Tuesday, December 8, 2009

MIKRAJKAN HATIKU MENCUAR TINGGI KE SIDRATUL MUNTAHA

MENZIKIRKAN MANUSIA VS MEMANUSIAKAN ZIKIR

Assalamualaikum semua..bersyukur kehadrat Ilahi kerana sehingga hari dan saat ini kita masih lagi dilimpahi segala macam kurniaan rahmat dariNya walaupun hakikatnya entah berapa kali kita derhaka dan lalai kepadaNya..Maha Pemurah Allah itu dengan sifat Ar RahmanNya pada setiap hambanya baik bernyawa ataupun tidak..dan Maha Pengasih Allah SWT kerana sentiasa menyambung nikmat islam dan iman yang tak ternilai ini kepada kita..alhamdulillah..selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW,Aahli keluarga baginda serta sahabat handai baginda..

Entah kenapa tetiba sahaja aku jadi teringat kepada wajah yang pernah aku lihat dahulu di dalam lembaran sebuah buku.walaupun aku tidak pernah menjumpainya namun kenapa aku rasa dekat dengan beliau..mungkin kerana kecenderungan kami sama..atau mungkin kerana aku memang telah ditakdirkan untuk mengaguminya.. (wajah syeikh sewaktu muda dan ketika lanjut usia)


Beliau ialah syeikh ahmad alawi yang merupakan seorang guru tariqat yang masyhur di Algeria..mungkin ingatan aku terhadapnya akibat terimbau balik jawapan beliau terhadap permasalahan yang dibangkitkan oleh musuhnya tentang amalan sesetengah ahli sufi yang menggantungkan tasbih pada leher mereka..sungguh bernas jawapan tersebut..hingga menjadikan si penanya akur.

Namun aku sedih dewasa ini persoalan itu timbul balik..malah dalam bentuk soalan yang lebih remeh iaitu permasalahan bid’ahnya berzikir dengan menggunakan tasbih..astaghfirullah..aku kaget..kenapa umat islam masih lagi bercakaran tentang perihal remeh sebegitu..sedangkan dalam masa yang sama golongan kuffar sedang gencar meneroka setiap aspek ilmu dan segenap pengetahuan sehingga menjadikan mereka kuasa besar yang ampuh .. aku terdetik..adakah orang agama sudah ketandusan idea..?

Mana awlawiyyatnya?terus melangkah ke hadapan dalam arena ilmu menyaingi musuh ataupun kembali mengundur ke belakang membahaskan persoalan yang telah lama terselit di celahan helaian kitab turath tua yang berusia ratusan tahun?

Aku senang sekali sekiranya golongan ini dihantar ke hangar kapal terbang..jet pesawat dan roket angkasa..biar mata mereka terbuka dan fikiran mereka liberal..biar medan penglihatan fikiran mereka lebar sepertimana burung yang terbang diangkasa..tidak lagi berlegar pada isu domestic tapi juga mula menjengah ke dunia global.Manusia perlu dizikirkan bahawa dunia telah berubah..dan ruang lingkup amal kegiatan mereka dalam memakmurkan dunia juga sepatutnya berubah sama..

Ingatan tersebut akhirnya mengheret aku kepada persoalan yang rata-rata dihadapi oleh mahasiswa/wi (GENERASI X & Y) dakwah iaitu sufi haraki..

SHIFT PARADIGM KE ARAH MEMBENTUK GENERASI X DAN Y YANG SUFI HARAKI BERNILAI TINGGI

Apa yang anda faham tentang rangkaikata di atas? sufi + haraki ? sebenarnya saya sendiri pum masih kurang arif dengan istilah ini namun secara ringkasnya sufi haraki nie secara mudahnye boleh dikatakan adalah merupakan singkatan kepada rangkaikata jiwa sufi fikrah haraki.. Sengaja aku paparkan di atas wajah salah seorang tokoh yang aku kagumi yang mana sifatnya menepati dengan tajuk entriku pada kali ini iaitu “JIWA SUFI FIKRAH HARAKI”.

Merujuk kepada istilah di atas, secara ringkasnya sufi merupakan seorang yang sentiasa melakukan tazkiyyatun nafs dan muhasabah diri sebagai seorang hamba. Ia melazimi dirinya dengan adab dan akhlak terhadap sesama manusia dan lebih-lebih lagi kepada Allah swt. Haraki pula merujuk kepada sikap yang responsif terhadap situasi dan isu yang wujud di sekelilingnya dan ditambah pula dengan turut berpartisipasi menghadapi isu-isu yang sedang menari. Oleh itu, secara simplistik sufi yang haraki ialah seorang yang sentiasa membersihkan dirinya dan aktif berpartisipasi dalam isu-isu massa.

