Thursday, December 31, 2009

ZAKAT BIASISWA ? ADAKAH IA TERGOLONG DALAM MAAL AL-MUSTAFAD (?)

STARTER…PENGURUSAN BIASISWA GURU PELATIH MENGIKUT LUNAS SYARIATIK

Alhamdulillah ari ni tercapai jgk cita cita aku nak tulis entri tentang fiqh..n kali ni aku amik sedikit masa korang sEmUe para pembaca utk membincangkan tentang biasiswa kita…ya..bagi mahasiswa otak beku jumud tak bleh blah pastinya setiap kali mendapat tahu duit biasiswa telah selamat tiba dalam akaun bank mereka dengan jayanya akan bersorak gembiya dan melaungkan yippeeee….yahooooo….dan horeeeeeeyyyyy…koz girang y bersangatan…girang tu tak salah..yelah..fitrah..tapi apelah salahnye lau ucap Alhamdulillah….n bagi sedikit sedekah kat masjid masjid atau surau surau..biar elaun kita y dekat 430 dan 520 tu kurang2nye takde la habis kepada perut kita sahaja menjadi santapan nafsu..tapi ade jugak bahagian y jadi ibadahnya….kan kan..alah singgit pun tak kan la korang rase berat…call awek sampai berjam2 nak meletup enset dan panas cuping telinga tak per plak..then belanje awek n pakwe itu ini tak pe plak..nak sedekah singgit due dalam tabung surau dan masjid alangkah terketar ketarnya tangan..hmmmm…apa la…

Bytheway arini aku tak nak cakap tentang kelebihan sedekah coz sume org dah tau..aku just nak sentuh sedikit tentang entri y aku jumpa sewaktu melilau dalam internet ni tentang biasiswa dan zakat..tetibe je aku tertarik dengan jawapan y dikemukakan oleh seorang y bergelar moderator fiqh tentang hukum biasiswa dan zakat…

Soalannya berbunyi….jeng jeng jeng (efek suara nak bagi suspen skit)

salam, saya berkerja dan menyambung pengajian kedoktoran .. gaji dapat, elaun biasiswa bulanan pun dapat.

buat masa ni saya bayar zakat pendapatan.. tapi elaun biasiswa nak kena zakat juga ka.. ? ikutkan kalo sambung belajar ni fisabilillah juga.

Maka jawapan y diberikan ialah seperti berikut:

Gaji, elaun, bonus, biasiswa termasuk dalam pendapatan yang dikira dalam zakat pendapatan. Kerana semua tersebut adalah dalam kategori al-Maal al-Mustafaad.


Pengiraan zakat boleh dilakukan secara sekali gus, dengan mengira kesemua gaji tahunan dicampur dengan biasiswa tahunan. Daripada jumlah itu, ditolak perbelanjaan tahunan dan yang berbaki dikenakan zakat jika mencukupi nisabnya.


Bila aku wap timbang tara..rasanya tak jelas mana jawapan panel fiqh tu..keliru betul…coz aku rasa die macam tak telly dengan definisi maal mustafad itu sendiri…utk pengetahuan korang maal mustafad ni adalah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan atau bayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi. Ia dikenali sebagai upah, gaji, bonus, dividen, hasil sewaan, royalty, hibah, elaun, honorarium, pampas an, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk pendapatan yang berasaskan kerjaya atau sebagai ahli professional (rujuk definisi lembaga zakat Selangor..) dan tentulah biasiswa secara automatic tidak termasuk dalam kategori maal mustafad ini…bahkan ia akan susut kerana pelajar menggunakan wang itu untuk tujuan pembelajaran dan sara hidup mereka sedangkan mereka tiada sumber pendapatan lagi koz mereka adalah pelajar dan bukannya pekerja….

Tapi kalau merujuk kepada masalah y diajukan…biasiswa itu disebut sebagai elaun berkemungkinan besar mudah disalahfahami sebagai elaun dan otomatik akan digolongkan dalam kumpulan maal mustafad..oleh kerana itulah perlu sekali diberi perhatian dan perlu diingat bahawa maal mustafad hanya merangkumi

segala jenis hasil pendapatan atau pulangan atau bayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi

dan

yang berasaskan kerjaya atau sebagai ahli professional….

(tambahan maklumat..sepertimana zakat y lain…zakat maal mustafad ini pun ada haul jugak..rujuk link al ahkam kat bawah kalau nak tau lebih lanjut)

Dengan itu jelas biasiswa ataupun elaun biasiswa y diperolehi oleh pelajar tidak termasuk dalam kategori maal mustafad…(kekeliruan di atas mungkin timbul akibat daripada penggunaan istilah biasiswa yang turut dirujuk sebagai elaun biasiswa dan jenis biasiswa y diberikan seperti eleun sara hidup…elaun peralatan…dan sebagainya..rujuk http://beliamuda.com/2009/06/tawaran-biasiswa-jpa-pengajian-dalam-negara-sesi-20092010/)

Jadi kesimpulannya menurut pendapat aku y jahil lagi sedikit ilmu ini biasiswa y diperolehi oleh pelajar tak perlu dizakatkan…Cuma dianjurkan utk memperbanyakkan sedekah…

