STARTER: HIJRATUL RASUL KISAH HIKAYAT
Peta perjalanan hijrah nabi saw
Assalamualaikum…mmm..aku terdetik nak sentuh bab ni..coz mungkin ramai yang tak tahu…DAN boleh jadi juga ramai yang tak ingin ambil tahu ataupun buat buat tak tahu…Di dalam kegembiraan menyambut tahun baru hijrah, umat Islam masih lagi disajikan dengan paparan peristiwa hijrah yang masih tidak dapat lari dari keraguan kesahihan cerita dan unsur-unsur tokok tambahnya.Cerita tentang hijratul rasul dah jadi macam cerita hikayat dah..penuh dengan unsur unsur magis dan keajaiban…
Amat malang sekali, cerita-cerita yang sebegini tidak pernah dinilai semula secara meluas atau mendapat perhatian pihak yang berwajib. Kisah yang telah disahihkan cuma disebarkan di peringkat ceramah-ceramah, seminar-seminar atau di perbincangan akademik semata-mata. Malah, teks-teks buku agama sekolah-sekolah masih menyaji cerita-cerita lama ini….lama kelamaan tradisi ilmu islam yang tulen akan diselaputi oleh debu-debu pendustaan akibat kelalaian kita sendiri..bakal generasi pendidik khususnya..dan mahasiswa di university umumnya…
SOROTAN DARJAT HADIS DAN TAFSIR AYAT QURAN SEPUTAR PERISTIWA INI
Para ahli sejarah selama ini mencatatkan bahawa semasa di dalam gua Thur itu Rasulullah s.a.w. dilindungi oleh BURUNG MERPATI dan LABAH-LABAH yang membuat sarang di pintu gua sehingga meyakinkan pemuda-pemuda Quraisy itu bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam gua itu. Sehingga terselamatlah Rasulullah sa.w. dan sahabatnya Abu Bakar dari buruan pemuda-pemuda tersebut. Demikianlah apa yang tertulis dalam sejarah dan telah menjadi keyakinan umum di seluruh dunia Islam, sehinggalah sarang Labah-Labah itu dijadikan lambang bagi peristiwa Hijrah itu.
Sebenarnya kepercayaan tersebut tidaklah benar dan catatan sejarah itu menyimpang dari hakikat sebenarnya. Walaupun ada hadith-hadith yang menyokong kepercayaan itu tetapi hadith-hadith itu semuanya tidak SOHEH BELAKA.
Diantara hadith-hadith yang dijadikan hujah mengenai kejadian tersebut ialah :
1- Al-Hafidz Abu Bakar al-Qadhi meriwayatkan daripada al-Hasan, katanya :
Maksudnya : "(Nabi s.a.w.) dan Abu Bakar pergi ke gua (Thur) lalu beliau berdua masuk ke dalamnya. Maka datanglah Labah-Labah lalu membuat sarang di atas pintu gua. Orang-orang Quraisy yang datang mencari / memburu Nabi s.a.w. tetapi apabila mereka melihat pintu gua yang telah dibuat sarang oleh Labah-Labah, lalu mereka berkata : "Gua ini tidak di masuki oleh sesiapa." Adalah Nabi s.a.w. sedang bangun bersolat dan Abu Bakar berjaga-jaga. Maka berkatalah Abu Bakar r.a. kepada Nabi s.a.w. : "Saya menebus anda dengan bapa dan ibu saya ! kaum anda itu mengejar anda! Demi ALLAH saya menangis bukan kerana kuatirkan keselamatan diri saya tetapi kerana takut melihat sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas Rasulullah s.a.w." Maka Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya ALLAH bersama-sama kita."
*** Hadith ini Dhaif (Lemah). Di dalam sanadnya (Rangkai nama periwayat Hadith) terdapat Bassyar bin Musa. Ia seorang yang Dhaif. (Musnad Abu Bakar (Q91/1-2), Silsilah al-Ahadith as-Sohehah 3/1129/260, al-Mizan 1/1180/310-311.)