Apa yang anda faham tentang rangkaikata di atas? sufi + haraki ? sebenarnya saya sendiri pum masih kurang arif dengan istilah ini namun secara ringkasnya sufi haraki nie secara mudahnye boleh dikatakan adalah merupakan singkatan kepada rangkaikata jiwa sufi fikrah haraki.. Sengaja aku paparkan di atas wajah salah seorang tokoh yang aku kagumi yang mana sifatnya menepati dengan tajuk entriku pada kali ini iaitu “JIWA SUFI FIKRAH HARAKI”.

Merujuk kepada istilah di atas, secara ringkasnya sufi merupakan seorang yang sentiasa melakukan tazkiyyatun nafs dan muhasabah diri sebagai seorang hamba. Ia melazimi dirinya dengan adab dan akhlak terhadap sesama manusia dan lebih-lebih lagi kepada Allah swt. Haraki pula merujuk kepada sikap yang responsif terhadap situasi dan isu yang wujud di sekelilingnya dan ditambah pula dengan turut berpartisipasi menghadapi isu-isu yang sedang menari. Oleh itu, secara simplistik sufi yang haraki ialah seorang yang sentiasa membersihkan dirinya dan aktif berpartisipasi dalam isu-isu massa.

Kalau kita baca dan teliti betul-betul sirah rasulullah SAW dan para sahabat baginda,kita akan dapati disebalik tirai kehidupan seharian mereka dalam menegakkan islam , menyebarkan risalah dakwah dan menguruskan negara..personaliti mereka yang sebenar adalah seorang abid..begitu juga dengan sejarah hidup Badiuzzaman Said Nursi/Syeikh Mustafa sobri/Syed Qutb/ Sayyid Hawa/imam hasan al banna dan Mustafa masyhur..kita akan dapati seluruh hidup mereka dipenuhi dengan pemikiran yang bergerak (fikrah haraki…FIKIR ALAMI ) namun dalam masa yang sama mereka tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk mensucikan jiwanya kepada Allah (jiwa sufi)

Malangnya kita menyedari teramat sukar sekarang pejuang yang dapat mencontohi personatili seperti yang demikian . So siapa yang mahu gantikan tempat mereka yang telah lama menghadap ALLAH SWT ??? tak lain dan tak bukan Kita semualah……

Aku cukup tertarik dengan tulisan raja Mukhlis dalam http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/138 yang menyenaraikan beberapa ciri daie yang berpersonaliti sebagai sufi haraki ..namun dalam masa yang sama aku juga tertarik dengan kaedah shift paradifm yang dilontarkan oleh marwan bukhari dalam http://zonremajaislam.blogspot.com/ dan http://mahasiswakini.com/archives/4413 dalam entrinya yang bertajuk “ini bukan zaman sufi haraki semata-mata”..

Namun begitu, saya berpandangan bahawa kita sedikit tersilap apabila meraikan sesebuah tema dan tokoh sebagaimana yang berlaku apabila kita mengangkat tema sufi haraki ini. Lantas saya berpandangan bahawa sufi yang haraki semata-mata tidak layak untuk berpencak sama dalam arena perjuangan pada era ini.

Saya mengakui akan sufi yang haraki cukup diperlukan oleh kita sekalipun kita tidak mahukannya. Tetapi, sepatutnya kita menambah nilai sufi haraki itu sesuai dengan zaman yang sudah berbeza di samping masalah yang lebih kompleks berbanding zaman sebelum ini. Kenapa kita tidak memandang betapa tingginya nilai intelektual yang dimiliki al Banna, al Maududi, Burhanuddin al Helmi dan Bapak Natsir? Cuba kita hayati kisah-kisah mereka, sudah tentu kita akan mengakui hakikat ini.

Disebabkan sikap kita yang hanya melihat sesuatu keajaiban itu pada satu bab ataupun satu segmen sahaja, kita terus menjadikan sufi yang haraki sebagai zikir dan cita-cita tanpa memandang kepada unsur-unsur yang lain khususnya nilai intelektualisme. Akibatnya, lahirlah golongan sufi haraki yang hanya pandai mengulas isu-isu secara superficial tanpa mendalami dengan baik disiplin-disiplin ilmu yang diperlukan.


KESAN ZIKIR PADA OTAK MANUSIA

Mahasiswa/wi yang ingin menjadi sufi haraki perlulah melazimi diri dengan berzikir..sama ada zikir qalbi,zikir lisan dan zikir af’al (perbuatan = ibadah & gerak kerja keislaman ) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.



Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya

ZIKIR HASANAT MENUJU ZIKIR DARJAT


Ulama membahagikan zikir lisan kepada 2 jenis iaitu zikir hasanat dan zikir darjat.Alangkah ruginya jika golongan daie ini hanya menjuruskan diri kepada pengamalan zikir hasanat dan mengesampingkan zikir darjat..

1)Zikir Hasanat = amalan zikir ini dpt menghasilkan pahala dan ganjaran semata2 tanpa berhjt kpd sifat2 terpuji samada bersopan dihdpn allah,keikhlasan,kejujuran,kesbrn n dll.Kbykn amaln zikir ini terlalu umum diambil dr perbagai sumber samada dlm buku agama @ dr mulut2 org alim,mulut2 org tua2 dulu,dlm tv atau dlm radio dan sebagainya.zikir ini boleh dipelajari dan diamalkan oleh orang-orang yang biasa.

2)Zikir darajat = amalan zikir ini akn menghasilkn nilai keredhaan disisi allah yg kemudian akn dihiasi dgn adab yg mulia dan meningkatnya level keimanan dr semasa kesemasa sehingga kpd drjt jatuh cinta kpd wali2 allah,kpd rasulullah serta allah.jenis amalan2 zikir dlm hal ini diambil secara ijazah iaitu zikir khusus dr mulut guru tasauf yg dikenali sebagai wali allah. Zikir Darajat boleh dipelajari dengan belajar daripada guru yang murshid. Selepas itu, barulah kita dapat menikmati `lemak manisnya’ berzikir.


Zikir hasanat bila beramal insyaallah beroleh pahala, manakala zikir darjat bila beramal membawa hati hampir makrifat kepada sifat Allah Yang Maha Suci. Kalau zikir ambil dari buku tanpa guru ada bahayanya. Apabila seorang hamba berzikir kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan Allah SWT tidak sekali-kali menzalimi hambaNya yang ingin mendekatkan diri kepadaNya, tiba-tiba hatinya menjelajah ke alam yang sangat takjub dipandang hingga terpesona dan tak mahu berganjak, bagaimana dia hendak mencari jalan pulang sekiranya tiada guru yang membimbing jalan pergi dan pulang ? Bila membaca buku yang berkaitan dengan zikir, carilah pengarang buku itu, mungkin ia boleh menunjuk jalan zikir atau menunjuk kepada guru yang mursyid. Kalau kita terus beramal dengan buku, bermakna seolah-olah kita 'mencuri' sesuatu yang bukan hak kita.

TEKNOLOGI ZIKIR NATIJAH DARI FIKIR

Dewasa ini,zikir tidak lagi boleh dilihat dalam kaca mata ibadah semata mata sepertimana yang menjadi kebiasaan politikus totox, puak inferiority complex, murabitun sempit, mahasiswa exam oriented dan mereka yang sewaktu dengannya...tetapi ia juga boleh disoroti melalui sisi pandang teknologi.Ya..Teknologi Zikir..Teknologi yang mengaplikasikan maunah dan warid daripada Allah SWT..Bukannya hal ini adalah satu hal baru..tapi sebenarnya telah lama diFirmankan oleh Allah SWT dalam kisah nabi sulaiman dan takhta Ratu Balqis.

apabila seseorg itu rajin berzikir,otaknya akan menerima aktiviti bio elektrik iaitu satu tenaga gelombang yg luarbiasa.Tdk dpt dilihat oleh mata kasar.Setlh zikir diulang2 sebrp byk kali,mka akan terbentuk suatu tenaga yg menjd semakin aktif &turut menmbhkn tenaga dlmn yg diterima oleh otak.Lalu otak menjd aktif secara keseluruhan.Otak mula memahami perkra baru,melihat dr sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif serta kritis. Kemudian kemampuan otak dpt diterjemahkn melalui kesan zkir yg disalurkn terus kpd semua jenis kumpuln saraf seperti kandungan drh dlm tubuh manusia 6.816liter,sel2 bdn sbyk 26 trilion, tulang2nya sbyk 206btg,otot2nya sbyk 700 dan sendi2nya sbyk 250.

Pengkajian ttg kesan berzikir yg diamalkn oleh org2 islam sejak zmn nabi2 dulu kala lg,
sebagaimna yg tlh berlaku dizmn Nabi Sulaiman,seorg pemuda yg mengmlkn ajaran kitab taurat seblm kedtgn islam,beliau merupakn seorg alim yg berpegang dgn tauhid kewujudan maha ESA,beliau dikenali sebagai Asif Baqriyya.Kehebatannya mengatasi kehebatan Jin,dimna jin itu memiliki power yg tiada tandingan iaitu dpt mengangkat singgahsana.tetapi ditewaskan oleh syeikh asif baqriyya.Ceritanya tlh digmbrkn dlm quran surah an-namlu:ayat 38-40.

