STARTER : MENARI DI LEMBARAN PUTIH..MENAIP DI KACA SKRIN
salam semua.. alhamdulillah.. syukur kita kerana dapat melangkah ke tahun Islam yang baru which is 1431 Hijr.. panjatkanlah kesyukuran kepada Allah SWT dengan segala nikmat hidup yang telah Dia kurniakan buat kita hamba-hambanya ni.. panjatkan rasa kehambaan kepada Allah SWT dengan segala kesenangan yang telah Dia berikan kepada kita.. kesihatan yang baik.. segala-galanya yang baik baik belaka..
if tahun yang lepas kita rasa terlalu banyak dosa yang dah kita lakukan.. mari sama sama kita renungkan dan munasabah diri kita.. mari kita baiki kelemahan diri kita.. mari kita berazam untuk tingkatkan amalan kita sebagai bekalan di akhirat kelak..
tepuk dada tanya nurani kita.. cukup atau tidak makanan yang kita sediakan buat santapan rohani kita.. dulu kita selalu lalai.. teguhkan azam untuk memperbaiki segala-galanya di tahun hijrah yang baru ini.. jadikan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.. jadikan tahun ini lebih cemerlang daripada sebelumnya.. mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan kita baik di dunia dan di akhirat.. AMIN..
diri kita semua ada kelemahan dan kekurangan.. semoga tahun hijrah yang baru ini.. kita semua semakin maju and lebih beriman.. INSYALLAH..terima kasih kepada individu yang telah ditulis oleh Allah SWT namamu di lembaran catitan Ummul Kitab di luh mahfuz sebagai pemangkin perubahan aku dari seorang penulis di atas lembaran kertas…kepada penaip di kaca skrin..alhamdulillah…tajuk diatas…adalah respon pada tulisan khalifah105..individu yang telah menyambut salam ukhuwah dariku di tanah hijrah..bumi waqafan tempat kami menimba ilmu…(aku baru je terdetik nak minta die tulis tentang kasih sayang ni..tapi Allah maha Agung..lagi maha Bijaksana..memberi tanpa dipinta…ya..salah satu daripada 5 keterangan daripada sifat AL WAHHAB Nya..iaitu yang Maha MEMBERI…memberi tanpa dipinta..syukran Ya Allah…)
AJARAN TASAWUF CINTA RUMI…LOVE TAUHIDIQ ELEMEN
Maulana jalaluddin rumi
Maqam maulana
Sudah hampir 6 abad atau tepatnya 576 tahun yang lalu iaitu pada tanggal 16 disember 1251 , sosok tubuh yang mengembangkan aliran Maulawiyyah ini meninggalkan dunia dengan segala kefanaannya menuju cinta hakiki yang selama ini didambakannya…aku mula mengenalinya lewat buku tentang falsafah dan ajaran Rumi yang ditulis oleh Annemerie Schimmel iaitu seorang pengkaji dan sekaligus pengagum Rumi dan Iqbal yang bertajuk Engkaulah Api Akulah Angin…Dalam buku ini beliau telah mencuba untuk membedah semuanya itu melalui analisis yang tangkas dan cerdas. Dia berupaya menghadirkan kepada kita hampir seluruh dimensi lahiriah dan batiniah Rumi.
Buku ini cukup misteri..aku pun tak tau kenapa aku cukup tertarik dengannya..padahal dahulu hampir 2 tahun aku selalu melihat buku ini di perpustakaan sekolah wataniah tanpa sebarang keinginan untuk membacanya..namun setelah membacanya..aku akui..buku ini mampu menarik nuraniku menyelami setiap isi pengajaran yang disampaikan oleh pengarang ini seolah Rumi sendiri yang meminpin tgnku berzikir..sangat mengasyikkan..cukup menerujakan..padanlah orang parsi ada berkata..”sekiranya ada kitab suci setelah al quran..maka pastilah masthnawi…”perbandingan yang agak keterlaluan..tapi hanya org yang pernah membaca masthnawi sajaya yang akan mengiyakannya…daripada kesemua 250 ribu bait syair yang dikarang oleh rumi…aku hanya ingin petik satu sahaja iaitu yang bertajuk…TANPA CINTA SEMUANYA TAK BERNILAI…
Puisinya berbunyi:
Jika engkau bukan seorang pencinta, maka jangan pandang hidupmu adalah kehidupan. Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti. Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta, akan menjelma menjadi wajah yang memalukan dihadapanNya.
Burung-burung Kesedaran telah turun dari langit dan terikat pada bumi sepanjang dua atau tiga hari. Mereka merupakan bintang-bintang di langit agama yang dikirim dari langit ke bumi. Demikian pentingnya Penyatuan dengan Allah dan betapa menderitanya Keterpisahan denganNya.
Wahai angin, buatlah tarian ranting-ranting dalam zikir hari yang kau gerakkan dari Persatuan. Lihatlah pepohonan ini ! Semuanya gembira bagaikan sekumpulan kebahagiaan. Tetapi wahai bunga ungu, mengapakah engkau larut dalam kepedihan ? Sang lili berbisik pada kuncup : “Matamu yang menguncup akan segera mekar. Sebab engkau telah merasakan bagaimana Nikmatnya Kebaikan.”
Di manapun, jalan untuk mencapai Kesucian Hati adalah melalui Kerendahan Hati. Hingga dia akan sampai pada jawaban “YA” dalam pertanyaan : “Bukankah Aku ini Rabbmu ?”
SYARAH PUISI CINTA RUMI
(aku ulas satu rangkap je..yang lain tu postpone lah…hehe)
Jika engkau bukan seorang pencinta….
Rumi berkata demikian kerana setiap manusia diberi hati yang cukup mengangumkan para malaikat..dimanakah hebatnya hati?..letaknya kehebatan hati adalah pada kemampuannya untuk menampung makrifat dan cinta kepada Tuhan…segala sesuatu tidak mampu untuk menampung pengetahuan tentang Tuhan seperti manusia..(walaupun binatang juga mengenali Tuhan..dan dinyatakan dalam hadis mereka sentiasa berzikir..namun makrifat mereka adalah makrifat tingkatan kesempurnaan akal yang tidak lengkap…kerana wahyu tidak disiram kedalam ruang minda dan hati nurani mereka..paling tinggi ilham dan biasanya mereka hanya dapat hidayah gharizi sahaja…namun aku tertarik dengan ulasan sahabiah kat maktab..dalam entrinya yang bertajuk iman manusia vs iman semut..pengolahan yang kreatif dan agak berani..walaupun lautan misteri tentang makrifat Allah pada haiwan masih lagi perlu diperhalusi..)
Kerana itulah syeikh hamzah fansuri dan ulama sufi lain menyatakan bahawa hati adalah baitullah..boleh rujuk dalam tafsir bahrul madid tulisan ibnu ajibah yang menyatakan dengan jelas perbezaan antara hati dengan sudur..yang disebut dalam surah an nas..sudur boleh jadi sarang kepada syaitan..tawanan bagi nafsu..tapi hati..tetap murni..namun kadangkala diserang penyakit dan kerosakan…(boleh rujuk tanbihul ghafilin,riyadhus salihin dan ihya ulumiddin utk dapatkan ubatnya…kat farmasi dan hospital takde)
Apa kaitan kita dengan cinta..?gini…
Kita dicipta sebagai manusia atas dasar cinta dan kasih sayang Allah kepada kita..Allah tak cipta kita sebagai haiwan mahupun batu batan..tapi sebagai manusia beriman dan dilimpahkan segala nikmat kepada kita walaupun kita dengan tegar saban hari menderhaka..
Pelajaran yang mula-mula kita kenali ialah cinta dan kasih sayang..walaupun pada zahirnya kesakitan yang ditanggung oleh ibu sewaktu mengandung dan melahirkan terpamer..tapi hakikatnya semua itu adalah manefestasi daripada perasaan kasih dan motivasi sayang mereka kepada kita..pada zahirnya kita melihat sedutan susu ibu yang dihisap sebenarnya pada waktu itu kita sedang meneguk titisan kasih sayang…hebat kan cinta..? sejarah dan hubungannya dengan kita telah terlalu lama..lahir atas dasar cinta..dibesarkan pun atas dasar cinta (rahmat..sifat pemurah dan kasih sayang Allah) kemudian dipaggil menghadap Tuhan pun atas dasar cinta (bagi ruh mukmin)
Kerana tangisan awan, taman pun tersenyum
Kerana tangisan bayi, air susu pun mengalir
Pada suatu hari ketika bayi tahu cara, ia berkata
“Aku akan menangis agar perawat penyayang tiba”
Tidakkah kamu tahu bahawa Sang Perawat Agung
Tidak akan berikan susu jika kamu tidak meraung
Tuhan berfirman, “Menangislah sebanyak-banyaknya”
Dengarkan, anugerah Tuhan akan curahkan air susunya
Ni aku petik dari mastnawi buku kelima 65-149 ..tengah dok melilau dalam intenet.. terjumpa puisi ni..terkejut gak..same mcm yang aku tulis kat atas tu..huhu..tapi bait puisini boleh dipericikan lagi…just sekadar selingan..
maka jangan pandang hidupmu adalah kehidupan.
