Friday, January 22, 2010

APA MOTIFMU ADIKKU MEMBACA DOA LEMBUT HATI..?

STARTER..MENGENALI ALLAH DI SEBALIK TERSASUL

Aku tak pernah dengar beliau membaca doa melembutkan hati sebelum ini…walaupun kami banyak berjumpa dalam telefon dan sms sahaja..kerana jarak yang memisahkan kami…namun ni kali pertama aku dengar dia membaca doa tersebut…”Allahumma layyin qalbahu….”ya Allah.lembutkan hatinya.. Kemudian diulangnya 2 kali…mungkin tersekat..lalu aku sambung..”binuri hidayatik”..dengan cahaya hidayahmy…n then adik aku tu pun terus je sambung doa tu…hehe..padahal tu sambungan yang salah.. aku selalu jugak bace doa lembutkan hati tu..tapi kenapa ya disasulkan kepada doa yang lain..

mmm..

ape hikmahnya…

setelah kufikir-fikir rupanya ALLAH nak bagi kesedaran kepada kami bahawa antara melembutkan hati dan meminta disinari hati dengan cahaya hidayah..dan sinaran cahaya hidayah itu adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan dilembutkan hati..…kerana nabi saw sendiri meminta agar disinari dirinya dengan cahaya ..melalui doa baginda..

Allahummaj’al fi qalbi nura…wafi lisani nura…wafi yamini nura…wafi syimali nura..hingga akhir doa…

Cahaya hidayah yang menyuluh hati menyampaikan kita kepada Tuhan…hati yang dilembutkan mungkin tersekat dengan makhluk sebelum menemui Tuhan…

Sekadar satu renungan…

KEPIMPINAN DAKWAH ANTARA STYLE ERDOGAN VS ERBAKAN

Kita semua sebagai golongan para daie yang digerakkan hati oleh ALLAH SWT untuk memikirkan masalah umat dan sekaligus melaksanakan gerak kerja amar makruf nahi mungkar perlu sedar bahawa suasana dakwah di kampus IPGM KDRI kita sekarang tidak boleh lagi dilihat dengan sorotan dakwah tradisional..pandangan dakwah 3 tahun lalu…kerana suasana telah berubah sama sekali…kita perlu melakukan transformasi gerak kerja dakwah kita kerana kita kena sedar bahawa tak semua orang gemar kepada agama sebagaimana konsep agama yang kita fahami….

rata-rata guru pelatih sekarang melihat iltizam seseorang dalam agama adalah lambang ekstrem dan pengabaian seeorang pada agama adalah lambang kematangan beragama…dan mana tahu..akhirnya mereka akan beranggapan bahawa golongan yang mencuaikan tuntutan agama itulah yang merupakan golongan yang sempurna agamanya manakala golongan yang sentiasa istiqomah dalam beragama adalah golongan y ang perlu dijauhi..laksana virus selema babi…nauzubillah…dalam hal ini saya terus cuba membuat analisa dan salah satu kaedah yang sering melintasi fikiran saya adalah mengambil iktibar dari pengalaman gerakan Islam lain.

Misalnya Refah di Turki.

Di kemuncak kejayaan Parti Refah pada separuh kedua era 90′an, mereka telah sampai ke suatu tahap yang sungguh membanggakan..sinar islam dilihat kembali berputik di bumi secular itu setelah hampir 85 tahun kejatuhan khilafah islamiyyah..di mana akhirnya pihak sekularis fundamentalis telah secara Lose-Lose, mengharamkan Refah serta menangkap pemimpin-pemimpin utamanya. Walaupun Refah hanya sempat memerintah kurang sepenggal, mereka telah sangat berjaya memperbaiki negara Turki dari pelbagai aspek ekonomi, politik dan sosial. Tetapi tentera dan gerakan sekularis tidak langsung peduli kepada semua itu. Apa yang mereka mahukan ialah, golongan Islamis harus disingkirkan, biar pun ia membinasakan negara.Akhirnya oleh sebab berlakunya krisis ekonomi dan kelantangan REFAH memperjuangkan islam..parti itu digulingkan…

Apabila Erbakan digulingkan dan Refah diharamkan, cerita tentang Turki sepi seketika. Tambah pula di akhir-akhir 90′an, cakap-cakap orang di kota dan desa, masing-masing menyalahkan Parti Refah kerana terlalu ghairah bermain api dengan tentera. Akibatnya, rampasan kuasa berlaku, ekonomi merudum, pengundi Parti Refah dan mereka yang tidak mengundi semuanya menanggung akibat pendekatan Lose-Lose tentera Turki itu.

4 hingga 5 bulan yang lalu…negara kita dikejutkan dengan tercetusnya istilah erdogan vs erbakan berikutan berlakunya percanggahan dalam sebuah parti politik islam…yang mana digembar gemburkan bahawa group erdogan yang diwakili oleh profeionalis dalam parti itu yang mula melawan group erbakan yang cenderung dinisbahkan kepada ulama dalam parti yang sama…

Perlu diketahui bahawa…

‘Erdogan’ adalah nama yang digunakan untuk memaksudkan seorang yang bijak lagi pintar, pakar strategi, Islamist dan sebagainya.

Dan bukannya golongan penentang totok dan modernis yang bersemangat revolusi…..nama itu sebenarnya milik insan muslim yang mukmin dan terpercaya imannya…tetapi kenapa nama itu dicemarkan dan dinisbahkan kepada satu group yang kononnya pro profesionalis yang dilabelkan bersikap menentang golongan ulama dalam parti islam?

