitab bughyatu at tullab..karya syeikh Daud Fathani

Kitab Kifayatul muhtadi syarah sullamul mubtadi karya syeikh Muhd Nor al Fathani

Alhamdulillah…satu kerja agama yang sangat berat amanah yang dipikul namun dapat diselesaikan dengan pertolongan Allah SWT semata-mata..Kerja agama yang bersat kerana kita memikul amanah ilmu ..dan pastinya akan ditanya di hadapan ALLAH SWT nanti atas dasar apakah kita menyebarkan ilmu..adakah supaya kita ni dinyatakan alim ataupun bijaksana atau semata-mata demi mengharapkan ridha Allah…?

Hmmm…aku bukan ape..mule2 malas gak nak sembang kat surau tu tentang fiqh..rasa cam tak syok je…tapi bile fikir2 balik..rasa macam rugi je kawan2 guru pelatih yang tak de motor dan tak de kereta nak kuar gi dengar ceramah kat masjid-masjid luar mcm KUSZA n surau Haji Yahya..(y ade motor n kereta tapi tak guna motor n kereta pg dengar ceramah lagi la rugi…nak nak y guna kereta y mak bapak bagi wap angkut awek…wek…blah la korang..aku menyampah betol ngan situasi ni..) so demi mengisi lompang kekosongan tu aku mengajar la sedikit tentang rukun solat dalam mazhab syafie…matlamat aku hanya 2:

Pertama mendapat redha Allah..n pahala y berterusan hingga kiamat walaupun aku dah mati..iaitu warisan ilmu bermanfaat y diajarkan..

Kedua ialah supaya kwn2 guru pelatih ni takde la jauh sgt dgn system pondok..takde la jahil sgt tentang ilmu fiqh mazhab sendiri..n 5 tahun dengar kuliah kat maktab ade jgkla y diorang dapat..ilmu y bersesuaian dengan intelek mereka..

Aku harap betul fungsi balai islam al muttaqin ni akan jadi macam masjid al azhar suatu hari nanti…subur dgn halaqah dan majlis ilmu..

Lagipum rasanya ilmu daripada kedua buah kitab pondok ni jarang dibahaskan dalam kuliah2 fiqh…

Dan tak kanla umur dah 20 masih lagi nak solat guna ilmu asas farhu ain yang belajar sewaktu kelas KAFA dahulu..tak logic la…sepatutnya semakin bertambah umur..semakin bermutu dan berkualiti amal..

Hhhmmm..apepun syukran kpd sume ahli jemaah y mendengar…semoga mendapat manfaat drp ilmu tersebut…

Syukran kabir aku ucapkan kepada pamie..wan din ..zu..din sains..hanafi..hakimi..yang tak pernah miss kuliah kecuali atas sebab sebab tertentu..n syukran jgk pade jah..farehah sn sem 3 n kawan die..saadah..amirah..rosdiana..hanim..ude..mazaini..naib exco penerbitan..n sume muslimat..aku tak kenal korang..sowe…jgn marah ..semoga solat kita semakin mendekatkan diri kita kepada Allah..dengan ilmu tersebut bertambah tahu,faham dan khusyuk kita dalam solat…

Just ape y sedihnye tak ramai junior pai lelaki y nak dengar kuliah..

Kawan2 aku…huhu..

Junior pai sem 1..huhu

Junior pai sem 2…huhu

Diorang tak pernah ade pum dtg n dengar kuliah aku kecuali seorang drp pai sem 1 lelaki..tu pum sekali je..ye la ..nak wap camne..diorang ni maybe dah alim kot..haha..ataupun menuntut ilmu kat masjid lain..(sangka baik..)…ekgi group aku sem 3 akan kuar..jadi beban utk bimbing masyarakat IPG ni akan terpikul atas bahu korang plak..lau korang wap perangai bodoh tapi sombong gini..camne korang nak bombing masyarakat islam..kalo diri korang sendiri puma de ilmu tentang solat y korang belajar sewaktu sekolah menengah dulu…tak kemana…renung2kan adik-adikku..

Kepada junior pain kawan2 ..aku nk nasihat sket pade korang..korang ni nak jadi ustaz..tapi kenapa tak didik diri korang dulu dr sekarang..tambah bekalan ilmu..jgn riak sgt adik-adik n kwn kwn dgn ilmu y kite ade tu..berasa cukup dengan ilmu kita dah menandakan kita memilih utk jadi jahil..

