Assalamualaikum semua..(walaupun baru hanya 2 orang yang tau kewujudan blog aku ni..haha..takpe2..tak sedih..erk lain macam je bunyinye..)..mmm..sebelum ade blog ni aku hanye bukak blog2 yang aku ase best je..blog yang mampu menambahkan input dan pengetahuan aku..blog yang mencetuskan neuron baru dalam tengkorak cranium aku..n blog yang isinya mampu mengangkasa minda dan menajamkan fikiran aku..n blog org yang aku anggap penting dalam hidup aku..
blog lain aku xlayan mane..tapi skang sejak aku jd blogger ni..persepsi aku pada tiap2 laman blog tu dah mula berubah..aku mula sedar bahawa pada setiap page tu tak semua yang ditulis adalah sia-sia..setiap blog pasti ade hikmah tersendiri yang terselit di dalam timbunan kata-kata dan karutan tuan punya blog tu..walau bagaimana pun rupa dan niat blog itu dicipta..tak kisahlah..
hikmah tu ibarat harta pusaka orang mukmin yang tercicir..dan di mana mana sekalipun dia jumpainya tergeletak..ia perlu berusaha untuk mendapatkannya..walaupun dengan merangkak dan menawarkan separuh nyawa..tapi secara gentelem la beb..coz matlamat tak semestinya menghalalkan cara..
UMUR BIOLOGI VS UMUR MENTAL
mmg aku akui ada segelintir ahli bloggy di alam maya ni yang berumur di bawah 20..(wah..umur stahun jagung dah pandai wap blog n express pendpt sendiri..mantap)... tmasuk jugaklah adik aku.... tp, itu (usia ) tdk mnjadi penghalang kpd kematangan seseorang itu..... bhkan, kta mmg diajar pd zmn skolah utk berfikir scr matang.... BAGAIMANA???? dgn hanya 1 cara..... iaitu melalui MEMBACA ...dan juga kemahiran berfikir (selesai masalah dalam math,fizik,kimia dan bio..) ... itulh kunci kejayaan.... dsbbkn itulh, di USA, sistem yg mereka gunakan jauh sekali berbeza dgn sistem pendidikan yg dgunakan d UK n juga Malaysia..... di USA, mereka lbh mementingkn pemikiran dan pendapat drpd pelajar berbnding sistem d UK n Malaysia.. (berorientasikan pelajar) .. sbb, sistem UK n Malaysia hampir sama je...... (mmg la ada perbezaannya, tp tk ar bnyk sgt) hehe.....
Yang mnjadi persoalan di sini ialah, mmg ada manusia yg sdh mencecah hampir umur 30 dan ke atas,(umur biologi dah tua) tp msh lg tak matang...(umur mental mcm budak tadika..hehe).. knp??? fikir2kn sendiri....... n ada pelajar universiti yg berkelulusan ijazah pn msh tdk dpt berfikir scr tdk matang....(asyik main game n kapling sane sini je).... knp??? antara 1 faktor ialah mereka tdk prnah berdikari dlm menyelesaikn masalah sndiri n bergantung kpd kwn utk mndpt jwpn....... itulh antara sbbnya...
N mmg tak dinafikan ada sesetengah pelajar walaupun berumur di bawah 20 thn, mmg sdh mncapai kematangan dr segi pemikiran... mreka blh berfikir secara mendalam dan menjangkau sempadan...... ttp, yg peliknya, guru d malaysia lebih berharap kpd jwpn dan pendapat mereka sendiri berbanding jawapan dan pendapat murid2 mereka...... N, mmg sesetengah guru mmg hnya akan menerima jawapan berdasarkn drpd buku teks shj...... PELIKKAN??????? PERSOALANNYA D SINI, ADAKAH ITU GENETIK ATAU KEHENDAK SENDIRI ATAU TAKDIR.......... mmg ramai pelajar yang pandai di malaysia tetapi tak ramai yang bijak....... itulh masalahnya..... pandai di sini bermksd mereka lulus dlm peperiksaan berdasarkan 100% buku teks.... manakala bijak bermksud mereka lulus dlm peperiksaan dan kehidupan berdasarkan pemikiran yang matang.
