STARTER : UNIVERSITI MELAHIRKAN MAHASISWA YANG KECEWA
Assalamualaikum wbth..kepada sume…Time aku berbincang-bincang dengan murabbiku al fadhil ust hasan awang ..guru penasihat BADAR tentang rasa kecewaku dengan system pendidikan dewasa ini..maka beliau secara spontan melantunkan ungkapan bahawa university melahirkan produk yang kecewa…first time dgr rase nak tergelak plak..tapi bile direnung2 ade benarnye juga..
(ni gambar ust time tamrin nuqaba’ BADAR WATANIAH..skang beliau ni DG 54..ekgi dpt JUSA C..perh..byk duit tol ust ni.).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia pada waktu ini adalah suatu sistem yang dapat melahirkan jutaan cerdik pandai yang mampu menerokai angkasa dan mencipta peralatan yang canggih manggih tetapi harus diketahui juga akan suatu hakikat yang tidak dapat disangkal lagi bahawa sistem pendidikan ini jugalah yang telah melahirkan jutaan pemuda yang rosak dan binasa akhlaknya.
Memang benar firman Allah yang menyatakan bahawa sesiapa yang menolak akan syariat agama dan cara hidup Islam maka baginya kehidupan yang sempit dan susah. Kerosakan akhlak remaja pada masa kini adalah suatu perkara yang telah dijanjikan oleh Allah atas kebodohan manusia yang ingkar yang sanggup untuk mengenepikan ajaran agama ini lalu mengambil sesuatu yang lain di atas nama kemajuan dan kemodenan.
Golongan-golongan yang buta inilah yang telah mengambil cara dan bentuk pendidikan yang dibawa oleh barat dan menggunakannya untuk mendidik umat dan anak-anak bangsa. Mereka beranggapan bahawa dengan mengamalkan sistem pendidikan barat ini akan membawa kemajuan kepada anak bangsa. Namun mereka telah melakukan suatu kesilapan yang amat besar, mereka lupa bahawa sistem pendidikan barat yang mereka gunakan ini hanya akan melahirkan manusia yang cerdik dan bijak tetapi rosak akhlaknya. Persoalannya mengapa sistem ini tidak mampu untuk membina akhlak seseorang itu.
Pertamanya perlulah diketahui bahawa manusia ini terdiri dari jasad dan roh, jasad atau fizikal itu memerlukan makanan untuk meneruskan ia bertenaga dan bergerak, begitu juga dengan roh seseorang. Kajian moden telah menemui bahawa dalam otak setiap manusia terdapat satu titik yang disebut sebagai titik tuhan @ god spot. Ini membuktikan bahawa manusia tidak akn dapat lari dari fitrahnya iaitu perlu kepada tuhan. Dengan penemuan ini maka sebahagian pengkaji telah juga menemui teori baru yang menyatakan bahawa manusia ini bukan terdiri dari IQ, EQ sahaja tetapi juga SQ. SQ adalah kecerdasan spiritual dan setelah dilakukan beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa kecerdasan spiritual ini lah yang membentuk akan akhlak seseorang itu.
Seseorang itu tidak akan dapat membentuk kecerdasan spiritualnya melainkan dengan mewujudkan hubungannya dengan tuhan dan tidak ada jalan lain melainkan dengan agama. Maka benarlah apa yang di ungkapkan oleh a’lim ulama’ bahawa manusia ini amat perlu kepada agama untuk memandu hidup mereka agar mereka hidup dalam keadaan yang baik dan harmoni.
Akan tetapi malangnya pada hari ini. Sistem pendidikan kita hanya menekankan soal akademik dan memandang ringan terhadap persoalan agama. Kita lihat sahaja bagaimana mata pelajaran agama yang dianak tirikan dengan dikurangkan jam kreditnya disekolah-sekolah kebangsaan dan dikurangkan sukatan pelajarannya di sekolah-sekolah menegah agama. Bahkan terdapat juga sekolah-sekolah agama yang dibiarkan tanpa diberikan bantuan.Apatah lagi university..
