SINDROM TERLALU KHUSYUK HINGGA LUPA UNTUK KHUSYUK….
Bile bace balik majalah SOLUSI edisi 10 y menerangkan tentang kualiti solat dan puasa..aku jadi tak keruan koz mcm solat aku selame ni hampa je dari khusyuk….byk input y baik aku dpt dr mjlh ni…berbaloi beli..n masalah khusyuk ni memang mengganggu fikiran betul…masalah bertaraf antara bangsa beb….apekename syaitan y ganggu org solat tu..hmmm…hinzab?wilhan?was was….?lupe dah…Arrrrgggghhhh…. terkejut aku bace ayat ni..masya ALLAH…rase macam nak berhenti jantung ni berdetak…korang bacelah sendiri…
Rasulullah s.a.w. sendiri tidak selalu khusyuk dalam solatnya. Dalam hadis-hadis yang sahih diterangkan bahawa Rasulullah pernah memendekkan bacaan solat ketika mendengar tangisan bayi, agar ibunya dapat segera mengurusi bayinya. Rasulullah juga pernah bergegas bangun sebaik sahaja selesai solat kerana ketika solat, baginda teringat kepingan logam berharga yang tersimpan di rumah yang masih belum disedekahkan. Para sahabat pernah mengucapkan salam ketika Rasulullah sedang solat dan baginda menjawabnya. Namun pada ketika yang lain baginda tidak pula menjawabnya. Apabila ditanya kenapa, baginda menjawab: “Dalam solat terdapat kesibukan”.
Hmmm..tulisan ni sebenarnya adalah jawapan kapten hafiz Firdaus y merupakan intelek professional y cukup meminati agama tatkala ditanya tentang masalah sukar untuk mendapat khusyuk dalam solat….mule mule aku agak sinis dalam membaca tulisan sebegitu..kerana aku rasakan macam sgt keterlaluan sahaja…namun setelah aku ikuti sambungannya maka baru aku faham…
Contoh-contoh di atas menunjukkan Rasulullah s.a.w. juga tidak selalu khusyuk dalam solatnya. Saya mengemukakan contoh-contoh di atas bukan untuk membuktikan kekurangan solat Rasulullah, tetapi bagi menerangkan bahawa adalah sesuatu yang normal jika seseorang itu tidak khusyuk dalam solatnya. Ini adalah penting kerana ramai yang diserangi sindrom “terlalu khusyuk memikirkan bagaimana nak khusyuk hingga akhirnya tidak khusyuk langsung.”
Apa y aku faham dari artikel di atas ialah khusyuk ni kita tak bleh tunggu lame2 sgt fikir..pelbagai teknik dah dinyatakan oleh ramai org dlm kitab…buku agama dan juga internet..search la..ape y penting ialah buat..laksanakan..jgn fikir sahaja…fikir sekali dengan amal…baru Berjaya…
MENGGAPAI KHUSYUK TINGGI DI MUSTAWA
Apa makna khusyuk?
Khusyuk pada pengertian bahasa bermaksud tunduk dan merendah diri. Orang yang khusyuk ialah orang yang tunduk dan merendah diri. Adapun pengertian khusyuk di dalam solat, di bawah ini kita kemukakan beberapa pandangan ulamak tentang makna khusyuk di dalam solat;
1. Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain, beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.
2. Menurut Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.
3. Menurut Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)
4. Berkata Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)
5. Menurut Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan berdoa”.
Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Mengikut Imam Al-Hakim dan Tirmizi, pada suatu ketika nabi ternampak seorang lelaki menyapu janggutnya ketika solat maka baginda pun bersabda, “Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.”
Berkata Imam Al-Alusi, “Khusyuk ialah merendahkan diri dengan perasaan takut di samping tenang anggota badan.” Ibn Jarir meriwayatkan bahawa sahabat Abdullah ibn Abbas berkata, “Mereka yang khusyuk ialah mereka yang takut lagi tenang.”
Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.” Pandangan yang agak merangkumi tentang khusyuk ialah pandangan sahabat Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.” Kesemua pendapat ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.
Dari penjelasan para ulamak di atas, dapat kita simpulkan bahawa khusyuk di dalam solat hendaklah menggabungkan dua bentuk khusyuk;
1. Khusyuk batin; iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya.
2. Khusyuk lahir; iaitu khusyuk kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan tetap, tidak bergerak. Khusyuk lahir ini terbit dari khusyuk batin atau hati tadi.
Aku teringat kata kata imam di masjid besar machang y mengambil kesempatan mengajar sekejap bab fiqh sebelum msk waktu solat jummat y mengatakn bahawa khusyuk perlu diraih dan kalau susah pun tak mengape kalau kita main tarik tali khusyuk dalam solat…tarik tali y mcm mana? Iaitu sekejap khusyuk dan sekejap tak..jadi bila lalai kita senjah (rentap ) balik ingatan kepada Allah dan khusyuk balik..tak pe la jika khusyuk ni dtg skejap kemudian pergi…asalkan ade ..ok dah la tu…
Aku termenung bila baca komen org ni ttg khusyuk…ade benarnya:
khusyuk tu penting ketika solat...
tanpa khusyuk tiade maknenye solat kite...
tapi untuk mencapai tahap khusyuk bknlah perkara mudah...
khusyuk tu pun satu ujian dariNya rupe2nye... ::) ::) ::)
Khusyuk penting kerana pahala solat bergantung kepadanya. Sabda Nabi s.a.w.;
“Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua”
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini sohih. Lihat. Al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 1978).
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda;
“Barangkali seorang yang bangun mengerjakan solat di malam hari, habuannya dari solat malamnya hanyalah berjaga malam (yakni tidak ada pahala). Dan barangkai seorang yang berpuasa, habuannya dari puasanya hanyalah lapar dan dahaga”.
(Riwayat at-Tabrani, Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Berkata Hafiz al-‘Iraqi; ia adalah hasan. Menurut Imam al-Haitami; perawi-perawinya adalah tsiqah. Lihat; al-Jami’ as-Saghier dan Faidhul-Qadir, hadis no. 4405).
contoh manusia yang khusyuk di dalam solat
Contoh manusia yang khusyuk ialah para sahabat. Abdullah bin ‘Umar r.a. –salah seorang sahabat Nabi yang masyhur- pernah menceritakan sentang solat para sahabat dengan katanya; “Para sahabat Nabi s.a.w. apabila mereka mengerjakan solat, mereka memberi perhatian bersungguh-sungguh kepada solat mereka, mereka menundukkan penglihatan mereka ke tempat-tempat sujud mereka dan mereka menyedari sesungguhnya Allah sedang berhadap kepada mereka, maka tidaklah mereka berpaling ke kanan dan ke kiri”.
BUAH KHUSYUK PERSPEKTIF CINTA ILAHI
Rahsia-rahsia untuk mendapat khusyuk di dalam solat mengikut Imam al-Ghazali
Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat;
Pertama; Hudhur al-Qlabi (حضور القلب); iaitu menghadirkan hati kita ketika menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.
Kedua; at-Tafahhum (التفهم); iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.
Ketiga; at-Ta’dziem (التعظيم); iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai diri terlalu kerdil di hadapan Allah.
Keempat; al-Haibah (الهيبة); iaitu merasa gerun terhadap keagungan Allah dan siksaanNya.
Kelima; ar-Raja’ (الرجاء); iaitu sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.
Keenam; al-Haya’ (الحياء); iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.
SOLAT BERJEMAAH LATIH KHUSYUK
BERSOLAT di belakang imam, iaitu secara berjemaah antara cara untuk kita melatih diri supaya khusyuk dalam mengerjakan ibadat paling utama itu.
Melalui cara berjemaah, ia dapat menimbulkan rasa khusyuk pada setiap rukun. Khusyuk dalam solat adalah antara perkara yang pertama diangkat daripada umat Nabi Muhammad.
Kita hendaklah merebut peluang waktu dan solat lain, selain solat fardu iaitu dengan mengerjakan segala solat sunat dan nawafil.
Menunaikan solat sunat dan nawafil adalah kesempatan berharga dan peluang yang sentiasa terbuka bagi melatih diri bagaimana untuk khusyuk ketika bersolat.
Dalam mendirikan solat sunat dan nawafil, hendaklah kita melatih diri dengan mengerjakannya disertai amalan memanjangkan bacaan dan berdiri dengan lebih lama.
Ia dilakukan selain pada waktu yang diriwayatkan mengenai ketidakharusan memperpanjangkan bacaan seumpama bacaan dalam solat fajar.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling afdal adalah dengan qunut yang lama." Diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya makna qunut yang lama adalah berdiri dengan lama.
Bersegeralah dan memanjangkan rukuk dan sujud serta perbanyakkan doa dalam sujud.
Rasulullah memohon perlindungan dengan Allah daripada ketidakwujudan khusyuk dalam solat di mana Baginda bersabda bermaksud:
“Wahai Allah, Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari hati yang tidak khusyuk." (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan An Nisaai).
"Sesiapa yang mendirikan solat dengan khusyuk, Allah berjanji mengampuni dosa-dosanya." (Hadis riwayat Abu Daud)
No comments:
Post a Comment