sebab itulh, di dunia bloggy ni mmg ramai pelajar IPTA dan IPTS yg mENghantr entri... itu mmg 1 kepujian buat mereka kerana sudi berkongsi cerita ttp, jarang yg sudi utk membicarakan soal AKHIRAT, AKADEMIK MAHUPUN SOAL YANG BERKAITAN DGN SOAL LOGIK.....(ketegori masalah umat ) kebanyakannya aku tgk mmbicarakn soal CINTA, KASIH SAYANG..HIDUP dan lain2 hal yg mmg berkaitan langsung dgn diri sendiri.........tanpa menyelitkansedikit pengajaran atau moral value lain2 yg mmg berkaitan langsung dgn diri sendiri.........
Sebab itulh, terutama sekali pd wktu melakukan program melawat sambil belajar ke sekian banyak blog yang ditulis oleh mahasiswa/wi IPTA n IPTS (dan mengopy pastekan mane2 entri yang bagus ..hehe) , kta dpt melihat kematangan seseorang itu melontarkan pendapat atau lain2 berdasarkan perkataan dan ayat yg mereka gunakan, walaupun kadangkala kta tdk dpt melihat wajah sebenar mereka.......(mcm blog aku r..tak sempat nak letak gmbar lagi..)
MEMBACA VS PENGALAMAN
Bila masak kulitnya kuning dan rasanya manis dan lazat.
hah kaannnnn..................
MEMBACA DENGAN ZIKIR (IQ ) BESERTA ZIKIR (EQ & SQ)
hurmm...pengalaman mematangkan seseorang... membaca mematangkan kita hanya dari segi pemikiran dan teori... tapi itu belum cukup dalam perlakuan..
untuk lebih matang dalam perlakuan, kita bukan sekadar memerlukan IQ tetapi juga EQ dan SQ.. dan semua ini kita kutip melalui pengalaman..
yup..org yg belajar lebih tinggi, kelebihannya bukan dr segi skill..kerana skill dikutip dr pengalaman..tetapi kerana kematangan mereka berfikir..sementara, org yg belajar x berapa tinggi ni, dia kena bergaul dgn pelbagai lapisan masyarakat utk mengutip lebih ilmu dan tidak rigid dalam lingkungan sendiri..
kadang kala, apabila diberi kebebasan bersuara pun, x elok gak..kerana ini menggalakkan anak2 menjawab bila mak ayah marah..
jangan risau, EQ dan SQ boleh terus dikutip hingga kita berusia 40 thn (thats y people say, life begin at 40..) after that, kalau x berubah, susah la..
macam mana utk lebih matang? kita kena cuba kenal manusia..selama masalah mereka kerana kita x semestinya mengalami masalah mereka..cari bagaimana cara menghadapinya jika kita berada di tempat mereka..sebab itu, berkongsi masalah adalah satu terapi..kepada pengadu dan pendengar..
IJAZAH KEMATANGAN DARI UNIVERSITI KEHIDUPAN
Jatuh bangun dan kesuiltan hidup adalah pembelajaran. Sering lelaki merungut payah menjadi lelaki. Kata mereka banyak tanggungjawab. Perempuan merungut susah menjadi perempuan. Kata mereka banyak batasannya. Namun, di antara rasa susah dan payahnya menjadi perempuan dan lelaki pernahkah kita bertanya di dalam hati, sudahkah kita mensyukuri nikmat yang Allah telah beri selama menjadi perempuan dan lelaki?
Matang jika dirujuk kepada tumbuhan - ia bermaksud sudah boleh dituai contohnya : padi, gandum. Boleh di tebang contohnya : meranti, merbau, jati. Boleh dipetik buahnya kerana sudah masak seperti : rambutan, mempelam dan jambu.