Bagi y nak dapatkan penjelasan lanjut tentang zakat pendapatan ke atas harta maal mustafad ni blehlah pergi ke link berikut:

Link lembaga zakat Selangor

http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=84

link jabatan mufti Kelantan

http://www.muftikelantan.gov.my/fatwa/index.php?e=bankfatwa&a=viewRecord&fatwaID=58

link pusat zakat negeri Sembilan

http://www.zakatns.com.my/v2/InfoZakat/JenisZakat/ZakatPendapatan.html

link al ahkam online

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=101&t=38985

link hikmah zakat

http://suhrawardilubis.multiply.com/journal/item/10/IBADAH_ZAKAT_HIKMAH_DAN_MANFAATNYA

link zakat

http://www.hamizul.com/?page_id=939

link zakat al fikrah online

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=10297.html

http://hilmi07.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/printertopic=1/t=904/postdays=0/postorder=asc/start=45.html

ZAKAT PENDAPATAN BID’AH?

Ade beberapa individu y nak tunjuk pandai tak bertempat telah mencurahkan segala kebijaksanaan mereka untuk mengkaji dan seterusnya menyatakan bahawa zakat pendapatan ini adalah bid’ah..

http://m.cybermq.com/forum/detail-topik/3/27/3254

http://jemaah-islam.blogspot.com/2008/09/hukum-zakat-pendapatan.html

Sedangkan ia telah difatwakan wajib oleh ulama fiqh muktabar sedunia dan jawatankuasa fatwa kebangsaan dan rumah zakat Indonesia…sila rujuk link entri tersebut di bawah:

http://www.rumahzakat.org/detail.php?id=5366&kd=DSY

kalo nak kira zakat secara online rujuk link berikut:

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp

link ni sgt berguna koz ade banyak pautan tentang zakat dan kalkulator zakat pelbagai jenis

http://zakat.com.my/faq/saham.htm

dan korang bleh bace pdf tentang fenomena zakat pendapatan ini

http://pkukmweb.ukm.my/~hairun/kertas%20kerja/kesedaran%20membayar%20zakat%20pendapatan.pdf

berikut adalah jawapan ustaz zaharuddin bile ditanya tentang kewajipan zakat pendapatan:

wa'alaikumussalam,

ye benar , memang ada pandangan yang mengatakan tidak perlu. tetapi syeikh dr yusof al-qaradhawi dalam tesis pHDnya telah berijtihad dgn dalil-dalil yang dikemukakan bhaawa ianya wajib dikeluarkan zakat oendapatan malah ia amat bertepatan dgn maqasid shariah ( tujuan shariah)

justeru, saya menyokong ijttihad beliau, bagaimanapun, ia hanya wajib bagi yg cukup syarat dan tidak wajib bagi semua yang ada pendapatan. perlu rujuk pusat zakat utk lihat kita berkelayakan atau tidak..kerana mereka telah mengeluarkan formula kira-kira (secara ijtihad juga) untuk menentukan tahap kita.

INTIHA : KESEDARAN BAYAR ZAKAT DAN PENGURUSAN HARTA MENURUT SYARIAT ISLAM

Peningkatan kesedaran membayar zakat pendapatan adalah penting. Walaupun pendapatan individu diklasifikasikan dalam fiqh sebagai harta yang diikhtilaf dikenakan zakat, namun di Malaysia fatwa wajib zakat pendapatan wujud dengan pewartaan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 1997. Walaupun begitu hanya negeri Perak yang kekal tidak mewajibkan zakat pendapatan.

Walau bagaimanapun perlu difahami disini bahawa zakat pendapatan mempunyai banyak faedah sosio ekonomi sama seperti tujuan zakat yang lain. Maka semakin banyak kutipan zakat, semakin banyaklah wang dapat diagihkan dan dapat membantu asnaf terutamanya asnaf fakir dan miskin dalam kehidupan mereka.

Kutipan zakat yang banyak di negeri –negeri tertentu adalah sebenarnya banyak disumbangkan oleh kutipan zakat pendapatan. Peningkatan ini akhirnya akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain terutamanya kepada isirumah Muslim yang mengalami kemiskinan tegar dapat dihapuskan secara beransur-ansur.

Link fatwa negeri perak y kate tak wajib zakat

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=836

DR QARDAWI SARAN BERPEGANG DENGAN SYAFIE DAN ASYAARI

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية(Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:


الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.


Maksudnya:

Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjagasyakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.



وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:


وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.


Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysiaagar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout


Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/


# Penulis memahami bahawa saranan Dr. Al-Qaradawi hafizahullah agar berpegang kepada Fiqah Mazhab Syafie bukanlah bermaksud menolak pendapat-pendapat lain dan hanya memadai dengan Mazhab Syafie. Ini bukanlah manhaj Dr. Al-Qaradawi hafizahullah sebagaimana yg diketahui oleh sesiapa yg mengenalinya. Bahkan dibenarkan untuk mengambil pendapat-pendapat selain Mazhab Syafie apabila perlu. Bahkan dalam ibadat zakat, kita tidak mengambil pendapat muktamad Mazhab Syafie. Maka difahami bahawa saranan ini bersifat untuk menjaga kesatuan umat Islam di Malaysia. Ini bermakna beliau menasihatkan supaya berpegang teguh dengan Mazhab Syafie selagi mana tidak berhajat kepada pendapat lain kerana ia salah satu dari mazhab empat yg benar. Tidak perlu diketengahkan pendapat-pendapat lain yg boleh melahirkan perbalahan dan perpecahan lebih-lebih lagi ianya perkara furuk.

Sikap sesetengah pihak yg membidaahkan bacaan doa qunut Subuh misalnya ialah sikap yg ekstrem, ini berlaku kerana mereka merasakan pendapat mereka yg paling benar dan yg lain salah. Sedangkan, apakah jaminan kebenaran hanya ada pada mereka? Untuk tetap juga beramal dengan pendapat sendiri dan meninggalkan bacaan doa qunut, dipersilakan tapi janganlah pula menuduh bidaah kepada pendapat lain sedangkan pendapat itu juga mempunyai sandaran dalil. Dan yg lebih penting, jangan pula menyekat orang membaca doa qunut Subuh. Maka, dalam konteks ini, tuduhan bidaah ialah satu tuduhan yg silap. Bahkan membidaahkan doa qunut subuh bererti membidaahkan amalan para ulama mazhab Syafie dan ini merupakan tuduhan yg berat. Sila berlapang dada. Belajar adab-adab khilaf dan beramal dengannya.

Dr. Al-Qaradawi hafizahullah juga menyarankan supaya berpegang dengan akidah Asyairah atau Asyaari iaitu akidah yg dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Al-Asyaari rahimahullah. Ini bermakna beliau mengiktiraf kebenaran akidah ini yg merupakan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Imam Al-Hafiz Az-Zabidi rahimahullah ada menulis dalam kitabnya Ithaf As-Sadat Al-Muttaqin syarah kepada kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Ghazali rahimahullah:

"Apabila disebut secara mutlak 'Ahlus Sunnah wal Jamaah' maka mereka ialah Al-Asyairah dan Al-Maturidiyah."

Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian pihak yg masih menghukum sesat kepada akidah Asyairah dan merasakan hanya kelompok mereka sahaja di pihak yg benar. Akidah Asyairah ialah akidah yg dipegang oleh institusi-institusi pengajian dunia sejak di zaman lampau lagi seperti Masjid Al-Azhar di Mesir, Masjid Zaitunah di Tunisia dan Masjid Qarawiyin di Maghribi. (semua ni adalah pusat ilmu y subur dengan budaya intelektual islam..) Dr. Al-Qaradawi hafizahullah pernah menyebut bahawa sesiapa yg menghukum sesat ke atas Asyairah maka dia telah menghukum sesat ke atas ummah kerana jumhur ummah berakidah Asyairah.

Masjid Zaitunah di Tunisia.


Ulama yg terkenal sejak zaman berzaman kebanyakannya bermazhab Asyairah yg dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Al-Asyaari rahimahullah dan bermazhab Maturidiyah yg dinisbahkan kepada Imam Abu Mansur Al-Maturidi rahimahullah. Sama ada ulama di bidang Fiqah, Tafsir, Hadith, Tarikh mahupun Lughah. Ini ialah fakta yg tidak boleh disangkal lagi. Agak susah untuk menyebut nama-nama ulama tersohor yg tidak berakidah Asyairah.

Kedua-dua mazhab Asyairah dan Maturidiyah bukanlah membawa akidah baru bahkan kedua-duanya ialah akidah yg sama yg dipegang oleh golongan sahabat, tabien dan tabi' tabien. Walaubagaimanapun masih ada pihak yg menafikannya dan menuduh mazhab ini sebagai sesat dan layak ke neraka. Akidah ini disebut akidah Asyairah dan dinisbahkan kepada Abu Hasan Al-Asyaari rahimahullah kerana beliaulah yg yg kuat menentang akidah mazhab sesat di zaman beliau lalu disandarkan akidah sebenar yg dipegangnya kepada dirinya.

Saturday, December 26, 2009

TAKRIF USRAH 1000 THN Y LALU…USRAH HUHAHUHA & USRAH NARUTO

STARTER : I WILL CHALLENGE YOU BRO……

Alhamdulillah..skang ni menghampiri waktu berbuka puasa 9 Muharram..aku boring sebenarnya..dari pagi tadi lagi aku dok membaca membaca membaca…stat dari kitab SABILAL MUHTADIN..tukar plak ke KIFAYATUL MUHTADI..then tukar plak ke BUGHYATU TULLAB..then rest jap..(saje nak menyelami dengan kritikal dan terperinci perbahasan fiqh syafie…turuq nusantara) pastu sambung FIQH ISLAM WA ADILLATUH…jilid satu dan 2…(sbagai penampan agar tak jadi jumud otak aku ni dGn hujah mazhab syafie je..survey hujah mazhab maliki hanafi hanbali plak….) then buke intenet..bace blog yang dapat SHIFT PARADIGM aku …(byk gile y aku dapat.. alhamdulillah..)

