STARTER : GENERASI QURANI ITU PERLU PERLU DISEMAI AGAR DI MEDAN JIHAD NANTI DAPAT DITUAI
Generasi yang diharap-harapkan pada hari ini adalah generasi umat Islam yang sebati jiwanya dengan Al-Quran. Kekuatan serta kemuliaan sesebuah bangsa itu hanyalah bergantung kepada sejauh mana bangsa tersebut menghayati serta berpegang teguh kepada ajaran serta isi kandungan Al-Quran dan sunnah.
Assalamualaikum wbrtuh…
Masuk hari ni dah 4 hari berturut turut telinga aku ni menangkap bunyi suara kecil membaca al quran di satu sudut ruang dalam rumahku..aku betul betul kaget..kerana aku memang kenal benar dengan suara tersebut..tetibe je hati aku jadi sayu..rupanya tu suara adik adikku yang sedang membaca ayat ayat suci al quran di dalam bilik mereka..aku sengaja membatukan diri di bahagian ruang tamu kedua rumahku (tempat aku sepahkan buku2 macam ala2 pejabat professor ) dan mendengar dari jauh..bimbang jika kepalaku menjengah..mereka berhenti pula untuk membuka kelab bual tentang aktiviti yang menarik hari ini..alangkah sejuknya perut ibu mengandung..
walaupun bacaan adikku tak semerdu bacaan syeikh sudais dan syeikh masyari..tapi al quran tetap indah di dengar dan lazat dicerna oleh mereka yang ada mata hati untuk menilai dan akal untuk berfikir…alangkah agungnya mukjizat al quran..sehingga kafir quraish yang terkenal tinggi estetika bahasa pun tersungkur sujud bila mendengar alunan al quran ini dibacakan oleh Rasulullah SAW di hadapan kaabah…mm..walaupun personality luaran adikku itu jauh sekali berbanding penampilan budak tahfiz ataupun remaja dakwah..tapi karakter hatinya nampaknya sama seperti karakter hati insan yang cenderung kepada agama…alhamdulillah..wa syukru lillah…
SYAFAQAH AYAH KEPADA ANAK..KASIHAN BELAS MELEBIHI CINTA
Syeikh bediuzzaman sedang menunaikan solat..gambar ini berkemungkinan diambil sewaktu beliau dikenakan hukuman buang daerah ataupun tahanan
Bediuzzaman Said Nursi seringkali mengulang di dalam Risale-i Nur, sesungguhnya syafaqah (kasihan belas) itu terlebih tinggi dan utama nilainya daripada cinta. Ya memang cinta itu tinggi maqamnya. Tetapi di dalam setiap hubungan tulus didapati syafaqahlah pengikatnya. Nabi Yaakub as yang menangis hingga buta matanya di atas kehilangan Nabi Yusuf as adalah terhasil daripada perasaan syafaqah seorang Nabi dan juga seorang ayah. Baginda Rasulullah saw ketika mencium bibir dan tengkuk cucu baginda sayyidina Hussin ra juga kerana syafaqah, baginda telah tahu cucunya itu bakal dipenggal kepala suatu hari nanti.
Kalaulah haiwan seperti kucing ataupun ayam betina kelihatan garang begitu menyinga sekiranya anak-anaknya diganggu, sanggup menggadai nyawa bertarung melawan ular ataupun musang demi menyelamatkan anaknya, itulah juga syafaqah yang telah Allah campakkan. Perhatikan seorang ibu, diketepikan kepentingan diri demi anak dan suami. Sifat syafaqah inilah yang menjadi salah satu tunjang dakwah dan tajdid gerakan Tullab Nur yang memperjuangkan hakikat imaniyyah.
Di dalam kehidupan suami isteri dan keluarga , sebenarnya cinta semata-mata tidak cukup. Cinta sering dikaitkan dengan sebab dan kecantikan sesuatu. Cinta membuatkan manusia buta atau lupa melihat keburukan dan kekurangan kekasihnya. Tetapi apabila tersingkap kekurangan dan kelemahan pasangan masing-masing cinta tidak mustahil pudar ataupun bertukar benci. Namun dengan syafaqah, kekurangan dan kelemahan pasangan menambahkan rasa ingin membantu, menolong, berkongsi dan menguatkan. Rasa kasihan dan simpati.
