Saturday, December 12, 2009

ONLINE DENGAN TUHAN..OFFLINE DENGAN SYAITAN

STARTER : MASA BERLARI MENINGGALKAN KITA VS KITA MENINGGALKAN MASA


First of all assalamualaikum dan salam sejahtera. Berada kita di hari baru, udara pagi yang segar ( katenya! ) mood & suasana berbeza dari semalam. Yang lepas biarkan ia berlalu, memadai jika ia diambil sebagai panduan ke arah memantapkan lagi hari-hari kita di masa akan datang. Ke mana pon kita berlari, masa itu tetap bersama...kadang kadang MUNGKIN KITA BERLARI LEBIH LAJU DARI MASA..n…kadang kadang BOLEH JADI MASA LEBIH LAJU LARI MENINGGALKAN KITA…. Redha atau tidak. Itulah sunnatullah dari azali. Demi masa,



والعصر إن الإنسان لفي خسر إلاالذين ءامنوا وعملواالصالحات وتوا صوا بالحق وتواصوا بالصبر ( العصر)

Times keep running, kita tiada hak memutarkan masa ( kembali ) namun, kita ada hak untuk merancang masa sebaiknya. Perancangan yang baik bakal membuahkan impak yang baik. Gagal dalam perancangan bukan bermaksud gagal merancang…mungkin sahaja gagal dari segi pelaksanaan.. ( twist ckit ). Bahasa itu indah,yang menyeronokkan jika kita bermain dengannya. Takde guna mengesatkan bahasa, menyalak sesuka hati. Andai enteng minda, jangan dicetekkan lagi pemikiran.

Focus aku hari ini is about masa, kerana sekarang kita berada dalam bulan DISEMBER. Yaaa! Bulan terakhir dalam kalender masihi.Dan juga bulan ZULHIJJAH..Bulah terakhir dalam kalendar Hijri… Aku sayang & suka bulan ini kerana ia merupakan antara bulan yang menemukan aku dengan seseorang,(n masuk 14 hb ni adalah bulan ke 5 aku dan adik aku bersama sebagai sebuah family setelah setahun menunggu kehadiran beliau dalam familyku..walaupun rumah kitorang jauh..) bulan yang telah ( akan juga ) menghimpunkan hati-hati manusia yang ingin bersaudara dalam AQIDAH & ALIRAN PEMIKIRAN.. (^_^)Y

TALIAN 24434 YANG MESRA PENGGUNA


Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini telefon, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.Dalam byk byk nombor untuk berhubung..korang perasan tak no 24434 ni?mmmm..jom chekitout…wawawa

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &
neraka,sila tunggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Ahad (jika anda di pantai timur ) dan Isnin (jika di pantai barat ) selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat !!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

BERHUBUNG DENGAN TUHAN MELALUI TALIAN TANPA WAYAR

Sebelum tahun 2010 menjengah..aku sempat memborong lagi beberapa buku. Entahlah sejak akhir-akhir ini gila membeli buku, bacanya sahaja yang tidak habis. Bertimbun buku di bilik mungkin sedang menangis barangkali kerana tidak habis dibaca tuannya. Astaghfirullah,namun moga apa yang dibaca akan mudah melekat dijiwa untuk dibawa sebagai amalan.

Semalam baru sahaja habis membaca buku ‘Online dengan Tuhan’. Pertama kali melihat tajuk buku ini sewaktu di gerai buku membuatkan aku cukup menjadi malu, dan semacam ada yang memperli aku . Apa tidaknya, aku ni selalu meng’online’kan diri di ‘internet’. Tetapi, online itu bukan maksudnya chatting, sekadar biarkan ia terus ‘on’, kerana sudah di’set’kan ‘sign in kepada semua blog islamik dan intelek’ bila laptop di ‘on’kan. Apalagi, kerja penulisan aku sememangnya hampir 90% melibatkan laptop. Mata berpinar dan sendi otak tergeliat yang membuatkan ‘migrain’ sentiasa menyengat itu harus aku biasakan. Jangan cakap aku hantu chatting sudah. Online, online, online, ya...online itu semestinya 24 jam sehari, tanpa henti... WAJIB DAN BUKAN HARUS! Tetapi....

ONLINE YANG BENAR-BENAR WIRELESS

Buku ‘Online dengan Tuhan’ karya Zulkifli Khair sebenarnya membicarakan tentang hubungan makhluk dengan al-Khalik yang semestinya lebih hebat dan melampaui hubungan secara teknologi online yang wujud pada masa kini.

Penulis menggarap tajuk dan isi dalam buku ini menggunakan analogi-analogi peralatan perhubungan zaman moden seperti internet, komputer, laptop, telefon bimbit dan seumpamanya padahal secara ironinya juga peralatan ini adalah makhluk dan hubungan secara wayarles dengan Pencipta sebenarnya sudah wujud, lebih awal semenjak zaman Nabi Adam a.s lagi.

