Thursday, January 21, 2010

KEPIMPINAN ANTARA TAKLIF DAN TASYRIF


IKLIM politik IPGM ketika ini seolah-olah berada dalam suasana yang penuh dengan ketidakpastian.haha… Semenjak diisytiharkan PRK kampus yang bakal dilangsungkan pada 26 hb jan nanti…lalu, cakap-cakap politik kampus ala-ala kedai kopi terus berlegar mengenai kemungkinan berlakunya sekali lagi FENOMENA AGAMAWAN MEMEGANG TAMPUK KEPIMPINAN MAHASISWA @ GURU PELATIH DI IPGM di kalangan guru pelatih sendiri….sama seperti tahun lepas… Tidak kurang juga di kalangan pimpinan lama yang begitu sibuk bercongak-congak mengenai masa depan dan kedudukan politik masing-masing….

Saya melihat fenomena kecenderungan golongan ustaz ustazah mengambil bahagian dalam arena politik kampus sebagai satu petanda baik akan kewujudan rasa tanggungjawab dalam diri mereka walaupun hanya sekelumit..apa yang pasti kita perlu saling tolong menolong antara satu sama lain agar rasa tanggungjawab untuk mengislahkan diri dan biah kampus itu tidak menjadi hangat hangat….ayam…dan tak bertukar menjadi satu bentuk GHURUR (teperdaya ) kerana kuasa boleh menjadi satu jarum syaitan yang paling ampuh untuk menyesatkan manusia…malah dalam kitab hikam sendiri dinyatakan bahawa kecenderungan untuk menjaga kemasyhuran nama dan kuasa (kepimpinan ) adalah yang paling akhir sekali meninggalkan hati orang siddiq…

Fenomena seperti ini tentulah merimas dan mencetuskan perasaan kurang senang guru pelatih yang pasti mendambakan sesuatu yang lebih enjoyable dan bukannya lebih bermakna daripada para pemimpin yang dipilih mereka melalui pilihan raya kampus. Apa tidaknya, pada ketika guru pelatih sedang berhadapan dengan realiti peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing,masalah akhlak dan tambunan program, para pimpinan tampak lebih sibuk mencatur soal kuasa dan takhta….bukannya islah diri….

Semuanya ini hanya kerana kegelojohan dan kerakusan sesetengah pimpinan pelajar yang lebih memperhitungkan soal kuasa dan nafsu untuk menjadi pemimpin. Sememangnya kuasa yang secara fitrahnya berkait rapat dengan kepimpinan adalah isu yang cukup penting untuk dibicarakan setulusnya agar natijah yang lahir daripadanya bukan sahaja bermanfaat kepada diri sendiri tetapi yang lebih utama kepada masyarakat keseluruhannya.

Sama ada disedari ataupun tidak, kita sebenarnya sedang mengalami krisis pemikiran dan pendangkalan persepsi terhadap makna kuasa. Dalam membicarakan soal kuasa pasti ramai yang secara sepontan menanggapinya sebagai satu bentuk kemasyhuran atau tasyrif yang boleh mengangkat martabat seseorang ke satu tahap yang menyebabkannya dihormati dan disanjungi masyarakat.

RASIONALISME KEPIMPINAN

Malah tidak kurang yang melihatnya sebagai lesen besar untuk memenuhi keserakahan nafsu. Akibat kedangkalan persepsi inilah kita dapati manusia bagaikan paranoid dan hilang kewarasan apabila membicarakan mengenai kuasa. Manusia seolah-olah hilang pertimbangan rasional apabila kuasa menjadi matlamat hidup, bahkan dipertuhankan sehingga tergamak menggadai prinsip dan nilai-nilai agama.

Apa sahaja sanggup dilakukan demi kuasa. Ada yang rela melabur wang hingga mencecah jutaan ringgit hanya untuk merebut kuasa. Ada yang sanggup menggadaikan prinsip dan nilai agama hanya untuk mempertahankan kuasa. Tidak kurang juga yang sedia berjual-beli ayat-ayat suci al-Quran kerana taksub untuk berkuasa. Mereka memekakkan telinga daripada mendengar amaran Allah yang amat keras: Dan janganlah kalian menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah (al-Baqarah:41).

Akhirnya kuasa dan kepemimpinan tidak lagi difahami sebagai amanah dan tanggungjawab (taklif) sebaliknya satu bentuk kemuliaan (tasyrif).

Kita sebenarnya lupa atau buat-buat lupa bahawa kuasa merupakan amanah Allah atau taklif iaitu beban tanggungjawab yang akan diperhitungkan pada hari akhirat kelak. Sebab itulah sebagai amanah keagamaan, kegagalan menunaikan amanah kepimpinan boleh menatijahkan risiko hukuman ukhrawi yang berat.

Inilah yang terangkum melalui nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Abu Dzar Al-Ghiffari berkenaan dengan konsep kuasa dan kepimpinan sebagaimana sabdanya: Sesungguhnya ia (kuasa) adalah amanah. Dan pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan melaksanakan apa yang menjadi tuntutannya. (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah juga pernah bersabda: Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat. Ditanya kepada baginda, “Wahai Rasulullah, bagaimana melenyapkan amanah itu?” Rasulullah bersabda: Apabila amanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan!

AMANAH ITU TANGGUNGJAWAB YANG TERBEBAN

Dalam tradisi kepimpinan Islam, taklif atau beban tanggungjawab kepimpinan ini sememangnya amat berat dan cukup kudus. Sebab itulah posisi kepimpinan tidak diminta-minta atau diperebutkan. Malah Rasulullah tidak pernah memberikan posisi kepimpinan kepada yang meminta.