“Hai pembesar2 siapakah diantara kamu sekelian sanggup membw singgahsananya kpdku seblm mrk dtg kpdku sebagai org2 yg berserah diri”.“Berkata Ifrit (yg cerdik) itu dri glgn jin,aku akn dtg kpdku dgn membw singgahsana itu kpdmu seblm kamu berdiri dri tmpt dudukmu; sesungguhnya aku benar2 kuat utk membwnya lgi dpt dipercayai. Berkatalh seorg yg mempunyai ilmu dri al-Kitab; “Aku akan membw singgahsana itu kpdmu seblm matamu berkedip”.“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terltk dihdpnnya,ia pun berkata;“Ini termasuk kurniaan Tuhanku utk menguji aku,apakah aku bersyukur @ mengingkari (akan nikmat-Nya).Dan brg siapa bersyukur mka sesungguhnya dia bersyukur utk(kebaikan) dirinya sndiri.Dan brgsiapa yg ingkar,mka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lg Maha Mulia.”

Ramai juga dikalangn ilmuan agama islam & ilmuan2 yahudi turut serta mengkaji sedlm2nya. Pengkajian mrk itu disbbkn krn kejdian yg pelik&paranormal itu & sukar dipercayai maka akhirnya mereka menemui jwpn disebalik kisah itu adalah berpunca drp kesan amalan zikir.


Lalu golongan cendiakawan yahudi bermula mencipta dan strategi utk menghapuskn golongan ahli zikir,pd zamannya dia memenjarakan dan membunuh dan membasuh otak org islam ke arah fahaman wahabi,ahli syiah,ahli muktazilah,ahli sekular dan macam2 lagi. Pd hakikatnya mrk bimbang dgn kehebatan org2 islam.

Begitu juga sebagaimana tlh diterjemahkan juga oleh Van der Hoven, seorang psikologis dr Netherlands mengumumkn penemuannya ttg kesan membaca al Quran dan mengulangi sebutan kalimah zikir "Allah" keatas pesakit.Ini adalah berdasarkn kajiannya selama 3 tahun.Kesimpulan yg didptinya,sebutn "Allah" bnr2 memberi kesan yg memberangsangkan terhdp penyembuhan pesakit2 yg mengalami tekanan mental. Psikologis itu menerangkan bagaimana setiap huruf dlm kalimah "ALLAH" dpt memberi kesan penyembuhan kpd penyakitnya.Beliau menyatakn bhw:

> Huruf Alif ,yg keluar melalui sistem pernafasan,akn mengwl pernafasan.

> Huruf Lam ,yg 'bersabdu'(berganda),apabila disebut akn menybbkn lidah sedikit terangkat kelelangit & akn menghasilkn 1 'pause' yg merehatkan pernafasan.

>Huruf Ha ,yg terakhir akn membuatkan 1'contact'antara paru-paru & jantung & ini akn mengwl degupan jantung.

Sebenarnya,professor ini seorg non-Muslim tetapi beliau sgt berminat dgn kajian Islam & suka mencri rahsia2 agung yg terkandung didlm kitab suci al Quran. Subhanallah!hebatnya amalan berzikir ini kalau dpt diamalkn oleh semua lapisan masyarakat islam.

INTIHA : MARILAH BERZIKIR ..BUKAN SEKADAR MENYEBUT..TAPI LARUT DALAM ZIKIR ITU SENDIRI

Andai kata Hidup kita tdk disirami dgn baja zikir mka kehidupn akan dipengaruhi oleh unsur PAKSAAN,ia akn DIPAKSA nafsunya utk melakukan kejhtn demi ksrnkkn semata2 n DIPAKSA nafsunya melakukn kebaikn krn nma,krn darjat,krn gelaran,krn kebanggaan,krn sanjungan,krn dihormati.Kemudian dia MEMAKSA dirinya utk membuat keputusn mengikut selera&kepuasan diri sendiri bhw setiap perbuatannya akn mendpt ganjaran yg bsr.Dlm erti kata hidup dlm khayalan n angan2 yg tinggi.

Disini aku membw 2 perkaitan ttg zikir,contohnya apabila kita "MENGINGATI" kpd sesuatu perkara,mka secara automatik jiwa n otaknya akan "MENYEBUT" hal itu. Tetapi lain pula keadaan apabila seseorg itu rajin "MENYEBUT" nama allah(berzikiR). maka automatiknya ia akn byk "MENGINGATI" ttg allah.Alangkah uniknya perkaitan ini.

1 comment: