Sunday, December 6, 2009

AKU INGIN JADI TULLAB NUR YANG SEBENARNYA…TETAPI…

STARTER : BERTAARUF DENGAN SAID NURSI


Aku mula mengenali ulama hebat ini melalui pembacaanku pada tahun 2002 sewaktu aku menunggu untuk masuk ke tingkatan 1 dalam sebuah majalah islamik yang baru diterbitkan oleh kumpulan karangkraf iaitu majalah “I”..tanggapan aku pada beliau melalui impression pertama ialah “beliau bukan orang biasa-biasa”..dari raut wajahnya aku lihat cahaya org beriman..yang sekaligus menggambarkan lautan ilmu dan hikmah miliknya yang cukup dalam..bermula dari situlah aku mula menyanjungnya dan berjinak-jinak dengan karya terhebatnya..risalah nur..risalah yang bercahaya..

BIOGRAFI SAID NURSI..KEHIDUPAN PENUH JIHAD DAN MUJAHADAH

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman).

"Ketahuilah, bahwa kunci kekuatan kalian ada pada keikhlasan dan kebenaran. Sampai-sampai para pendukung kebatilan ingin menghimpun kekuatan mereka dalam melakukan kebatilan.Keikhlasan pada pengabdian kita dijalan inilah yang akan mengukuhkan dakwah kita"


Perjuangan Nursi untuk memelihara iman dan akidah umat Islam ketika itu cukup hebat dan menarik. Ini kerana beliau terpaksa melalui satu zaman yang cukup tragis dalam Sejarah Islam, zaman berakhirnya Empayar Uthmaniyyah dan tertegaknya selepas itu sebuah negara Sekular yang dikenali dengan Republik Turki. Dalam suasana yang tidak keharuan ini, Nursi cuba mengembalikan kegemilangan dawlah dengan mengutarakan beberapa isu menarik.

Dalam bidang sosial, Nursi melihat perubahan ke arah membentuk satu sistem pendidikan yang bersepadu perlu dilakukan, iaitu pendidikan yang berteraskan kepada penyatuan antara agama dan sains. Dari sudut politik pula, Nursi berjuang menegakkan sistem pemerintahan yang berasaskan Syariat Islam (al-Qur'an dan al-Sunnah), iaitu Sistem Berperlembagaan Islam. Kehebatan perjuangan beliau ini, boleh dilihat dari kisah hidupnya dan juga dari idea-ideanya yang dikumpulkan di dalam karya agungnya, Rasa'il al-Nur dan Mastnawi.

RISALAH NUR..RISALAH CAHAYA


Sebagai manusia aku selalu buat kesilapan, tetapi setiap kali membaca Risale-i Nur, seolah-olah akan ada sesuatu yang baru mengetuk hati aku untuk berubah menjadi lebih baik. Walaupun aku berusaha setiap hari supaya menjadi manusia yang lebih baik, tetapi keburukan dan kekurangan aku tidak semakin kurang. Syaitan dan nafsu seolah semakin kreatif membuat tipu daya. Sungguh letih aku berjuang setiap hari.Malah aku juga cuba kreatif kan diri untuk berperang dengan musuh-musuh yang tidak nampak ini.

Risale-i Nur merupakan sebuah rantaian risalah yang ditulis oleh Badiuzzaman Said Nursi dan murid-muridnya selama lebih 50 tahun. Risale-i Nur ditujukan kepada manusia kontemporari (moden) yang sering diserang tunjang imannya.

Cabaran yang manusia kini hadapi sungguh luar biasa. Kalau ulama' dahulu seperti al-Ghazzali, Imam Rabbani al-Sirhindi, Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan ribuan ulama lagi tulisan-tulisan serta mau'izah mereka adalah untuk memperkukuhkan iman umat, mencantikkan dan mengindahkan lagi. Memperbaiki kekurangan dan sebagainya.

Tetapi cabaran yang Ustaz Nursi hadapi pada waktu penulisan Risale-i Nur adalah tunjang iman itu bukan setakat dicantas tetapi cuba dicabut dan dimusnahkan. Justeru di dalam Risale-i Nur kalau kita semua baca, hidangannya menyentuh aqal, hati dan juga terus menyentuh ruh.