kemudian jemur kain..n sambung dengan ENSIKLOPEDIA MUKJIZAT plak..kemudian buka kitab FATHUL BARI FI SYARH SAHIH BUKHARI….jilid 1 , 2 dan 3..aku study sket hadis bab permulaan wahyu…wuduk dan haid…then buka kitab TAFSIR AL MISBAH jilid 4 dan 5 bace tafsir dan perbahasan ulama yang wujud seputar penggunaan kalimah tertentu..HUHU..kemudian sentuh plak kitab ULUM QURAN..(coz aku dalam prose swap sukatan ulum quran pd budak maktab…insyaAllah…) then bace plak tulisan UST ZAHARUDDIN TENTANG FIQH MUAMALAT…(perbankan dan kewangan islam…dekat 100 ms lebih…padat dan komplikated) waaa….rase senak gile otak aku…(dah arini pose takde wat ape pun…so study study study la…) lagipun aku tak nak adik aku beat aku dalam 2 hari ni..die siap bleh pg muktamar y ape ape ntah..dihidangkan dengan ledakan idea dan bentuk pemikiran baru yang mengangkasa fungsi daei barangkali….sementara tu aku plak dok rumah..noway men..abg akan challenge gak ko….hahaha) pastu aku cadang pasni nak bace wirid TARIQAT SYAZULIYYAH dan HIZIB FATHI..BAHRI dan BARRI sket…

p/s:wah wah wanginye bau aroma nasi lemak burung puyuh y umi masak..huhu..ish.. ish..apeni…jgn pikir2x..nak jadikan pose kalini pose khawas..tak fikir tentang makanan..huhu…padahal baru je tadi pg tolong masak..alahai…..OK..nk pg mandi dulu…hehe..smbung ekgi plak…

LAST TAMRIN DALAM CUTI KEM ASAS TARBIYYAH ISLAMIYYAH

Aku tak sangka plak ade akhawat yang msg aku tny aku tentang aktiviti dalam cuti ni..hadui..nak ngorat ker..hahaha..sapela y nak kan aku nih…so bile die tanye gitu maka teringatla aku akan satu kem y aku jadi pengarahnye…KEM ASAS TARBIYYAH ISLAMIYYAH di sek lame aku y skang dah jadi sek kluster…SMKA WATANIAH… untuk pimpinan BADAR 2010…

aku sebenarnye malas doh NAK SIBUK2 care n amik berat pasal BADAN DAKWAH DAN ROHANI ni koz zaman aku dulu dah berlalu..n aku rase byk benda yang aku tak sempat buat..time tu aku memang CAPTIVE MIND betol…so sebab rase kecewa la aku menghibernatekan diriku dari menjadi kader dakwah di sekolah lame….lantak korang r budak budak…

Tapi semangat sahabat aku yang sorang ni…mumtaz namenye..terlalu energetic dalam gerak kerja dakwah..huhu..so aku keasihankan die..n ase malu plak..padahal dulu time sekolah beliaulah yang slalu backup aku time aku ponteng..haha…sahabat karib sehidup semati….insyaAllah…

jadi akhirnye aku dtgla jugak ke sekolah…selama 3 hari 2 malam…atas tiket menjadi pengarah kem..haha..serius aku tak tau menahu pun y aku ni pengarah..aku siap jadi kuli lepak lepak round sekolah pg sane sini melihat balik kawasan tanah y suatu mase dulu pernah menjadi jajahan taklukku…huhu…n layan soalan budak budak form 5 skang ni y dok tengah exam ntah ape ape ntah…tup..tup ari last baru aku tau y aku ni pengarah kem tu..haha…selama 3 hari tu akulah y jadi ajk makanannye..akulah juga ajk peralatan..dan akulah juga ajk keselamatan…huhu..(dah hanye 2 org fasi lelaki dn 3 org fasi pompuan..memang teruk la kene blasah…)

Tak byk gambar y aku dapat ambil…coz sibuk dengan kerja kerja teknikal…so nilah saje y dapat aku upload buat tatapan ..zassssss (ayat wahid dalam MELODI..)

Ni time ustaz syairazi bagi kuliah dasar


Ni time sesi taaruf kubro



Ni time slot kuliah subuh berantai



Ni time nyanyi lagu tema “adakah kau lupa..”


Ni time budak2 tu kena raging ngan mumtaz pada sesi riadah bermodul…

Kiri kanan kiri..budak2 diam..bos nak cek korang semayang betol ke men2..haha

Ni gambar kak nor y sempat di snap..die ni senior ex-wataniah produk tahun 2003…perancang utama dan otak bagi program ni…walaupun aku pengarah..tapi kak nor y byk men peranan..

TUKAR JAM MURAH KEPADA JAM MAHAL..ADD VALUE BUAT PENDAKWAH

Aku diberi kepercayaan utk bagi pengisian kuliah maghrib…Aku ingatkan yang aku dapat tajuk BOMBASTIK ke ape…macam "Tarbiyyah Qur'aniyah Pemantap Kerohanian Dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini" ataupun kearah memperkasakan fungsi kader dakwah di era globalisasi..(apeda..tajuk ganaz2 pum belum tntu aku dapat hurai ) tapi sebaliknya aku dapat slot kecemerlangan akademik dari perspektif dakwah…mencabar siot tajuk ni..aku ase malu je nak bagi talk tentang topic ni koz zaman skul dulu aku minat sgt ponteng kelas walaupun aku merupakan lagenda dalam sekolah..haha..ape nak jadi la…ngan aku..tapi aku akan try y terbaik agar junior dakwah ni tak tersalah langkah lagi dalam ketaksuban mereka mencari identity diri mahupun melaksanakan gerak kerja dalam BADAR…

Maka bermulalah sesi ceramah aku tu..aku bg kaw-kaw..sampai sejam ..haha..lari timing…argh..peduli hape..akukan pengarah..(tapi time tu aku tak tau pun y aku ni pengarah…)

Antara isi y aku bagi…


Kite tengok jam..kenapa jam y satu ni murah dan y satu lagi mahal?