Daripada sistem ini, maka lahirlah modal-modal insan yang hanya mementingkan kemajuan, keuntungan dan sebagainya serta mereka ini sudah tidak mengambil berat lagi soal agama dan akhlak mereka. Lihat sahaja hasilnya, lahir pemimpin yang bijak tetapi korupsi, media massa yang hebat tetapi programnya dipenuhi dengan perkara yang sia-sia hanya untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan akibatnya kepada masyrakat dan banyak lagi contoh yang malu untuk disebutkan di sini.
Dalam keadaan aktiviti pembangunan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa yang disekat, pihak pentadbiran universiti seolah-olah membebaskan mahasiswa dengan aktiviti yang lagha…langsung tidak mencerminkan mereka sebagai penuntut menara gading.
KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN MEMBUDAYAKAN ILMU
Dimanakah silapnya sistem pendidikan yang kita hadapi kini? Mengapa institusi pendidikan kini di lihat berlumba-lumba untuk mendapat prestij dengan menjadi institusi terbaik dari segi pencapaian akademik? Dan mengesampingkan aspek lain iaitu jasmani..rohani..dan emosi..Mengejar IQ tanpa SQ dan EQ adalah satu langkag yang cukup bahaya..dan bertentangan dengan falsafah pendidikan..
Universiti juga tidak bersaing untuk melahirkan intelektual merentas bidang sebaliknya berhambat untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai universiti terbaik. Syed Hussain al-Attas pernah mengingatkan kita di dalam bukunya “Intellectuals in Developing Societies” bahawa tidak semestinya orang yang tidak mempunyai kelayakan akademik tidak mampu untuk menjadi seorang intelektual, bahkan sekiranya dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memahami pokok perbahasan yang diminatinya, maka dia juga mampu untuk menjadi seorang intelektual.
Sebagai contoh kita melihat ahli falsafah Inggeris, Herbert Spencer yang merupakan seorang intelektual terkemuka pada zamannya walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik. Begitu juga dengan tokoh ilmuan besar Islam, Abul Hasan al-Tamimi yang merupakan seorang buta yang mempelajari ilmu melalui pendengaran semata-mata namun berhasil menjadi ulama fikah Mazhab Syafi’i yang cukup terkenal.
Salah satu punca kegagalan pusat pengajian tempatan baik di peringkat rendah mahupun tinggi melahirkan golongan ilmuan ialah kerana ketiadaan pembudayaan ilmu yang bersifat holistik. Sistem pendidikan konvensional telah diamalkan dari bangku sekolah rendah dibawa sehingga ke universiti. Sistem pendidikan inilah yang sedikit sebanyak telah mendangkalkan pemikiran pelajar untuk mampu berfikir secara kritis atau analitikal apatah lagi menghasilkan idea yang matang dan kreatif.
Sistem pendidikan yang cenderung negatif lahir dari sistem keilmuan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata. Budaya peperiksaan ini pula dilihat telah mencapai tahap eksploitasi di mana puluhan ribu buku panduan, majalah yang diterbitkan, seminar serta kursus yang dijalankan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang tidak mahu gagal di dalam peperiksaan. Malah terdapat juga laporan yang mengatakan ada di kalangan guru yang mengadakan kelas tambahan berbayar kepada anak murid sendiri.
Penekanan kepada pendidikan berorientasikan peperiksaan ini amat membimbangkan terutamanya apabila kanak-kanak pra-sekolah juga telah dikehendaki untuk menduduki peperiksaan sebelum memasuki sekolah rendah.
Sistem peperiksaan ini telah didoktrinkan ke dalam pemikiran pelajar dibangku sekolah lagi. Para pendidik pula telah menanamkan trauma sekiranya gagal di dalam peperiksaan akan gelaplah masa depan pelajar tersebut. Maka matlamat pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu hanyalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan bukan untuk menjadikan ilmu sebagai suatu manfaat besar di dalam kehidupannya.
Pemberian insentif sebagai penghargaan kepada keberjayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan juga di lihat sebagai sesuatu yang memberikan impak negatif terhadap penghayatan budaya ilmu dikalangan pelajar. Meskipun penghargaan yang diberikan berkemungkinan efektif dalam jangka masa pendek, namun sistem insentif ini akan memfokuskan kepada penghargaan dan bukan pada tanggungjawab untuk menuntut serta membudaya ilmu.