Justeru, padaku,tidak perlulah manusia terpegun dan seterusnya terlalai dengan kecanggihan peralatan moden yang sifatnya tidak lebih dari hanya menjadi kemudahan untuk membantu manusia mendekatkan hubungannya dengan Pencipta.

Teknologi digunakan untuk kebaikan serta meningkatkan iman bukan untuk meruntuhkan iman apatah lagi digunakan untuk menambah maksiat. Sekali jari terlajak, tergigit jari sendiri dan lebih parah lagi tergigit iman, na’uzubillah.

Dalam tajuk ”Wahyu Tanpa Wayar” misalnya, penulis mengandaikan manusia pasti merasa takjub pada kuasa internet tanpa wayar yang dapat berkata-kata sesama manusia yang jauhnya beribu-ribu batu, padahal kata-kata Allah tanpa wayar jika manusia mahu mendapatkannya, dapatkan sahaja naskhah al-Quran. Kata-kata Allah tanpa wayar sudah termaktub lama dalam kehidupan manusia.

Tajuk ”Sekiranya Tuhan Keluarkan Bil” dari buku ini amat menginsafkan aku, kerana aku teringat saat membayar yuran, bil-bil yang biasa pun kita sudah banyak mengeluh kerana kurang kemampuan apatah lagi sekiranya Allah sendiri yang keluarkan bil untuk menuntut bayaran bagi harga dan kos kehidupan seperti oksigen, mata, telinga, mulut, paru-paru dan sebagainya. Bankrap tahap negatif infiniti la jawabnya manusia.huhuhu Renunglah, betapa pemurahnya Allah kerana terlalu banyak perkara yang Tuhan berikan secara percuma kepada hamba-hambaNya. Cuma, hamba-hambaNya sahaja yang memang tidak tahu bersyukur, BODOH! SOMBONG!..benarlah firman Allah..sedikit sahaja dari hambaNya yang bersyukur..semoga kita digolongkan dalam golongan yang sedikit.

MEDIA DAJAL = ZIONIS

Antara peringatan penting yang turut dimuatkan dalam buku ini adalah di bawah tajuk ”Zionis dan Perang Siber”. Ia mengingatkan bahawa Zionis sangat komited dalam peperangan siber di samping peperangan militari. Pastikah kita akan terselamat daripada ‘peluru sesat’ dalam peperangan ini? Atau adakah kita hanya mahu menjadi penonton kepada sebilangan ummat yang sudah ‘cedera parah’ dalam peperangan ini? Kita juga sedia maklum bahawa mereka sedang bertungkus lumus memisahkan kaum Muslim daripada al-Qur’an;

"Selama al-Qur’an ini berada di tangan kaum Muslim, selama itu Eropah tidak mungkin menguasai Timur, selama itu juga Eropah tidak akan aman.” –Gladstone, Perdana Menteri Britain-

Tajuk lain yang menarik dibaca ialah ”Hantu Internet vs Hantu Perempuan”, ”Internet Sebagai Media Dajal”, ”Anut Islam Selepas Chatting”, ”Berjalanlah Menuju Tuhan, Tuhan Datang dengan Berlari”, ”Klik Connect untuk Cinta”, ”Ayahku Penjenayah, Bagaimana Diriku?”, ”Apabila Rasa Susah, Ramai yang Lebih Susah”, “Klik Makruf, Delete Mungkar”, dan sebagainya.

Setiap satu tajuk, penulisannya ringkas dan bersahaja tetapi serius untuk difikirkan dan direnung secara mendalam.(same mcm stlye adik kesayangan aku menulis blog) Dan apa yang paling penting daripada isi buku ini ialah bagaimana penulis dapat mencetuskan rasa berfikir di kalangan pembaca agar menginsafi kewujudan Tuhan di sisinya, disaat susah mahupun senang. Sebelum dan selepas hidupnya. Ketika zaman yang dianggap moden mahupun jahiliah.

Online lah terus menerus, jangan sampai terputus taliannya!

ONLINE DENGAN TUHAN...REVIEW BAB SHIFT PARADIGM OF TECHNOLOGY RABBANI



Jom kita review beberapa bab yang agak terkesan di hatiku. =) Antaranya:

BAB 1: INTERNET ITU MAKHLUK, ALLAH ITU KHALIK

Manusia sering terpegun dan terpukau dengan ciptaan manusia, melebihi rasa terpegun dan kagum kepada Maha Pencipta, Tuhan semesta alam. Ramai orang kagum dengan bangunan pencakar langit, namun kurang yang kagum pada PENCIPTA langit. Ramai orang kagum dengan kolam renang dalam taman. Namun, kurang kagum dengan PENCIPTA air yang memenuhi kolam berkenaan dan Tuhan yang menghidupkan tumbuhan di dalam taman.