Yang saya tahu, Tuan Erdogan adalah Perdana Menteri Turkey. Beliau pada asalnya merupakan ahli kepada parti politik ‘Islamik’ yang dipimpin oleh seorang pemikir Islam bernama ‘Erbakan’. Parti yang dipimpin oleh Tuan Erbakan kerap kali diharamkan oleh kerajaan lama Turkey atas sebab ianya merupakan parti Islamik. Perlembagaan Turkey tidak membenarkan politik yang berasaskan agama, khususnya Islam. Ini adalah peninggalan AttaTurk yang bertanggung jawab menjatuhkan Khalifah Othmaniah.

Oleh kerana kerap diharamkan maka Tuan Erbakan kerap juga menubuhkan parti baru sebagai tindakan untuk memungkinkan terus aktif dalam arena politik. Dulu partinya ‘Milli Selamat’, kemudian parti ‘Rafah’ dan mutakhir ini parti Sa’adat. Tuan Erbakan pernah menjadi Perdana Menteri Turkey untuk beberapa hari kerana beliau menjadi ‘Kingmaker’ dan selepas itu beliau ditahan oleh tentera Turkey yang menganggap diri mereka sebagai institusi pelindung perlembagaan Sekular Turkey.

Memandangkan pergolakan politik yang sedemikian, Tuan Erdogan dan beberapa sahabat meninggalkan Erbakan dan menubuhkan parti AK yang merupakan singkatan kepada ‘Keadilan Sosial’ mengikut bahasa Turkey (jangan tanya saya apa sebutannya dalam bahasa Turkey!). Beliau memimpin parti AK dan melalui AK yang membawa mesej keadilan sosial dan anti rasuah (Turkey pada ketika itu dilanda wabak rasuah) parti AK muncul sebagai pemenang Pilihan Raya Turkey pada penghujung 90an. Dengan kemenangan AK, masalah rasuah dapat ditangani secara berperingkat dan masalah ekonomi Negara Turkey yang mengalami inflasi ‘double digit’ pada satu ketika dahulu dapat dikurangkan.

Malangnya isu politik Islam masih dihalang oleh Perlembagaan Turkey. Pihak tentera sentiasa memantau apa yang diusahakan oleh Tuan Erdogan. Ini adalah kerana mereka tahu latar-belakang Tuan Erdogan. Masalah kebenaran untuk mahasiswi Universiti memakai tudung turut menjadi perdebatan hangat kerana ianya diharamkan selama ini sedangkan kerajaan AK ingin membenarkannya. Tuan Erdogan juga tidak dibenarkan membawa isterinya ke majlis resmi kerajaan kerana isterinya bertudung. Tuan2 mungkin ingat lagi kisah ahli Parlimen wanita Turkey yang ingin dilucutkan kewarga-negaraannya oleh kerajaan lama kerana memakai tudung ke Parlimen!

Saya bukan pakar politik dan masyarakat Turkey. Mungkin maklumat saya di atas tadi pun ada salah-silapnya. Saya tulis mengikut ingatan semata-mata. Oleh itu saya tak berani nak kata samada tindakan Erdogan betul atau sebaliknya. Dari sudut maslahah atau kebaikan sememangnya lebih baik dari yang dulu. Paling kurang masyarakat Turkey dapat melihat bagaimana golongan ‘muSalli’, iaitu yang sembahyang atau ‘alim mengikut perkiraan mereka, dapat mentadbir Negara dengan baik. Tiada rasuah dan tiada penyelewengan.

Turkey satu Negara yang cukup kronik ‘Islam-phobianya’. Generasi muda diajar memperlekehkan golongan agama semenjak kecil lagi dan istilah ‘Mad Mullah’ (Ustaz Gila) adalah istillah masyarakat Turkey. ‘Badut’ yang digelakkan di dalam buku komik mereka adalah seorang yang berjubah dan berserban. Rakyat Turkey diwajibkan menghormati Mustaffa Kamal AttaTurk (bapa Turkey moden) dan dia digambarkan sebagai wira penyelamat masyarakat Turkey dari kebinasaan yang dibawa oleh Khalifah Othmaniah.

Nah sekarang situasi SEKULARISME dalam kehidupan pelajar IPG di kampus kita sedang tumbuh subur..lantaran ada penyemainya dari kalangan senior senior yang memang asalnya secular serta ada penyiram dan penjaga benuh tersebut agar terus tumbuh daripada group junior yang taqlid buta kepada senior sebegini…

Jadi..semestinya kita group para daie bertransformasi…bertindak lebih kreatif dan lebih dinamik dalam mempelbagaikan gerak kerja dakwah kita..kita sedia maklum..pendekatan bekas perdana menteri Turki yang agak ketara islamiknya iaitu mujahid Erbakan (aku sgt mengagumi beliau) sudah tidak relevan lagi sekarang ini…dalam menghadapi group guru pelatih islamik yang berfikiran secular ini maka kita perlu lebih pandai mengambil hati mereka…lihat sahaja pendekatan erdogan yang lebih menjurus kepada penzahiran dakwah senyap dalam diam yang jelas namun tidak melampau lampau…kita perlu kreatif….dan banyak belajar dari konsep dan gerak kerja erdogan dalam memenangi hati sahabat seagama kita…disamping mengamalkan semangat erbakan dalam diri kita..

Teringat kata-kata as-syahid imam hasan al banna..

