STARTER…KELUPAAN YANG MENYENGALKAN..
Salamullahi alaikum warahmatuhu wabarakatuh (ade pendapat y cakap kalo bg salam lafaz gini tak wajib jawab..sunat je..mm..ntahlah..persoalan ni terbuka untuk dikaji..hehe) dan salam satu azan..satu millah dan satu tujuan..alhamdulillah..first jom kita bykkan syukur..bukan sekadar dengan lidah yang dilafaz kosong..tapi syukur dengan hati penuh makna dan syukur dengan anggota penuh ibadat yang dilaksana..Selawat dan salam pada Baginda Nabi SAW tercinta,ahli keluarga baginda dan sahabat handai baginda..
Kali ni aku nak kuar dari kepompong biasa entri ku y dulu-dulu..(macam dah lame je aku ade blog ni..padahal x sampai sebulanpun..huhu) yang bercorakkan sufistik ala-ala falsafah moden plus quranic and sunnatic serta ilmu bina insan perkasa diri angkasa hati..tapi tak mampu..nak wap macam mane dah aku memang type mcm tu..bukan jenis rokers ataupun mat punk..mm..ayat2 jiwang ni sowe arh..takde mase..haha..
Cakap bab lupe..aku jadi teringat satu kata kata hikmah:
“Dinamakan manusia sebagai manusia kerana sifat lupanya dan dinamakan hati itu hati kerana sifat mudah bolak baliknya”
Tapi apakah hikmah sifat lupa kepada manusia hingga dihikmahkan dalam kata-kata yang disebut sebagai kata-kata hikmah kerana dipercayai mengandungi hikmah yang penuh hikmah itu bahawasanya terdapat hikmah disebalik nama panggilan kita , iaitu makhluk yang malaikat pun diperintahkan sujud dikaitkan dengan lupa..tapi ape hikmahnye? Tanyalah ahli hikmah yang arif tentang kata-kata hikmah…wallahua’lam…
p/s: mmm…berapa byk hikmah daaa..
kenapa tajuk starter aku gitu..lupe yang sengal ? mmm..saje aku tulis gitu coz nak describe satu jenis lupe drp sekian byk jenis lupe yang sering melupekan dan dilupekan oleh mana-mana insan yang lupe ataupun insan yang lupe bahawa die tu sebenarnya lupe iaitu LUPAKAN DOSA…lupe type ni tak de pun ditulis dalam kitab perubatan / buku medic yang ganaz2..korang beleklah sampai gugur sepuluh anak jari pum memang tak kan jumpa…kompem punye..mungkin doctor n nurse moden anggap ni ciput punya hal..tak standing denga Skizofrenia mahupun Alheizmer tapi setau aku lupe jenis ni memang TERLALU AMAT SANGAT bahayanya kpd kita umat manusia..sebab tu la byk kisah org zaman dulu dan nabi nabi yang dinukilkan dalam quran supaya saban hari bila kita bacanya..kita jadi ingat kembali betapa dosa itu mengundang celaka..dan akan mengambil langkah berhati-hati terhadap dosa..
deskripsi tentang penyakit ni dinukilkan dalam kata2 :
an nisyanu zunubul madhiyyah..wahiya ‘indaLLahi mahfuzah
“lupa pada dosa-dosa yang telah lalu padahal di sisi Allah ianya dicatat”
Aku dapat kata-kata ni time dgr kuliah maghrib kat masjid Besar Machang..sebelah umah aku..(tapi kena lintas jalan la..)
Jadi tanpa melengahkan masa..marilah kita bertaubat lagi dan lagi..sebelum pintu taubat tertutup..
Teringat hadis yang pernah dibacakan oleh adik kesayanganku iaitu:
“Setiap bani adam itu berdosa..dan sebaik2 org yang berdosa itu adalah org yang bertakwa”
SUCIKAN PAKAIANMU …RESPON TAJUK “KESUCIAN”
Aku tertarik dengan entri bertajuk kesucian yang dipost oleh khalifah105 yang sangat aku kagumi energy jihadnya dan daya inteleknya y berbunyi:
Pada post kali ini saya nak memperkatakan berkenaan pentingnya kesucian semasa kita menghadap Allah, iaitu bersolat. Saya juga ingin berkongsi berkenaan perlunya berpakaian yang bersih dan terbaik sepertimana yang diperintahkan Allah dan Rasulullah. Saya merujuk perkara ini dalam Kitab Thaharah, karangan Prof. Dr. Zakaria Awang Soh (ABU ZAKWAN).
Sepertimana yang kita tahu, kesucian dan keindahan pakaian dalam solat ternyata dituntut oleh Allah.
Persoalannya di sini..bagaimanakah caranya kita generasi ulul albab pembina khairu ummah ini perlu memahami entri ini? pakaian yang manakah yang dimaksudkan oleh adikanda aku tu..? adakah pakaian zahir semata –mata ataupun merangkumi pakaian batin..hmm..tak bolehkah jika solat dengan pakaian zahir sahaja..?kan sah hukumnya..tanya seorang adik menduga..tapi salahkah jika disertakan juga dengan penyucian pakaian batin juga…? Respon si abang juga menduga..
