Thursday, March 25, 2010

DIA BUDAK AGAMA...KAMI TIDAK....


Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.

Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.

Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.

Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.

Apakah pandangan anda?

Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.

Betul kan?

Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.

Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.

“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”

“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”

“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”

Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.

Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?

Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.

Saya suka bertanya.

Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka

Kita selalu kata begini:

“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”

“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”

Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.

Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.

Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.

Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.

Kesilapan kita, adalah di sini.

Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu

Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.

Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.

Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.

Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.

Jadi, apakah sikap kita?

Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami

Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.

Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.

Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?

“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?

Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.

Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.

Ini masalah kita.

Kemudian kita salahkan dia.

Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.

Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.

Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?

Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?

Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?

Yakni tegur, dan pimpin mereka.

Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama

Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”

Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.

Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.

Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?

“Dia kan budak agama, dia mesti faham”

Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.

Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?

Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?

Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.

So, macam mana sekarang?

Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan

Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.

“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”

Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.

Kemudian, tegur bukan sekali.

Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?

1. Kamu mati.

2. Dia mati.

3. Matahari terbit dari barat.

4. Dia berubah.

Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.

Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.

Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.

Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.

Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.

Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

Sunday, March 21, 2010

ROHKU DISIRAM HIKMAH DI MAJLIS MAULUD GROUPP PONDOK

Alhamdulillah…syukur betul koz dapat join group pondok sambut mauled kat pondok muhajirin hari sabtu 20/3 ari tu…memang suasana dan semangat keagamaan serta cinta rasul terasa lah..banyak jugak pengajaran yang aku dapat sepanjang program tersebut..

ceritanya begini..pade ptg tu ust amen ajak aku pergi ke pondok join smabutan maulid mereka..wah teruja betul aku...koz mesti best..group pondok ni kalau diorang sambut maulid mesti kawkaw punye..sepenuh perasaan cinta dan kasih pada Rasulullah..tak macam kite..yang sambut sekadar nak penuhkan taqwim kite jerk..memang seawal langkah pertama aku menjejaki pondok tu aku terasa roh cinta rasul tu cukup kuat meresap ke dalam hati-hati para pengunjung....

aku pandang kiri..toleh kanan aku tengok ramai giler orang pakai jubah dan serban..sume pakai jubah putih ...cantik jer..seragam...macam malaikat plak aku tengok sume orang...mata aku berkaca-kaca..bulu roma semua berdiri..rasa nak nages la plak...terlintas gak aku skang macam dok di alam roh je...serban semua besar-besar..wawawa..macam tak percaya..masih ramai lagi yang iltizam dengan agama rupanya...iman aku semacam termotivasi kembali...satu suasana yang pastinya tak akan dapat dilihat di IPG KDRI ...

sayup-sayup dengar suara syeikh sedang bagi ceramah..bila diselidik rupa-rupanya waktu tu syeikh rohimuddin sedang menyampaikan tausiyah berkenaan dengan tasawuf...yeye...aku minat ni.


ni gambar time syeikh tengah bagi tausiyah..ramai orang yang sedang khyusuk medengar...dengan hati yang tunduk dan jiwa yang patuh..masyaAllah..satu suasana budaya talaqqi yang amat aku rindui...
di hujung tu gambar susuk tubuh syeikh..serban yang syeikh pakai macam serban ulama syiria..tapi ade tanduk..pergh..kreatif siot...time ni aku ..bro arep..bro najmi..bro amen dok berdiri kat tangga..tak leh masuk atas surau..ramai sangat orang...cantik kan berserban...
ni gambar bahagian belakang surau...wahwah..semua sedang memerhatikan kalam syeikh..dan asyik menerima siraman kalam sufi dari syeikh dengan harapan dapat menyucikan hati yang dihinggapi titik hitam dosa dan noda...
ni gambar dari bahagian belakang surau...masa ni ape yang syeikh cakap dicatat oleh kebanyakan alhil ilmi...malu gak aku tak bawak ape-ape catatan...rugi...coz ilmu ni ibarat binatang tunggangan..kalau tak ikat..ia akan lari meninggalkan kita...binatang diikat pada tali...ilmu dipatri pada hati...masalahnya hatiku kelam penuh noda bersarang...mampukah dijadikan tempat ilmu untuk disimpan...Ya Allah jadikanlah hatiku sepertimana misbahu fi zujajah...bekas kaca yang bersinar menyala...
ni pum same...semua wajah murid tertumpu pada syeikh..mereka semua duduk rapat-rapat..bertemu bahu berlaga lutut...Ya Allah..sunnah nabi yang amat jarang dapat dilihat diaplikasikan...semua murid duduk laksana si sakit yang sedang menerima rawatan dari perawatnya...
ni selepas tausiyah disampaikan..masa tausiyah sebenarnya 2 jam..bermula pukul 8 sehingga pukul 10...namun aku hanya sempat dengar setengah jam sahaja...coz datang 30 minit je..namun alhamdulillah ..walaupun lewat dapat juga aku cerna beberapa mutiara dari kalam syeikh...

namun realitinya..aku memang tercabar bila mendengar tausiyah dari syeikh..semua kalam sufi yang disampaikan sangat tinggi nilai intelektual dan martabat ilmunya..tak sampai akalku untuk mencernanya...antara intipati yang aku dapat tangkap ialah...