Orang kat masjidil haram pum dengar kuliah gak..ni kuliah syeikh salih al luhaidan kat masjidil haram…syeikh tengah syarah hadis..ramai kan org y join halaqah…subhanallah

Aku ngaku ..aku agak terkilan..tapi takde la sampai patah semanagr…mazhab sendiri pum korang tak faham..ape nak jadik la…asyik dengan facebook..game..makan..awek..n sebagainya..aku harap korang berubah…BERUBAH….!!!!!! Dulu mase aku asyik paksa korang..korang kate aku garang…UST QI ni macam TALIBAN…!!!!..UST QI TALIBAN…skang bile aku biar korang..korang yang jadi macam lalang..tak tetap pendirian…hmm…jagelah solat jemaah tu..n lazimilah kuliah dan menadah kitab…takkanla korang nak masuk dalam masyarakat n jadik kera sumbang?nanti mulela bagi fatwa merapu n meraban…paling kurang lau korang tak mau dgr kuliah kat balai..pegi la dgr kuliah kat tempat lain pun…

Aku berharap sgt budak2 pai jadik macam ni..pakai jubah..duduk elok2 dengar kuliah…dah sedar diri nak jadi org agama..kena lengkapkan dirila…

Hmm..to all pendengar kuliah..insyaAllah sem depan lau ade rezeki aku nak sambung kitab taharah plak…tak pum puase…tgok la…hadis ke…tafsir ke…kite bincang2 sket..tambah2 ilmu sikit..maybe 3 benda kot…aku plan 10-15 minit awal nak ajar tafsir..then 10-15 minit pertengahan nak ajar hadis..last 10-15 minit plak nak ajar fiqh..kurang2 kita dapat 3 jenis ilmu…

Kkk…semoga Allah SWT menjadikan ilmu y kita pelajari ni ilmu y bermanfaat..iaitu ilmu y menambahkan takut kita kepada Allah SWT..n..menjadikan ia hujah kita dihadapan Allah nanti..bkn hujah Allah di hadapan kita..serta jauhilah kami Ya Allah daripada merasa diri pandai dan tidak perlu lagi menuntut ilmu..amen…salam…

Tuesday, May 18, 2010

BENCI MAKSIAT BUKANNYA PEMBUAT MAKSIAT

STARTER: IBRAH DARI KISAH ABID YANG RIAK

Tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah Habib Ali al-Jifri hafizahullah berkenaan “ Pandangan” . Saya terfikir kalau semua orang dapat amalkan seperti apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah sudah tentu akan wujudnya berbaik sangka dan berlapang dada dengan semua orang.

Kisah seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israel yang tidak pernah melakukan maksiat selama hampir 100 tahun . Hebatnya beliau sehingga bilamana berjalan di bawah terik matahari maka beliau akan dilindungi awan. Namun disebabkan ada rasa takabbur di dalam diri bilamana bertemu dengan seorang ahli maksiat. Maka nikmat tersebut terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut. Mengapa boleh terjadi sedemikian? Ya, hanya kerana si lelaki ahli maksiat tersebut punya rasa rendah diri bilamana bertembung dengan ahli ibadah tersebut. Rasa tidak layak bilamana dirinya yang hina bertembung dengan seorang abid yang mulia. Manakala si abid, merasa jijik bilamana bertembung dengan ahli maksiat tersebut. Disebabkan sisi pandangan yang berbeza antara satu sama lain, maka ini menyebabkan nikmat yang Allah taala berikan kepada si abid iaitu dilindungi awan setiap kali berjalan terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut.

MasyaAllah, inilah sari pati ilmu Tasawuf yang diperjuangkan oleh para ulama Ahlusunnah Wal Jamaah. Tidak merasakan diri lebih daripada orang lain. Tidak merasakan bahawa hanya diri ini yang layak masuk ke Syurga Allah taala. Bilamana melihat seseorang yang tergelincir daripada jalan Allah taala, terus ditempelak dan dicaci maki zat si pembuat maksiat tersebut. Seolah-olah si ahli maksiat sudah tidak punya peluang untuk bertaubat. Kekadang lupa, kemungkinan orang yang kita caci maki kerana maksiat yang dilakukan olehnya mungkin bisa menjadi seorang yang lebih baik daripada si pencaci. Allah taala berhak membolak-balikkan hati seseorang.

BENCI MAKSIAT, BUKAN SI PEMBUAT MAKSIAT

Ini yang perlu ada pada seorang muslim yang sejati. Kita membenci maksiat dan kesalahan yang dilakukan bukannya zat pembuat maksiat tersebut. Perumpamaannya mudah :

“ Kita membenci bau busuk pada bangkai tersebut, bukannya pada bangkai itu sendiri. Ya kemungkinan bangkai tersebut adalah binatang peliharaan yang paling kita sayangi sebelum rohnya dicabut. Namun bilamana rohnya sudah dicabut, serta berlalunya waktu tertentu menyebabkan mayat tersebut berubah baunya menjadi busuk. Adakah dengan sebab bau busuk pada bangkai tersebut menyebabkan kita terus mencaci maki binatang kesayangan kita sendiri?”

Ya begitu juga dengan maksiat. Kita ibaratkan ianya sebagai bau busuk yang ada pada seseorang. Bau busuk tidak akan hilang jika semua hanya pandai mencai maki semata-mata. Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.


SAYANG TAK SEMESTINYA BERDIAM DIRI

Ya, sayang kepada seseorang bukannya bermaksud kita akan berdiam diri bilamana melihat dirinya melakukan maksiat. Namun apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan terbaik bagaimana ingin mengubah perkara tersebut. Ini barulah sayang yang sebenar. Kalau kita berdiam diri daripada menegur , maka ini bermakna kita menyukai sahabat kita menjerumuskan dirinya ke dalam neraka. Sayangkah begitu?

Cara memalukan seseorang dihadapan orang ramai, menjatuhkan air mukanya bukanlah cara yang terbaik. Malah akan menyebabkan semakin jauh daripada kebenaran.

Kebanyakkan orang yang baik bilamana melihat seseorang tidak memakai tudung akan mengatakan : “ Ish.. Teruknya dia tu, tak pakai tudung!!” .

Mengapa kita tidak cuba mengubah perkataan kita kepada : “ Kenapa dia tak pakai tudung? Bukankah ianya wajib? Emm, mungkin dia tak dapat penjelasan sebenar berkenaan fadhilat memakai tudung. InsyaAllah selepas dia memahami akan hukum hakam memakai tudung dia akan berubah sedikit demi sedikit. Berkemungkinan dia akan jadi lebih baik daripada diri aku satu hari nanti”

KEMUNGKINAN DOSA YANG DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN DIRINYA HAMPIR DENGAN ALLAH TAALA

Jika difikirkan sedalam-dalamnya, ya mungkin inilah hikmahnya mengapa Allah taala menjadikan dosa dan pahala. Ada orang yang terfikir di benak fikirannya “ Mengapa perlu ada dosa? Kan sudah baik kalau yang ada hanya pahala semata.”

Jika berdosa barulah kita akan rasakan betapa diri ini hina di Allah taala, merasa ingin bertaubat serta menghampirkan serta meletakkan sempadan di antara dirinya dan dosa.

Mengapa perlu ada busuk? Rasanya sudah memadai jika wangi meliputi buana.

Cuba fikirkan sedalam mungkin. Jika tidak punya bau busuk, bagaimana kita boleh membezakan ini wangi dan itu busuk? Jadi semua yang Allah taala jadikan punya hikmahnya. Kita diberikan akal untuk berfikir. Gunakan akal untuk kebaikkan, gunakan akal untuk ISLAM, gunakan akal untuk UMMAH.

Semoga diri ini mampu beramal sebelum mengucapkannya. Amin Ya Rabb

NOTA-NOTA PENTING 62 TAHUN NAKBAH

Apa itu Nakbah ?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengistiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

  1. Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
  2. Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
  3. 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak.....

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah ?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.

3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.

6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kespelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.

7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.

8. Peningkatan serangan ke atas al Quds oleh ekstrimis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al Aqsa.

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

1. PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’

2. Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.

3. Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?

Tidak

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

1. Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin

2. Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria

3. Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.

4. Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.

5. Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis

6. Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai serai 1.5 juta penduduk.

7. Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.

8. Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al Ayyubi dengan...

1. Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.

  1. Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam

3. Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah danan memelihara diri daripada maksiat.

4. Membuat persediaan perjuangan yang sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa

5. Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman” - Surah Ali Imran: 139

Semoga kita bertemu di Baitul Maqdis

Sunday, May 9, 2010

IBU..IBU..ENGKAULAH RATU HATIKU...

