STARTER : AKU INGIN BERBISIK DENGAN TUHANKU DI MAHSYAR
Nie gambar y tahu lepas punye..hehe..aku tertarik coz tengok gambar menara tu…byk yang boleh diimplimentasikan darinya..pertama : hijrah menjadi insan dongak mukmin lagi muttaqin yang berjiwa tunduk…kedua : meninggikan cita2 dan pencapaian dalam semua hal melebihi tingginya menara..ketiga : mikraj hati semakin tinggi menuju ilahi..
Golongan pertama : org yang dapat naungan arasy Allah nanti coz cuba untuk berukhuwah kerana Allah..bertemu dan berpisah keranaNya..berukhuwah bagi menyempurnakan iman..berfutuwwah bagi memantapkan makrifat pada Tuhan..
Golongan kedua : orang yang masuk syurga tanpa hisab..coz tak pernah persekutukan Allah..
Golongan Ketiga : orang yang diajak oleh Allah untuk berbisik2 denganNya disebalik tabir..Waktu tu ALLAH akan kemukakan semua dosa-dosaku..dan muka akulah yang akan jadi merah menahan malu depan Allah..lalu Allah dengan murah hatiNya akan mengampuni aku..(yang ni aku bace dalam satu hadis..ade sahabat tu die dgr hadis ni dari nabi..dan dia hanya cite kat orang sewaktu die nak mati…tapi aku lupe matan dan rawi hadis ni…yang penting hadis ni dikenali sebagai hadis orang yang diajak berbisik dengan Tuhannya..)
Bila masuk je tahun baru HIJRAH biasanya zaman dulu2 mase darjah 4,5 dan 6 aku akan hidupkan malam dan harinya dengan zikir..time tu budak lagi..minat gile zikir dan tarikat sufi…tabligh pum aku join..siap ikut brader2 tabligh gi wap gash dari rumah ke rumah lagi…hurm..time tu umur baru setahun jagung kenal dunia..dosa pun mungkin tak banyak lagi..(hehe..agak2nye la..bile imbau2 balik kisah hidup time tu..ase nak berguling2 asenya ktawe…) Apepun realitinya Tahun baru hijrah memang sentiasa memberikan aku satu persepsi baru … sejuta warna pelangi…terselit padanya seribu makna yang tersembunyi…(juta dan ribu adalah angka..majaz je tu..y nak cakap hanya perkataan “byk” je..hehe…)
“SATU MUHARAM DETIK PERMULAAN…”
Hurm…ingat lagi lirik nasyid tu..ntahla aku pum pelik knape la aku tak tertarik mane ngan nasyid..padahal aku ni nak jadi ustaz..tapi realitinya aku memang tak bleh dengar mane nasyid melayu..nak2 yang jiwang2..rase sempit je paru2 dan trakea aku ni..ase nak bernafas pum susah..macam oksigen meluncur laju meninggalkan aku di lebuhraya hidup ini..wawawa..dasyat betul..tu lah aku..tapi kalo yang irama rancak tu siap la…memang berdetak jantung ni nak dengar…hehe..maybe aku ni bukan jenis sentimental kot…
Tahun ni baru sekali aku dengar nasyid tu..nak wap gane..hari2 buka ASTRO..dan astro ni faham2 la..takdenye nak pasang lagu mcm tu..tapi bila jarang dengar kita akan lebih menghargai..tu yang aku tulis lirik tu…biar HIJRAH kali ni merupakan detik permulaan yang baik buat diriku..
PRO KONTRA DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN
Setiap kali tahun hijrah baru start..maka sibukla dibahaskan dengan masalah yang satu ni..iaitu pembacaan doa awal tahun dan akhir tahun..bagi golongan yang minat dengannya sibuk bertanya tok imam dan bilal tentang kaifiat bace doa ni..mulut terkumat kamit bace…Alhamdulillah..tak salah…tapi kena ingatlah bahawa doa ini tak ade dalam anjuran sunnah nabi SAW..ia hanya anjuran ulama..ijtihad yang terdedah pada 2 kemungkinan..salah dan betul..
DOA AWAL TAHUN
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AKHIR TAHUN
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Malah kalo rujuk dalam kitab HIKAM IBNU ATOILLAH..ade dinyatakan bahawa permulaan yang baik akan mendatangkan natijah yang baik…jika kita mulakan Tahun Baru HIJRAH dengan doa dan segala macam permohonan yang baik-baik pada ALLAH..nescaya pengakhiran tahun hijrah akan baik…sesuai dengan firman Allah..”mohonlah padaKu nescaya Aku perkenankan…”
Manakala bagi yang tak berapa suke plak sibuklah canang sana sini bid’ah..nabi tak buat..kaifiat dan kelebihan takde asalnya dari mana-mana hadis dan atsar sahabat…alhamdulillah juga…kerana ia adalah satu pencerahan..nanti orang teringat bahawa ia adalah kemestian..dan berasal dari nabi SAW..namun mungkin cara menegur dan membanteras amalan ni perlu diperhalusi..ibarat menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus..tepung tak berselerak..senyum terus berkuntum..dan salam yang dihulur oleh tangan ukhuwah tak JADI KUDUNG…hehe
Teguran dan kritikan kepada amalan berdo'a akhir dan awal tahun ini berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dapat dipastikan kesahihannya :-
a. Kaifiat yang dianjurkan bagaimana mengamalkan do'a ini. misalnya dianjurkan membaca do'a ini 3 kali pada waktu akhir Asar, pada akhir bulan Zulhijjah.
b. Fadhilat kepada si-pembaca doa ini - misalnya fadilat do'a akhir tahun - maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.