1)tawakkal awam tuhma...tawakkal khawas kurbah...iaitu tawakkal orang awam itu dalam suasana ragu-ragu..manakala tawakkal orang khawas ialah satu bentuk pendekatan dirinya kepada Allah SWT..waman yatawakkal alallahi fahuwa hasbuh....barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allahlah pemberi kecukupan padanya...

2)anta mahjubum wa kulluha mahjubun...wallahu laisa mahjub...diri kita sendiri adalah terhijab...manakala begitu juga dengan alam sekaliannya..terhijab dari Allah..dan Alla SWT itu..sebagai zat yang maha Agung tidak sekali-kali diliputi oleh hijab..cuma kita sahaja yang tidak mampu untuk melihatNya...

3)nikmat dan kesenangan itu jika diterima oleh nafsu yang rakus maka ia adalah satu kesengsaraan...manakala ujian dan fitnah (dugaan ) itu jika diterima oleh hati yang redha ia akan menjadi satu rahmat dan pemberian...
ni gambar sejurus selepas solat fardhu isyak..lewat kami solat malam tu..dekat pukul 10.10 minit malam...alhamdulillah..aku menyembah Allah SWT dengan jiwa tunduk penuh malu dengan kejahilanku kepada Allah selama ini setelah mendengar kalam sufi siraman rohani dari syeikh..
tiba-tiba..jeng-jeng..terkejut aku bila turun dari surau..seliparku elok je tersususn..padahal aku tak susun pun..nilah adab para sufi..mereka tak malu dan segan berkhidmat kepada ikhwah mereka...ramai para masyayikh dn murabbi yang mursyid yang menyusun sepatu muridnya di pintu masjid...
ni waktu jamuan..alhamdulillah..pergi dalam keadaan lapar..pulang dalam keadaan kenyang...syukur ya rabb..waman yattaqillaha yaj'al lahu makhraja..barangsiapa yang bertaqwa kepada ALlah nescaya akan ditunjukkan padanya jalan keluar dari masalah yang membelenggunya....

ni lagi satu sikap para ahli sufi..bila saling berjumpa pasti akan bersalam dan saling berpelukan mesra selaku saudara seisla selaku seorang saudara seagama..futuwwah sufi...kagum..kagum...

kesimpulannya..pada malam ini aku dapat banyak pengisian rohani..rohku terasa hidup dan segar kembali..syukur ya Allah...

ERA GELOMBANG AL FATEH REFLEKS SISI PERIBADI GENIUS SAYYIDINA NABI SAW YANG QURANI..

STARTER: AKU TAK KENAL DIA …PARADOKS

Astaghfirullah..aku tak pasti ape sebenarnye yang buat fikiran aku agak terganggu..maybe coz msg hari tu yang cukup wap aku rasa macam belum pernah mengenali beliau yang aku anggap rapat selama ini..entah la..memang relatifnya titik buta tidak hanya wujud dalam retina mata sahaja..(ni mase balajar sains form 2 kat watanz) tapi tetap wujud pada persepsi kita lebih lebih lagi terhadap semua yang ada disekeliling kita..bak kata my bro..PARADOKS…huhu…namun 2 rakaat solat wuduk diikuti dhuha cukup ampuh untuk mengusir kegusaran semalam..alhamdulillah..

Anyway aku dah tetapkan yang hari nie aku nak start jadual hidup baru…jadual hidup bakal cendekiawan ulung…(ish..bombastik je bunyi die…) mm..gitu la..aku bertekad nak tumpukan perhatian kepada karya magnum opus aku iaitu Ensiklopedia Mukjizat Quran , Ensiklopedia Tafsir dan Syarah Fiqh Islam Wa Adillatuh… dan aku nak tolong parents aku banyak2 arinie..hope this day is a happy day..but I wonder what was the matter which disturbing me..huhu..speaking sket..mengasah English language aku.. (Alhamdulillah la dpt band 4 dalam MUET..hehe..tapi semua tu ujian dari Allah)…

Walaupun hari ni aku agak letih coz semalam aku rujuk 6 buah kitab fiqh mazhab maliki yang tebal-tebal..cari maklumat sedikit tentang sujud..pukul 3 pg baru tidur..(3 hari lepas aku tidur kul 4 pg coz leka membelek hampir 17 jenis kitab fiqh mazhab hanafi..semata mata nak tarjih pendapat mujtahid mazhab tersebut tentang cara untuk sujud..mula dengan anggota mana dahulu,lutut atau tangan..lg crazy..Ya Allah..aku menjual masaku kapadaMu dengan mengharapkan untung yang tidak terkira banyaknya kerana Engkaulah sebaik-baik Pembeli .)

GELOMBANG AL FATEH MENERUSI “FATEH VALUE”

Aku terpanggil untuk ulas sedikit tentang suasana semasa gerak kerja islam dewasa kini yang mana kelihatannya seperti sedang menerima sentuhan baru dalam perspektif thaqafah dan fakta melalui suntikan FATEH VALUE oleh mantan S/U agung GAMIS, al fadhil ust Shaari Abdul Rahman..Malah bukan beliau sahaja yang tegar memperjuangkan elemen AL FATEH ini, Usrah exco pimpinan ABIM Kelantan yang berlangsung di Sekretariat ABIM Kelantan dan di naqibkan oleh Yang dipertua ABIM Kelantan, Al-fadhil Ustaz Faisal juga telah bersetuju untuk merintis Grup Generasi Al-Fatih yang merupakan grup di bawah GPTD (Group Pengkaji Tamadun Dunia) sebagai platform bagi menggerakkan misi tema Muktamar ABIM Kelantan pada tahun 2009 ini.mmmm…Pada fikiranku yang mungkin dangkal ini..aku rasakan ianya adalah satu fenomena yang sihat..kerana ia mampu meniup rasa izzah pada diri setiap remaja tarbawi sekaligus mengembalikan cita cita untuk mengulangi kegemilangan islam.

Banyak bengkel dan seminar yang mendedahkan tentang elemen mahmudah dan aspek kegeniusan Spiritual,Intelek dan Rohani baginda gencar dianjurkan di pusat pengajian tinggi awam dan juga sekolah menengah..rasa rugi juga sebab tak dapat join..namun harap aku dapat hayati perjuangan baginda jika setiap hari yang dilalui aku menanamkan azam bahawa hari ini MESTI lebih baik dari semalam…insyaAllah..

MENELADANI QUDWAH MEMBINA GENERASI

Meneladani Qudwah, Membina Generasi. Tema ini mengambil semangat dan penghayatan teladan tokoh yang berjaya manakluki kota Konstantinople pada tarikh 29 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih dan generasi terbaik di zaman baginda. Sebagai berkongsi semangat yang di sinergikan pada pertemuan usrah kali ini sehingga mencetuskan Tema dan resolusi merintis Grup Al-Fatih, berikut adalah kronologi dalam pertemuan usrah kali ini :

Dengan mengambil semangat dan budaya serta minat generasi muda hari ini, dan meneladani qudwah tokoh-tokoh islam terdahulu bermula qudwah teragung Nabi Muhammad SAW, merentasi tokoh-tokoh Islam yang lain sehinggalah kepada qudwah Sultan Muhammad Al-Fatih, persetujuan di kalangan exco ABIM untuk mengangkat tema yang menyantuni kedua-duanya iaitu Meneladani Qudwah , Membina Generasi

Misi di sebalik tema "Meneladani Qudwah, Membina Generasi"

Disebalik tema ini, mempunyai huraian-huraian misi yang akan diserlahkan oleh pimpinan dan aktivis ABIM kali ini. secara asas, tema kali ini akan memperbaharui jenama-jenama program yang sudah dilakukan untuk menarik generasi muda. Setiap aktiviti yang berbentuk rekreasi, ekstrim yang menarik generasi muda seperti mendaki gunung, menjejak pulau , ataupun program yang bersifat motivasi dan ilmiah akan diselarikan dengan Nilai Islam.

Sebagai contoh Ekspedisi Mendaki Gunung bakal dijenamakan sebagai Ekspedisi Tariq Ziad, yang mana disebalik aktiviti ini , kepenatan pendaki merasi cabaran mendaki akhirnya akan di isi makna perjuangan tokoh-tokoh Islam seperti Pangkima Tariq Bin Ziad.

Bahkan aktiviti bersifat kesukanan juga akan diterapkan nilai disebalik itu. Inilah yang dimaksudkan makna tersirat disebalik tema. iaitu menerapkan nilai disebalik aktiviti.

PANTULAN SISI GENIUS NABI SAW…

Kehebatan sultan Muhd al faith sebenarnya adalah merupakan pantulan kepada sisi akhlak baginda nabi SAW..baginda bukannya merupakan sultan yang berdiri sendiri dalam mengejar kejayaan tersebut..tetapi berdiri di atas jalan akhlak dan adab sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW….Jadi bersempena dengan sambutan mauled y telah berlalu..marilah sama-sama kita menanam azam dan tekad untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa dan umat nabi y benar-benar mengikuti sunnah baginda SAW.

(artikel ni dah lame tulis tapi baru post..hehe)

Thursday, March 18, 2010

AGAR FITRAHMU PERKASA SETELAH AKALMU ANGKASA..TRIBUTE TO MYTAQWABRO

STARTER..INGAT ZAMAN SEKOLAH DULU-DULU…NOSTALGIA LA PLAK

Salam…keputusan SPM telah diumumkan pada hari khamis yang lalu..suke jugak la bile dapat tahu sepupu dan junior yang aku jaga kat skul dulu dapat result ok…alhamdulillah…teruja bila terlihat satu komen dalam forum iluislam.com tentang result SPM yang baru diumumkan..komen tu berbunyi….