Kite tengok jam..kenapa jam y satu ni murah dan y satu lagi mahal?

Maka aku minta la budak budak y smalam time sesi taaruf gtau nak jadi engineer..pereka dan motivator..gitau cara diorang nak jadikan jam murah tu mahal..

Maka pelbagailah jawapannya…ade nak cat..ade tambah warna..ada tambah berlian..ade ckp buat dengan barang mahal dan standart..ade cakap berjenama dan sebagainya..tak de pun jawab pelbagaikan fungsi..so mulalah aku wap pencairan minda utk SHIFT PARADISM mereka tentang konsep tambah nilai…dalam kerangka kecerlang akademik tanpa mengabaikan tanggungjawab dakwah..ataupun sbaliknya…

Maka pelbgai teknik aku lontarkan agar mereka dapat kecemerlangan dengan menjimatkan dan memanfaatkan masa mereka di WATANIAH sebagai daie…

Aku terlupa nak minta respon ceramah aku tu…lame jugak dok tunggu respon dari budak budak junior BADAR hantar msg tentang ape y diorang dapat daripada sesi ceramah maghrib aku time kem asas tarbiyah tu..tunggu punye tunggu make tet tet dapatla msg…

Apela Qaf Qayyum..lambat ngat balas..tapi overall ok la…

Ni komen…

“tazkirah malm tu mmg bagus sgt2..beri lebih keyakinan utk sep badar buat sesuatu dgn lbh improve , creative , n bijaksana..bg ilham gak utk sep badar lebih berkeyakinan dan kekuatan utk teruskan gerak kerja islam yang mane x semestinya skema…byk aplikasi kte bleh related utk kerja bdr spy lbh productive…”

Bile aku mintak hurai y terperinci sikit die pum jawab :

“X ingat dah la..he3..6nti2…abe ambik la yg 2 dulu..pahtu tnye kite scre terperinci..he2.. satu teknik pencairan minda yg menarik..huhu”

Alhamdulillah….tapi aku kene insaf dan muhasabah..kalo ade y berubah jadi lebih baik..bukan sebab aku ..tapi kerana hidayah dan taufik dari Allah…

GENG USRAH VS GENG HUHAHUHA…= USRAH HUHAHUHA

Usrah adalah tunjang tarbiyah bagi melahirkan insane rabbani lagi muttaqin yang tinggi ilmu serta nalar akalnya dan tinggi budi indah akhlaknya…Org kate usrah ni borink dan sebagainya..ye..tulah juga masalah y diutarakan oleh ketua lajnah usrah n tarbiyyah skang ni…then aku tanya die..”din..(name die nuruddin..) gapo sebenarnya takrif usrah?usrah mcm mano hok din pehe?”

Din menggiling kepala..tak tau….maybe segan atau takut kot nak jawb…

Then timbalan die plak aku tnye..die jawab…usrah ni adalah satu kumpulan y kita saling berkumpul dan bincang ..ade mad’u..naqib dan tajuk..

Then aku jawab bagus dah..faham dah tu..tapi tu adalah tafsiran 1000 tahun dulu…padanla usrah jadi tak best coz kite y buat ide tu jadi tak best..so aku citela pade diorang tentang usrah yang sangat best dan mengebestkan… aku cube gune pendekatan ilmiah yang santai tetapi padat melalui lontaran idea2 santai,n cadang diorg buat usrah style slide, tayangan video dan banyak lagi…jadikan usrah tak terlalu tradisional..n ade modul..silibus usrah mesti menyeronokkan…dan aku juga ingatkan diorang y Usrah itu bermula dgn tasbih kafarah & surah al-asr..teringat kata-kata seseorang dalam blognya yang diselubungi misteri…

Ada benda yang lebih penting,Naqib dan Naqibah usrah di mana anda? di saat usrah menjadi tunjang jemaah anda.


Apa yang saya tahu, kebanyakan naqib usrah memberi komitmen hanya dalam perjumpaan usrah sahaja. Luar pada itu anak-anak usrah di biarkan tanpa pantauan. Mereka yang dahagakan sinar petunjuk inilah harus diberi perhatian oleh naqib/naqibah usrah, jangan biarkan semangat mereka menjadi gersang. Inikan tidak naqib usrah sendiri tidak mengamalkan nilai2 berkasih sayang dalam berusrah. Kebanyakan naqib sendiri tidak besungguh-sungguh dalam melebarkan silaturahim bersama-sama anak usrah. Jangan kalian mengganggap usrah sebahagian dari study anda yang mempunyai nilai jam kredit.