Tegakkan islam dalam dirimu terlebih dahulu..nescaya islam akan tertegak di tabah airmu…

APLIKASI KONSEP WILAYAH FAQEH VERSI SUNNAH

Aku sangat teruja dengan suasana politik kampus sekarang ini…bila ramai dari golongan ustaz dan ustazah yang rajin dan sanggup untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya kampus….walaupun diorang ni pada luaran Nampak perlahan je amalan islamnya..mane tau..mungkin melalui kepimpinan..kecintaan pada agama dan gerak kerja islam dicambahkan oleh Allah SWT…dan terus subur dalam hati hati mereka..insyaAllah…

Dan sekarang kita dapat melihat satu group lagi guru pelatih yang hanya tahu mengkrikit tanpa buat kerja..ni bermakna virus aku takpedulisme telah mula masuk merayap dan bersebati dengan pelajar sekarang..bahaye nih..kita perlu berusaha sedaya upaya untuk menangani group ini…insyaAllah..aku akan gunakan platform aku sebagai ketua lajnah usrah sebaik mungkin untuk melaksanakan projek islamisasi ilmu dalam bilik darjah..biar dalam setiap unit ada satu atau 2 cahaya islam yang bersinar…menerangi hati hati guru pelatih yang kelam…

Kecenderungan group agamawan @ ustaz ustazah untuk memimpin dan kecenderungan unit lain untuk tidak menceburkan diri serta tidak mahu dipimpin perlu dikaji dan di ambil perhatian serius…aku mencadangkan agar selain kita mengambil pengajaran daripada teknik para daie di turki untuk Berjaya dalam pilihan raya dan memenangi hati rakyat dengan tidak terlalu menunjukkan keislamannya.. kita juga perlu mengaplikasikan metode pentadbiran wilayah faqih yang telah dicetuskan oleh ayatollah rohullah khomeinei di iran..walaupun pada dasarnya konsep itu lebih menjurus kepada syiah..namun kita boleh modifidenya dengan menjadikannya sebagai versi sunnah…penjelasan tentang konsep wilayah faqih ini jika hendak diperincikan adalah terlalu panjang..namun secara ringkasnya…wilayah faqih itu adalah satu konsep yang mengaplikasikan kepimpinan ulama…dimana walau siapapun yang mentadbir negara (dalam konteks kita..kampus )..kepimpinan tertinggi JPP dan MPPI adalah dikawal oleh ulama yang bersifat rabbani lagi muttaqin…ikhlas dan tidak berkepentingan…


maka lengkaplah konsep ulama wal umara’ sebagai satu gandingan kepimpinan yang mantap dalam menggerakkan dakwah islam dan menyuburkan biah solehah di bumi IPGM KDRI ini…

Cuba bygkan…sekiranya JPP dipimpin oleh golongan pemimpin yang tidak islamik..kemanakah arah dan halatuju yang akan dibawa?pastinya kepada hedonism… dan kepada era pemvakuman dan pembekuan aktiviti dakwah…betol kan…mmm…buktinya telah ada dan abagaimana pula jika kepimpinan tersebut dipimpin oleh org yang faqih…ataupun setidak tidaknya dipimpin oleh individu yang mendapat tunjuk ajar daripada golongan faqih yang memahami maslahah agama..pastinya kita akan dapat mencapai tahap sebuah medan ilmu dan qariah (perkampungan ) yang disifatkan oleh ALLAH sbg BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR…iaitu negeri yang baik dan mendapat keampunan daripada ALLAH…

Kesimpulannya, jika ia baik maka tidak ada sebab untuk menolaknya malah diambil dan diadaptasi dengan kreatif sehingga menjadi model baharu milik kita. Tidak kiralah ia dari salafi, tabligh, sufi, syiah mahupun sunni. Yang pasti..apa yang baik kita kutip dan ambil serta aplikasikan mengikut kesesuaian uruf dan adat kita di kampus IPGM KDRI ini…

FENOMENA GENG USTAZ DI TAMPUK PEMERINTAH…GANDINGAN ULAMA & UMARA’

Kepimpinan muallim cerminan ummah yang ulung….

Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi dakwah islam..saya sangat setuju dengan cadangan yang diutarakan oleh al fadhil usta amin agar diwujudkan dengan segera gabungan mahasiswa islam…ataupun group guru pelatih islam…agar tanzim yang tersusun ini dapat membantu gerakan dakwah dan sekaligus memajukan lagi gerak kerja keislaman…

Pada zaman Rasulullah SAW dan Khalifah al-Rasyidin, ketua kerajaan adalah ulama sendiri. Selepas itu ulama jarang menjadi ketua kerajaan.

Sejarah juga membuktikan gandingan ulama dan umara berjaya mewujudkan tamadun Islam cemerlang. Pada zaman Kerajaan Umayyah, Abasiyyah dan Othmaniah Turki yang bermula dari abad ketujuh hingga 15 Masihi, berjaya melahirkan kegemilangan kerajaan Islam kerana hasil kerjasama hebat ulama dengan umara. Pada masa itu ulama bebas keluar masuk istana dan tampil di tengah-tengah masyarakat bagi memberi fatwa dan nasihat dalam isu berkaitan kehidupan rakyat.

Berdasarkan realiti politik di negara ini dan juga kampus kita khususnya barisan umara dipilih oleh rakyat dan barisan guru pelatih , sudah pasti mereka mempunyai pengaruh dan penyokong kuat. Begitu juga ulama sejak turun temurun mereka adalah golongan amat dihormati dan disanjung masyarakat kerana menjadi benteng mempertahankan dan mengukuhkan negara, masyarakat dan agama. Mereka juga mempunyai pengikut dan penyokong tersendiri.

Oleh itu, gandingan ulama – umara dan umat Islam penting dalam mengukuhkan kesejahteraan ummah. Kedua-dua institusi ini harus bersama-sama, saling bantu-membantu dan saling mendengar.