“wassalam...ni la yang susah ni nak bgtaw keputusan..pengalaman tu berdebar betul!huh..pyala ramai bdak2 spm nak amik..berebut....aduiiiii..
but anymway...syukur akhamdulillah...sy dapat 4A jer...yg len tu xpayala ckp ok jer...hahah..

sy bersyukur pada Allah yg mmberi rezeki pada sy..walaupun xbrapa ok..tapi sy taw sy kena terus melangkah lebey jaw!insyallah...mungkin Allah ada rancangan yang lain tuk sy..

pada semua dak spm 2009,terima dengan aty terbuka jer...xperlaa...iduo masih jaw lagi..perjalanan perlu diteruskan..pada adik2 yg akan duduki spm, plz3..jGn nakal2...
kenala struggle!kalu x,susa....banyak orang kata kita macam2...tapi just ignore it!be urself...ok...wassalam...sekian...
..gudluck pada semua!amin........

time tu aku dok jalani PBS..Pengalaman Berasaskan Sekolah…tiba-tiba teringat kat badrul dan Dalila…Badrul ni aku layan macam adik aku dah kat skul dulu..cool..stylo..pandai hormat org tua..pandai amik hati aku…tak sombong.. soleh..warak..tapi perangai mcm budak-budak sket..manja…haha…Dalila plak sepupu aku…baru balik PLKN..dengar cite dapat pakwe baru plak..haha..alahai kakak..dasyat betol..ye lah..dah tuan cantik..mesti la ramai y berkenan…hmmm..bertambah lagila kerja aku nak kene nasihat myluvly kezen y sowang ni…kapel biar islamik sket ..(ad eke istilah ni?tunggu perbahasan dalam risalah Iluvislam 4 Muttaqians..penyambung lidah dakwah Skuad Rakan Balai Lajnah Takmir Musolla & Ibadah….) haha.. lantas aku amik handset dan tanya diorang dapat berapa…

gambar Bad time form one..kecik je orangnye...haha

senyap jerk..cuak gak aku..(dalila tak amik result lagi..2 hari lepas kuar baru die amik..memang suspen r) tetiba ada call…aku terkejut tgok no ayah Badrul yang naik..aku jawab..haha..bad rupenye..die ckp die dapat 11A..waaaaa…hepy gile aku time tu..rase nak melompat lompat..tak sia-sia aku sayang n jaga dia macam menatang minyak y penuh sejak die form one (2005..time tu aku form 4 )sampai form five (2009..time ni aku dah amik ijazah dah..)..…time die hingusan sampai dah besar panjang sekarang…

Alhamdulillah..wa syukru lillah..

Tapi selepas 4 hari result kuar..aku tanya bad balik.. ade buat sujud syukur tak?

Die jwb tak buat lagi…then aku ingatkn la dia y nikmat ni Allah bag ink uji kita hamba-hambaNya…bersyukur atau tak…then dia jwb :

“adk tau…adk try doh nk bgun mlm tp payoh..bgn maye subuh d surau pum mujur…psl sujud syukur adk tak tau nk wap gano…samo dgn sujud tilawah ko?”

Adesh…terkejut aku…sujud syukur pum tak tau gane?khilaf aku tak ajar dia dulu…n tak ingatkan dia awal2…tapi at least akhirnya dia buat…

wajah suci MYTAQWABRO..haha..time exam SPM kot...Bad2..dah besar panjang dah skang ni ea

Prinsip aku senang..ape gune cemerlang tapi lupe Tuhan…?Maaf byk2 la Bad..abe nk Bad bukan sahaja bijaksini…tapi juga bijaksana..haha..bukan setakat cemerlang akademik..tapi juga sakhsiah,agama jasmani dan emosi..abe tau akal Bad memang angkasa…bijak sampai leh beat result abe…(dulu dapat 8 A jah..coz banyak maen n ponteng kelas…) tapi abe nak fitrah Bad pum perkasa jugak..kuarga kita kene hebat…baru leyh jadi adik beradik gempak..

Apepun bad dah buat abe bangga..dan sahut cabaran abe..(ingat senang ke nak dapat 11 A ? puas aku nasihat..n tegur..bagi motivasi…siap pegi tido kat masjid sekolah bile ade cuti 2 hari jumaat sabtu koz nak ajar bad..Time Bad exam SPM aritu..aku pergi tunggu n tido di asrama skul wataniah 3 hari..nak bagi semangat kat Bad biar leyh buat..coz dulu die penah nak abaikan pelajaran..so..sayangla budak bijak kalo tinggal gitu…takde bimbingan..walaupun diorang sedia ada bijak…tapi Dlm sesetengah hal..diorang cenderung untk buat keputusan scra tidak bijak..huhu…)

p/s:sume adk aku time diorang exam SPM aku akan join diorang kal skul n pergi menginap kat hostel wataniah secara haram…haha..adik no 2 aku..al hafiz aku tay kat hostel tu 3 hari..Rahimi..adk no 3 aku aku stay 4 hari… bad dan dalila..3 hari aku stay kat skul…perh..pengorbanan seorang abang…wawawa..nak jadik abg mithali bukan seang woo…

ni gambar dalila..main snap je..die tak nak tengok kamera..tak nak kuar kerete slps amik result..dia datang ngan ayah n umi die..aku join diorang gak g amik result kat pejabat sekolah..tak pe kak..sabar2….jgn nangis ea..huhu… Nanti along wi hadiah ek..haha...

NAK BAGI UCAPAN SKET..EHEM..EHEM...