Fadilat do'a awal tahun - Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan
c. Kedua-dua do'a tidak boleh ditsabitkan kepada Nabi . Ia bukan hadith. Sheikh Jamaluddin al-Qasimi rh menyatakan bahawa do'a ini tidak berasal dari Nabi .
Disebabkan amalan ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi , kafiat berdo'a cara ini bukanlah kaifiat yang disyariatkan. Penentuan permulaan bulan hijrah pun adalah pada zaman Umar ra iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi .
Yang penting, kita tidak boleh mengaitkan do'a ini kepada Nabi . Berdo'alah dengan apa sahaja permintaan berdasarkan dalil umum galakkan berdo'a adalah dibenarkan, tidak terbatas kepada awal atau akhir tahun!. WA.
SHIFT PARADIGM OF MUHARRAM CELEBRATION
Namun tiada pula yang bertanya tentang apakah peristiwa yang berlaku dalam bulan muharam ini…umumnya orang hanya tahu bahawa Muharam bulan ASYURA…
Bulan muharam adalah salah satu dari 4 bulan haram..sabda Nabi s.a.w.memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:
إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ.
Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662
Oleh itu hendaklah pada bulan Muharram yang mulia ini kita hindarkan diri dari melakukan amalan yang dilarang dan mempertingkatkan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. terutamanya ibadah puasa. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah bulan Allah al-Muharram dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1163.
Sabda baginda ‘Bulan Allah al-Muharram” menegaskan lagi betapa mulianya bulan Muharram ini. Oleh itu hendaklah kita bersungguh-sungguh untuk berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Muharram ini. Namun ini tidak bermakna kita disyari’atkan untuk berpuasa sepanjang bulan Muharram ini kerana Rasulullah s.a.w. hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan sahaja. Aisyah r.a berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ
Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1969.
MUHARAM RAHMAT BUAT PARA NABI
Pada bulan Muharram ini juga terdapat hari yang digelar sebagai Asyura iaitu hari di mana Nabi Musa a.s. dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari tentera Fir’aun.
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا: هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا.
Nabi s.a.w. datang ke Madinah, dan dilihatnya orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Menurut mereka: Ini hari baik di saat mana Allah membebaskan Nabi Musa dari Fir’aun. Maka sabda Nabi s.a.w.: “Kamu lebih berhak terhadap Musa daripada mereka maka berpuasalah. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4680.
Melalui hadis di atas ini juga dapat kita fahami bahawa amal ibadah khusus sempena hari Asyura yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. adalah ibadah puasa. Disunnahkan juga untuk menambahkan puasa pada hari Asyura tersebut dengan berpuasa sehari sebelum ataupun sehari sesudahnya. Rasulullah s.a.w. memerintahkan hal ini bertujuan untuk menyelisihi amalan orang Yahudi. Rasulullah s.a.w. bersabda:
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا.
Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berselisihlah dengan orang Yahudi di dalamnya, dan berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya. – Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 2047.
HADIS PALSU AMALAN BULAN MUHARAM
Kemunculan bulan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar umat Islam sentiasa dihiasai dengan beberapa amal ibadah tertentu. Upacara-upacara tersebut bermula pada hari terakhir bulan Dzulhijjah iaitu diambang menjelangnya 1 Muharram. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari terakhir bulan Dzulhijjah dan membaca doa akhir tahun selepas solat Asar. Seterusnya setelah menjelangnya 1 Muharram iaitu selepas solat Maghrib dibaca pula doa awal tahun, bacaan Surah Yassin, zikir-zikir tertentu malah ada juga yang mengerjakan solat sunat sempena 1 Muharram dan berpuasa pada siang harinya.
Sebenarnya kesemua amalan-amalan yang disebutkan di atas atau apa jua amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu. Kalendar Hijrah juga tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.
Adapun hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh golongan yang melakukan amalan tertentu sempena kedatangan tahun baru merupakan hadis-hadis lemah (dha’if) dan palsu (mawdhu’). Antara hadis-hadis tersebut adalah:
Daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. Menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’at bahawa hadis ini palsu (maudhu’)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari awal Muharram maka Allah membina untuknya sebuah kubah di udara yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu. Hadis ini adalah palsu (mawdhu’) menurut Ibnul Jauzi di dalam al-Mawdhu’aat dan Imam al-Suyuthi di dalam La’aali al-Mashnu’ah.
INTIHA…HIJRAH KALI INI BUKAN HIJRAH SEMBARANGAN
pepatah Arab ada menyatakan :
“wa maa faata faat, wa man maata maat iaitu “yang sudah itu sudah, yang mati itu tetap mati”.
insyaAllah..kalo dipanjangkan umur dimurahkan rezeki aku bercadang dan berharap tahun ni adalah tahun yang lebih baik dalam semua aspek..tu je yang aku bleh cakap..aku ase korang pum same kan..
p/s:aku ade tanye adik aku..ape azam tahun baru die..jwbnye “tahun ni lebih baik dari tahun lepas…”ringkas dan padat jwpn die..tapi aku sebenarnye mengharapkan jwpn yng lebih spesifik..mungkin die byk keje kot time tu..haha..takpum dah bosan asyik kene tanye je..mmm..tak sedih pum…hehe
No comments:
Post a Comment