Pakaian imam masjidil haram ..sekadar gambar hiasan
Hmm..entri tersebut cukup baik..satu penjelasan taharah fiqhi yang mantap dan senang untuk difahami..namun..alangkah bertambah baiknya jika kita turut melihatnya dari sudut taharah sufi..taharah zahiri vs taharah batini..hehe..salafi vs sufi..? tak.salafi plus sufi = MANUSIA PUNYAI DAYA INTELEK PELBAGAI DIMENSI.
PAKAIAN TAQWA LEBIH BAIK DARI MENUTUP AURAT?
Dalil tentang sucinya pakaian didapatkan dari firman Allah SWT dalam surah al mudatsir ayat 4 iaitu:
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
“Dan pakaianmu sucikanlah.” (Al-Mudatstsir: 4)
Tafsir Jalalain. “Dan pakaianmu sucikanlah dari najis”
Sebahagian ahlul ilmi menafsirkan ayat ini dengan makna zahirnya iaitu: “Sucikanlah pakaianmu dari najis untuk mengerjakan shalat.” Adapun yang lainnya menafsirkan dengan makna lain yang berbeza dengan yang di atas ini melalui takwilan metaforanya. (Ma’alimut Tanzil 4/383, Adhwa`ul Bayan 8/619)
Tafsir Ibnu Katsir : Ada yang mengatakan, bersihkanlah dari dosa dan kemaksiatan. Ada juga yang mengatakan, yang dimaksud adalah membersihkan kalbu dan dikatakan pula, cucilah pakaianmu dengan air, kerana orang-orang musyrik itu dahulu tidak pernah bersuci, maka Allah memerintahkan baginda untuk bersuci dan membersihkan pakaiannya. Pendapat inilah yang menjadi pegangan ibnu Jarir. Namun, ayat ini mencakup semua penafsiran di atas, kerana orang-orang Arab sering mengaitkan hati dengan pakaian.
Tafsir al-Qurthubi dalam menafsirkan ayat tersebut mengatakan bahawa terdapat lapan pendapat. Hal itu dikaitkan dengan maksud makna siyab iaitu amal, hati, nafs, jasad, keluarga, akhlak, addiin, dan pakaian zahir.
Dalam buku Paket Dakwah” yang diterbitkan DPP Hidayatullah pada tahun 2001 di halaman 54 disebutkan terdapat pelbagai ta’wil ayat tersebut berdasar perbezaan pengertian tsiyab dikalangan para ulama tafsir dan bahasa iaitu :
b. Dan hatimu sucikanlah. Mawardi berkata, suci dari dosa dan maksiat serta khianat.
c. Dan nafs (jiwa)-mu sucikanlah, yaitu dari dosa.
d. Dan jasadmu sucikanlah, yaitu dari beberapa maksiat zahir.
e. Dan keluargamu sucikanlah dari berbagai kesalahan dengan nasihat dan pendidikan. Dikaitkan dengan surat al-Baqarah ayat 187.
f. Dan akhlakmu bguskanlah (pendapat al-Hasan dan al-Kurdzi).
g. Dan agamamu sucikanlah.
h. Dan pakaian zahirmu sucikanlah, yaitu dari najis dan perbuatan haram.
Tafsir al-Mishbah : Penulis tafsir tersebut memilih dalam mengartikan kata tsiyab dan thahir kedalam bentuk hakiki yaitu memebersihakan pakaian dari segala macam kotoran, dan tidak mengenakannya kecuali apabila ia bersih sehingga nyaman dipakai dan dipandang. Hal tersebut didukung dari sabab nuzul ayat ini yang menjelaskan bahwa ketika turunnya, Rasulullah Saw yang ketakutan melihat Jibril bertekuk lutut dan terjatuh ketanah sehingga tentu mengakibatkan kotornya pakaian beliau.
Tafsir Fi Zhilalil Qur’an : Kebersihan ini merupakan kata kiasan yang biasa dipakai orang Arab dengan maksud kebersihan hati, akhlak, dan mala perbuatan. Kebersihan dan kesucian ini termasuk pakaian dan segala sesuatu yang bersentuhan dengannya.
Kebersihan dan kesucian adalah keadaan yang sangat cocok untuk menghadap Allah..namun memadaikah jika sekiranya hanya pakaian luaran sahaja yang cantik dan bersih namun pakaian takwa koyak rabak berbau hapak akibat daripada mazmumah yang melekat?renung-renungkan…
KISAH IMAM ABUL HASAN AS-SYAZILY
Dalam kesunyian malam di bulan Ramadhan..