Di dalam dakwah, syafaqah sangat penting. Pendakwah yang mempunyai dan menyemai syafaqah akan melihat semua orang (mad'unya) dengan rasa kasih. Dia juga menyampaikan dengan rasa syafaqah tanpa menghukum.
Memang ramai tokoh sufi seperti Mawlana Jalaludin Rumi, Imam Rabbani Sirhindi dan beberapa lagi meletakkan cinta itu kemuncak dalam perjalanan rohani, tetapi Bediuzzaman Said Nursi mengatakan selepas cinta ada suatu yang lebih tinggi iaitu syafaqah. Aku akan menyambung tulisan ini insya Allah, soal hubungan syafaqah dengan Asma' Allah al-Husna. Sahabat-sahabat boleh merujuk di dalam Risale-i Nur, Risalah Anwar Haqiqah.
MENCALAK GENERASI QURANI BERMULA DARI RUMAH YANG DIHIDUPKAN DENGAN ALUNAN AYAT SUCI
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak mereka seawal usia yang muda lagi.Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :
"Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu
1. cintakan nabi kamu,
2. cintakan keluarga nabi kamu dan
3. mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selain darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."
Janganlah jadikan rumah kita sebagai laksana kubur sunyi sepi tanpa bacaan ayat suci al quran dari lidah lisan penghuninya..sesungguhnya abu Hurairah Ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan"
Aku amat bersyukur kerana mempunyai adik yang sangat menitik beratkan ehwal agama..walaupun adela aspek nakal sedikit sedikit..biasalah..darah muda..sering tertarik kepada keseronokan pergaulan dan hiburan dunia di era hedonism ni..Cuma ada satu anekdot yang cukup meninggalkan kesan di dalam hati aku..iaitu kisah seorang adik yang cukup prihatin pada agama abangnya.
Al kisah..maka tersebutlah kisah…hehe
“time tu adik aku dah nak balik umah die..tgh sibuk2 dia mengemas die tanya aku “abang nak tak mp3 sy ni..ade bacaan quran 30 juz..” mule mule aku wap jual mahal dulu..haha…bukan ape..segan..lagipun pelik macam mane la adk kesayangan aku leyh tfikir nak bg pinjam mp3 die..walhal die bukan tak kenal aku..(ataupun sebab die kenal aku la die wi pinjam mp3 tu..huhu..eh adik bradik pum kire pinjam jgk ker?..erk..) selepas die siap kunci mp3 tu dalam almari barulah aku teringat nak mintak balik..haha..”
Kisah ni mungkin tak penting bagi sesetengah orang yang bace blok aku ni koz tu adalah kisah aku adik bradik..tapi ibrah yang dapat kita tuai dari kisah ni ialah pentingnya sikap tolong menolong dalam memperbanyak dan memperkualitikan amalan..kalau dah tau bacaan banyak salah..maka rujuklah pada murabbi yang pakar ataupun try dgr gane syeikh arab bace..jgn wap bodoh sombong..nanti sampai bile pum tak akan pandai..
p/s: aku amat teringin melihat adik kesayanganku itu menjadi salah seorang al-quran bergerak yang dapat member manfaat kepada muridmu nanti..(die ade murid ke?..ntahla..tak pun anak-anak sedare abg nanti..)
HUMAN TRANSFORMER DAN CULTURE BUILDER
Ajarlah keluarga membaca quran di usia muda dan jadikan kawan karibnya
Supaya dia tak teraba raba membaca di usia tua penghujung usianya
Sesungguhnya al quran adalah kalam Allah yang sarat mengandungi mukjizat.Mukjizat Al-Quran terserlah sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan zaman kegemilangan para penyair arab ketika itu, ketika mana ketinggian gaya bahasa Al-Quran mampu menawan hati mereka, sehinggalah hari ini; zaman di mana sains dan teknologi mendominasi dunia, ketika mana fakta saintifik dibuktikan selari dengan apa yang disebutkan di dalam Al-Quran.