Akhir kata…mari sama sama kita renungkan…

“Jangan kata siapalah saya untuk memberi nasihat atau pandangan kerana kita akan jadi kerdil jika kita rasa kerdil, sebaliknya kita boleh jadi besar jika kita berasakan diri besar. Yang penting dalam memberi nasihat atau berdakwah ialah usaha yang berterusan,”

Akhir kata …UNDILAH CALON MUHAMAD HAZWAN BIN HAMIDAN…..untuk pilihan raya nanti

Thursday, January 21, 2010

KEPIMPINAN ANTARA TAKLIF DAN TASYRIF


IKLIM politik IPGM ketika ini seolah-olah berada dalam suasana yang penuh dengan ketidakpastian.haha… Semenjak diisytiharkan PRK kampus yang bakal dilangsungkan pada 26 hb jan nanti…lalu, cakap-cakap politik kampus ala-ala kedai kopi terus berlegar mengenai kemungkinan berlakunya sekali lagi FENOMENA AGAMAWAN MEMEGANG TAMPUK KEPIMPINAN MAHASISWA @ GURU PELATIH DI IPGM di kalangan guru pelatih sendiri….sama seperti tahun lepas… Tidak kurang juga di kalangan pimpinan lama yang begitu sibuk bercongak-congak mengenai masa depan dan kedudukan politik masing-masing….

Saya melihat fenomena kecenderungan golongan ustaz ustazah mengambil bahagian dalam arena politik kampus sebagai satu petanda baik akan kewujudan rasa tanggungjawab dalam diri mereka walaupun hanya sekelumit..apa yang pasti kita perlu saling tolong menolong antara satu sama lain agar rasa tanggungjawab untuk mengislahkan diri dan biah kampus itu tidak menjadi hangat hangat….ayam…dan tak bertukar menjadi satu bentuk GHURUR (teperdaya ) kerana kuasa boleh menjadi satu jarum syaitan yang paling ampuh untuk menyesatkan manusia…malah dalam kitab hikam sendiri dinyatakan bahawa kecenderungan untuk menjaga kemasyhuran nama dan kuasa (kepimpinan ) adalah yang paling akhir sekali meninggalkan hati orang siddiq…

Fenomena seperti ini tentulah merimas dan mencetuskan perasaan kurang senang guru pelatih yang pasti mendambakan sesuatu yang lebih enjoyable dan bukannya lebih bermakna daripada para pemimpin yang dipilih mereka melalui pilihan raya kampus. Apa tidaknya, pada ketika guru pelatih sedang berhadapan dengan realiti peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing,masalah akhlak dan tambunan program, para pimpinan tampak lebih sibuk mencatur soal kuasa dan takhta….bukannya islah diri….

Semuanya ini hanya kerana kegelojohan dan kerakusan sesetengah pimpinan pelajar yang lebih memperhitungkan soal kuasa dan nafsu untuk menjadi pemimpin. Sememangnya kuasa yang secara fitrahnya berkait rapat dengan kepimpinan adalah isu yang cukup penting untuk dibicarakan setulusnya agar natijah yang lahir daripadanya bukan sahaja bermanfaat kepada diri sendiri tetapi yang lebih utama kepada masyarakat keseluruhannya.

Sama ada disedari ataupun tidak, kita sebenarnya sedang mengalami krisis pemikiran dan pendangkalan persepsi terhadap makna kuasa. Dalam membicarakan soal kuasa pasti ramai yang secara sepontan menanggapinya sebagai satu bentuk kemasyhuran atau tasyrif yang boleh mengangkat martabat seseorang ke satu tahap yang menyebabkannya dihormati dan disanjungi masyarakat.

RASIONALISME KEPIMPINAN

Malah tidak kurang yang melihatnya sebagai lesen besar untuk memenuhi keserakahan nafsu. Akibat kedangkalan persepsi inilah kita dapati manusia bagaikan paranoid dan hilang kewarasan apabila membicarakan mengenai kuasa. Manusia seolah-olah hilang pertimbangan rasional apabila kuasa menjadi matlamat hidup, bahkan dipertuhankan sehingga tergamak menggadai prinsip dan nilai-nilai agama.

Apa sahaja sanggup dilakukan demi kuasa. Ada yang rela melabur wang hingga mencecah jutaan ringgit hanya untuk merebut kuasa. Ada yang sanggup menggadaikan prinsip dan nilai agama hanya untuk mempertahankan kuasa. Tidak kurang juga yang sedia berjual-beli ayat-ayat suci al-Quran kerana taksub untuk berkuasa. Mereka memekakkan telinga daripada mendengar amaran Allah yang amat keras: Dan janganlah kalian menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah (al-Baqarah:41).

Akhirnya kuasa dan kepemimpinan tidak lagi difahami sebagai amanah dan tanggungjawab (taklif) sebaliknya satu bentuk kemuliaan (tasyrif).

Kita sebenarnya lupa atau buat-buat lupa bahawa kuasa merupakan amanah Allah atau taklif iaitu beban tanggungjawab yang akan diperhitungkan pada hari akhirat kelak. Sebab itulah sebagai amanah keagamaan, kegagalan menunaikan amanah kepimpinan boleh menatijahkan risiko hukuman ukhrawi yang berat.

Inilah yang terangkum melalui nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Abu Dzar Al-Ghiffari berkenaan dengan konsep kuasa dan kepimpinan sebagaimana sabdanya: Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya. (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah juga pernah bersabda: Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat. Ditanya kepada baginda, “Wahai Rasulullah, bagaimana melenyapkan amanah itu?” Rasulullah bersabda: Apabila amanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan!