PENGHARGAAN BUAT PARA IBU SEDUNIA

Sempena hari ibu..aku tak tau nak luah ape…cume y penting aku bersyukur dikurniakan seorang ibu y amat memahami…. Semua orang pasti akan mengagungkan ibu masing-masing… Alhamdulillah…tu tanda dan ciri anak soleh…begitu juga dengan aku..namun aku turut berterima kasih pada semua ibu bapa orang lain y telah melahirkan sahabat y aku hormati dan org-org y aku sayangi…terima kasih wahai ibu-ibu (terutama sekali umi) yang meminjamkan rahimmu sebagai tempat kami membesar…dan bersusah payah menanggung azab melahirkan kami ke dunia untuk berukhuwah…

Selepas hantar msg selamat hari ibu pada umi…aku terasa nak type jugak msg hari ibu kpd beberapa orang mak sedare aku …yang sangat tegar membudayakan budaya kasih sayang dalam keluarga besar kami…

Mak Ngah di Kemahang…

Mak ngah di kemahang ni kakak ipar umi..kahwen dengan abang umi..ayah ngah..tapi ayah ngah dah pulang mengadap Allah…hidup mak ngah penuh penderitaan…sejak kecil disisihkan keluarga…dia dianggap pembawa sial dalam keluarganya…rawan hati melihat ujian yang ditempuh mak ngah..membesarkan anak-anak sebagai seorang ibu tunggal…dengan penuh sabar mendidik anak-anaknya mengenal Allah dan menjadi mukmin dan mukminah sejati..mak ngah tak pernah sunyi dengan kuntuman senyuman…walaupun susah , hatinya tetap kelihatan senang…n mak ngah sentiasa cium kami anak-anak sedare di dahi walaupun kami (aku dan adik2ku ) dah besar…anak sedare dilayan macam anak sendiri..dulu time aku dapat result SPM..mak ngah hulurkan RM 50..aku rasa sebak..baiknya budi mak ngah…walaupun dalam kesusahan..tetap tak lupe anak sedara..aku tak amik….tapi mak ngah pakse…jadi nak jaga hati aku terpaksalah amik..kemudian perlahan lahan aku letakkan duit RM 50 mak ngah tu dalam genggaman anaknya bimbang mak ngah nampak… tak baik buat orang tua kecil hati…. takpelah…walaupun makngah miskin harta..tapi hati mak ngah cukup kaya….aku cakap…”cukup doa mak ngah utk abe long”…

mok berbaju hitam

Mok di kampung …(adik kepada ayah..ayah anak sulung)

Aku type juga msg pada mok di kampung…”selamat hari ibu “kataku …mok hidup sederhana sahaja…ada 5 orang anak…4 perempuan 1 lelaki….anak perempuan mok semua berjaya..masuk university…dan diorang dah jadi macam kakak aku..koz aku takde kakak…walaupun mok hidup cara orang kampung namun wajahnya cukup sejuk dipandang…tak kusut dan comot…tenang di ingatan…mok banyak mengajar aku falsafah kehidupan… mengajar aku menghargai sesebuah perhubungan…mengajarku norma kehidupan dan asal usul keluarga kami…walaupun mok ni warga kampung..namun mindanya penuh dengan pelajaran…mok rajin membaca..otak mok selalu bergerak…mok layan aku dan adik-adikku betul-betul macam anak sendiri..tanpa pilih kasih..tanpa anak tirikan kami…sardin yang mok suapkan dalam mulut kak teh, kak cik, kak lang…sardin jugaklah yang mok suap dalam mulut kami…mok individu kreatif…seorang wanita tabah…byk cerita tentang mok y aku nak kongsi…tapi biarlah ianya tersimpan dalam hati aku…tapi rumah mok orang cakap ade hantu..huahua…belaaan nenek moyangku dahulu…tapi takde pewaris..haha..scrary…

dari kiri: kak teh..kak lang..kakak..adik..kak chik..isha..belakang tu sepupu aku jgk..

