Thursday, December 31, 2009

DR QARDAWI SARAN BERPEGANG DENGAN SYAFIE DAN ASYAARI

Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية(Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya) antaranya:


الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوي ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.


Maksudnya:

Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjagasyakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.



وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.


Maksudnya:

Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.

Kemudian disebutkan:


وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.


Maksudnya:

Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysiaagar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout


Sumber: http://jomfaham.blogspot.com/


# Penulis memahami bahawa saranan Dr. Al-Qaradawi hafizahullah agar berpegang kepada Fiqah Mazhab Syafie bukanlah bermaksud menolak pendapat-pendapat lain dan hanya memadai dengan Mazhab Syafie. Ini bukanlah manhaj Dr. Al-Qaradawi hafizahullah sebagaimana yg diketahui oleh sesiapa yg mengenalinya. Bahkan dibenarkan untuk mengambil pendapat-pendapat selain Mazhab Syafie apabila perlu. Bahkan dalam ibadat zakat, kita tidak mengambil pendapat muktamad Mazhab Syafie. Maka difahami bahawa saranan ini bersifat untuk menjaga kesatuan umat Islam di Malaysia. Ini bermakna beliau menasihatkan supaya berpegang teguh dengan Mazhab Syafie selagi mana tidak berhajat kepada pendapat lain kerana ia salah satu dari mazhab empat yg benar. Tidak perlu diketengahkan pendapat-pendapat lain yg boleh melahirkan perbalahan dan perpecahan lebih-lebih lagi ianya perkara furuk.

Sikap sesetengah pihak yg membidaahkan bacaan doa qunut Subuh misalnya ialah sikap yg ekstrem, ini berlaku kerana mereka merasakan pendapat mereka yg paling benar dan yg lain salah. Sedangkan, apakah jaminan kebenaran hanya ada pada mereka? Untuk tetap juga beramal dengan pendapat sendiri dan meninggalkan bacaan doa qunut, dipersilakan tapi janganlah pula menuduh bidaah kepada pendapat lain sedangkan pendapat itu juga mempunyai sandaran dalil. Dan yg lebih penting, jangan pula menyekat orang membaca doa qunut Subuh. Maka, dalam konteks ini, tuduhan bidaah ialah satu tuduhan yg silap. Bahkan membidaahkan doa qunut subuh bererti membidaahkan amalan para ulama mazhab Syafie dan ini merupakan tuduhan yg berat. Sila berlapang dada. Belajar adab-adab khilaf dan beramal dengannya.

Dr. Al-Qaradawi hafizahullah juga menyarankan supaya berpegang dengan akidah Asyairah atau Asyaari iaitu akidah yg dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Al-Asyaari rahimahullah. Ini bermakna beliau mengiktiraf kebenaran akidah ini yg merupakan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Imam Al-Hafiz Az-Zabidi rahimahullah ada menulis dalam kitabnya Ithaf As-Sadat Al-Muttaqin syarah kepada kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Ghazali rahimahullah:

"Apabila disebut secara mutlak 'Ahlus Sunnah wal Jamaah' maka mereka ialah Al-Asyairah dan Al-Maturidiyah."

Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian pihak yg masih menghukum sesat kepada akidah Asyairah dan merasakan hanya kelompok mereka sahaja di pihak yg benar. Akidah Asyairah ialah akidah yg dipegang oleh institusi-institusi pengajian dunia sejak di zaman lampau lagi seperti Masjid Al-Azhar di Mesir, Masjid Zaitunah di Tunisia dan Masjid Qarawiyin di Maghribi. (semua ni adalah pusat ilmu y subur dengan budaya intelektual islam..) Dr. Al-Qaradawi hafizahullah pernah menyebut bahawa sesiapa yg menghukum sesat ke atas Asyairah maka dia telah menghukum sesat ke atas ummah kerana jumhur ummah berakidah Asyairah.

Masjid Zaitunah di Tunisia.


Ulama yg terkenal sejak zaman berzaman kebanyakannya bermazhab Asyairah yg dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Al-Asyaari rahimahullah dan bermazhab Maturidiyah yg dinisbahkan kepada Imam Abu Mansur Al-Maturidi rahimahullah. Sama ada ulama di bidang Fiqah, Tafsir, Hadith, Tarikh mahupun Lughah. Ini ialah fakta yg tidak boleh disangkal lagi. Agak susah untuk menyebut nama-nama ulama tersohor yg tidak berakidah Asyairah.

Kedua-dua mazhab Asyairah dan Maturidiyah bukanlah membawa akidah baru bahkan kedua-duanya ialah akidah yg sama yg dipegang oleh golongan sahabat, tabien dan tabi' tabien. Walaubagaimanapun masih ada pihak yg menafikannya dan menuduh mazhab ini sebagai sesat dan layak ke neraka. Akidah ini disebut akidah Asyairah dan dinisbahkan kepada Abu Hasan Al-Asyaari rahimahullah kerana beliaulah yg yg kuat menentang akidah mazhab sesat di zaman beliau lalu disandarkan akidah sebenar yg dipegangnya kepada dirinya.

No comments:

Post a Comment