AMANAH ITU TANGGUNGJAWAB YANG TERBEBAN

Dalam tradisi kepimpinan Islam, taklif atau beban tanggungjawab kepimpinan ini sememangnya amat berat dan cukup kudus. Sebab itulah posisi kepimpinan tidak diminta-minta atau diperebutkan. Malah Rasulullah tidak pernah memberikan posisi kepimpinan kepada yang meminta.

Apa yang pasti, kuasa bukannya suatu bentuk tasyrif (pangkat kebesaran) yang boleh diperdagangkan bagi tujuan kemegahan dan meraih populariti. Kuasa juga bukannya lesen yang menghalalkan segala bentuk rasuah, adu-domba dan fitnah-memfitnah sesama sendiri. Lebih menyedihkan jika kuasa berterusan menjadikan umat bergelumang dengan penyakit hasad-dengki dan benci-membenci hingga terhakisnya kekuatan dan jatidiri.

Sebab itulah penjernihan sikap dan persepsi terhadap konsep kuasa perlu mengakar ke dalam hati nurani setiap individu. Umat harus dipasakkan dalam kerangka pemikiran mereka agar melihat kuasa sebagai taklif atau tanggungjawab dan amanah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin demi memenuhi tuntutan agama dan harapan rakyat.

Dengan memahami hakikat kuasa dan makna kepemimpinan berpandukan suluhan agama yang benar sahajalah yang mampu mengangkat martabat dan mengembalikan maruah para pemimpin hari ini. Sesungguhnya perjuangan memartabatkan bangsa tidak akan membawa sebarang makna kiranya masih tersisa di dalam kotak pemikiran kita sikap mementingkan diri sendiri lantaran begitu taksub hendak berkuasa hingga tercabut semangat perjuangan yang sebenar.

QIADAH ITU TAKLIF..BUKAN TASYRIF

Dalam kerancakan pemilihan kepimpinan hari ini, kita hendaklah menyedari bahawa kepimpinan ( Al Qiadah )bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ). Ini perlu dihayati dan dimuhasabahkan oleh kesemua bakal – bakal pemimpin. Dalam adabiyyat kita, kita selalu sebut bahawa kepimpinan merupakan taklif (beban tanggungjawab) bukan tasyrif (kemuliaan). Bila kita bersetuju dilantik dan memegang jawatan bermakna kita terbeban melaksanakan apa-apa tanggungjawab yang bakal ditugaskan kepada kita berdasarkan jawatan diberikan kepada kita.

Sebenarnya, terdapat dua perbezaan sikap yang ketara antara tasyrif dan juga taklif:

1. Orang yang menganggap kepimpinan adalah kedudukan dan tasyrif baginya akan berkeinginan kepada jawatan tersebut tanpa berfikir ia akan melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang terpikul dibahunya dengan jawatan tersebut. Dia berbangga bahawa dia seorang berjawatan tinggi tanpa dia merasai bersalah dan gerun bahawa tanggungjawab yang dibebankan keatas bahunya itu nanti akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan pada dirinya pada hari kiamat jika ia tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

2. Manakala orang yang faham bahawa ia adalah taklif yang akan dipersoalkan pada hari akhirat, ia akan wara’ terhadap jawatan. Jika maslahah dan syura memutuskan, ia memegang jawatan ia akan bertanggujawab dan akan cuba melaksanakannya dengan besungguh-sungguh. Maka ia ambil dengan perasaan takut dan merasai muraqabah Allah s.w.t.Sewajarnya kita melihat kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan, ada individu yang merasakan dirinya lebih daripada yang lain kerana jawatan yang disandang.

Sesungguhnya Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat, namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak, tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap amanah.

Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah SAW awal-awal lagi memperingatkan umatnya dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah:

"Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."( Riwayat Muslim )

Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikan. Islam mangajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya akan tetapi akan ditanya kelak ialah MENGAPA TIDAK BEKERJA MENUNAIKAN AMANAH.

Menyedari besarnya amanah sebagai pemimpin, setiap individu yang menggalas tanggungjawab ini hendaklah sentiasa ingat bahawa semua perkara perlu kepada pergantungan kepada Allah SWT. Semua kelancaran tugas, kejayaan dalam mencapai hadaf tidak akan terjadi kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah Ta’ala. Iltizam dalam kerja, kuatkan tawakal dan pohonlah bantuan daripada Allah SWT.


Akhir kata sebagai iklan…SOKONGLAH CALON MUHAMMAD HAZWAN HAMIDAN SEBAGAI CALON YDP BIRO AGAMA…dengan harapan dakwah lebih gencar dan memasuki fasa kematangan nanti…

Sikap positif yang ada pada diri beliau…yang pastinya anda akan tertarik…:

Mesra rakyat dan mesra alam…

Aktif bersukan dan meminati aktiviti berkelah…

Islamik dan mempunyai intelektual tinggi…

Sporting dan sukar untuk marah..

Mempunyai corak kepimpinan yang menyenangkan serta mudah didekati untuk meluahkan masalah kampus…

Yang paling penting beliau masih single n available..hehe..gurau je….

P/S:semoga bakal pemimpin baru akan lebih proaktif dan modernis…nak tergelak jugak bile ade cakap cakap y menyatakan adik aku menang pilihan raya koz die hensem..perasanla mamat tu nanti…haha..awek oh awek..pelik tol…

Tuesday, January 19, 2010

Datanglah kepada ku wahai jiwa-jiwa suci



Aku berkehendak untuk didatangi oleh pemuda-pemuda berjiwa kental. Supaya bisa aku dan mereka menggoncang gunung kuffar yang sebelum ini membentengi bayang-bayang kalimah Tauhid. Biarkan kami goncang gunung-gunung itu hingga berkecai hilang ditiup angin.

Aku rindukan mereka, golongan pemuda-pemudi yang sentiasa bersusah lelah menyedarkan golongan lain di saat lubang-lubang biawak di pandangan mata mereka yang tertidur lebih indah dari impian roh di dalam burung-burung hijau.

Wahai pemuda teguhkanlah iman dan pendirianmu, jangan sesekali tergugat dengan daging-daging bertelanjang di jalan-jalan raya, jangan sesakali terpadaya dengan al-wahn. Kerana aku di sini menantimu demi agamaku, agamamu.. kita lah tinggalan warisan perjuangan Nabi dan sahabat-sahabat.

Siapkan dirimu, keberangkatan kita hampir tiba, perang salib sudah lama tersedia kamulah yang aku bersamaku mengisi di medan ini! insya Allah.

Aku tidak mahu mereka yang lunak menutur kemanisan suara, tetapi hatinya rapuh. Aku tidak mahu mereka yang berkokok lebih nyaring dari dari hati mereka. Tapi aku mahukan mereka yang memiliki sekeping hati disulami dengan taubat diadun dengan tahajud di belai dengan ukhwah biar sirah menjadi teladan.

Maka tampilkanlah wahai pemuda-pemudi kita bergerak seiringan menuju medan yang ada untuk mardatillah yang pasti.

~syabas pemuda

Thursday, January 7, 2010

HARI AKU MENITIS AIR MATA SEDIH..SIFIR HIDUP

Salam….hari ni ntah kenapa langit mendung je..semacam faham je ape y bergelojak dalam hati aku….mmm..nak luah mati emak..nak telan mati bapak..serba salah jadinye…tapi aku tak mahu ape y aku rasa ni terpendam lame lame n then jadilah mati katak..sia-sia…

mmm…

arini hari jumaat..tapi mcm hari awan mendung je…tak best..sdgkan hari ini adalah penghulu segala hari…byk aspek y buatkan aku rasa DOWN…dahla subuh tadi tinggal 3 org je pelajar y pergi sembahyang…iqamah pun lambat…coz 25 minit tunggu jemaah..manela tau kut2 datang…tapi takde seorangpun y datang…biasa minggu ni kami qamat awal koz solat pukul 6.05…tapi hari ni 6.20 baru sembahyang…aku tolak pelawaan utk jadi imam..koz sebak..nak nangis rasa…bimbang terbawa bawa dalam sembahyang…

mmm…

“sy cdg wap kat balai je la…org pompuan pum bleh serta..kemudahan pun ok..tandas ade..ramai sikit y kita bleh ajak..n takla subh sunyi kat balai nanti….”

“bukan ape buat kat sane..koz kat balai tak jadi..takde “rasa”…”

mmm…then itulah jadinya…..3 org y pg solat subuh…

daripada hampir 30 org ustaz…hanya seorang y ade…

daripada 3 blog asrama…hanya 3 or y ade…

mane semua jiwa…? mana semua pemuda….?

lain org lain pemikirannya…lain ijtihadnya..lain sisi pandangnya…tapi apa guna tarbiyyah jika kabur aulawiyyatnya…?

wala membabi buta…ye…kdgkala aku terfikir….

perlukah mengejar “rasa” sehingga perlu pergi ke tempat lain sehingga tempat sendiri terabai…? kenapa tak cuba bina “rasa” itu di tempat sendiri…? kalau macam tu sampai bila pun kita tak akan berubah…

aku bukan tak mahu ikut serta…

aku bukan tak mahu keluar dari kelompok biasa….

Aku bukan tak nak keluar dari suasana selesa….

Mengejar rasa hingga mengabaikan y lebih utama…? pilih satu antara 2…

Y mane y lebih besar mudharatnya….perlu dihindar….

Inilah masalahnya bila ilmu haraki didahulukan dari usul fiqhi…

terpulang………aku tak nak ckp banyak…..

coz org ni bile cenderung rasa diri semakin membesar..semakin tak nak dengar kata…biarlah sewaktu baiah merah biji mata n keluar air mata pum….

Kita perlu jadikan ilmu haraki dan fiqh seiring…

Syura y salah ade hikmahnya…ye…betul…tapi jika sentiasa berlindung di sebalik statement itu…fatal natijah buruknya…ia hanya sekadar propaganda untuk melindungi kelemahan jemaah…

Teringat lagi perbincangan awal tahun lepas….

“Saya nak ambil dia tahun depan”…..

“Tak boleh..kena ambil selalu”…..

N then skarang mereka sekufu…..

Teringat kata kata saifulislam dalam entri terbarunya di bawah colum SIFIR HIDUP:

Itulah yang dikatakan, siapa kamu menentukan cara kamu melihat.

Kesannya pula adalah, cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat.

KE SUNGAI

Di sungai, bunyi air, bunyi unggas, bunyi angin, bunyi cengkerik, semuanya menghasilkan tenang. Sebabnya mudah, semua yang berbunyi itu sedang memuji Allah [Al-Israa' 17: 44]. Sedang berzikir.

Justeru, ada yang datang ke sungai menyertai zikir alam, lalu mendapat pahala.

Ada pula yang datang ke sungai, kepalanya hanya berfikir satu perkara, “apa dosa yang aku nak buat di sini, ya?”

Tulis pula di batu, “Ina & Din Were Here!”

Takut Malaikat ‘lupa’ dosa-dosanya yang dilakukan di situ. Jangan sampai tiada habuan Akhirat. Lupa yang habuan itu adalah dosa dan Neraka.