Ketika hampir runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah (Ottoman Empire), musuh-musuh Islam menyerang dari semua arah. Luar dan dalam. Luar; mereka menyerang dan menjajah. Mereka melagakan sesama Islam. Dalam; mereka memasukkan pelbagai keraguan kepada umat Islam tentang prinsip-prinsip dalam Islam. Umat Islam mulai ragu soal azab kubur dan kebangkitan semula di mahsyar, umat Islam menjadikan soal ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji dan menutup aurat sebagai masalah peribadi, tak perlu diperbincangkan.

Manusia menjadi tamak dan halobakan dunia. Pembangunan demi pembangunan. Kemodenan demi kemodenan. Aqal, hati dan ruh semakin jauh dan jauh dari ikatan agama. Agama ertinya jumud, taksub dan ketinggalan zaman. Kemajuan sains dan teknologi dikejar dan dikejar. Manusia tidak lagi perlukan Tuhan. Manusia boleh berdiri sendiri dengan sains.

Di saat kegelishan dan berkecamuknya iman masyarakat yang dahsyat ini, Ustaz Nursi menulis Risale-i Nur dibantu murid-muridnya (Tulab Nur), secara bersembunyi dan disebarkan juga secara sembunyi.

Risale-i Nur mengandungi sains dan tauhid, kehidupan dan tauhid, akhlak dan tauhid, falsafah dan tauhid, dan pelbagai ilmu moden yang bertunjangkan tauhid. Setiap perkara kecil dan besar, kehidupan dan perasaan, ilmu dan kesenian, suatu pun tidak pernah lari dari berakar tunjangkan nama-nama dan sifat-sifat Allah.

Semua perkara apabila diperhatikan dengan kaca mata tauhid, akan terus melihat hakikat Iman dan semakin teguh keyakinan kepada ALLah.

p/s:terkejut jugak yang ust shaari mantan s/u gamis tulis dalam blog yang beliau bru tahu ttng risalah nur ni tahun ni..kalau tak lagi banyak mutiara yang dapat digali oleh ust utk dijadikan bahan tarbiyah..InsyaAllah..

AL MASTNAWI AN NURI

Kitab al-Matsnawi termasuk buku pertama Said Nursi.Oleh kerana itulah kita akan menemukan akar-akar pemikirannya di sini. Setiap pemikiran yang terdapat di dalam buku ini pada awalnya jika ditelaah yang secara perbandingan jujurnya adalah laksana janin, tunas, atau salah satu titisan pemikirannya yang bersinar serta pada masa sesudahnya laksana menjadi sungai yang mengalir, air terjun, kebun yang seluruh sisinya dihiasi bunga mawar, atau seperti hutan yang dipenuhi pepohonan tinggi dengan dahan dan daunnya yang rendang.Mastnawi ternyatamampu menggerakkan semua sisi keimanan, pemikiran, dan perasaan yang halus kepada para teman dan peminatnya, serta menanamkan rasa takut dan kecemasan kepada para musuh.

Dari tarikan nafas pertamanya yang ia hembuskan ke dalam jiwa kita hingga menggugahnya serta ke dalam kalbu di mana di dalamnya ia menggambarkan sejumlah pengertian baru yang bersinar seraya menggali sejumlah goresan yang terang, kami persembahkan beberapa contoh sebagai satu titis dari lautan, satu kilau mentari, atau satu jejak dari alam wujud yang memantul dalam perasaan kita yang di sana terdengar gemanya:

Hakikat terbesar di dunia dalam pandangan Badiuzzaman dan dalam pandangan setiap pemikir muslim adalah hakikat iman dan hakikat tauhid. Seluruh wujud dalam sistem pemikiran Badiuzzaman ibarat alat tenun yang merangkai hakikat tauhid, mengukir berbagai pengertian ilahi sedikit demi sedikit, serta menyusun satu gambar yang indah. Merasakan hakikat yang memiliki kandungan komprehensif ini di mana ia menyerap tujuan ilahi dan masuk ke dalam cabang yang paling kecil berikut intepretasinya sesuai makrifat ilahiah yang merupakan bentuk hakikat tauhid. Ia adalah pemahaman tauhid yang dimiliki masyarakat secara umum sebelum masuk ke dalam detil-detilnya yang mengantarkan kepada keyakinan.

p/s:Untuk download buku al-Matsnawi an-Nuri dengan lengkap silahkan klik disini: http://risalahnur.com/?page_id=100

MABUK DENGAN CAHAYA NAMUN BUTA MENCARI JALAN SEWAJARNYA

Sejak dua tiga hari ni aku rasa bimbang kerana terlalu asyik membaca Risalah al-Nur tetapi tidak mampu dan mahu berjihad seperti Bediuzzaman. Ilmunya diambil, jihadnya ditinggalkan. Badiuzzaman Said al-Nursi mementingkan pendidikan, tetapi beliau tidak pernah membelakangkan siasah. Tapi apa yang sedang bergolak dalam diri aku pula adalah sebaliknya.