Setelah para pelajar memperoleh apa yang dihajati, mereka akan dengan segara melupakan apa yang dipelajari untuk menyiapkan diri dengan ujian berikutnya, nilai berikutnya dan menerima insentif seterusnya. Adalah membimbangkan apabila pemberian insentif ini mampu menghilangkan sikap hormat-kritis para pelajar terhadap ilmu pengetahuan.
Selain itu, budaya penghafalan yang semakin menular dikalangan pelajar juga menjadikan para pelajar kaku serta tidak mampu mengevaluasi idea dari pelbagai sumber. Malah, tidak sedikit pelajar yang sekadar menghafal namun tidak memahami apa yang di hafal dan mengapa mereka harus menghafal. Benarlah pendapat yang pernah diutarakan Profesor Diraja Ungku Aziz beberapa tahun lalu apabila beliau berpandangan bahawa sistem pendidikan kita menggalakkan penghafalan bukan pemikiran. Akhirnya, para pelajar gagal menjadi pemikir yang kritis dan ilmu atau maklumat yang di hafal itu sekadar terhenti di atas kertas jawapan semata-mata.
Sistem pendidikan sebegini bukan sahaja mengaburkan tujuan sebenar proses keilmuan bahkan mengundang situasi yang cukup menekan bagi para pelajar sehingga golongan ini dengan mudah terjebak dengan pelbagai masalah sosial sebagai jalan escapisme. Keadaan ini terbukti apabila kajian menunjukkan bahawa sebanyak 1875 buah sekolah di seluruh negara mengalamai masalah disiplin manakala 798 buah sekolah lagi mengalami masalah salah laku. Mahasiswa juga tidak terkecuali terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti salah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan ponteng kelas. Oleh kerana itu, Paulo Freire melalui “ Pedagogy of the Oppressed ” sangat lantang mengetengahkan saranan mengenai keperluan reformasi sistem pendidikan yang telah sekian lama diamalkan supaya lebih bersifat keinsanan serta kondusif untuk menyokong suasana pembelajaran.
PERANAN JAR MAJRUR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Haha..saje aku title kan entri kali ni biar bunyi macam tu..supaya ia akan dapat menjentik minda bawah sedar kita bahawa betapa perlunya satu perubahan dan transformasi dalam system pendidikan di negara kita..Aku yakin, apa saja perubahan yang mahu digerakkan, golongan mahasiswa adalah elemen paling penting di dalamnya. Tuntutan reformasi menjadi tempang jika anak-anak muda penuh idealisme ini tidak turut serta.
Aku bukanlah merupakan pembuat dasar pendidikan negara..tapi 10 tahun akan datang insyaAllah aku bercita-cita agar kerusi tersebut akan jadi milikku..(ataupun milik sahabat sahabiah yang seangkatan denganku walaupun mungkin berbeza aliran..ye..setiap manusia tak sama..) dan seterusnya bakal mencorak silibus pendidikan dan sukatan pelajaran pada setiap peringkat agar masing-masing tullab dan muallim dapat melihat hari esok untuk dunia islam..(kalo plajar saje yang Nampak..tapi guru buta mata hati..maka tetap tak akan Berjaya..beza dengan guru y nampak tapi murid buta mata hati..walaupun masih teruk tapi kurang impaknya)
Bukanlah bermaksud sistem yang ada sekarang secara keseluruhannya haprak dan tak membina..tapi ada beberapa part yang perlukan penambahbaikan serius..malah ada sesetengahnya perlu diISLAMISASIKAN penyampaiannya oleh guru guru dan pensyarah agar dapat menambah iman dan taqwa murid yang mendengar…
Sewaktu mahasiswa di luar negara bergelut dengan isu-isu sejagat, adik-adik kita terus dihimpit, ditekan dan tidak dibenarkan untuk berfikir secara matang. Menjadi kesalahan besar buat mereka meluahkan isi hati biarpun kepada ruangan surat dalam internet sekiranya isu yang disuarakan boleh memanaskan telinga pentadbir kampus yang kontang hati budi itu.
Baru-baru ini dalam Forum Ehwal Islam sempena ConVex04; majlis konvokesyen di USM, seorang panelis telah menyatakan bahawa telah wujud fenomena 'anti-intelectualism' di dalam kebanyakan universiti di Amerika Syarikat.
Perkara ini menjadi kebimbangan besar oleh kebanyakan pendidik, pensyarah universiti serta para pengkaji dasar-dasar ilmu pendidikan di Amerika.Dalam kajian mereka, kebanyakan pelajar universiti di Amerika sudah tidak ghairah lagi menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan mereka.Hal ini kerana, mereka lebih cenderung untuk menjadi atlet sukan, ghairah kepada seks, suka kepada pakaian-pakaian perhiasan termasuklah nyanyian serta mengadakan parti hiburan di rumah-rumah. Mereka sudah tidak gemar lagi membicarakan isu-isu politik.
Selain daripada pengaruh TV yang melampau hebat, kini wujudnya American Idol yang telah mendapat sambutan hangat daripada para remaja Amerika kini.Tidak ketinggalan juga di Malaysia, beberapa badan penyiaran telah mengambil kesempatan ini menjayakan Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan sebagainya.
Aku tidak tahulah apa lagi yang akan terjadi selepas ini, dengan gerakan mahasiswanya disekat, diikat kaki dan tangannya kemudian dalam masa yang sama disogok dengan pelbagai hiburan yang tidak membina hingga natijahnya sekarang generasi muda sedang menghadapi masalah keruntuhan akhlak yang kronik akibat pengaruh budaya tidak sihat.
Jadi tidak hairanlah jika insititusi pengajian tinggi gagal melahirkan produk yang berkualiti untuk menjadi modal insan seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.Semuanya itu adalah retorik sebagai bukti kegagalan sistem pendidikan kita pada hari ini yang tidak mendidik insan menjadi manusia yang sebenar apatah lagi untuk menjadi pewaris kepimpinan negara..
Jadi..kemustahilan generasi pelajar sekarang ini untuk membangunkan negara sama mustahilnya dengan jar majrur ( analogi bagi disiplin ilmu exam oriented ) mencorak Malaysia menjadi negara membangun…
PEMUDA HARAPAN BANGSA PEMUDI TONGGAK NEGARA
Universiti adalah gelanggang untuk melahirkan pemimpin akan datang
Tidaklah perlu aku huraikan dengan lanjut kerana setiap dari kita aku kira faham dengan maksud kata-kata tersebut.
Gerry van Klinken, editor "The Last Days of Suharto" merumuskan: "Mahasiswa memainkan peranan menonjol dalam politik Indonesia. Rakyat Indonesia mengkagumi mahasiswa sebagai aktor yang tidak dinodai kepentingan politik. Setiap peristiwa nasional yang besar melahirkan generasi lain mahasiswa yang melihat dirinya lebih radikal dibandingkan generasi sebelumnya."
Malah, peranan mereka menjatuhkan Suharto dimulakan dalam satu pertarungan yang mempertaruhkan hidup-mati apabila mereka berani berdada dengan ketumbukan tentera lengkap bersenjata, benteng terakhir sang diktator, yang menguasai republik itu sejak lebih 30 tahun lalu.Jika kita menyorot sejarah dengan lebih mendalam..kita akan dapat melihat bahawa pemuda sangat berperanan sebagai agen perubahan..tengok sahaja impak dari revolusi perancis..amerika mahupun china..kita akan dapati semuanya adalah hasil dokongan masyarakat yang sebahagiannya adalah belia penuntut ilmu dari pelbagai pusat pengajian..Mereka mampu mencetus transformasi kerana mereka
Pemuda dan pemudi dari kalangan mahasiswa sebagai sayap negara perlulah mempunyai kekuatan.Iaitu kekuatan untuk mengangkat pencapaian ketamadunan negara dan masyarakat ke persada yang tinggi. Kita tidak mahu sayap pemuda dan pemudi lesu dan tidak bermaya.
Aku bukan mengajak saudara-saudari jadi burung, tetapi aku mahu golongan mahasiswa dan mahasiswi ini dapat terbang tinggi seperti burung, gagah dan megah di angkasa dengan kedua sayapnya yang kuat dan hebat. Dengan kekuatan kedua sayap ini aku yakin negara kita akan dapat pergi lebih jauh memenuhi aspirasi serta hasrat bersepadu yang murni yang telah digariskan oleh kepimpinan dan mencapai kedudukan negara terbaik yang disifatkan oleh Alah SWT dalam al quran sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur…
p/s: ungkapan di atas turut hadir dalam versi lawak jenaka yang berbunyi pemuda harapan bangsa ..pemudi harapan pemuda…hehe..ungkapan ni adalah kredit utk adik kesayanganku yang rajin wap solat istikharah mencari petunjuk dalam hidup dan jodoh…moga ketemu yang secocok zahir dan batin..
HARI INI ISLAM MENCARI SYABAB HAKIKI
Aduhai,pening kepala bila mana memikirkan syabab masa kini.Entah apa cita-cita mereka nanti.Adakah kata-kata "Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara" ini releven lagi buat golongan ini….?
Atau sekadar menjadi penghuni bumi yang bersifat PARASIT ? Ya Allah,bantulah aku.
Hari ini,Islam memerlukan syabab yang ramai.Hari ini Islam memerlukan syabab yang tegar tarbiyahnya.Bukan hanya tarbiyah harakiyah yang menggerakkan mereka sebagai jiwa pejuang kosong minda tandus akal panjang tetapi juga tarbiyah ilmiyyah yang menggerakkan mereka menjadi insan rabbani ulul albab yang tinggi inteleknya..kerana titis darah syuhada itu akan ditimbang dengan tinta para ulama..kerana syuhada itu aset islam dalam rancangan jangka pendek..ulama adalah aset islam dalam rancangan jangka panjang…tak semua dikerah perang..tetap ada golongan yang diMESTIKAN untuk tinggal di belakang..mendidik jiwa muda..tunas baru islam..malah islam juga memerlukan golongan pereka dan pencipta teknologi..dalam memastikan islam mendepani zaman..
Tanda pincangnya tarbiyah bila lahirnya generasi syabab yang tak seimbang..ambil haraki tinggal ilmi..ambil ilmi tinggal amali…ambil amali tinggal ijtima’ie…ambil jama’ie tinggal ummatiq...
Namun sukar mencari insan yang benar – benar seimbang kesemua aspek tarbiyah..perana setiap manusia kebiasaannya cenderung kepada minat dan minat membuah pengkhususan..tak mengapa..sebab itu pentingnya amal ijtimai..saling bahu membahu..lengkap melengkapi..ulama membantu islam dalam pengisian rohani dan pengislahan diri yang mana bukan bidang syuhada..manakala syuhada membela islam dengan darah yang menitis dan keringat yang terpercik..yang mana bukan kepakaran ulama..namun setiap ulama buleh menjadi syuhada…(syahid ilmi)..namun jarang syuhada yang boleh jadi ulama..
Syuhada dipuji Allah tidak akan MATI di sisiNya..manakala ulama diangkat Allah kedudukan HAMPIR disisiNya..masing masing ada kelebihan..ada keunggulan..
Hari ini Islam memerlukan syabab yang tinggi nilai dan semangat juangnya.Hari ini Islam memerlukan syabab yang sentiasa mencintai Daulah.Hari ini Islam memerlukan syabab yang merindui Khilafah.Hari ini Islam memerlukan syabab yang mempunyai tautan hati yang utuh kepada Al-Khaliq.
Jadi,fikirkanlah,adakah semua kehendak-kehendak Islam ini wujud pada diri syabab kini. Tepuk dada,tanyalah iman.Slogan "Pemuda adalah pewaris bagi kepimpinan yang mendatang" mungkin tidak perlu diungkap lagi dan mungkin sudah tidak sesuai kepada syabab.Ini kerana terbukti apabila golongan syabab telah 'memperkosai' nilai kesucian darjat mereka.Kini,syabab telah ternoda,hilang maruahnya.
Ayuh bangun Ya Ayyuhal Syabab,,Taujih Ilal Amam....................bantulah kami menyucikan maruah ini.....kami malu di hadapanmu nanti.....
perkongsian yg mntap dan pnuh kritis!!sy sokong 100% (^_^)
ReplyDeletesalam sejahtera...
ReplyDeletesuatu kupasan yang baik dan memberikan ilmiah pada yang menghayatinya..