Matang jika dirujuk kepada binatang - contohnya : sudah sampai umurnya untuk disembelih bagi tujuan korban seperti kerbau, lembu, unta (unta berumur 5 tahun lebih, kambing 2 tahun lebih - sila betulkan jika aku silap).
Di dalam kamus pula mengatakan - kematangan dirujuk kepada manusia ia menggambarkan insan yang sudah mencapai kesempurnaan fikiran.
Begitulah takrifan kematangan berbeza apabila merujuk kepada objek yang digunakan. Apatah lagi apabila dinilai dari sudut insan yang mempunyai akal dan nafsu, ia lebih subjektif.(jangan salah faham plak dengan kate matang ni kuar dot..dot ..dot..tu baligh la..ataupun in short form die..kematangan biologi semata-mata…)
Semua kita tahu berfikir. Boleh membuat keputusan. Tapi masalah tetap datang dan kita terus diuji dan diuji Mengapa? Mungkin atas kesilapan kita kerana kita jarang bertindak memikirkan masa depan.
Untuk menjadi matang, luaskanlah pergaulan dengan manusia. Di situ kita akan melihat kepelbagaian pendapat, fikiran, budaya, tatacara hidup, adat, bahasa dan sebagainya. Kematangan tidak datang dengan hanya duduk di dalam bilik atau hanya berteori dengan akal sendiri, atau hanya pandai bercakap sahaja di pentas, seminar, dewan kuliah, ceramah atau pun menulis dan menulis tanpa turun ke celahan ranjau hidup dan merasai sendiri erti kehidupan.
Aku tidak mahu melabelkan siapa yang matang siapa yang tidak. Cuma, jika ingin belajar menjadi matang. Perhatilah sekeliling. Orang itu mungkin hampir dengan kita cuma khilaf kita memandang menyebabkan kita tidak melihatnya.Orang yang matang banyak benar fikirnya, sebab sudah merasai jatuh dan bangunnya dalam hidup. Ia sudah merasai manisnya gula dan masinnya garam di dalam buku kehidupan. Sudah terfikir apa yang boleh dan tidak boleh di dalam pergaulan. Adakah baik dan buruk kesannya. Sebab itu katanya banyak berkias. Jika menegur ia menyindir. Jika terlalu marah ia menjadi diam dari biasa.
Begitulah.. serba sedikit perihal kematangan.. Apa ruginya jika kita berfikir berkali-kali, belajar memahami, bertanya dahulu sebelum bertindak? Kemudian berserahlah kepadaNya.
itu saje kelas tentang kematangan dari aku buat sesi kali ini...sesungguhnya kematangan itu adalah komponen kebijaksanaan dan kebijaksanaan itu pula adalah sebahagian kecil drp elemen hikmah..dan Allah SWT pernah berfirman yang bermaksud..
“barangsiapa yang diberikan hikmah..sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak..”
Oleh itu, ayuh semua bangkitlh dan berfikirlh dgn matang..................... ingat, utk diri sendiri, agama, bangsa dan negara........
p/s:aku ade gitau adik aku y kdg-kdg aku terfikir gak yang die ni mcm lebih matang dari aku dlm sesetengah hal..tetibe je die suke..mm bukannye nak ckp time kasih ke..istighfar ke..huhu..tapi aku sangke baik r..mungkin ye tak nak aku riak kot ade adik cam die..tak pun die ni group ahli tasawuf jenis yang sampai tahap hakikat..yang gembira bila dipuji coz die faham benar yang pujian tu asalnya daripada ALLAH dn disampaikan melalui lidah manusia dalam ruang lingkup qada’ qadar..(kalo yang zuhud plak die akan sedih bile dipuji..kerana yang puji tu manusia yang pandangan matanya selalu menipu ..pandangan akal selalu tersalah..bukannye ALLAH zat yang maha suci..)
semoga kita diberikan kematangan fikiran serta perbuatan yg akan melahirkan 1 hasil gerak kerja yg mantap utk ISLAM..amin.. (^_^)
ReplyDelete