Friday, November 27, 2009

MAFATIH BLOGGY….YA GHAFUR


Aku memuliakan kamu semua dengan kemuliaan bakal penghuni syurga,dan aku tawarkan kepada kamu semua keindahan ukhuwah islamiyyah..assalamualaikum wrbth..salam satu syahadah..satu azan..satu kiblat..

CETUSAN DALAM NEURON

(VAKUM) Alhamdulillah…setelah sekian lama membuat timbang tara dan aktiviti sukat menyukat kesan dan akibat sekiranya berkecimpung dalam dunia bloggers ini,..maka aku beranikan diri untuk turut serta..hehe…bukan ape..saje-saje nak penuhkan waktu terluang dalam kehidupan di dunia yang singkat ini dengan secebis aktiviti bermanfaat..tambahan pula,aku tak nak dah dengar adik aku mendesak “bile abe nak wap blog…?”.mmm…. suka-suka hati die je suh aku wap blog..macamla aku ni intelligent sangat bub-bub ni..huhu.. yela..dulu aku mengaku..aku yang minta die buat blog..tapi aku tak buat coz aku lebih suka tulis buku..buat ensiklopedia besar besar…terjemah kitab tebal-tebal..haha..sume tu aku rasakan lebih best dan mencabar daya intelek aku ..

Namun,asakan dan gesaan beliau yang bernama ADIK ni telah buatkan aku berfikir berkali kali dan akhirnya neuron aku mencetuskan satu tindak balas kimia dalam serebrum aku ni bahawa ade baiknye jika aku mencuba..maka berlakulah segala pekerjaan yang sepatutnya bagi membina sebuah blog yang ntah ape ape ni sebagaimana kehendak Allah SWT jua dan seperti yang telah tercatit dalam ummul kitab di Sidratul Muntaha..berikut adalah gambar sel neuron dalam otak aku dan korang sume…:)

GAMBAR ATAS : mikrograf elektron di atas memaparkan sel-sel otak yang telah diperbesarkan beribu ribu kali. Sel besar dengan jaringan yang panjang dan nipis dalam gambar ini adalah neuron. Yang lain adalah sel-sel glial,iaitu struktur khusus yang menyokong dan melindungi neuron.

GAMBAR BAWAH : Sel otak yang diperbesarkan lagi dan lagi

Tambahan pula aku malu dengan diri sendiri kerana dalam meeting berdegar degar cakap kat kengkawan tentang perlunya kita bergerak pantas dalam melaksanakan gerak kerja..jangan asyik tangguh-tangguh lagi..24 jam ni singkat je..

Aku ade terbaca satu kajian..zaman sekarang ni..sekiranya seseorang itu diberikan usia 60 tahun,20 tahun daripada umurnya telah dihabiskan untuk tidur..huhu..mubazzirin betul..

Tapi tidur akan jadi bermanfaat kalau kena caranya..tidur yang macam mana?haa..tidur yang syariatik..mengikut sunnah..tidur jasad tapi hati tidak sekali kali tidur..bile ketiga-tiga criteria umum ini dipenuhi maka jadilah aktiviti tidur tersebut sebagai ibadah senyap…

(Aku kenal istilah ibadah senyap ni daripada adik kesayanganku..kerap kali bile aku sms tanya..die akan jawab “adik banyak wap ibadah senyap je arini…”mule mule tercari-cari juga ape la maksud beliau itu..akhirnya aku tau..tidur rupenye..ceh..hahaha)

TAAWUN FROM FRIENDSHIP

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada saudara aku yang amat aku kagumi dan sayangi muhd hazwan hamidan kerana sudi meluangkan masa untuk membina blog ini untuk aku..haha..bersih je muke budak ni…ade riak pintar dan tegas dalam perawakannya..die pum ade blog jugak..http://khalifah105.blogspot.com.wee r hapee family..

SATU TITIS AIR TURUN BERSAMA SATU KETENTUAN TAKDIR DIIRINGI SATU ZIKIR

Hari ini telah menginjak ke tarikh 25 hb 11 2009..bersamaan 8 zulhijjah..bermakna hampir seminggu jugaklah aku terperuk aje kat rumah...skang ni musim hujan,jadi tak dapat pegi ke mana-mana..tapi aku amat kecewa dengan diri sendiri sebab jarang sekali aku terlintas untuk membaca doa sewaktu hujan..rugi rasa..

Zaman sekolah dulu pernah terbaca bahawa ketika hujan turun adalah antara waktu yang mustajab berdoa..sepatutnya aku merebut peluang ini sebab aku ini adalah hamba yang sangat miskin..sedangkan Allah itu maha Kaya sepertimana firmanNya dalam Surah fathir ayat 15:

"Wahai sekalian manusia, kamu semua adalah faqir (mengharapkan ) kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)"

Berikut adalah hadisnya..semoga memberi manfaat kepada kita..amen..Dari Sahl bin a’ad Ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan”.

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.

Bile tengok gambar tu rasa teringin je supaya air mata taubatku mengalir selaju air hujan,turun setitis setitis tanda insaf bagi setiap dosa yang aku buat..coz kalau aku mati hari ini aku bakal menerima suratan amalan selama 20 tahun usia kehidupanku..alangkah ruginya aku dan banyaknya dosaku..

Setiap titis hujan nie sebenarnya kita tak tau datangnye dari mane..mungkin ia datang jauh dari kutub utara..atau berasal dari hulu sungai nil..dan boleh jadi juga dari pedalaman sungai amazon..namun setiap air yang turun tersebut ada takdirnya yang tersendiri..jatuh ke mana..adakah jadi air sungai ataupun menyelusuri akar masuk ke xilem pokok..itulah HEBATnya ALLAH..air hujan ni tak turun sembarangan..ada malaikat yang kawalnya..sebagai contoh..setiap awan ada penjaganya yang mengurus hala tuju awan tersebut dan mengelompokkannya dengan awan yang lain..

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan,”Dalam hadis marfu’ (sampai kepada Nabi SAW) pada riwayat At Tirmizi dan selainnya, Nabi SAW ditanya tentang apekah sebenarnya ar ra'du itu (petir), lalu baginda menjawab:

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

”ar ra'du (Petir) adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.”

Begitu juga ketika Sayyidina Ali ra ditanya, sebagaimana dikatakan Al Khoroithi dalam kitab Makarimil Akhlaq. Beliau ra mengatakan,”Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga,” Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya”.

Ketika menafsirkan surat al Baqarah ayat 19, Imam Suyuthi mengatakan bahawa petir (ar ra’du) adalah malaikat yang ditugasi mengatur awan. Ada juga yang berpendapat bahawa petir adalah suara malaikat. Sedangkan kilat (barq) adalah kilatan cahaya dari cambuk malaikat tersebut untuk menggiring mendung (Tafsir Jalalain dengan Hasyiyah ash Showi 1/31, ed).

Terdapat 17 riwayat dalam kitab tafsir at tabari juz 1 ms 338 tentang kalimah ar-ra’du yang merujuk kepada pengertian malaikat.

MASA ITU EMAS VS MASA ITU NYAWA…

Dahulu waktu kecil-kecil aku pernah jumpa peribahasa “masa itu emas” dalam buku peribahasa melayu yang aku pinjam dari perpustakaan bergerak sewaktu bersekolah di SK GONG TOK NASEK K.TERENGGANU,tapi bila aku dah form 3,aku dengar ada sorang pelajar perempuan yang cemerlang dalam exam sewaktu diwawancara dalam MALAYSIA HARI INI menyebut sebaliknya,masa itu nyawa plak..aku terfikir..tak tepat kalau dikatakan begitu..dunia sekarang emas (lambang material ) lebih mahal dari nyawa..jadi sepatutnya kalau ikut arus global masa memang umpama emas yang relatifnya lebih mahal dari nyawa manusia..

Berikut adalah peribahasa tentang waktu yang aku hafal..

Al waqtu ka tuyut..izal lam taka’ta….fatarbanga…wawawa (kesan bunyi tambahan..hi3)

Terjemahannya:”waktu itu umpama tuyut (tuyut ini adalah nama panggilan orang kelantan bagi binatang yang dikenali sebagai pepatung dalam bahasa standart)..sekiranya kamu tidak menangkapnya (memilikinya) maka terbanglah ia… (berlalu meninggalkan kamu)

Tapi peribahasa yang betul ialah:

Al waqtu ka saif..izal lam qata’ta..qata’tuhu…huhuhu (kesan bunyi tambahan hehe)

Terjemahannya : “Waktu itu umpama pedang,jika kamu tidak menggunakannya untuk memotong (sebagaimana fungsi pedang untuk memotong sesuatu untuk memudahkan kerja kita,maka begitulah juga masa,yang mana fungsinya untuk digunakan bagi perkara yang bermanfaat..bukan untuk disia-siakan..) maka ia akan memotongmu…(pedang tersebut akan memotong peluang,kesempatan,usia dan boleh jadi nyawa kita..masa lagi dasyat..ia akan memotong kita dengan kelajuan 300 km sejam..lebih laju dari Ferrari woo)



No comments:

Post a Comment