Apa yang pasti, kuasa bukannya suatu bentuk tasyrif (pangkat kebesaran) yang boleh diperdagangkan bagi tujuan kemegahan dan meraih populariti. Kuasa juga bukannya lesen yang menghalalkan segala bentuk rasuah, adu-domba dan fitnah-memfitnah sesama sendiri. Lebih menyedihkan jika kuasa berterusan menjadikan umat bergelumang dengan penyakit hasad-dengki dan benci-membenci hingga terhakisnya kekuatan dan jatidiri.

Sebab itulah penjernihan sikap dan persepsi terhadap konsep kuasa perlu mengakar ke dalam hati nurani setiap individu. Umat harus dipasakkan dalam kerangka pemikiran mereka agar melihat kuasa sebagai taklif atau tanggungjawab dan amanah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin demi memenuhi tuntutan agama dan harapan rakyat.

Dengan memahami hakikat kuasa dan makna kepemimpinan berpandukan suluhan agama yang benar sahajalah yang mampu mengangkat martabat dan mengembalikan maruah para pemimpin hari ini. Sesungguhnya perjuangan memartabatkan bangsa tidak akan membawa sebarang makna kiranya masih tersisa di dalam kotak pemikiran kita sikap mementingkan diri sendiri lantaran begitu taksub hendak berkuasa hingga tercabut semangat perjuangan yang sebenar.

QIADAH ITU TAKLIF..BUKAN TASYRIF

Dalam kerancakan pemilihan kepimpinan hari ini, kita hendaklah menyedari bahawa kepimpinan ( Al Qiadah )bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan ( tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ). Ini perlu dihayati dan dimuhasabahkan oleh kesemua bakal – bakal pemimpin. Dalam adabiyyat kita, kita selalu sebut bahawa kepimpinan merupakan taklif (beban tanggungjawab) bukan tasyrif (kemuliaan). Bila kita bersetuju dilantik dan memegang jawatan bermakna kita terbeban melaksanakan apa-apa tanggungjawab yang bakal ditugaskan kepada kita berdasarkan jawatan diberikan kepada kita.

Sebenarnya, terdapat dua perbezaan sikap yang ketara antara tasyrif dan juga taklif:

1. Orang yang menganggap kepimpinan adalah kedudukan dan tasyrif baginya akan berkeinginan kepada jawatan tersebut tanpa berfikir ia akan melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang terpikul dibahunya dengan jawatan tersebut. Dia berbangga bahawa dia seorang berjawatan tinggi tanpa dia merasai bersalah dan gerun bahawa tanggungjawab yang dibebankan keatas bahunya itu nanti akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan pada dirinya pada hari kiamat jika ia tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

2. Manakala orang yang faham bahawa ia adalah taklif yang akan dipersoalkan pada hari akhirat, ia akan wara’ terhadap jawatan. Jika maslahah dan syura memutuskan, ia memegang jawatan ia akan bertanggujawab dan akan cuba melaksanakannya dengan besungguh-sungguh. Maka ia ambil dengan perasaan takut dan merasai muraqabah Allah s.w.t.Sewajarnya kita melihat kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan, ada individu yang merasakan dirinya lebih daripada yang lain kerana jawatan yang disandang.

Sesungguhnya Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat, namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak, tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap amanah.

Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah SAW awal-awal lagi memperingatkan umatnya dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah:

"Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."( Riwayat Muslim )

Walaupun amanah kepimpinan ini sangat besar dan berat, namun seorang pemimpin bukanlah dikerah secara paksa untuk melaksanakan tuntutan yang tidak mampu ditunaikan. Islam mangajar kita melaksanakan sesuatu mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada, tidak akan ditanya di akhirat mengapa kita tidak berjaya akan tetapi akan ditanya kelak ialah MENGAPA TIDAK BEKERJA MENUNAIKAN AMANAH.

Menyedari besarnya amanah sebagai pemimpin, setiap individu yang menggalas tanggungjawab ini hendaklah sentiasa ingat bahawa semua perkara perlu kepada pergantungan kepada Allah SWT. Semua kelancaran tugas, kejayaan dalam mencapai hadaf tidak akan terjadi kecuali dengan taufik dan pertolongan Allah Ta’ala. Iltizam dalam kerja, kuatkan tawakal dan pohonlah bantuan daripada Allah SWT.


Akhir kata sebagai iklan…SOKONGLAH CALON MUHAMMAD HAZWAN HAMIDAN SEBAGAI CALON YDP BIRO AGAMA…dengan harapan dakwah lebih gencar dan memasuki fasa kematangan nanti…

Sikap positif yang ada pada diri beliau…yang pastinya anda akan tertarik…:

Mesra rakyat dan mesra alam…

Aktif bersukan dan meminati aktiviti berkelah…

Islamik dan mempunyai intelektual tinggi…

Sporting dan sukar untuk marah..

Mempunyai corak kepimpinan yang menyenangkan serta mudah didekati untuk meluahkan masalah kampus…

Yang paling penting beliau masih single n available..hehe..gurau je….

P/S:semoga bakal pemimpin baru akan lebih proaktif dan modernis…nak tergelak jugak bile ade cakap cakap y menyatakan adik aku menang pilihan raya koz die hensem..perasanla mamat tu nanti…haha..awek oh awek..pelik tol…

No comments:

Post a Comment