Ni ucapan aku pada sume budak2 lepasan SPM 2010…(dan 2009 n 2008 y lupe diri tak ingat nak sujud syukur..hehe)

Salam ,:-)

ucapan tahniah kepada antum semua, yang straight A ke.. yang straight B ataupun yang ada pelbagi huruf,teruskan perjuangan.

Bagi yang berjaya ALHAMDULILLAH, syukur, dah buat belum sujud syukur?
kalau belum.. ingat ye..dan bagi yang gagal atau pun tak mencapai target,
usah berputus asa, teruskan kehidupanmu dengan lebih baik untuk hari2 mendatang.

ini baru ujian yang sedikit, apa pun.. usaha penting,jadi lepas ni kena tingkatkankan lagi usaha, disamping itu JANGAN LUPA KEPADANYA ye.

yang berjaya pun, semua ini datang dari ALLAH, yang.. (bukan tak berjaya) anda harus bangkit dari kegelapan dan kegagalan.. jadikan kekecewaan itu
sebagai pembakar semangat untuk jadi yang terbaik.

usaha itu hanyalah wasilah dan bukti janji Allah itu benar.. Allah akan berikan mengikut apa yang diusahakan.. namun, adapun yang tak berusaha ttp Allah bagi lebih.. itu bukti Allah Maha Pemurah...

Apepun, kesimpulannya kembalikan kepada Allah swt... Berkata ibnu Atho'illah dalam kitabnya "AL-HIKAM"

" jangan sekali kamu merasakan hajatmu termakbul kerana usaha/doamu tetapi termakbulnya hajatmu adalah kerana besarnya RAHMAT Allah kepadamu"

--> muhasabah diriku jua(^_^)v


kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang kekalkan prestasi anda,teruskan usaha...

kepada yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan tingkatkan usaha anda... SPM hanya sebuah lesen untuk anda melangkah lebih jauh... masih belum terlambat untuk anda memperbaiki keputusan pada masa akan datang...

JUst nak kongsi...

aku ada sahabat ni, sewaktu sekolah result nye memang gempak...tetapi apabila menjejakan kaki ke universiti...pencapaian die agak jatuh...

dan seorang sahabat aku lg, sewaktu sekolah keputusan nye 'biasa' je...tetapi apabila di universiti die merupakan antara pelajar yang terbaik...

P/S: macam sowang budop tu..SPM die 5 A je..tapi bile sambung pelajaran..bakat kepimpinan n keilmuan menyerlah..kagum giler aku pada individu gini..y dapat jadikan kejayaan biasa menjadi luar biasa...tapi budop tu kuat tido la..haha...

moral :

: jangan bersedih dengn kurniaNYA... kerana pasti ada untuk kita suatu yang lebih baik suatu ketika nanti...InsyaAllah...

: jangan terlalu cepat selesa dengan sesuatu, tetapi besederhanalah...kerana kita tidak tahu sampai bila kita memilikinya...hanya Allah s.w.t yang mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba2Nya....

conclusion : sentiasa bersyukur dengan setiap pemberianNYA... dan jgan berhenti dari berusaha untuk dunia dan akhirat... Seiring & sejalan...


Relax lah... Di depan Allah semua org sama. Yg membezakn itu hanya iman.

Even Albert Einstein pun fail ujian kelayakan universiti wktu zaman dulu2. Ada dia berputus asa?? Tak! Tgklah smpai skrg org kagum dgn dia. Otak dia pun org still kaji..

Sabar ye kawan.. Allah x suka hamba yg mudah putus asa.
Wallahua'lam.

FALSAFAH PENGAWAL LUNCAI…BIARKAN..BIARKAN..

STARTER: ADA MATA PANDANG ADA TELINGA DENGAR ADA MULUT DIAM


ni time daftar syahmi masuk wad

Salam…mmm..semalam fikiran aku kacau betul…coz mementingkan perkara y jelas dianggap remeh oleh sesetengah org..namun aku sendiri tak pasti kenapa perlu aku rungsingkan hal yang satu ini…melihat kepada hati…terasa bahang membalut diri…ya..mekanisme hati adalah antara elemen lathaif yang berasal daripada sekalian banyak lathaif y halus halus lagi tersembunyi… kasih sayang..wah…nampaknya diriku mula terjebak dengan masalah y satu ini…mmm… menyayangi dan ingin disayangi…fitrah…just bimbang ia bertukar jadi fitnah…al quran ada menyatakan bahawa family kita adalah ujian bagi kita…anyway terkejut gak dengan kata kata y menyatakan bahawa ini bukan akhlak seorang pejuang….mmmm…termenung panjang aku memikirkannya…

syafiq tekun membaca analisis doktor sebelum ke bilik kecemasan..ko paham ke syafiq?

Mmm…

Hari ini buat kesekian kalinya aku naik turun lift hospital Besar Terengganu…Hospital Sultanah Zahirah…menguruskan kes seorang sahabat y cukup pandai menjaga hati aku…syahmi..kasihan beliau…diuji ALLAH dengan seribu macam kesakitan dan kesukaran…bertimpa-timpa menyapa beliau tanpa dipinta…bukan nak cite y aku ni baik plus warak n berhati perut yang sungguh bersih berkilat lagi mulia bak raja raja yang diseru dengan penuh takzim lagi hormatnya…tapi nak tunjuk betapa menderitanya kawan aku ni sewaktu kesakitan menimpanya….dan betapa kecilnya pertolongan y aku dapat hulur….

Minggu lepas beliau dimasukkan ke wad ortopedik..tingkat 4…n skang beliau dimasukkan ke wad multidisiplin pembedahan plak…tingkat 6….thanks to ustaz amen..firdaus dan kadiaq ,arep..salman..piju..najmi..kak muni..shu..kawan2 kelas syhmi..chiro..rumate syahmi…krn menunjukkan sifat setiakawan dan mengamalkan rukun usrah dengan sebaik baiknya….

pintu bilik kecemasan..tempat kami menunggu hampir 2 jam dengan penuh perasaan bercampur baur..

mmm…tapi bila difikirkan balik…

Kdg kdg rasa nak hentam sampai pecah kepala jgk otak beberapa org kengkawan yang haprak nak mampos sampai bersepai ..dah terang lagi jelas kawan kita ni sakit..masing-masing buat tak tahu…buat muka tak malu…

Hidupku adalah hidupku…hidupmu adalah hidupmu…

Inilah falsafah hidup undang undang rimba padang sahara entah dari planet mane ntah y korang pakai dan julang..badwi kat padang pasir pum reti dan tahu camne nak kasihankan org y berada dalam kesusahan…

Blah la korang dengan idealisme sempit lagi jijik y korang anuti…

menunggu untuk di xray...perh..lame siot...

Maafla teremosi sket…Nak2 bile menilai n view pada scenario scenario menyampah berikut:

Kalau awek demam je..terus bergegas pergi klinik…siap tawarkan diri nak hantar pergi hospital…coz bimbang buah hati jatuh pengsan…

Usahkan demam..awek sejuk…terus terkinja kinja melayan mereka dengan sepenuh kasih sayang..pooorah….cinta sejati la tu kononnye..

Kalau nak g maen futsal..leyh je stat moto…pulas suiz kete pandu laju2 pg sport planet n gong badak ….tapi bile berkaitan kwn kite y tgh sakit sorang ni…motor dan kereta masing-masing dibiarkan berdiri megah parking dengan ayunya di kawasan parking maktab….

Kereta Tuhan bagi..motor Tuhan beri..tapi sayang tak dibukakan hati…

Teringat pada hadis sahih y berbunyi :

“Sesiapa y tak menyayangi yang di dunia..nescaya dia tidak akan disayangi di langit”

Cinta tak salah..maybe ade beberapa kata kata diatas tu aku terpaksa hibernatekan fungsinya kerana ia adalah tak bersesuaian…kasar siot….namun untuk padamkan ia setelah menaip….NO WAY MAN…tunjuk ekspreasi y korang sayang org y memang korang sayang tak salah..walau beribu batu…halangan tetap ditempuhi demi memastikan individu tercinta selesa…selamat dan sejahtera dalam lindungan dakapan kasih sayang berlesenkan cinta monyet y entah ke mana…

tapi kalo korang abaikan kawan korang y berada just 2 atau 3 langkah dari bilik korang…

memang sah..korang makhluk hina…

tak kiralah betapa machonya korang mengangkat dan menganggap diri korang..aku tetap cap korang sebagai makhluk tak berhati perut….


ruangan menunggu untuk xray

mmmm….

Dulu pum aku pernah menyesal kerana mengabaikan beliau…khilaf aku y gagal menilai erti persahabatan yang dihulur….

Tapi skang aku dah brubah..aku tak kan wap lagi macam dulu…kawan y ikhlas menghulurkan tangan persahabatan akan aku sambut dan berukhuwwah dengan sebaik baiknya…dan kalau dah jadi sebahagian dari family…memang aku sayang habis habis….no kompromi…xleh kongsi.(sorang je paham kot..haha)

Aku berharap..

Pade kawan kawan ya ade di maktab..kalau korang ade kelapangan..pergilah melawat beliau…

Kalau takde…..

Jgn plak lupe nak sedekahkan doa agar beliau sembuh…

Cinta tak salah..maybe ade beberapa kata kata diatas tu aku terpaksa hibernatekan fungsinya kerana ia adalah tak bersesuaian…kasar siot….namun untuk padamkan ia setelah menaip….NO WAY MAN…tunjuk ekspreasi y korang sayang org y memang korang sayang tak salah..walau beribu batu…halangan tetap ditempuhi demi memastikan individu tercinta selesa…selamat dan sejahtera dalam lindungan dakapan kasih sayang berlesenkan cinta monyet y entah ke mana…

tapi kalo korang abaikan kawan korang y berada just 2 atau 3 langkah dari bilik korang…

memang sah..korang makhluk hina…

tak kiralah betapa machonya korang mengangkat dan menganggap diri korang..aku tetap cap korang sebagai makhluk tak berhati perut….



dalam wad..ntah ape dah namenye wad tu..aku pum lupe..

Jgn plak dok goyang kaki melangut sana sini berkepit dengan awek dan menghadap laptop maen game dan tengok cerita je…Tolong menolong adalah hak setiap muslim ke atas muslim yang lain..

Hari ini hari beliau diuji ALLAH…esok lusa siapa tahu..mungkin hari kita pula….

Aku sebak betul bila beliau mengadu yang sukar untuk makan…coz takde org nak suapkan…

Nasib baik ade makcik kat hospital tu y tolong suapkan…

Ya Allah ampuni aku…aku tak dapat tunggu beliau koz ade kelas…tapi kenapa aku tak berusaha berkorban untuk beliau…?

Aku bimbang n khuatir..jika aku diuji seperti syahmi..adekah org y akan temani aku..? adakah org y akan memberikan dorongan dan semangat kepadaku di saat aku sebegitu…dan adakah org y akan menceriakan aku…?

Mungkinkah adikku…? Mmm….sekarang pum semakin jrg berinteraksi…

Apepun teringat pada satu msg y menerjah inbox ku yang berbunyi…

”mati nanti pum…sorang2 juga dalam kubur….”

Ya Allah….perjalanan hidupku masih jauh..janganlah Engkau jadikan sahabat di sekelilingku ini sebagai kawan biasa y datang pergi..namun sahabat setia hingga ke mati…yang memelihara agamaku…menasihati aku…dan mengasihi daku…amen…


Wednesday, March 17, 2010

DIA YANG KUTULIS NAMANYA DALAM BUKU BENCI




Hidup sebagai manusia penuh warna..ada warna putih sewaktu kita ramai kawan..hidup senang,duit banyak..ada juga warna hitam kelam..tatkala kita ditohmah difitnah..begitulah hidup..bijak pandai mengatakan hidup ini ibarat roda,adakala kita diatas dikagum sanjung,adakala kita di bawah,dipijak rebah..

Cuma hati aku cukup terguris dengan perbuatan seorang yang aku anggap agak melampau dalam menzahirkan rasa tidak puas hatinya kepadaku..sehingga sanggup memfitnahku dalam facebooknya..memburuk-burukkan aku dan sebagainya…menghasut orang lain membenciku dan beliau masih lagi berjalan dengan megahnya seolah-olah dia tidak pernah pum bersalah..aku menunggu masanya dia dibaham tanah…

Haiya..orang macam ini pum ada ka?hmmm

Setiap manusia yang ingin menjadi mata rantai perjuangan nabi dan para rasul itu ada ditentukan oleh Allah musuhnya masing masing…dari kalangan jin dan manusia…adakah dia adalah musuhku yang perlu aku seterui…?ya Allah aku tak mahu dia menjadi musuhku

Dia yang kutulis namanya (oleh sebab perbuatannya ) dalam buku benciku..tak akan kuliquid sekali kali sehingga dia mengaku salah dan betul betul berubah..bukan tujuanku untuk mengungkit kembali..namun semua ingatan itu seolah-olah ibarat segulung filem yang diputar terbalik pasangnya..lalu menjadi babak imbasan yang memang sah cukup membosankan…

Di jalan dakwah aku belajar erti menjadi insan yang berguna…dan dijalan dakwah juga aku disapa seribu macam suka duka..semuanya mematangkan aku dan membuat aku dapat belajar sesuatu yang baru..alhamdulillah…

Kenapa aku membenci perbuatannya ?

kerana dialah yang menghasut individu membenci dakwah..menghentam tarbiah..menjauhi rumah Allah…namaku dijadikan tiket untuk memburuk-burukkan gerak kerja agama sedangkan apa yang diperkatakan tu tak masuk akal langsung..sesetengah cerita tu diputar belit sampai kadang-kadang naik bingung aku dibuatnya..nak tergelak pun ada..nak sepak beliau pun ada…haha..macam-macam.. sehingga sekarang hampir kesemua kawan kawannya memandangku dengan pandangan semacam…

Beliau menjadikan diriku kambing hitam agar islam terfitnah…

Aku cukup “bangga” dengan apa yang beliau buat…

Namun inilah y dinamakan onak duri perjuangan..nabi dan salafu soleh dahulu kala lebih dasyat daripada ini..aku …baru secebis dari epilog penentangan yang mereka hadapi..

Bersabarlah wahai diri…

Apabila aku membenci seseorang atau sesuatu, aku cuba sedaya upaya memberi tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.Walaupun pada zahirnya Nampak aku memang kaw-kaw meluat..tapi aku time tu tgh mencongak2 dalam diri..betulkah landasan benci dan marahku..

Nabi menyatakan..kalau melihat perbuatan mungkar..ubahlah dengan tangan..kalau tak mampu..dengan lisan..kalau tak mampu..bencilah dengan hati..aku tiada kuasa untuk menghalangnya ..peringatan lisan dah diberi namun tak Berjaya..cara baik..cara keras..semua tak makan…akhirnya benci dalam hati sahaja merupakan satu satunya jalan…

Teringat kata-kata haji zahari..”kita ni kalau tak dak walau secebis pun rasa benci pada perbuatan maksiat..lala-lama kita sendiri akan melakukan maksiat tersebut..sebab kita latih diri kita reda dengan nafsu”

Selalu kita mendengar ayat-ayat suka dan cinta kerana Allah. Mari kita fahamkan dan hayati pula makna BENCI KERANA ALLAH.

Benci menimbulkan rasa tidak puas hati lalu menimbulkan marah. Namun, kenapa kita benci? Mengapa kita membenci itulah akan menjawab persoalan mengapa kita marah. Andai kita benci sesuatu kerana ianya perkara yang turut dibenci oleh Allah dan Rasulnya, alhamdulillah.

Namun, andai kita benci disebabkan emosi. Benci memarakkan marah disebabkan oleh tekanan hidup, maka sama-sama kita muhasabah balik iman kita. Mungkin marah yang tidak kerana Allah inilah membuatkan insan-insan yang dimarahi tidak dapat menerima. Hati mereka tidak menjadi hormat dan takut, bahkan menjadi keras seperti batu.

Betul….

Niat marah itu akan menimbulkan kesan pada orang yang dimarahi.

Thanks a lot to mybro…walaupun kita banyak kali gaduh..aku marah engkau dan engkau marah aku balik..tapi kita still kamceng…terharu bila dengar jawapan kau tantang apa y dapat sepanjang perkenalan kita…”adik byk belajar tentang kehidupan”…

Semoga dengan benciku ini aku dapat menyempurnakan imanku..

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah, maka telah sempurnalah imannya.” [Sahih Sunan Abu Daud, no: 4681]

Dalam sebuah hadis yang lain baginda menerangkan: “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman: (1) Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya berbanding selain kedua-duanya, (2) Bahawasanya dia mencintai seseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan (3) Bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.” [Sahih al-Bukhari, no: 6941]

Ada dua perkara penting berkenaan cinta dan benci kerana Allah yang perlu kita ketahui. Pertama, ia tidak berada pada tahap yang sama, tetapi berbeza-beza lagi dinamik. Cinta kerana Allah bertambah dan berkurang, mengikut kadar kemurnian tauhid seseorang dan kesungguhannya dalam mengikuti sunnah Rasulullah. Contohnya, cinta kita kepada seseorang yang kuat dalam berpegang kepada sunnah Rasulullah adalah lebih tinggi berbanding cinta kita kepada seseorang yang sederhana dalam berpegang kepada sunnah Rasulullah. Demikian juga, benci kerana Allah bertambah dan berkurang, mengikut kadar keingkaran seseorang terhadap Allah dan Rasulullah.

Kedua, cinta dan benci kerana Allah terhadap seorang Muslim dapat berlaku serentak. Perkara ini juga lazim berlaku dalam cinta dan benci atas sebab-sebab duniawi. Izinkan saya beri satu contoh. Saya yakin di kalangan para pembaca semuanya mencintai kucing, betul? Siapa yang tidak mencintai kucing sila angkat tangan.

Nah! Katakan pada satu hari kucing yang kita cintai mencakar perabut di rumah. Di sini cinta dan benci berlaku serentak. Kita mencintai kucing tersebut tetapi dalam waktu yang sama kita membenci tindakannya yang mencakar perabut. Maka atas sebab benci, kita menegah kucing tersebut daripada terus mencakar. Namun atas sebab cinta, penegahan tersebut kita lakukan dengan penuh lemah lembut dan belaian istimewa.

Demikianlah juga cinta dan benci kerana Allah yang berlaku serentak terhadap seorang Muslim. Katakan kita memiliki rakan sebilik yang Muslim, tetapi lalai dalam mendirikan sembahyang. Di sini cinta dan benci kerana Allah berlaku serentak, dimana kita mencintainya kerana dia seorang Muslim tetapi membenci tindakannya yang tidak disiplin dalam mendirikan sembahyang lima kali sehari. Maka atas dasar benci kerana Allah, kita memberi nasihat kepadanya. Namun atas dasar cinta kerana Allah, nasihat tersebut kita berikan dalam suasana tertutup, hikmah dan bertahap-tahap.

Cinta dan benci kerana Allah secara serentak perlu kita fahami dengan kukuh lagi terperinci. Ini kerana pada masa kini berlaku fenomena seseorang itu membenci seorang Muslim yang lain secara keseluruhan semata-mata kerana satu dua kekurangan atau kesilapan yang dilakukan oleh Muslim tersebut. Ada juga yang hanya mencintai orang-orang yang berada dalam jamaahnya dan membenci orang-orang yang berada dalam jamaah lain, sekali pun kesemuanya adalah Muslim. Semua ini bukanlah cinta dan benci kerana Allah, tetapi cinta dan benci kerana hasutan syaitan dan hawa nafsu.

Oleh itu marilah kita melatih diri untuk cinta dan benci kerana Allah. Cinta dan benci tersebut hendaklah kita buktikan dengan perbuatan yang adil dan tepat. Pada Hari Akhirat kelak, Allah akan bertanya (maksudnya): “Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana aku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku, di hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.” [Sahih Muslim, no: 2566]

Tidakkah kita ingin untuk berada di bawah naungan Allah pada Hari Akhirat kelak? Jika begitu tunggu apa lagi?

p/s: semoga Allah mempertauti kembali hati hati kami ..dan member kesedaran kepada kami…dan memperkukuhkan ukhuwah antara kami..amin…doa rabithah menjadi penyambung hayat ukhuwah y semakin tenat…agar aku dapat hapuskan perbuatannya dari buku benciku..InsyaAllah