2. Ad-Dailami meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Abu Bakar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : "ALLAH telah memberikan ganjaran kepada Labah-Labah yang telah melindungi kami kerana ia telah membuat sarang ke atas aku dan ke atas engkau wahai Abu Bakar, di dalam gua sehingga orang-orang musyrikin tidak melihat kita dan tidak sampai kepada kita."
*** Hadith ini Mungkar kerana Abdullah bin Musa as-Salami yang terdapat di dalam sanadnya seorang yang Dhaif (Lemah) dan gurunya seorang yang Majhul (Tidak dikenali). (Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah 3/1189)
3. Ahmad Abdul Razaq dan at-Tobrani meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas mengenai firman ALLAH :
Maksudnya : "Dan ingatlah tatkala orang-orang Kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya (membuat rancangan) untuk menangkap mu dan memenjarakan mu atau membunuh mu." Kata Ibn ‘Abbas : "Pada suatu malam, Kafir Quraisy bermesyuarat di Mekah. Sebahagian mereka berkata : "Apabila datang waktu pagi kamu tangkap dan tambat Muhammad dengan tali. Kata sebahagian yang lain : "Bunuhlah dia !" Kata sebahagian yang lain lagi : "Usirlah dia !" Rancangan Quraisy ini diberitahu oleh ALLAH kepada Nabinya. Ali lalu tidur di tempat tidur Nabi s.a.w. pada malam itu. Sedangkan Nabi s.a.w. keluar menuju ke gua. Orang-orang Musyrikin bermalam menjaga Ali yang mereka sangka Nabi s,a,w. Apabila tiba waktu pagi mereka menyerbu kepadanya, apabila mereka melihat Ali, maka ALLAH menolak rancangan jahat mereka. mereka berkata :"Dimana sahabatmu ?" Ali menjawab : "Aku tidak tahu" lalu mereka menjejaki kesannya. Apabila mereka sampai ke bukit, mereka ditimpakan keraguan / kebingungan. Mereka naik ke bukit dan mereka melalui gua, (tampat Rasulullah s.a.w. bersembunyi) lalu mereka melihat sarang Labah-Labah di pintu gua, lalu mereka berkata : "Jika Muhammad masuk dalam gua ini masakan ada sarang Labah-Labah di pintunya. Maka Rasulullah s.a.w. tinggal 3 malam di dalam gua itu."
*** Hadith ini Dhaif (Lemah). di dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Uthman al-Juziri seorang yang lemah. (Ahmad dalam al-Musnad (3251), Abdul Razaq di dalam al-Musnaf (5/389) at-Tobrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir (11/407/12155), Silsilah al-Ahadith ad-Dhaifah wa al-Maudhu’ah 3/264-3261.)
4. Ibn Sa’ad al-Mukhlish, al-Bazzar, at-Tobrani, al-’Aqili, as-Syarif Abu Ali al-Hasyimi, Abu Nu’im, al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Mus’ab al-Makki katanya :
Maksudnya : "Pada malam di gua, ALLAH memerintahkan sebatang pokok, lalu dia keluar di depan muka Nabi s.a.w. melindunginya dan ALLAH ta’ala mengutuskan Labah-Labah membuat sarang diantara kedua-duanya (Nabi dan Abu Bakar) lalu melindungi muka Nabi s.a..w dan ALLAH memerintahkan dua ekor burung merpati liar, lalu keduanya datang terbang dan hinggap diantara Labah-Labah dan pokok tadi. Pemuda-pemuda Quraisy datang, tiap-tiap suku seorang lelaki bersama-sama dengan tongkat mereka yang kecil dan yang besar, sehingga apabila berada 50 hasta dari Nabi s.a.w. Maka penunjuk jalan mereka, iaitu Suraqah bin Malik berkata : "lihatlah batu ini, kemudian aku tidak mengetahui dimana Rasulullah s.a.w meletakkan kakinya." Lalu pemuda-pemuda itu berkata : "Engkau tidak memerhatikan kesannya semenjak semalam sehingga apabila pagi engkau berkata : "lihatlah dalam gua !! Kaum itu mendatangi sehingga apabila mereka berada pada jarak 50 hasta maka orang yang mula-mula melihat ke gua, tiba-tiba ia nampak burung merpati lalu iapun pulang. Mereka bertanya : "Apakah yang menolakmu untuk melihat ke dalam gua ?" pemuda itu menjawab : "Aku melihat 2 ekor Merpati liar di mulut gua. Maka tahulah aku bahawa tiada seorangpun di dalam gua itu."