Malangnya, umat Islam hari ini hanya tahu mengambil fakta saintifik yang ditemui oleh para saintis barat lalu memadankannya dengan mana-mana ayat Al-Quran yang sepadan, namun tidak mampu mengestrak sendiri ayat Al-Quran untuk dijadikan hipotesis kepada satu kajian saintifik, seterusnya membuktikan kebenaran faktanya kepada dunia luar.
Maka dalam tujuan merealisasikan matlamat ini, umat Islam perlulah cuba sedaya upaya untuk menjadi generasi Al-Quran yang cemerlang serta bersungguh-sungguh memartabatkan Islam agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat dunia pada hari ini.Kita perlu berusaha untuk menjadi generasi perintis kepada pengembalian era kegemilangan islam seperti dahulu..malah lebih baik lagi..oleh itu setiap daripada daie perlulah bersedia untuk menjadi human transformer..agen pengubah masyarakat..yang dapat mempengaruhi iklim masyarakat sekitar (sekurang-kurangnya ahli keluarga dan kawan rapat ) sekaligus mencorak budaya qurani yang berteraskan iklim keagamaan (iklim dini).
Ibarat kata pepatah..benih yang baik..jatuh ke laut menjadi pulau..jatuh ke darat menjadi gunung..dilempar ke angkasa menjadi mentari suluh bumi…di letak di tengah masyarakat menjadi guru suluh hati…(ni aku reka sendiri..hihi)
Baca dan hayatilah Al-Quran sepanjang masa. Di samping beroleh ganjaran pahala yang tidak terkira banyaknya, Al-Quran juga menjadi penyembuh kepada hati yang keras serta jauh dari Allah Taala, sepertimana yang disebutkan di dalamSurah Al-Israk ayat 82. Janganlah kita tinggalkan bacaan mukjizat teragung milik Nabi Muhammad s.a.w. ini, bimbang Allah akan menjauhkan diri-Nya daripada kita, seterusnya menjadikan hati kita buta serta tertutup daripada menerima kebenaran.
QURAN ITU CAHAYA PENYULUH HIDUP TEMAN DALAM KEGELAPAN KUBUR
BACALAH al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya. (riwayat Muslim)
Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As
Aku ingat benar lagi apa yang dinyatakan oleh ustaz yang mengajarku bahasa arab dan ilmu hikmah iaitu al fadhil al allamah..ustaz mohd zawawi sewaktu menyampaikan ceramah ketika aku for 2 dahulu..beliau ada menyatakan bahawa orang yang banyak membaca al-quran ni dijuluki oleh Allah SWT sebagai ahliNya..aku terdetik waktu itu alangkah bahagianya jika aku turut tergolong sbgai salah seorang daripada Ahlullah itu..
INTIHA..TRANSFORMASI KE ARAH PERSONALITI QURANI
Islam dari dulu lagi menganjurkan umatnya supaya membaca Al-Quran, menganalisa atau meneliti kandungannya serta mengamalkan apa yang dibaca. Generasi awal sungguh gemar dan giat membaca, malah ada yang mengkhatamkan 30 hanya Al-Quran setiap hari, seminggu sekali atau sebulan 2 atau 3 kali. Sungguhpun begitu mereka tetap bergiat dengan kerja-kerja dunia serta maju di dalam pelbagai bidang kehidupan.
Musuh Islam memandang potensi yang ada di dalam Al-Quran dan cuba menghalang umat Islam daripada membacanya. Lantas direka pelbagai cara media massa (audio dan video) untuk melalaikan mereka. Akhbar, majalah hiburan, radio, televisyen, video, filem, komputer dan akhir-akhir ini internet direka dan dieksploit untuk merosakkan budaya Islamik yang diterapkan oleh Al-Quran.
Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup. Malang sekali disebabkan tidak mengenal huruf arab, lantas Al-Quran diperjauhi dan dipermusuhi.
post yg mntap,teruskan!!
ReplyDeletesemoga kita mnjadi gnerasi AQ..DULU,KINI dan SELAMANYA.amin. (^_^)