STARTER..GOOGLE GUGLY SEARCH ON THE ENTRI
Aku suke gune engin carian google berbanding yahoo coz aku rasa google lbh advance dalam cariannya..
Ari ni aku terdetik untuk ulas sedikit tentang teori saintifik yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam kitab suci al quran yang penuh bermukjizat melalui lisan nabiNya SAW..sebenarnya dah ramai orang yang ulas tentang teori ni..time aku search dalam google dah beribu-ribu entri ni ditulis oleh orang lain..membincangkan tentang teori ini..sama ada dengan penuh kesedaran ataupun sekadar copy paste yang orang lain tulis..tak kisahla..yang penting ilmu tu bercambah..mencambahkan para cendekiawan…bukannye cendawan..hehe..(mentang-mentangla sekarang nu musim hujan..cendawan dan kulat banyak tumbuh..)
ALLAH SWT berfirman:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.”
Alam semesta merupakan ciptaan Allah yang sungguh hebat. Allah menjelaskan tentang alam ini di banyak tempat dalam al-Quran. Apabila memikirkan tentang kehebatan alam ini, maka akan tampak jelaslah kepada kita akan kehebatan penciptanya iaitu Allah SWT.
Ketika al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu, orang-orang Arab ketika itu berada dalam zaman jahiliah. Kehidupan mereka kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang menjadi petunjuk dalam kehidupan mereka. Akhlak mereka sangat rendah. Mereka bersikap kejam, angkuh dan degil.Namun dengan kehadiran al quran yang menyuluh hidup mereka dan tuntunan uswatun hasanah dari nabi Muhammad SAW,menjadikan mereka umat yang terbaik pada waktu itu.
Sepertimana yang telah kita sedia maklum bahawa al quran adalah sebuah kitab suci yang mengandungi mukjizat..salah satunya adalah mukjizat astronomi yang menerangkan tentang kejadian alam semesta.Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dan bumi (alam semesta) dinyatakan sebagai berikut:
ayat di atas adalah berasal dari surah Al-Anbiya (surat ke-21) ayat 30 antara lain bermaksud:
“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”
Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang bermaksud ‘dikumpul bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta.
MENCARI TUHAN MENERUSI SAINS..
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden dalam abad mutakhir ini, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu,iaitu 1320 tahun lebih awal daripada penemuan oleh saintis moden.
Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain.Malah apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehinggalah abad ke 20.
Pastinya mustahil seseorang manusia tanpa pengetahuan tentang atom dan partikel subatom yang lain serta asas sains yang sederhana dapat mereka pernyataan sebegini..Pastinya ini datangnya daripada Tuhan yang menciptakan alam semesta itu sendiri..iaitu ALLAH SWT..
(post ini hanya memuatkan maklumat biasa sahaja..sekiranya inginkan keterangan lanjut..sila dapatkan ENSIKLOPEDIA MUKJIZAT AL QURAN IZHARUL HAQ EDISI ASTRONOMI yang bakal terbit di pasaran..InsyaAllah..sama-sama kita doakan..
No comments:
Post a Comment