Ada yang ke sungai dapat pahala dan bahagia, ada yang ke sungai dapat dosa dan sengsara.

Bukan salah sungai. Tapi salah manusia yang datang ke sungai.

Semuanya bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

UNIVERSITI

Sama juga dengan universiti.

Ada yang datang ke universti dapat ilmu. Dapat pengalaman. Dapat bekalan hidup yang tiada di luar universiti. 4 tahun penuh kesungguhan, hasilnya dapat kebaikan Dunia dan dapat kebaikan Akhirat.

Ada yang datang ke universiti dapat jantan. Dapat betina. Dapat ‘pengalaman’. Dapat ‘nikmat hidup’ yang payah nak cari di luar universiti. 4 tahun penuh sial, hasilnya dapat celaka Dunia dan dapat celaka Akhirat.

Bukan salah universiti. Tapi salah manusia yang datang ke universiti.

Semua bergantung kepada cara melihat, yang menentukan apa yang kamu dapat.

Cara melihat pula bergantung kepada siapa kamu.

FACEBOOK

Sama juga dengan Facebook.

Ada yang masuk ke Facebook dapat pahala.

Bertanya khabar, menghubungkan persahabatan ‘menjejak kasih’, menguruskan ceramah dan soal jawab, berkongsi ilmu dan macam-macam amal maaruf.

Ada pula yang masuk ke Facebook tetapi dapat dosa.

Tunjuk aurat, dedah keaiban diri dan kenalan juga rumahtangga, kutuk orang, main kuiz Syirik, main kuiz lagha, sampai belajar entah ke mana, sampai melingkup Akhirat dan Dunia.

Bukan salah Facebook.

Tapi salah manusianya.

Bagaimanakah cara dia melihat Facebook dan siapakah dia dalam melihat dirinya itu?

Kamu boyfriend?

Kamu girlfriend?

Kamu bos?

Kamu pakar?

Kamu sampah?

Siapa sahaja kamu, kita hanya satu. Kita adalah HAMBA.

Hamba Allah yang kejayaan hidupnya ialah pada melihat dengan pandangan hamba, dan berperanan dalam hidupnya sebagai hamba, hingga mati sebagai hamba.

Kalau ada yang sudah lupa dirinya hamba, dan hidup di dunia seperti tuan, dia telah bertuhankan diri.

Nantikan sahaja balasannya di Akhirat nanti.

p/s: berbeza pendapat tidak menjadi masalah…kegagalan kita utk berlapang dada baru dikira sebagai masalah..dan pendapat y bermasalah sememangnya akan mengakibatkan masalah…..mmmm….skrg terasa semakin jauh jgn family sendiri…Nampak lain skng….

YA ALLAH…aku keliru..tunjukkan aku jalan y lurus…jadikanlah aku hamba yang rendah dirinya di depanMu dan sentiasa berasa tidak selamat dengan segala silap y telah dilakukan selama ini bila berhadapan denganMU kecuali dengan limpah Rahmat dan KaSih SYGMU serta Pengampunan dariMU…amen…ya rabb

Friday, January 1, 2010

TARIK TALI DALAM SOLAT..NABI PUN TAK KHUSYUK ?

SINDROM TERLALU KHUSYUK HINGGA LUPA UNTUK KHUSYUK….

Bile bace balik majalah SOLUSI edisi 10 y menerangkan tentang kualiti solat dan puasa..aku jadi tak keruan koz mcm solat aku selame ni hampa je dari khusyuk….byk input y baik aku dpt dr mjlh ni…berbaloi beli..n masalah khusyuk ni memang mengganggu fikiran betul…masalah bertaraf antara bangsa beb….apekename syaitan y ganggu org solat tu..hmmm…hinzab?wilhan?was was….?lupe dah…Arrrrgggghhhh…. terkejut aku bace ayat ni..masya ALLAH…rase macam nak berhenti jantung ni berdetak…korang bacelah sendiri…

Rasulullah s.a.w. sendiri tidak selalu khusyuk dalam solatnya. Dalam hadis-hadis yang sahih diterangkan bahawa Rasulullah pernah memendekkan bacaan solat ketika mendengar tangisan bayi, agar ibunya dapat segera mengurusi bayinya. Rasulullah juga pernah bergegas bangun sebaik sahaja selesai solat kerana ketika solat, baginda teringat kepingan logam berharga yang tersimpan di rumah yang masih belum disedekahkan. Para sahabat pernah mengucapkan salam ketika Rasulullah sedang solat dan baginda menjawabnya. Namun pada ketika yang lain baginda tidak pula menjawabnya. Apabila ditanya kenapa, baginda menjawab: “Dalam solat terdapat kesibukan”.

Hmmm..tulisan ni sebenarnya adalah jawapan kapten hafiz Firdaus y merupakan intelek professional y cukup meminati agama tatkala ditanya tentang masalah sukar untuk mendapat khusyuk dalam solat….mule mule aku agak sinis dalam membaca tulisan sebegitu..kerana aku rasakan macam sgt keterlaluan sahaja…namun setelah aku ikuti sambungannya maka baru aku faham…

Contoh-contoh di atas menunjukkan Rasulullah s.a.w. juga tidak selalu khusyuk dalam solatnya. Saya mengemukakan contoh-contoh di atas bukan untuk membuktikan kekurangan solat Rasulullah, tetapi bagi menerangkan bahawa adalah sesuatu yang normal jika seseorang itu tidak khusyuk dalam solatnya. Ini adalah penting kerana ramai yang diserangi sindrom “terlalu khusyuk memikirkan bagaimana nak khusyuk hingga akhirnya tidak khusyuk langsung.”