Aku agak kecewa kerana kegencaranku terlibat dengan aktiviti haraki sedikit sebanyak telah mengganggu kepesatan proses penumbuhan neuron baru dalam serebrum aku melalui aktiviti yang amat aku minati..membaca..tahun ni tak banyak kitab besar dan buku yang ternyata cukup berpengaruh sehingga mampu menngerakkan pembacanya mengubah dunia dapat aku telaah..rugi sungguh rasanya..

Aku ada juga suarakan kegusaran aku ni pada adik kesayangan aku..beliau dengan selambanya menyatakan:

“hmm..sbnrnye pd pandngan adkla..haraki adalah penggerak kepada segala ilmu agama yang kita belajar..sebaba banyak selok belok fiqh kena kaji dan mahir sebagai pendokong gerakan islam ni,lagi lagi ilmu usul fiqh,fiqh sirah dan fiqh-fiqh lain,tok guru pondok(segelintir)/ustaz2 hanya mampu bercakap & mengajar di kelas2,tetapi blum tentu dapat terjemahkannya dalam pentadbiran (politk).”

Aku jadi semakin kusut..kerana bagiku institusi keilmuan tidak akan selamanya sama dengan institusi kepolitikkan. Yang mengubah masyarakat dan tamadun secara berterusan bukanlah sangat dengan “kuasa keras” politik tetapi “kuasa lembut” keilmuan kerana mauduk yang hendak diubah itu adalah MANUSIA bukan bangunan. Maka makanan dan supplement kepada projek perubahan MANUSIA (atau lebih spesifik haywan al-natiq) adalah ILMU.

Mungkin cara politikus berfikir berbeza dengan golongan ilmuan yang bersifat tafaqquh fi al-din. Visi dan misi berbeza…malah jika kita renungi betul betul frasa mengilmukan politik dan mempolitikkan ilmu…pasti jauh bezanya dan panjang huraiannya..

MONOLOG DALAMAN..TERSEPIT ANTARA HARAKI DAN ILMI


Sepanjang membaca risalah cahaya ini..aku seringkali etrpukai dengan keindahan laras bahasanya dan kedalaman maknanya yang cukup dasyat dan menyentuh nuraniku..aku akui, Risalah al-Nur memang hebat. Membacanya memang mengenyangkan akal dan hati, malah emosi.

Semoga ketinggian ilmu, hikmah dan jihad Badiuzzaman Said al-Nursi terus membakar semangat anak-anak muda di Turki dan di seluruh dunia, terutama bakal mujahid seperti kami untuk bangkit membela Islam yang semakin asing dan dagang menongkah hari.


Terkenang pesanan Badiuzzaman Said al-Nursi kepada anak muda seperti kami (aku dan adikku dan semua orang muda):

“Sesungguhnya usia mudamu akan pergi meninggalkan kamu. Andai kamu tidak mengekalkan diri dalam lingkungan Halal, maka usia muda bukan sahaja akan hilang nikmat kebahagiaannya, malah ia akan menganugerahkan kamu kebinasaan dan penderitaan dalam kehidupan dunia ini, di alam kubur dan di Akhirat sana. Namun dengan Tarbiyah Islam, engkau pasti akan membelanjakan usia mudamu dalam syukur dan penuh kemuliaan, dengan kebajikan dan ketaatan, dan semua itu akan berterusan hingga kamu mencapai kemudaan yang abadi di sana nanti…”

P/S:mungkin aku lebih selesa dengan risalah nur berbanding kitab hasan Al Banna..tetapi hanya menumpukan pembacaan dan pemusatan semata-mata ke atas risalah nur pastinya sama sekali dilarang oleh Badiuzzaman ..kerana setiap ilmu itu mengandungi cahaya..termasuk juga di dalam karya al imam As-Syahid Hasan Al Banna..walaupun tak segemerlap cahaya yang dipancarkan oleh risalah nur dan mastnawi..namun tetap mampu menyuluh hidup ini daripada bahaya kegelapan kejahilan yang menyelimuti...

Ya Allah..tunjukkanlah jalan yang benar kepadu dan berilah kekuatan untukku melaluinya..dan berbakti sepanjang merentasinya..

No comments:

Post a Comment