Nabi mendengar percakapan itu dan tahulah beliau bahawa ALLAH telah melindungi beliau berdua dengan 2 ekor burung Merpati itu. Lalu beliau mendoakan keselamatan ke atas 2 ekor burung Merpati tersebut dan ALLAH telah memelihara/menjaga kedua-duanya di tanah Haram lalu kedua-duanya membebaskan semua burung yang engkau lihat."
*** Hadith ini Mungkar seperti yang dikatakan oleh as-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. (Ibn Sa’ad 1/228/229, al-Mukhlish dalam al-Fawa-id al-Muntaqaat 17/13/1-2, al-Bazzar dalam Musnadnya 2/299/1741, at-Tobrani dalam al-Kabir 20/443/1082, al-’Aqili 346…… Silsilah al-Ahadith ad-Dhaifah wa al-Maudhu’ah 3/1128)
2 HADIS SETERUSNYA:
دخلت أنا وأبو بكر الصديق الغار فاجتمعت العنكبوت فنسجت بالباب ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فلا تقتلوهن
الراوي: علي بن أبي طالب المحدث: ابن عدي - المصدر: الكامل في الضعفاء - الصفحة أو الرقم: 1/423
خلاصة الدرجة: منكر
- أن النبي صلى الله عليه وسلم ليلة الغار أمر الله شجرة فخرجت في وجه النبي صلى الله عليه وسلم تستره وأن الله بعث العنكبوت فنسجت ما بينهما فسترت وجه رسول الله صلى الله عليه وسلم وأمر الله حمامتين وحشيتين فأقبلتا يدفان حتى وقعتا بينالعنكبوت وبين الشجرة وأقبلت فتيان قريش من كل بطن منهم رجل معهم عصيهم وقسيهم وهراواتهم حتى إذا كانوا من رسول الله صلى الله عليه وسلم قدر مائتي ذراع قال الدليل وهو سراقة بن مالك بن جعشم المدلجي هذا الحجر ثم لا أدري أين وضع رجله فقال الفتيان أنت لم تخطئ منذ الليلة حتى إذا أصبحن قال انظروا في الغار فاستبقه القوم حتى إذا كانوا من النبي صلى الله عليه وسلم قدر خمسين ذراعا فإذا الحمامتان ترجع فقالوا ما ردك أن تنظر في الغار قال رأيت حمامتين وحشيتين بفم الغار فعرفت أن ليس فيه أحد فسمعها النبي صلى الله عليه وسلم فعرف أن الله قد درأ عنهما بهما فسمت عليهما أي برك عليهما وأحدرهما الله إلى الحرم فأفرخا كما ترى
الراوي: زيد بن أرقم و المغيرة بن شعبة و أنس بن مالك المحدث: ابن كثير - المصدر: البداية والنهاية - الصفحة أو الرقم: 3/180
خلاصة الدرجة: غريب جدا من هذا الوجه
Namun demikian terdapat 2 lagi hadis yang menceritakan tentang kisah ini yang mana darjat hadisnya adalah hasan ..namun didiamkan oleh para pengulas..sama ada sengaja ataupun terlepas pandang..wallahu a’lam..namun bersangka baik adalah seutama-utama tindakan dalam masalah ini..jadi dapat difahami bahawa tak kesemua hadis tentang kisah ini adalah bersumberkan kepada hadis dhaif…dan tak seharusnya ditolak..Hadis tersebut ialah:
