mmm..hiba betul bila tgk gambar masjid azhar ni..coz aku tak dpt pg blajar kat sane..tapi aku tekad dan aku impikan ilmuku mencuar tinggi melebihi tinnginya menara di masjid azhar nanti..jauh melangkaui awan..hingga ke sidratul muntaha..amen..
STARTER...Majlis y buat aku jeles..MAJLIS BACAAN KUTUB SITTAH SIRI PERTAMA
assalamualaikum kepada semua pembaca blog..salam perjuangan tanpa noktah (ayat ust muhsin ipis..hehe..blog aku ni mane la ade pelawat lagi..huhu..sunyi sepi..yang ade mungkin hanya cecacing..virus..spam..malware je..dan hanya sorang je y baru tau ttg kewujudan blog ni..iaitu myluvly bro..)
time ni tetiba je aku jadi teringat kat sorang kawan yang aku jumpa dia di jalan yang bernama "dakwah"..friendly la jugak budaknye..Abdullah Amir name budak tu..tapi skang dah gi mesir..amik ape ntah..jadi terlanjur aku buke internet ni trus je aku chek aktiviti Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM )..tetiba je aku jadi jeles..mm..rupanya pada bulan oktober yang lalu diorang adakan majlis Pembacaan kUTUB sITTAH yang dibacakan oleh masyayikh hadis di azhar..Ya Allah..ruginye rasa..aku time tu still dok kat maktab berperang menaikkan semangat ahli keluarga besar aku dalam Biro Agama Dan Moral supaya jangan mengalah dan putus asa berjuang membumikan iklim dini supaya tumbuh subur dan kembang mekar di IPGM KDRI ..sesuai dengan hasrat dan gagasan aku supaya IPG aku nanti akan menjadi perintis kepada IPG ZIKIR bagi semua 27 IPG di seluruh Malaysia ni..
bertambah jeles aku bile tengok yang hadir tu sume ulama yang power2 ilmunya..bahkan mufti Besar Mesir yang aku slalu dok harap dapat menadah ilmu daripada beliau juga turut hadir same pada majlis penutup.
HARI PERTAMA 17 OKTOBER 2009
Majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dimulakan pada jam 1.15 petang secara bergilir-gilir oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq, al-Allamnah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani dan al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Sekitar jam 2.45 petang, majlis berhenti rehat seketika dan sesi pembacaan Sahih Bukhari kembali diteruskan pada jam 3.45 petang oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq sehingga waktu maghrib.
Majlis pembacaan diteruskan seusai solat maghrib oleh al-Allamah Syeikh Dr. Rifa'at Fauzi Abdul Mutalib ditemani al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Sepanjang majlis berlangsung, para masyaikh telah membaca Sahih Bukhari bermula daripada hadis yang pertama pada Kitab Bad el Wahyi sehingga hadis yang ke 186 pada Kitab al Wudu'. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.
HARI KEDUA 18 OKTOBER 2009
Hari kedua Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh al Azhar anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir diteruskan seawal jam 9.15 pagi. Seperti semalam, semangat cintakan ilmu yang ditonjolkan oleh para peserta semakin berkobar-kobar apabila mereka semua mula membanjiri kaunter pendaftaran seawal jam 8 pagi.
Pembacaan kitab Sahih Bukhari pada hari ini bermula pada hadis yang ke 187 pada kitab al-Wudu' oleh al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Majlis kemudianya diteruskan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq yang bergandingan dengan Syeikh Dr. Usamah sehingga solat maghrib. Turut bersama pada malam ini adalah al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani yang menyampaikan pembacaan seusai solat maghrib.
Majlis yang berlangsung dengan lancar pada hari ini tanpa sebarang gangguan berjaya menghabiskan sebanyak 689 buah hadis dan menjadikan sebanyak 874 buah hadis telah dibaca sehingga hari kedua majlis berlangsung.
HARI KETIGA 19 OKTOBER 2009
Setelah dua hari berlangsung, Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dilihat semakin rancak berlangsung. Majlis pada hari ketiga bermula lebih awal iaitu sekitar jam 9.05 pagi dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al Quran daripada Ustaz Salman Ali Rejab dari Shoubra. Pembacaan hadis Sahih Bukhari pada hari ini dimulakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani bermula pada Kitab al Jumuah. Semasa waktu rehat, majlis diserikan dengan persembahan Qasihan daripada peserta negeri Selangor. Turut membacakan hadis pada hari ini adalah al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani dan Syeikh Dr. Usamah Mahmud al-Azhari.
Pembacaan hadis daripada Kitab Sahih Bukhari yang dimulakan pada hadis yang ke 875 pada Kitab al Jumuah sehingga hadis yang ke 1465 pada Kitab al-Zakat dengan jumlah pembacaan pada hari ini adalah sebanyak 591 buah hadis.
Majlis diakhiri dengan slot muhadhoroh bersama al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani. Antara yang menarik sesi tersebut, al-Allamah Syeikh Muhammad menceritakan tentang kisah hidup beliau dalam mendalami ilmu hadis, menegaskan tentang peri penting ilmu hadis dan beliau juga amat mengharapkan agar majlis pembacaan hadis-hadis Rasulullah dapat diteruskan pada masa akan datang. Beberapa cadangan yang dilontarkan oleh al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani adalah mengadakan majlis pembacaan hadis pada setiap minggu dan mengkhatamkan kitab hadis sahih pada setiap kali dalam bulan Ramadhan.
SENARIO GURU PELATIH DI INSTITUT PERGURUAN
10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.
Jadi RESOLUSInya..kita perlu perbanyakkan program ilmiah tahap tinggi..dan membudayakan penganjuran majlis ilmu di kalangan guru pelatih...
No comments:
Post a Comment