Umi yang kusayang…

Dahulu ayah sebelum kawin dengan umi mase muda-muda ade buat solat istikharah..mimpi ayah solat sekali dengan nenek dan umi..ayah sebagai imam..nenek dan umi jadi makmum..then lepas tu ayah suruh moyang aku pergi pinang umi..Alhamdulillah..penampakan yang baik…membawa kepada rumah tangga yang diberkati..amen…tapi ayah kahwin lewat..umur 30 baru kahwin…sebab ayah anak sulung..keluarga ayah dahulu keluarga susah…ayah korbankan hidup untuk sara keluarga…(aku cite tentang ayah aku time hari bapa la..ek..)umi cukup sabar…dalam banyak kes umi sangat bertolak ansur dan memahami…air mata umi banyak kali tumpah kerana kenakalan kami…umi mase aku kecik2 garang..bila besar dah bleh buat teman..satu perkara yang aku tak lupa dengan umi ialah umilah individu yang pertama sekali mengajarku tentang TUHAN…aku cukup ingat perbualan tu…mase tu aku 6 tahun..belajar di taski abim….

“umi…kita hidup ni sembah sapo?bakpo kito keno semaye ?

Umi jawab…”kito ore isle semboh Allah…”

Aku tanya balik..”Allah tu sapo…? Duduk mano…? “

“Allah tu Tuhe kito la..yang buat abe long..buat adik apih…buat adik imi..buat dunia ni…Dio duduk di langit…” jawab umi..

“Doh tu Allah ni lagu mano…? mace manusio ko?”tanyaku lagi…

Umi jawab “Allah tu tak samo dengan kito…kito tok leh fikir dio lagu mano (macam mana)”

Saat itu aku mula mengenali siapa Tuhanku…

Umi tak pernah minta lebih daripada apa yang ada…seketul emas rezeki Allah bagi pada keluarga…seketul emas tulah yang umi manfaatkan dengan sebaik-baiknya…ayah cukup senang dengan sikap umi..

Last sekali terima kasih Allah kerana melahirkan aku atas dasar kasih sayang..membesarkan aku dengan penuh suasana kasih sayang…menghadiahkan aku dengan orang yang amat menyayangiku….dan mewarisi kasih sayang tersebut dalam diriku….

Saturday, May 8, 2010

BUKA MATAMU..CELIK FEKAH MAZHABMU

SYARAT SAH TAKBIRATUL IHRAM.

Rukun-rukun di dalam sembahyang terdapat sebanyak tujuh belas rukun:

1) Niat
2) Takbiratul ihram
3) Berdiri bagi yang mampu pada solat yang fardhu.
4) Membaca surah Al-Fatihah
5) Ruku'
6) Tama'ninah pada ruku'
7) I'tidal
8) Tama'ninah pada i'tidal
9) Sujud dua kali
10) tama'ninah pada sujud
11) Duduk antara dua sujud
12) Tama'ninah padanya
13) Tasyahhud akhir
14) Duduk ketika tasyahhud itu
15) Selawat ke atas nabi sollallahu 'alaihi waallam.
16) Memberi salam
17) Tartib ( mengikut susunan ).

Perkara yang disebut di atas adalah rukun-rukun di dalam sembahyang. Namun ana tidak berhajat untuk mengulas panjang kerana 'syahid' atau tumpuan kita di sini adalah mengenai persoalan yang dipertanyakan iaitu mengenai syarat-syarat takbiratul ihram yang dinamakannya sebagai takbiratul ihram kerana diharamkan selepasnya apa yang dihalalkan sebelumnya.

Syarat-syarat takbiratul ihram 16 perkara:

1) Berada di dalam keadaan qiam (berdiri) di dalam solat yang fardhu.
- Jika berada di dalam solat sunat maka boleh melakukannya di dalam keadaan selain berdiri seperti berada di dalam keadaan duduk dan lain. Begitu juga keadaannya jika tidak mampu berdiri.

2) Menyebutnya di dalam bahasa arab.
-Jika tidak mampu kerana kesempitan waktu untuk belajar maka boleh disebut di dalam mana-mana bahasa. walaubagaimanapun wajib dia belajar walaupun terpaksa bermusafir ke luar negeri. Setelah dia belajar maka tidak wajib dia qada' sembahyangnya yang dahulu yang mana takbiratul ihramnya dengan bahasa lain kerana kesempitan waktu untuk belajar.

3&4) Mesti dilafazkan dengan lafzul jalalah (
الله) dan dengan lafaz (اكبر) .
- Tidak boleh dengan lafaz (
الله الكبير) dan (الرحمان اكبر). Dan tidak mengapa dengan menambahkan الpada اكبر iaitu (الله الاكبر) . Begitu juga dengan menambah pada lafaz (الله الجليل الاكبر) maka tidak mengapa di sisi pendapat yang asah.