Masalah ni same je mane2..tertarik dengan analisis ust SHAARI tentang usrah di kisas:


Same samelah kita renung2kan…then kite ni sebagai daie tak bleh dok dalam kelompok kite je..kene bergaul..sebab tu geng usrah kena bercampur dengan geng huhahuha supaya wujud usrah huhahuha..hahahaha…

Berikut adalah link y perlu dibaca…berkenaan dengan usrah..y lain cari sendiri la..

Ni link utk rukun2 usrah:

http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/08/10/arkanul-usrah/

ni link usrah tunjang tarbiyah..minggu pertama

http://basismapkpmi.blogspot.com/2008/12/usrah-minggu-pertama.html

Ni link entri usrah tak mencerna minda :

http://www.almuntalaq.com/2009/02/07/usrah-tidak-mencerna-minda/

ni link entri usrah membodohkan,ahli tak berfikir?

http://usrah2007.blogspot.com/2007/04/usrah-membodohkan-ahli-tidak-berfikir.html

Ni link tajuk permainan dalam usrah:

http://www.slideshare.net/pungguksiber/penggunaan-permainan-dalam-usrah

ni link memaksimakan kesan majlis usrah

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=349

ni link usrah naruto

http://studiomuslim.com/dakwah-kampus/usrah-dan-naruto/

ni link usrah remaja

http://usrahremaja.wordpress.com/2008/05/

INTIHA : SEDIKIT RENUNGAN

"Golongan intelektual ialah golongan yang mengadunkan ilmu pengetahuan dengan semangat intelektual. Cirinya sebagai intelektual dikaitkan dengan identiti ilmu yang ada pada golongan intelektual. Sedangkan fungsi intelektual daripada dilihat daripada bagaimana cara intelektual memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negaranya. Bagi mendapatkan penjelasan yang mendalam, dapatkan buku Intelektual Masyarakat Membangun. "

sufi lantas berjiwa haraki disamping bercita-cita juga ingin menjadi "syabab li inqaz al ummah" (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).

Salam islah dan muhasabah dari saya buat semua pencinta agama Islam. Akhir kalam, marilah bersama kita mencari semula peransang metabolisme yang hilang.

p/s:macam takde kaitan kan..haha..sbb tu aku tulis intiha ni untuk renungan...renunng dalam dalam..

Tuesday, December 22, 2009

KHILAF AQIDAH YANG MENELANJANGKAN AGAMA ..INSTITUT QAYYIM vs YAYASAN SOFA

STARTER : PERMASALAHAN PEMBAHAGIAN TAUHID PULAK DAH


Assalamualaikum wbth ..salam satu syahadah satu simpulan aqidah pada semua pembace blog aku ni…kali ni aku terdetik untuk mengulsa sikit isu yang sedang rancak diperdebatkan oleh orang-orang agamawan dan pertubuhan akedemik islamik yang ntah ape ape tujuannya. Aku rasa kita kena betul-betul berfikir apa sebenarnya yang sedang berlaku. Analisis dengan cermat..fahami dengan kemas..jangan main angguk angguk geleng geleng je….

(orang politik , polis dan penganalisis skang dok sibuk dengan kes ENJIN JET Y HILANG..puak akademik dan kaki surau serta kaki menadah kitab dok sibuk dgn ISU TAUHID 3 SERANGKAI…org yang sayangkan ummah..kasihankan islam plak rungsing dok tengok UKHUWAH DAN AMANAH YANG HILANG…akhirnya yahudi nasara serta sekalian KAFIR HARBI jugak yang tersenyum girang bertepuk tangan..bila umat islam same sendiri saling bercakaran…)

Kalo untuk tujuan ilmiah tak kisah la..tapi aku rasa isu ni cenderung akan menimbulkan bibit bibit perpecahan dan penyebaran virus ukhuwah dalam masyarakat dan seterusnya membawa kerusakan yang besar jika tidak ditangani dengan berhemah..

Persoalan tentang kesahihan tauhid tiga serangkai ni adalah satu isu lame…namun dalam semenjak dua menjak ni persoalan ni mula-mula nya ditimbulkan kembali oleh YAYASAN SOFA..siap tulis dalam akhbar plak tu..ade orang komen tentang artikel tu..demikian komennye (die komen dalam blog lebai tampin..selepas lebai post entri bela tauhid 3 serangkai ni..alamat blog lebai ada kat bawah..entri die same je dengan yang institute imam syafie postkan..:

salam,

sebuah artikel yang amat menarik sebagai rujukan ilmu. jelas dengan fakta tanpa meletakkan emosi dan fitnah.

cuma saya ingin menarik perhatian saudara terhadap tulisan, panel penyelidikan yayasan sofa negeri sembilan di bawah pimpinan sheikh muhammad fuad kamaluddin al maliki, dengan tajuk "tauhid uluhiah dan rububiah" dalam ruangan agama MEGA bertarikh 7 disember 2009, isnin...

terdapat kenyataan agak pelik dan mengelirukan...
"... Di negara kita, tauhid ini masih berada dalam peringkat pengenalan"... dan beberapa lagi perkara yang agak "beremosi"... setahu saya sejak berpuluh tahun dulu doktrin tauhid tiga serangkai dah wujud di malaysia...

saya berasa amat dan terlalu sedih dengan artikel tersebut. saya pernah ikuti kuliah ustaz tersebut beberapa kali, dan pokok perbincangan sekitar kecintaan pada rasulullah... tetapi sejak kenyataan beliau
"orang yang dikebumi tanpa baca talkin macam orang tanam anjing mati" yang saya dengar sendiri menyebabkan saya tersentak besar... apa yang bermain dalam fikiran waktu itu ialah... adakah rasulullah di bacakan talkin sewaktu pengkebumian baginda... adakah para sahabat juga dibacakan talkin... dan apakah kenyataan tersebut juga dinisbahkan kepada rasulullah dan sahabat... na'uzubillah... sekadar berkongsi.

manekala pihak yang tak setuju cam PERTUBUHAN AN NIDA’..INSTITUT IMAM SYAFIE..INSTITUT AL QAYYIM..cerdik bin pandai betul..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

http://yayasansofa.com/y/index.php?tauhid-tiga-serangkai-disyariatkan-dalam-islam-,59

http://yayasansofa.com/y/index.php?tauhid-uluhiyyah-rububiyyah-!-!-!,60

http://yayasansofa.com/y/index.php?dalil-sanggah-beza-tauhid-uluhiah-dan-rububiah-,61

post daripada yayasan sofa ini nampaknya dicopy paste kan oleh pemilik blog dalam blog diorang:

http://al-ghari.blogspot.com/2009/12/tauhid-tiga-serangkai-di-syariat-dalam.html

http://al-ghari.blogspot.com/2009/12/mengapa-tauhid-tiga-serangkai.html

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5315.new

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/11/tauhid-3-serangkai-bidah-wahabi-lagi.html

dan dianalisis oleh blog ni

http://hanifsalleh.blogspot.com/2009/12/pembongkaran-tauhid-3-serangkai-ittiba.html

http://al-ashairah.blogspot.com/ (analisis diorang ni stlye hentaam tauhid 3 serangkai..)

http://salafytobat.wordpress.com/2009/02/07/pusat-fatwa-mesir-menjelaskan-kesesatan-pembahagian-tauhid-ala-taymiyyah-dan-wahhabiyyah/

(laman ni siap bawa fatwa mesir lagi tentang tauhid ni sesat…)

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=766432

http://melayucyber.blogdrive.com/archive/2325.html

http://jomfaham.blogspot.com/2009/11/bahaya-taklid-dalam-tauhid.html

(3 blog ni menampilkan analisis secara matang..tapi isi die same je)

http://badri-ba.blogspot.com/2009/09/oleh-abusyafiq-as-salafy-012-2850578.html

jawapannya dari laman web al qayyim

http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1089&Itemid=65

http://intisonline.wordpress.com/2009/12/01/asal-usul-pembahagian-tauhid-tiga/

http://akob73.blogspot.com/2009/12/menjawab-tuduhan-yayasan-sofa.html

http://akob73.blogspot.com/2008/06/sesatkah-akidah-ibnu-taymiyyah-dan.html

http://akob73.blogspot.com/2009/09/rapuhkan-tauhid-wahabi.html

(tulisan akob ni bagus betul…tak emosional..matang perbahasannya)

http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=m5bbs2pva6jv8bjjf6ghs25eq0&topic=9113.0

(artikel pertama ok lagi..artikel kedua dah jadi celaru balik dah..coz dipost oleh org yang pelbagai..baca dengan baik ek)

http://al-fikrah.net/News/article/sid=824.html

http://lobaitampin.blogspot.com/2009/12/jawapan-kepada-syubhat-tentang-tauhi.html (artikel dalam lebai tampin ni same je dengan yang ditulis dalam institu imam syafie)

http://al-fikrah.net/News/article/sid=854.html

INTIHA :

Memang islam menganjurkan umatnya membentuk minda kritis dalam menilai..tapi jangan sampai ukhuwah yang tergadai…buat elok elok..ibarat menarik rambut dalam tepung…tajdid memang satu keperluan kepada ummah..tapi perpaduan adalah satu elemen kekuatan islam dan asset penting ummah…pilih antara 2..TAJDID YANG MENCALAR PERPADUAN..atau TAJDID YANG MENGERATKAN PERPADUAN…bezanya hanya satu..iaitu pada cara penyampaian dan pendekatan dakwah yang kita gunakan.

sebuah kaedah "emas" yang terkenal dan dipopularkan oleh Imam Hasan Al-Banna iaitu

"Mari kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan mari kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeda pendapat."

Betapa indahnya kaidah ini jika dipahami dan diterapkan oleh mereka yang meng-klaim dirinya sebagai PEJUANG KEBENARAN..

Bagi yayasan sofa yang pandai pandai keluarkan kenyataan bahawa aqidah tauhid 3 serangkai ni tak tepat..maka tolong gitau la masyarakat ape yang tepatnya secepat mungkin…dah pandai utara kajian dalam akhbar ..maka utarakan juga solusi die…jangan biar umah dan masyarakat awam ni terkontang kanting dan terkapai kapai…nanti mati lemas plak akidah diorang ni yang iman senipis kulit bawang…macam budak sekolah yang mak bapak tak semayang tapi minat agama..mahasiswa/wi y cenderung pada islamik study tapi kat sekolah dulu tak pernah blajar agama…lagi satu jgnla dok cepat sangat mulut mengaja jari menaip..ITU BID’AH INI TAK BETUL..tauhid 3 serangkai ni wadah je..kaedah nak memudahkan pemahaman org awam..kalau dah jadi intelek macam korang lainlah..try la pg bahas plas TAUHID WUJUDIAH..kompem ternganga punye..kalo gitu ko fikirla..wap pe bace quran bertajwid..sedangkan nabi takde pun ajar izhar idgham..

Manakala bagi Institut Qayyim..kene nilai la baik2 ape yang yayasan sofa ketengahkan..janganla taksub sangat sampai urat darah dalam otak jadi sempit nak berfikir…

Aku setuju sangat dengan ust hasrizal…yang menyatakan bahawa RAMAI ORANG AKHIRNYA MENELANJANGKAN DIRI DARI AGAMA kerana tak tahan dengan kekeliruan yang wujud dalam agama…dan siapakah yang mencetuskan kekeliruan ini?tak lain dan tak bukan adalah golongan agama sendiri..Sama ada berkelulusan agama dari alif sampai ya..atau yang alifnya rumi dan di tengah jalan lamnya menjadi jawi dan arabi…

(huruf adalah perlambangan bagi ilmu dan pengetahuan)

Semua ini adalah masalah sikap ..metodologi dakwah dan teknik nida’ (seruan kepada agama)

Aku dah bace hampir kesemua entri dalam saifulislam..dan siap print kesemua artikel yang ade dalam tuu..dekat seribu muka surat semuanya..pening kepala bila didedahkan dengan kesemua teori dan pendekatan yang serba baru dan bombastic..tapi aku akui bahawa ia adalah satu bentuk pencerahan yang telah menukar paradigm aku tentang dunia..tentang manusia…CUTI Y SUNGGUH BERBALOI..SERIBU HELAI YANG TAK SIA-SIA…alhamdulillah…

Try bace artikel ni…pasti sisi pandang korang akan berubah..

Aku Salafi..anak Muridku Bagaimana? : http://saifulislam.com/?p=325

manhaj Salafi Dan Krisis Emosi (HATI) : http://saifulislam.com/?p=401

(kalo korang print ia akan jadi 11 helai…)

Beragama Tanpa Tuhan : http://saifulislam.com/?p=1037

Baca dengan akal..bukan dengan emosi..timbang dengan neraca kebenaran..bukan dengan taksub dan iri hati..

Dahla..aku letih dah taip ni..kesimpulannya buat ape la kite same same orang yang pegi surau..same same orang yang menadah kitab ..same same org yang cinta islam dok bercakaran sesame sendiri..kite juga yang rugi..sedangkan ramai lagi golongan mat punk..rempit..anti agama..anti tuhan..anti hadis..islam liberal..anak anak muda islam yang dah lame sesat..dah lame murtad..baru nak murtad…terfikir nak murtad..nabi palsu..tarikat palsu..jemaah palsu…y dok sesat tak jumpa cahaya hidayah..dan takde taufik utk gapai hidayah..pegi la tumpukan pada pentarbiahan mereka..tu la AWLAWIYYAT kite…

Korang ade otak..korang fikir la sendiri..link utk tengok gejala krisis aqidah anak muda korang bleh cari sendiri..amboi semua nak suh aku bagi..lemak ar..hehe…

p/s: baca entri dalam blog dr MAZA yang bertajuk Islam Membentuk Minda Kritis Dalam Menilai di http://drmaza.com/home/?p=369 dan Tajdid Satu Keperluan Umat http://drmaza.com/home/?p=623#more-623

biarlah hidup mati kita dengan islam…tak kisahla camne cara kita nak kenal Tuhan..asal selari dengan apa yang nabi SAW ajar sudah..org asli yang islam dalam hutan dan badwi yang islam dalam padang pasir kenal Tuhan ikut syariat islam berdasarkan pemahaman mereka pada alam..kalo nak ikut betul betul ilmiah macam otak korang kasihan la mereka..bagaimana keadaan org yang dok kat gurun yang tak pernah jumpa manusia..org yang dok kat kutub?orang yang tak sampai dakwah…Allah Maha kuasa dalam memperkenalkan diri mereka..tgk kisah nabi Ibrahim as la dalam mencari Tuhan..sekejap matahari sekejab bulan..akhir sekali baru jumpa Tuhan Yang Tiada sesuatupun yang menyamainya…(korang jgn kata tu zaman nabi Ibrahim je..ingat baik2 yang akidah same je start dari zaman nabi adam sampai nabi muhammad Saw..yang bezanya syariat sahaja…..maulana jalaluddin Rumi ada bagitahu..

“ada banyak jalan menuju Tuhan..sebanyak bilangan manusia itu sendiri”

Jalan menuju Tuhan tu mestilah difahami dengan akidah yang sahih…ade orang Allah letak makrifat tentang Tuhan 20% ade byk lagi..dan ade y kurang lagi.

Last kalo korang tak setuju dengan aku takpe….