Begitu juga dengan kita, ciptaan makhluk terhebat di planet bumi. Begitu juga dengan internet yang menyimpan 1001 tanda kebesaran Tuhan. Siapakah pencipta electron dalam arus elektrik apabila suis dibuka dan electron yang membantu menghantar data? Sudah tentu ALLAH.

Kecantikan dan kekayaan hanya bersifat sementara. Kecantikan manusia lenyap dalam masa beberapa hari selepas dikuburkan. Hanya tinggal tengkorak dan tulang belulang. “Sesungguhnya Allah tidak memandang jasad dan rupa kamu, tetapi dia memandang kepada hati kamu” –hadis yang direkodkan oleh Tirmizi dan Muslim.

BAB 2: BROWSER AL-QURAN

Browser Yahoo, Google, Alta Vista dan lain-lain hanya mampu memberi maklumat. Sebaliknya al-Quran mampu memberikan 100 peratus ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Tuhan di samping membibitkan rasa hamba

Selain daripada membuka al-Quran untuk menyambung bacaan sehingga khatam, sesekali bukalah al-Quran secara rawak. Dengan izin Allah, di sana ada browser yang tepat dengan keadaan dan rasa hati kita. Katakan kita sedang bersedih, mungkin kita bertemu ayat yang memujuk supaya tidak bersedih.

Al-Quran tidak mampu menjadi browser selagi manusia memandang rendah kepadanya. Tidak melihatnya sebagai buku paling hebat dalam dunia, kurang menganggapnya sebagai kalam Allah, kurang mengiktirafnya sebagai mukjizat agung, kurang menghargai segala peraturan dan ketetapan yang terkandung di dalamnya sesuai bagi semua manusia sepanjang zaman.

BAB 3: SEKIRANYA TUHAN KELUARKAN BIL

Terlalu banyak nikmat yang Tuhan berikan. Walau bagaimanapun, perasaan ini hanya timbul apabila merasakan Tuhan Maha Besar dan pada masa yang sama merasakan diri begitu kerdil, lemah, dan miskin di hadapan Allah.

Bayangkan, apabila Tuhan mengeluarkan bil oksigen yang kita sedut sejak dilahirkan di dunia hingga sekarang. Pasti kita tidak mampu membayarnya! Mungkin banyak tunggakan. Apabila bil sudah beberapa kali tertunggak, perkhidmatan yang diberikan wajar dipotong! Bagaimana kita apabila bekalan oksigen dipotong?



Bersyukur dengan nikmat yang nampak sedikit dan kecil. Sekiranya tidak mampu bersyukur dengan nikmat yang sedikit, bagaimana mahu bersyukur apabila mendapat nikmat yang banyak dan besar.

“Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung.”

Surah Ibrahim : 34

OFFLINE DENGAN SYAITAN..KETAHUI STRATEGI SYAITAN PROFESSIONAL



SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman seHati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan.

Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.


Antara strategi syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan.

Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan.

Ini dikatakan believe system (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia.

Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-Alaq ialah menyuruh nabi membaca. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).


Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran.

Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri, sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan Tuhan.

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu BEST
:

B merujuk kepada believe in Allah (beriman kepada Allah),

E ialah Eager to learn (gigih untuk belajar sampai mati),

S ialah sincerity (melakukan kerja dengan ikhlas) dan

T ialah towards excellence (menggapai keunggulan).


Syaitan diciptakan sebagai ujian tahap keimanan manusia kepada Allah. Siapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan, Allah membalasnya dengan azab sengsara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berjaya melawan dan menyekat kejahatan syaitan, Allah memberikannya penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan syurga.

ONLINELAH SAMPAI BILA BILA

Kalimat ‘online’ merujuk kepada perhubungan dengan Tuhan yang lebih hebat melampaui teknologi ‘online’ yang ada pada hari ini. Perhubungan manusia dengan Tuhan sudahpun bermula sejak nabi Adam mula diciptakan – hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal. Nabi Adam beserta nabi-nabi yang lain di samping para solihin memberi teladan bahawa hubungan manusia dengan Tuhan adalah sebagai makhluk dengan khalik, hamba dengan tuan, si papa dengan si kaya, dan si pacal hina dengan sang maharaja.

Buku ini selain daripada mahu menyentuh betapa mustahaknya hubungan akrab manusia dengan Tuhan, juga mahu mengajak pembaca mengagungkan Allah sebagai Tuhan pencipta dan pentadbir semesta alam, pemberi nikmat dan rezeki, serta penetap syariat sebagai protokol yang mesti diakuri dan dipatuhi. Selain itu, buku ini secara tegas mahu agar golongan muda dan remaja khususnya memanfaatkan teknologi online internet, 3.5G dan seumpamanya sebagai wahana untuk meningkatkan rasa hamba dan darjat iman.

Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.




1 comment: