STARTER : AGAK BENGANG
Uhuk..uhuk..malam sudah menjengah ke pagi..cukup larut..sehingga meleret leret waktunya diheret sama bergerak..tanpa menoleh ke belakang lagi untuk berhenti…waduh-waduh..tiba-tiba setelah mendapat satu msg..selera tidurku hilang..sedangkan system tubuhku amat memerlukan sekali kerehatan yang dijelmakan oleh skrip tidur…kenapa dia memikirkan sebegitu terhadapku..bukan aku manja kerana tak boleh dikritik..hentamlah satu bakul pum..kalau betul aku terima..jangan maen serkap jarang sahaja…dan kenapa pada waktu ini disampaikan… sewaktu semua system tubuh dah tak boleh berfungsi dengan efisyen…?sehingga mengguris hatiku….aduh..sakitnya terasa..tapi darahnya tiada..kenapa dari perempuan..?yang sepatutnya penuh dihiasi sopan dan susila..kalau lelaki..aku tak ambil peduli sangat…
Argh..persetan dengan semua kata-kata berbunga di atas..yang penting aku tertanya-tanya..kenapa beliau tega sehingga mengganggu masa tidurku yang ingin kujadikan penampan tahajudku…
Aku senyap..membacanya perlahan-lahan dan memutuskan untuk tidak membalasnya…
Aku bertanya pada adik aku y paling best dan sporting…kenapa muslimah itu begitu tingkahlakunya…?adikku cuba membela muslimah itu..namun kantoi…haha…adik..aku ni abangmu..aku kenal cara dan lagak gaya mu…walaupun berjauhan beribu batu..aku tahu kau sedang berdolak dalik dengan aku..haha…jangan tegakkan benang yang basah..dan jangan sesekali remehkan ikatan syafaqah yang wujud antara kita…ukhuwah itu semaian dari sifat AR RAHIM ALLAH..bukan pintaan dari sang hamba…yang diletakkan olehNya dalam hati hamba-hambaNya yang dikehendaki…
Akhirnya setelah kantoi adikku pum berterus terang:
Hm…sbnrnye kn bang,prmpuan ni adlh insan y pelik jge..adk pum xfhm jgk kdg2 carenye…hm…entahlah…xpela…abg tido je,klau pkr psl die xjd kje…..
Ya Allah..pening aku dibuatnya..kami lelaki dimuliakan Allah kerana wanita (bila berbakti pada ibu dan isteri) dan dihinakan kerana wanita…(bila dayus dan mengikut bisikan nafsu dan godaan wanita)
TAK HIDUP DEK PUJI TAK MATI DEK KEJI…
(syeikh arep minta aku guna bahasa standart sket..”saya” dan bukannya “aku” jadi sewaktu membicarakan kitab hikam..kitab tasawuf yang penuh berkat ini..aku akan guna perkataan saya demi menjaga adab dengannya)
Saya kenal sungguh diri saya yg lemah dan sering lalai. Saya tidak mahu tertipu dengan pujian dan sanjungan palsu daripada lidah manusia yg tidak bertulang. Apa yg kamu tahu tentang diri saya hanyalah pada zahir yg masih Allah pelihara. Kamu mengenali saya bukan atas dasar keyakinan tapi hanya dzon atau sangkaan semata. Saya pula mengenali diri sendiri dengan keyakinan yg nyata. Orang yg berakal tidak akan meninggalkan keyakinan yg ada padanya hanya semata-mata kerana dzon atau sangkaan yg ada pada orang lain. Maka, bodohlah saya jika percayakan kamu tetapi tidak percayakan diri sendiri. Saya tertarik dengan hikam Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari rahimahullah yg berbunyi,
"Manusia-manusia memujimu kerana apa yg mereka sangka ada padamu, maka jadilah engkau pula mengeji dirimu kerana apa yg memang engkau tahu mengenainya."
Syarah Ibnu 'Abbad merupakan syarah Al-Hikam Al-'Athaiyah yg pertama
Apabila anda dipuji, maka berdoalah juga sebagaimana Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq radiyallahuanhu yg berdoa,
اللّهم أنت أعلم بي من نفسي وأنا أعلم بنفسي منهم. اللّهم اجعلني خيراً مما يظنون واغفر لي ما لا يعلمون ولا تؤاخذني بما يقولون
"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku berbanding diriku, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding mereka. Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yg mereka sangka, dan ampunilah aku pada perkara yg mereka tidak ketahui, dan janganlah menghukumku dengan apa yg mereka katakan."
"Jangan sekali-kali engkau menyangka (Wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
Jelas, bahawa orang sebegini tertipu dengan dirinya. Bagaimanakah dia boleh berbangga sedangkan dia tidak melakukan apa-apa?! Dipuji jauh lebih berbahaya daripada dikeji. Jika dikeji, kita akan berasa malu, hina dan mula memeriksa diri. Tapi jika dipuji, kita akan berasa hebat, bangga dan mula membesarkan diri. Kepada kawan-kawan yg ditegur atau dikeji, anda wajib bersyukur dengan teguran dan kejian yg zahirnya memang pedih namun tersirat di sebaliknya nikmat yg besar untuk diri.
Walaubagaimanapun, terima kasih kepada semua yg berbaik sangka dengan saya. Pesan Habib Abdullah bin Shihab hafizahullah yg terlalu kerap disebut dalam tazkirah-tazkirah yg disampaikannya, "Bersangka baik dengan Allah dan bersangka baik dengan hamba-hamba Allah." Jazakumullah atas husnu dzon kamu semua. Betapa mulianya Allah yg menutup keaiban yg ada pada diri manusia. Segala puji bagi Allah yg tidak menciptakan dosa itu berbau busuk secara zahirnya. Jika tidak, sudah tentu manusia mahupun binatang tidak mahu lagi mendekati si hina ini. Syukur kepadaMu ya Allah, yg masih menutup keburukan-keburukan hambaNya. Ya Allah, tutupkanlah keburukan-keburukan kami di akhirat kelak. Amiiinnn.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yg menutup keaiban diri ini. Rasulullah Sollallahualaihiwasallam menjanjikan ganjaran istimewa kepada muslim yg menutup keaiban saudaranya. "Sesiapa yg menutup keaiban seseorang muslim, maka Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Salman Al-Farisi radiyallahuanhu pernah berkata, "Perumpamaan dua orang saudara yg beriman, umpama dua tangan yg saling membersihkan antara satu sama lain."
Maka saya menyeru kepada akhawat, janganlah 'merosakkan' ikhwah. Begitu juga dengan ikhwah, janganlah 'merosakkan' akhawat. Saya mulakan dengan menyebut akhawat kerana menuruti Al-Quran. Apabila Allah berbicara tentang maksiat zina, Allah menyebut wanita terlebih dahulu kemudian menyebut lelaki. Ini kerana fitnah daripada wanita jauh lebih merbahaya berbanding lelaki. Fitnah pertama yg menimpa Bani Israel juga ialah fitnah wanita.
Kepada ikhwah dan akhawat, mainkan peranan masing-masing. Janganlah menjadi serangga perosak kepada pokok yg sedang membesar. Jangan bimbang akan persahabatanmu,masa depanmu,karier dakwahmu…. Segalanya di dalam jaminan Allah, Tuhan Sebaik-baik Pemberi Jaminan.Apa yang penting..jaga batasanmu…
Ibnu 'Athaillah As-Sakandari rahimahullah menyebut di dalam Hikamnya,
ertinya: Bersungguh-sungguh engkau pada barang [perkara] yang telah diakui [Allah] bagimu daripada rezeki dan taqsir [lalai, tidak ambil berat] engkau pada barang yang telah dituntut [Allah – yakni perkara yang ditakhlif oleh Allah keatas hambaNYA iaitu mengenalNya dan mengabdikan diri kepadaNya] daripadamu daripada ibadat menunjukkan atas ketiadaan yaqinmu dan hapus [nur] mata hatimu daripadamu.
Tazkirah pendek daripada saya, yang lemah tiada daya, yg terdedah kepada pelbagai maksiat dan noda, yg banyak berdosa. Ya Allah, Kau kurniakanlah kepadaku kesihatan ruh dan jasad. Amiiinnn.Nak tido....ZZZZZZZzzzzzzzzz
Notakaki:
Terdapat kesilapan pada matan hikam di atas. Iaitu pada lafaz فيمن sepatutnya فيما
salam perjuangan.mge ALLAH kurniakan Ustaz dengan kekuatan dan ketabahan..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesape yg brani brtindak sedemikian rupa trhadap mu,, biar aku pukul je dia terus,, huhu
ReplyDelete