- انطلق النبي وأبو بكر إلى الغار وجاءت قريش يطلبون النبي صلى الله عليه وسلم وكانوا إذا رأوا على باب الغار نسج العنكبوت قالوا لم يدخل أحد وكان النبي صلى الله عليه وسلم قائما يصلي وأبو بكر يرتقب فقال أبو بكر للنبي هؤلاء قومك يطلبونك أما والله ما على نفسي أئل ولكن مخافة أن أرى فيك ما أكره فقال له النبي صلى الله عليه وسلم يا أبا بكر لا تخف إن الله معنا
الراوي: الحسن البصري المحدث: ابن كثير - المصدر: البداية والنهاية - الصفحة أو الرقم: 3/179
خلاصة الدرجة: مرسل وهو حسن بحاله من الشاهد
- عن ابن عباس في قوله تعالى { وإذ يمكر بك الذين كفروا ليثبتوك } قال تشاورت قريش ليلة بمكة فقال بعضهم إذا أصبح فأثبتوه بالوثاق يريدون النبي صلى الله عليه وسلم وقال بعضهم بل اقتلوه وقال بعضهم بل أخرجوه فأطلع الله نبيه صلى الله عليه وسلم على ذلك فبات علي على فراش النبي صلى الله عليه وسلم تلك الليلة وخرج النبي صلى الله عليه وسلم حتى لحق بالغار وبات المشركون يحرسون عليا يحسبونه النبي صلى الله عليه وسلم فلما أصبحوا ثاروا عليه فلما رأوا عليا رد الله عليهم مكرهم فقالوا أين صاحبك هذا فقال لا أدري فاقتفوا أثره فلما بلغوا الجبل اختلط عليهم فصعدوا الجبل فمروا بالغار فرأوا على بابه نسج العنكبوت فقالوا لو دخل هاهنا أحد لم يكن نسج العنكبوت على بابه فمكث فيه ثلاث ليال
الراوي: عبدالله بن عباس المحدث: ابن كثير - المصدر: البداية والنهاية - الصفحة أو الرقم: 3/178
خلاصة الدرجة: إسناده حسن
Mungkin hadis ini hasan disisi sesetengah pengkaji..namun dinilai dhaif disisi pengkaji yang lain…Sesungguhnya tidak ada sebuah Hadith pun yang Sahih yang menguatkan Hadith-Hadith tersebut di atas. Malahan Hadith-Hadith tersebut berlawanan dengan hakikat sebenar yang dinyatakan oleh ALLAH di dalam al-Quran :
Firman ALAH s.w.t. :
Maksudnya : "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya ALLAH telah menolongnya. Iaitulah ketika orang-orang Kafir (Musyrikin Mekah) mengusirnya (dari Mekah) sedangkan dia salah seorang dari dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua, diwaktu dia (Nabi s.a.w.) berkata kepada temannya : "Janganlah engkau berduka-cita, sesungguhnya ALLAH beserta kita." Maka ALLAH menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantu dengan tentera yang kamu tidak melihatnya." (Al-Quran al-Karim, surah at-Taubah ayat 40)
Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa ALLAH memberikan pertolongan kepada Nabi dengan sakinah (ketenangan) dan dengan tentera-tentera yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, iaitulah para Malaikat, bukan dengan Labah-Labah membuat sarang, bukan dengan dua ekor burung Merpati dan sebagainya. Oleh kerana itulah al-Baghawi berkata di dalam tafsirnya :
Maksudnya : "Mereka ialah para Malaikat yang turun untuk memalingkan muka dan penglihatan orang Kafir dari melihat Nabi s.a.w."
