Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la..setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.
Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.....
Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.Assalamu'alaikum. "
kalau tiada neraka, adakah 'jahat' tetap ada?
kalau tiada neraka, maka sewajarnya takda perbuatan 'jahat'
kalau hanya ada syurga, maknanya semua manusia akan jadi baik-baik...kan?
kalau semua manusia baik-baik, dunia bukan lagi tempat ujian.
kalau bukan lagi tempat ujian, maknanya ini syurga dunia la kan?
kalau ini syurga dunia, kenapa manusia mesti mati untuk ke syurga yang lagi satu?
kan dua-dua syurga?
kalau dua-dua syurga, kenapa mesti diwujudkan satu alam yang sementara?
kenapa tak boleh skip terus ke syurga yang sana?
SINOPSIS BUKU ..”SEMALAM SAJA DI NERAKA
Tengah aku dok merayau-rayau menerusi internet nie aku terjumpe satu buku best…
Buku ini menyingkap dengan saksama dan teliti melalui ilustrasi-ilustrasi spiritual bagaimana penderitaan para ahli neraka, siksaan yang bertubi-tubi, yang tak lagi dapat mengungkapkan kata akhir dalam setiap babak penyiksaan dan penderitaan itu kecuali mengharapkan benar-benar pertolongan,pengampunan,rahmat dan kasih sayang Allah. Semalam Saja di Neraka hanyalah rangkuman kecil dari juntaian malam-malam amat panjang dan mengerikan yang akan dilalui oleh para ahli neraka hingga ada pertolongan (maghfirah) dari Allah Swt. Itu pun kalau ada. Tapi, bagaimana kalau ternyata kita diputuskan oleh-Nya sebagai penghuni abadi negeri penuh kepiluan dan penderitaan itu gara-gara kekejian, kemungkaran, dan kebobrokan iman dan perilaku kita sendiri selama hidup di dunia yang amat sepintas namun telah menyeret sebagian besar kita ke lembah-lembah durjana?!
Na’udzubillah min dzaalik..!
Jangankan neraka, penjara dan rumah tahanan yang diurus manusia saja tidak luput dari siksaan dan tindakan-tindakan yang bukan saja menyakitkan jasmani, tetapi juga boleh membuat orang stress dan terserang gangguan jiwa, kerosakan fizikal, dan trauma yang mendalam.
Lantas, apalagi di dalam neraka yang memang disiapkan oleh Allah sebagai jurang siksa bagi para pembangkang-Nya? Mampukah kita menghuni neraka walau hanya semalam saja…?! Tak akan! Tapi, mengapa kita masih saja gencar melanggar perintah-Nya dan tenang mengarungi larangan-Nya..?!
Bacalah buku ini, nescaya hati Anda akan getir membayangkannya, apalagi mengalaminya sendiri.
Naudzubillah min dzaalik...!
No comments:
Post a Comment