As-Syeikh abul abbas rhm bersama abil hasan berada di negeri qairawan ..saat itu bertepatan hari jumaat malam ke 27..as-syeikh bersamaku pergi ke masjid agung dan tatkala syeikh masuk beliau dikerumuni oleh wali-wali ibarat lebah mengerumuni madu..ketika menjelang pagi tatkala syeikh keluar dari masjid as-syeikh abul hasan berkata kepadaku:
Malam tadi adalah malam yang agung..malam al qadar dan aku melihat nabi Saw dan baginda bersabda kepadaku..
“wahai Ali ..sucikanlah pakaianmu dari kotoran kotoran..nescaya engkau akan memperoleh pertolongan Allah SWT..pertolongan yang tiba pada setiap hembusan nafas..”
Aku menjawab..”wahai rasulullah..pakaian apakah itu?”
Rasulullah menjawab dengan sabdanya :
“ALLAH akan menganugerahimu dengan 5 macam pakaian..
Pakaian mahabbah (busana kecintaan)
Pakaian makrifah (busana pengenalan)
Pakaian Tauhid (busana penunggalan)
Pakaian Iman (busana kepercayaan)
Pakaian Islam (busana penyerahan)
Barangsiapa mencintai Allah maka ringanlah segala sesuatu
Barangsiapa yang mengenali Allah nescaya Nampak kecillak segala sesuatu dihadapannya
Barangsiapa yang menunggalkan Allah nescaya tidak akan disekutukan dengan segala sesuatu
Barangsiapa yang mengimani Allah nescaya akan aman dari segala sesuatu
Barangsiapa menyerah diri kepada Allah..nescaya kurang maksiat dirinya..bile tergelincir dalam maksiat dia akan mengajukan uzur kepadaNya ..dan bila diajukan uzur kepadaNya nescaya diterima uzurnya..”
Saat itu-tutur abul abbas- barulah aku memahami arti firman Allah :
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
“Dan pakaianmu sucikanlah.” (Al-Mudatstsir: 4)
Kisah diatas adalah merupakan petikan dari buku biografi tentang Syeikh Abul Hasan As-Syazily yang merupakan seorang auliya Allah serta pendiri tariqat Syazily yang dinukilkan oleh Fadhilatu Syeikh Dr Abdul Halim Mahmoud pada tahun 1967....iaitu syeikhul Azhar yang ke 46 bermula 1973 hingga wafat pada 1978..beliau merupakan antara ulama azhar yang terkenal arif dalam bidang ilmu tasawwuf..
TAFSIRAN PAKAIAN TAQWA
Allah SWT menyebut tentang pakaian taqwa ini sekali sahaja dalam al quran iaitu dalam surah al a’raf ayat 26 yang bermaksud:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi ‘auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” (Al-A’raaf: 26)
Kalimah “tsaw-bun” dalam bahasa arab pada asalnya digunakan bagi merujuk kepada baju atau pakaian. Kemudian kata itu dikembangkan maka keluarlah kata “tsawaa-bun” yang bererti “pahala”. Dari erti bahasa ini adalah difahami, bahawa pakaian dapat membuahkan pahala. Untuk itu perlulah diketahui, bahawa pahala merupakan dampak positif dari segala aktiviti yang berlandaskan iman dan takwa, yang dalam jangka panjang akan mendatangkan kebahagiaan dan kedamaian. Atau dengan kata lain, pakaian yang memiliki nilai-nilai keimanan dan ketakwaan akan mendatangkan dampak positif berupa kebaikan-kebaikan.
Secara umum, ayat ini menjelaskan tentang fungsi pakaian yang diwajibkan oleh Allah swt terhadap seluruh Bani Adam iaitu untuk menutup aurat yang menjadi pembeza antara manusia dengan binatang sehingga disimpulkan oleh Al-Qurthubi bahawa ayat ini sekaligus merupakan perintah dan kewajipan untuk berpakaian yang menutup aurat. Selanjutnya melalui ayat ini juga Allah menetapkan pakaian takwa merupakan sebaik-baik pakaian yang dikenakan oleh hambaNya.
‘Pakaian takwa’ yang dimaksud oleh ayat ini menurut para ulama tafsir seperti yang dikutip oleh Ibnu Katsir dalam kitab ‘Tafsir Al-Qur’an Al-’Azim’ diantaranya seperti yang disepakati oleh Qatadah, Zaid bin Ali dan Suddi bahawa yang dimaksud adalah keimanan.
Sedangkan Al-Aufi memahaminya sebagai amal soleh. Manakala Urwah bin Zubair mendefinisikan pakaian takwa sebagai rasa takut kepada Allah swt. Berbeza dengan Ikrimah yang memahami pakaian takwa sebagai pakaian yang akan dikenakan oleh orang-orang bertakwa di syurga kelak. Seluruh makna-makna di atas ini sebenarnya saling berdekatan dan tidak bertentangan dengan maqasid pakaian yang mencerminkan, keimanan, kesolehan dan rasa takut kepada Allah swt sesuai dengan makna takwa itu sendiri.
p/s:kesimpulannya Sucikanlah segala amalmu daripada perbuatan syirik.
wah..entry kat mntap.. (^_^)
ReplyDelete