Friday, April 30, 2010

LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK

Malam kelmarin aku tgh bace blog orang..tetibe ade orang msg aku..hurmm..ingatkan sape…rupenye iji…or name sebenarnye nazirul…dia tanya aku about something y aku rasa scared nak jawab…

“ad hadis ckp,owng yg xsuci ,xley kawen ngan y masih suci..kalo kawen gak..rumah tangga xaman..stakat mano btol hadis nie?bleyh abe tlg carikan?”

Aku reply tnye balik..dengan nada yang nak mencungkil rahsia..”nape bro..?salam tak bagi tanye khabar pum tak trus tanye nih..”

Dia pun reply…”hmm…adk minat kat sowang budak pompuan…tut..tut…[perenggan ini dipotong..haha]

Haha..iji…iji..(ketawa buat2) aku dah agak dah…tapi takpelah ..aku try jwb skadar y mampu ..coz nampk iji mcm dah stress sgt dah n aku kongsi gak ngan korang…

SELERA LELAKI MEMILIH BAKAL ISTERI

''Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Tak ada dia nak pilih perempuan tak senonoh buat isteri. Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik,sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...begitulah sebaliknya.'' ~Di petik daripada novel Anis Ayuni,seribu kali sayang~

Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah,fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua." Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Bagaimanapun,fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu,rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."


Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.

Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?

Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

Ekoran fitnah itu,ada umat Islam yang mempercayainya.Sedangkan yang sebenarnya,Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya.Disebabkan peristiwa itulah,Allah s.w.t. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.


Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:

"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."

Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.

Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu,

Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.Ini adalah dakwah.

Dalam Islam,kalau seseorang tu telah bertaubat,kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.Kalau tidak,berdosa.Sebab dalam Islam,orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita.Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga.Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan,penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota
masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui."
( Ali Imran : 135 )

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )

P/S:harap iji faham n puas hati ye.

SUKAR UNTUK DIBICARAKAN

"Kenapa suka sakat adik?"

Dulu saya kerap diajukan soalan itu oleh ayah saya.Saya tak bagi jawapan. Saya bukan tidak ada jawapan tapi jawapan itu yang sukar dilafazkan secara terang.

Kepada mereka yang mempunyai adik (tidak kira perempuan/lelaki), pernahkah terlintas difikiran kamu, mempunyai adik adalah satu keistimewaan? satu anugerah? satu tanggungjawab yang besar? Dan pernahkah kamu melafaskan kalimah syukur kerana mempunyai adik beradik?

Ada orang kata menjadi anak tunggal seronok. Tidak ada perebutan, tidak ada perkongsian, tidak ada iri hati, tidak ada sakit hati, tidak ada lawan (sebab tiada siapa yg nak cari gaduh) dan sebagainya. Tapi hakikatnya, keseronokan itu sebenarnya tidak wujud bila menjadi anak tunggal, kerana semua yang 'tidak ada' (yg disebutkan di atas itu) adalah punca keseronokan dan kebahagiaan yang sebenar. Sesuatu yang sangat berharga dalam kehidupan yang kita tidak pernah ambil berat untuk difikirkan.

Pernahkah kamu rasa perasaan yg terbit dari sudut hati tersembunyi yang dalam yang boleh membuatkan kamu tiba-tiba mengukir senyuman bila memikirkan gelagat-gelagat adik kamu yang mencuit hati (terutama ketika dia marah/nangis disakat oleh kamu)..dan setelah beberapa minit tiba-tiba senyum kamu bertukar kepada senyum kelat bersama keluhan, akibat timbulnya perasaan bersalah memikirkan gelagat diri sendiri yang tidak henti2 menyakatnya?

'Adik tidak akan lepas daripada dibuli dan disakat oleh Abang/Kakak.'

Benarkah? (siapa berani mengaku tidak pernah menyakat/membuli adik sendiri?)

Membuli adik..

Menyuruh, mengarah, mengongkong, memarahi, memukul, menjadikan tempat lepaskan geram, Mentang-mentanglah dia lebih kecil. Lagi-lagi jika adik kamu suka buat sesuatu yang menggeramkan kamu (melanggar larangan, tidak ikut suruhan) sehingga kamu memarahi dia lagak kamu adalah seperti raja yang murka. Paling tidak seperti ahli sihir yang bengang.

Menyakat adik..

kamu tak senang hati tengok dia senang so kamu buat sesuatu yg buat dia tak tenang..kamu puas hati bila berjaya menyakatnya..apa lagi bila tengok dia meraung menangis, kamu pun ketawa lagak evil.

Selepas itu kamu akan rasa bersalah yg amat sangat, namun kamu tak tunjuk..buat2 tak rasa bersalah pun, sedangkan kamu dalam hati memarahi diri sendiri. Malam2 kamu ke katilnya dan renung dia tidur, rasa nak peluk dia dan minta maaf tapi kau tak buat. Kamu akan tunjuk dengan berbaik-baik padanya setelah beberapa hari. Kamu ingatkan dia lupa peristiwa yang kamu nangiskannya, padahal dia ingat..saja buat2 tak ingat depan kamu.

Ketika menyakat dan membuli sehingga menyebabkan air matanya menitis...tak tersentuhkah hati kamu?

Kita tak tahu hati adik kita yang sakit itu bagaimana. Lainlah jika adik kita itu juga merupakan seorang kakak atau abang, yang memang faham.

Sesungguhnya menjumpai coretan luahan hati seorang adik tentang kamu dalam celah buku tulisnya boleh menyebabkan air mata kamu menitis....

kepada kamu yang mempunyai adik, cubalah katakan pada adik kamu..

"Tau tak kenapa kakak/abang suka sakat adik?..sebabnya kakak/abang sayangkan adik.."
lihat saja apa reaksinya.

Saya sudah lakukannya. Sekarang saya rasa senang hati (kurang rasa bersalah) bila buli adik saya. (err..saya tak buli..saya menyakat saja.. :p )

Untuk si adik di luar sana : ketahuilah hari ini, bahawa kamu bertuah kerana sentiasa disayangi. :)

Tuesday, April 6, 2010

TOKOH MAAL HIJRAH & MAULID AR-RASUL TAHUN INI..

mmm..ni entri lame…dah berzaman tulis entri ni tapi tak jumpe bile nak post balik..cari-cari tak ingat dah letak kat mane..haha…tapi takpe..maybe Allah taknak bagi beliau-beliau ni kembang hidung luas sangat kot…

Dalam diam aku suke memerhati…walaupun dari hujung kerlingan mata..orang yang hadir di sekeliling aku anggap sangat bermakna…terutama adik beradik n family (bagi y bermakna la..bagi yang anggap aku sampah atau aku anggap dia x ngam dgn aku dah sepak diorang jauh-jauh awal-awal lagi..wakaka…) tapi jenis aku ni yang mood swing plus gile-gile hiperaktive n hipersensitif menjadikan aku kdg-kdg kerap kali di salah anggap…wawawa…

Bersempena sambutan MAAL HIJRAH & MAULID AR-RASUL baru-baru ini maka dengan penuh takzim aku menganugerahkan title tokoh MAAL HIJRAH bagi negara IPGM KDRI pada tahun ini setelah mendapat perkenan daripada pihak-pihak yang berkaitan jatuh kepada…jeng..jeng.. jeng…Mohd Fathi Ramli & Hanim Irsyada Che Ibrahim …wajah beliau berdua dapat ditatap dalam gambar di bawah..…(gambar hanim takleh letak..kang kene marah kat die..haha)

Mesti korang tanya kenapa diorang y aku bagi anugerah?…Jwpn dari aku..ikut aku la dah tu anugerah aku…haha..eh..takla…sebab diorang memang istimewa tahun ni..aku rasa la..diorang banyak berubah…tu la yang dinamakan dengan semangat HIJRAH…Thanks God…

Manakala tokoh maulidur Rasul tahun ni plak ialah encik beliau..:)

Saudara hafizu adha shamdin…”baha”..

Kenapa dia?

Sbub aku rasa dia memang sesuai untuk anugerah ni..memang cukup gencar menyuburkan islam di bumi IPG KDRI ni…

tokoh maulidur rasul pompuan tidak dipilih pada tahun ini..mungkin mahasiswi USIM kot..:)

Tu jela y aku dapat kongsi pada kali ni…tahniah….