Dalam sebahagian hadith ada yang memperkuatkan pengertian ini. Abu Naim mentakhrijkan daripada Asma’ binti Abu Bakar as-Siddiq r.a., katanya :
Maksudnya : "Bahawasanya Abu Bakar melihat seorang lelaki menuju ke gua, lalu beliau berkata : "Ya Rasulullah ! dia sedang melihat kita." Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak ! Sesungguhnya para Malaikat melindunginya sekarang ini dengan sayap-sayapnya." Tidak lama kemudian lelaki itu duduk kencing menghadap kepada mereka berdua. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai Abu Bakar ! Jika dia melihat, tentulah dia tidak melakukan perkara ini."
*** Hadith ini Sanadnya Hasan (Baik) (Silsilah al-Ahadith ad-Dhaifah wa al-Maudhu’ah 3/261-264)
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa pengarang-pengarang sirah tidak berapa teliti didalam menilai kesahihan sesuatu riwayat, malah hadith-hadith ini banyak menerima kritikan dari ahli-ahli hadith. Kebanyakkan sumbernya di ambil dari Tarikh Tabari dan Ibn Sa’ad.
al-Qaradhawi menjelaskan bahawa hijrah Nabi :saw mendapat pertolongan dari tentera-tentera ghaib sebagaimana firman Allah swt :-
“Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.” [Surah al-Taubah : 40]
Labah-labah dan merpati adalah makluk Tuhan yang nampak, jelas menunjukkan ia bertentangan dengan ayat diatas yang merujuk kepada pertolongan tentera-tentera ghaib kata al-Qaradhawi.
Dengan keterangan ini jelaslah kiranya kepercayaan bahawa Nabi s.a.w. dilindungi oleh Labah-Labah dengan sarangnya dan dua ekor burung Merpati yang bersarang di mulut gua Thur itu tidak benar. Oleh kerana itu ianya tidak lebih dari satu Khurafat belaka.
SHIFT PARADIGM OF HIJRAH AR RASUL..MENCUNGKIL IBRAH DI SEBALIK SIRAH
Hampir 1431 tahun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita di dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Siri-siri perjuangan Rasulullah s.a.w dahulu wajar di ambil pengajaran oleh umat Islam pada masa kini di dalam merebut hikmah yang tersembunyi disebalik setiap peristiwa tersebut dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan masa kini.Aku tak terkejut bila membaca kesimpulan yang ditulis dalam sebuah laman blog budak UIA (Universiti Islam Antarabangsa) yang berbunyi:
“Sudah sampai masanya untuk masyarakat kita dipaparkan dengan kisah hijrah yang diambil dari hadith-hadith sahih, yang dapat membebaskan manusia dari kisah-kisah yang palsu dan keterlaluan. Tidaklah menghairankan ada juga teori-teori yang menjelaskan akan terdapatnya jarum-jarumSyiah didalam penyebaran kisah sirah yang seumpamanya, contohnya pergorbanan pemuda yang bernama Ali ra. mempertarungkan diri menggantikan Nabi saw.”
Malah inilah beginilah juga nada kesimpulan yang dipaste kan balik dalam laman web institute al Qayyim..
http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=43&Itemid=65
sebuah institusi pemartabatan hadis tersohor di Malaysia..yang gencar mengkaji dan aktif mengadakan pelbagai aktiviti ilmiah berunsurkan pengayaan intelek penghayatan sunnah rasul dalam artikel mereka Benarkah Nabi Muhammad Dilindungi Merpati Dan Labah-Labah Di Gua Thur ? yang merupakan sedutan daripada tulisan Drs. Abdul Ghani Azmi Idris dalam Majalah Pengasuh Terbitan Majlis Agama Islam Kelantan. Bil. 558.
Dengan keterangan ini jelaslah kiranya kepercayaan bahawa Nabi s.a.w. dilindungi oleh Labah-Labah dengan sarangnya dan dua ekor burung Merpati yang bersarang di mulut gua Thur itu tidak benar. Oleh kerana itu ianya tidak lebih dari satu Khurafat belaka.
Kesimpulan yang pendek ringkas dan tepat..bersesuaian dengan tujuan artikel yang diketengahkan iaitu tentang kritikan kisah berkenaan hijrah berdasarkan periwayatan hadis yang menjadi sandarannya…namun adakah kesimpulan sebegini yang perlu ditelan bulat bulat oleh mahasiswa dan ahli gerakan islam yang kononnya aktif mengembangkan tarbiyah di kampus masing-masing?ataupun golongan bakal pendidik yang setiap minggu menyanyikan lagu guru Malaysia TANPA PEDULI UNTUK MENAMBAH NILAI PADA DAYA INTELEKTUAL SENDIRI?
Pastinya jawapan yang paling tepat ialah TIDAK…pengajaran daripada peristiwa hijrah perlu di corak kembali dengan lakaran strategi..sesuai dengan era millennium ini dimana globalisasi menjadi alat manipulasi untuk menguasai dunia dan menjajah minda anak muda…ingat..HIJRAH BUKAN SEKADAR WAHYU..NAMUN IA ADALAH STRATEGI..HIJRAH ITU STRATEGI…
Persoalan pertama ialah kenapa nabi saw tak hijrah sesuka hati?
Kerana Baginda menunggu masa yang tepat dan keizinan daripada Allah SWT…begitulah juga dengan kita yang mengaku sebagai daie..kita perlu pandai mengintai masa yang tepat untuk berdakwa..buat program..jangan hanya kerana ingin memenuhi takwin aktiviti yang telah dirancang..program dibuat sesuka hati tanpa mengira kesesuaian masa..sebagai contoh..tamrin diadakan hujung cuti semata-mata supaya senang para mad’u untuk keluar rumah dan mendapat keizinan ibu bapa..tetapi hari ia berakhir betul betul sehari sebelum penggal persekolahan di pantai timur bermula..kasihan org pantai timur tak dapat pergi..ya..betull..dari satu sudut hijrah itu pengorbanan..tapi sudut yang lain..pengorbanan tanpa strategi..kenapa sampai 5 hari?itu persoalannya…
Persoalan kedua..
mengapa Rasulullah memilih Abu Bakar sebagai peneman baginda? Ini adalah kerana Abu Bakar adalah pakar di dalam mengenal pasti kedudukan dan koordinasi penduduk Mekah pada waktu itu. Maka, sudah tentulah pergerakan baginda dan Abu Bakar pada malam baginda keluar untuk berhijrah menjadi lebih mudah dan teratur serta aman daripada gangguan dan ancaman musuh.. begitulah juga dengan gerakan dakwah…perlunya kerja dilakukan bersama-sama..bukan sendirian..dan perlunya kerja diserahkan kepada pakar dalam bidang tersebut…bukan main serkap jarang je..tugas juga perlu diserahkan kepada orang yang faham dan rela menerima tugasan..bukannya sewaktu bertugas tu baru kita nak bagi kefahaman kepada dia..nanti hancurlah organisasi bila dia jem..
persoalan ketiga…
kenapa ikut jalan lain?jalan yang orang tak biasa guna..mmm..itulah sebahagian daripada strateginya..sir wa hazar..dan kreatif dalam mencari jalan penyelesaian..matlamat tetap sama (dalam konteks hijrah adalah madinah…dalam kontek gerakan adalah matlamat program)..tak perlu ubah..tapi cara dakwah disampaikan perlulah dipelbagaikan.. janganlah asyik ortodok je..asyik nak ikut piawaian je..sape yang wap piawaian ? manusia..dan manusia ni relatifnya berubah ikut mase..mood dan suasana..kita kena terima tu..jngn lah terlalu tertutup macam katak pemikiran daie ni..terkurung di bawah tempurung..mungkin time piawaian tu dibuat mahasiswa tarbawi ni jenis yang tahan lasak..tapi sekarang ni kebanyakan mahasiswa adalah anak emak…
persoalan ke empat..
Melihat kepada kebijaksanaan baginda di dalam melakukan setiap perkara, maka, tidak dapat tidak, mahasiswa/i khususnya mahasiswa Islam sewajarnya mengambil setiap hikmah yang baginda tinggalkan untuk dilaksanakan dan diaplikasikan pada masa kini. Baginda tidak terburu-buru di dalam melaksanakan sesuatu dan baginda juga mempunyai visi yang jelas dalam setiap perkara yang dilakukan. Perkara ini perlu dicontohi oleh mahasiswa/i Islam pada masa kini di dalam menongkah arus cabaran yang dilalui oleh umat Islam di dalam menegakkan Islam pada zaman ini. Mahasiswa mesti cepat berfikir dan cepat bertindak dan melakukan sesuatu bukan mengikut emosi semata-mata tetapi bersandarkan kepada ilmu dan fakta yang tepat. Mahasiswa/i juga perlu berusaha untuk mengeluarkan idea yang lebih kreatif dan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan tidak seharusnya menjadikan jawapan bagi persoalan yang sama diteruskan. Lebih bijak lagi,sekiranya di datangkan idea baru dalam menyelesaikan fakta tersebut.
Persoalan ke lima..
Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan “Budaya Hijrah” dalam kehidupan kita seharian
Persoalan ke enam..
Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan. Begitu juga berlakunya persaudaraan yang luar biasa antara golongan Ansar dan Muhajirin dapat disatukan atas dasar Islam, seperti Sa'ad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf.
Dan persolana seterusnya yang aku tertinggal..bolehlah korang wap pencairan minda sendiri..same same korang…
INTIHA : BERSAMA HIJRAH..
Maal Hijrah ertinya “bersama hijrah.” Bersama hijrah bukan bermusim dan terhad sifatnya. Sambutan yang dibuat saban tahun tidak akan bermakna sekiranya ibrah dan hikmah di sebalik hijrah tidak terserlah. Ia akan terus menjadi ritual yang tidak membangunkan spiritual umat – sama seperti sambutan Maulid Nabi, Nisfu Sa’aban, Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Bersama hijrah bermaksud mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan dan memperjuangkan iman dan Islam berdasarkan “resipi” yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Hijrah yang menjadi tuntutan secara berterusan ialah berpindah atau berubah daripada buruk (jahat) kepada yang baik. Dan ukuran baik atau buruk itu dibuat berdasarkan perspektif iman dan Islam. Bersama hijrah dalam erti kata yang lebih luas ialah sentiasa berubah kepada Islam dan iman yang lebih baik sama ada untuk diri, keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara kita.
Bersama hijrah juga bermaksud sentiasa melakukan perubahan ke arah memperkukuhkan Islam secara istiqamah dan total. Hijrah diri, ialah sejauh mana diri diubah ke arah yang lebih baik dan mantap dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Hijrah diri itu perlu diteruskan ke peringkat keluarga, organisasi dan masyarakat.
Manakala hijrah negara pula merangkumi hijrah sistem ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain sistem kehidupan ialah sejauh mana semuanya mampu memperkukuhkan iman dan Islam kita untuk memberi keamanan dan kemakmuran kepada orang Islam dan bukan Islam persis yang dibuat oleh Rasulullah SAW di negara Islam Madinah dahulu.
KESIMPULANNYA : Semua pihak harus mengembeling tenaga kearah memperbetulkan kesahihan kisah hijrah Nabi saw dan sisi pandang tentangnya yang hanya dilihat menerusi kisahah sekadar cerita..bukannya kisah yang penuh strategi... Buku teks sekolah, buku kanak-kanak, penceramah-penceramah harus memainkan peranan membersihkan kisah hijrah Nabi :saw agar ia kembali didalam bentuk asalnya. Barangkali pada permulaannya mungkin tidak menyeronokkan tanpa cerita labah-labah dan merpati, akan tetapi lama kelamaan mereka akan menerimanya. Ayoh, kita hijrahkan kisah-kisah ini.
perkongsian yg mntap dan pnuh kritis!!sy sokong 100% (^_^)
ReplyDeletethanks bro coz sentiasa menyokong...harap pershbtn kita mcm prshbtn y dtonjolkn dlm peristiwa hijrah...
ReplyDelete