5) Tartib diantara dua lafaz.
- Mesti didahulukan lafaz jalalah sebelum lafaz akbar. Tidak sah takbiratul ihram jika kita sebut
اكبر الله

6) Tidak me'mad'kan atau memanjangkan hamzah pada lafaz jalalah.
-Lafaznya adalah sepeti ini, (
آلله اكبر). Maka tidak sah dengan lafaz ini kerana ia membawa makna istifham (pertanyaan).

7) Tidak memanjangkan pada huruf
ب pada lafaz اكبر iaitu اكبار.
- Jika kita menyebut hamzah pada lafaz tersebut (
اكبار) dengan baris atas maka ianya membawa makna gendang yang besar dan jika dibaca dengan baris bawah maka ia adalah diantara nama-nama haid. Maka kufur jika berpegang pada lafaz tesebut.

8) Tidak men'tasydid'kan huruf
ب pada lafaz اكبر .
9) Tidak menambah huruf
و yang mati atau berbaris di antara dua lafaz takbiratul ihram.
10) Tidak menambah huruf
و sebelum lafaz jalalah.
11) Tidak berhenti di antara dua lafaz takbiratul ihram samaada panjang ataupun pendek.
12) Dirinya (orang yang solat) mendengar semua huruf yang disebut di dalam takbiratul ihram.
13) Ketika sudah masuk waktu fardhu dan solat sunat yang berwaktu dan bersebab.
14) Mengadap qiblat.
15) Tidak hilang satu huruf dalam lafaz takbiratul ihram..walahua'lam
16) Mam'mum mesti takbir selepas imam.
- Jika serentak lafaznya dengan lafaz imam maka tidak sah takbiratul ihramnya.

Wallahua'lam

Rujukan:

1)Nailur Raja' syarah matan safinatun naja lilfaqih Syed umar As Syatiri
2) Kanzur raghibin syarah minhajut tolibin.

P/S: yang ni yang copy paste…pada pendapat aku syarat sah takbir ihram ada 19 perkara…

Sunday, May 2, 2010

UST QI N PASANGAN HIDUP…HAHA..SOALAN BONUS UNTUKKU

STARTER: FAMILY FIRST..THEN MY LUVLY ZAUJAH

Pelik sekali bila ada orang tanya aku tentang bakal pasangan hidup…

Hoho…nanti aku jawab lain kali koz aku nak exam ni..y penting kriteria paling utama wanita itu :

1) mesti hafal 30 juz quran

2) sanggup mandikan umi aku,tukar lampin umi (kalaula nanti umi terpaksa pakai..mintak jauhla..Ya Allah..kurniakan kesihatan kepada umiku)n urus makan minum n sama-sama jaga umi aku bila umi tua.

3) terima aku n family aku seadanya…pandai amik hati aku..umi n ayah aku..adik bradik aku..waris warah aku…

Pendirian aku..

1) Sebagai anak sulung aku tak akan kawin awal dibawah usia 25 tahun

2) Aku tak nak fikir lagi tentang rumah tangga koz aku nak tumpukan pada belajar dulu..aku nak siapkan Ensiklopedia Mukjizat Quran n Tafsir aku dulu wap mase ni kat maktab ni..

3) Aku nak curahkan kasih sayang pada keluarga aku terlebih dahulu..umi..ayah..adik-adik..aku sayang mereka..aku syg adk aku..

Pengakuan aku..

Aku ade minat kat seseorang muslimat bertudung litup nun jauh di bumi USIM sane..tapi tak de kekuatan untuk menyampaikan padanya yang aku minat kat die…

first segan pada pendirian die y x suke kapel..lebih selesa kahwin terus..second..sedar kekurangan diri y dhaif ini third ntahla…aku malas pikir lagi pasal cinta…2 kali pengalaman dah cukup mematangkan aku..fourth…(yang paling besar sekali) aku tak yakin aku akan jadi lebih bertaqwa selepas ade wanita dalam hatiku selain umiku dan 2 orang adik perempuanku..biarlah kasih sayangku tumpah pada keluargaku dahulu buat masa ini …

orang y mengenaliku SEPERTI ADIK2KU n teman rapatku akan mengiyakan y aku amat mementingkan hubungan kekeluargaanku…

aku amat menyayangi umiku..ayahku..dan adik beradikku… FOR ME NOW..FAMILY FIRST..THEN MY LUVLY ZAUJAH…

namun bila ditanya begitu..aku menjawab ada…kerana sememangnya aku telah memikirkan calonnya…sekadar fikir..FULL STOP..!!!!