Apa y aku faham dari artikel di atas ialah khusyuk ni kita tak bleh tunggu lame2 sgt fikir..pelbagai teknik dah dinyatakan oleh ramai org dlm kitab…buku agama dan juga internet..search la..ape y penting ialah buat..laksanakan..jgn fikir sahaja…fikir sekali dengan amal…baru Berjaya…

MENGGAPAI KHUSYUK TINGGI DI MUSTAWA

Apa makna khusyuk?

Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat, di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat;

1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.

2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.

3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)

4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)

5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.

Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Mengikut Imam Al-Hakim dan Tirmizi, pada suatu ketika nabi ternampak seorang lelaki menyapu janggutnya ketika solat maka baginda pun bersabda, “Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.”

Berkata Imam Al-Alusi, “Khusyuk ialah merendahkan diri dengan perasaan takut di samping tenang anggota badan.” Ibn Jarir meriwayatkan bahawa sahabat Abdullah ibn Abbas berkata, “Mereka yang khusyuk ialah mereka yang takut lagi tenang.”

Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.” Pandangan yang agak merangkumi tentang khusyuk ialah pandangan sahabat Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.” Kesemua pendapat ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.

Dari penjelasan para ulamak di atas, dapat kita simpulkan bahawa khusyuk di dalam solat hendaklah menggabungkan dua bentuk khusyuk;

1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya.

2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi.

KENAPA KHUSYUK PENTING DAN TARIK TALI DALAM SOLAT

Aku teringat kata kata imam di masjid besar machang y mengambil kesempatan mengajar sekejap bab fiqh sebelum msk waktu solat jummat y mengatakn bahawa khusyuk perlu diraih dan kalau susah pun tak mengape kalau kita main tarik tali khusyuk dalam solat…tarik tali y mcm mana? Iaitu sekejap khusyuk dan sekejap tak..jadi bila lalai kita senjah (rentap ) balik ingatan kepada Allah dan khusyuk balik..tak pe la jika khusyuk ni dtg skejap kemudian pergi…asalkan ade ..ok dah la tu…

Aku termenung bila baca komen org ni ttg khusyuk…ade benarnya:

khusyuk tu penting ketika solat...
tanpa khusyuk tiade maknenye solat kite...
tapi untuk mencapai tahap khusyuk bknlah perkara mudah...
khusyuk tu pun satu ujian dariNya rupe2nye... ::) ::) ::)


Khusyuk penting kerana pahala solat bergantung kepadanya. Sabda Nabi s.a.w.;

“Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua”

(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini sohih. Lihat. Al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 1978).

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda;

“Barangkali seorang yang bangun mengerjakan solat di malam hari, habuannya dari solat malamnya hanyalah berjaga malam (yakni tidak ada pahala). Dan barangkai seorang yang berpuasa, habuannya dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga”.

(Riwayat at-Tabrani, Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Berkata Hafiz al-‘Iraqi; ia adalah hasan. Menurut Imam al-Haitami; perawi-perawinya adalah tsiqah. Lihat; al-Jami’ as-Saghier dan Faidhul-Qadir, hadis no. 4405).

contoh manusia yang khusyuk di dalam solat

Contoh manusia yang khusyuk ialah para sahabat. Abdullah bin ‘Umar r.a. –salah seorang sahabat Nabi yang masyhur- pernah menceritakan sentang solat para sahabat dengan katanya; “Para sahabat Nabi s.a.w. apabila mereka mengerjakan solat, mereka memberi perhatian bersungguh-sungguh kepada solat mereka, mereka menundukkan penglihatan mereka ke tempat-tempat sujud mereka dan mereka menyedari sesungguhnya Allah sedang berhadap kepada mereka, maka tidaklah mereka berpaling ke kanan dan ke kiri”.

BUAH KHUSYUK PERSPEKTIF CINTA ILAHI


Rahsia-rahsia untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;

Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.

Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.

Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.

Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.

Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

SOLAT BERJEMAAH LATIH KHUSYUK

BERSOLAT di belakang imam, iaitu secara berjemaah antara cara untuk kita melatih diri supaya khusyuk dalam mengerjakan ibadat paling utama itu.

Melalui cara berjemaah, ia dapat menimbulkan rasa khusyuk pada setiap rukun. Khusyuk dalam solat adalah antara perkara yang pertama diangkat daripada umat Nabi Muhammad.

Kita hendaklah merebut peluang waktu dan solat lain, selain solat fardu iaitu dengan mengerjakan segala solat sunat dan nawafil.

Menunaikan solat sunat dan nawafil adalah kesempatan berharga dan peluang yang sentiasa terbuka bagi melatih diri bagaimana untuk khusyuk ketika bersolat.

Dalam mendirikan solat sunat dan nawafil, hendaklah kita melatih diri dengan mengerjakannya disertai amalan memanjangkan bacaan dan berdiri dengan lebih lama.

Ia dilakukan selain pada waktu yang diriwayatkan mengenai ketidakharusan memperpanjangkan bacaan seumpama bacaan dalam solat fajar.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling afdal adalah dengan qunut yang lama." Diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya makna qunut yang lama adalah berdiri dengan lama.

Bersegeralah dan memanjangkan rukuk dan sujud serta perbanyakkan doa dalam sujud.


Rasulullah memohon perlindungan dengan Allah daripada ketidakwujudan khusyuk dalam solat di mana Baginda bersabda bermaksud:

“Wahai Allah, Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari hati yang tidak khusyuk." (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan An Nisaai).

BUKU TENTANG KHUSYUK

"Sesiapa yang mendirikan solat dengan khusyuk, Allah berjanji mengampuni dosa-dosanya." (Hadis riwayat Abu Daud)