Sebagai seorang muslim..setiap detik kehidupan adalah dakwah..adakah kata kata lain yang lebih layak untuk mencerminkan kehidupan kita? Ya..mungkin lebih sesuai hidup adalah ibadah..manakala dakwah adalah cabang ibadah….dan dakwah itu sendiri adalah kasih sayang, inilah antara prinsip yang disampaikan oleh as-syahid hasan albanna dalam risalah dakwatuna (dakwah kita).. ini bukan semata-mata teori assyahid tetapi prinsip yang lahir dari pengamatan yang mendalam terhadap alquran dan sunnah..
kasih sayang.. adalah dakwah, dan dakwah itu adalah kasih sayang.. itulah yang aku fahami dari pengalaman aku yang cetek ini dari medan dakwah yang masih jauh dan panjang di hadapanku..
kasih sayang yang lahir .. adalah kesan dari kemantapan, kesahihan dan keteguhan iman.. iman harus bermula dari hati, dari rasa rendah diri dan taqwa kepada Allah, barulah tonjolan wujud di permukaan melalui ibadah anggota badan
Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti
Kenapa rumi berpuisi begitu…perlu di ingat..kadangkala rumi sendiri berasa hairan bagaimana dia mampu mengucapkan untaian kata kata demikian..seringkali dia mengadu yang hukum mabuk dalam solat adalah batal..apakah hukum mabuk dalam makrifat?mabuk asyik memandang keindahan penyingkapan makrifatullah yang tidak dapat digambarkan keindahannya?maka sebab itulah rumi pasrah setelah dia sedar bahawa dia hanya ibarat seruling..yang mengeluarkan irama..(puisi dan ucapan sufistik yang mengandungi nilai pengajaran islamik yang tinggi) mengikut kehendak si peniup (Tuhan) bukannya datang dari dirinya sendiri..
Tanpa cinta..segala perbuatan tidak bermakna..
Ya..tepat sekali..kerana menurut rumi..cinta adalah iman..iman bukan sekadar kepercayaan..bukan sekadar pengetahuan..ramai mana orang yang awalnya percaya namun murtad?ramai mana orang yang mengetahui tapi bertindak berlawanan dengan pengetahuannya..bagi rumi..akal semata-mata tidak akan mampu sampai ke pintu Tuhan..tapi hati..ya..hati..akan terus mara hingga begitu akrab dengan Tuhan..Hati yang bagaimana?hati yang penuh dengan cinta…
Malah ulama sufi membahagikan amalam manusia kepada tiga tingkatan..iaitu:
Amalan hamba…iaitu amalan yang dilakukan kerana takutkan azab pemiliknya (Allah)..dibelenggu hadis tarhib (ancaman ) secara melampau ..yang mungkin di dalam pelaksanaannya itu kadangkala tidak disertakan keikhlasan..(byngkan hamba yang buat kerja pada tuan manusianya..mesti buat dalam keadaan terpaksa..takut dihukum..buat kerja semata-mata kerana tak de benda lain yang dapat dilakukan..kalo dapat wap benda lain..dah lama dah diorang buat..)
Amalan saudagar..yang asyik nak untung je..buat amalan ni coz ada ganjaran nie..buat amalan tu coz ada ganjaran tu..terlalu berpegang pada fadhail amal secara ta’sub…fanatic pada hadis-hadis targhib (menggemarkan org buat baik..) patutlah ade ust aku cakap buat ibadah kerana pahala syirik…(mcM ekstrim je..utk org golongan khawwas sesuai la..untuk org awam boleh jadi kucar kacir kalau ajar kat madrasah benda gini..)
Amalan orang merdeka..iaitu amaln yang dilakukan secara sukarela..tanpa rasa terpaksa..tanpa dorongan mana-mana…semata-mata kerana Cintanya pada Pencipta…
Pilihlah mana satu kategori amalan kita ini..sempena hijrah cinta kita..hijrah menuju cita…
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hidup dikelilingi sahabat mulia akan sentiasa mengingatkan di saat kita lupa, memujuk di saat kita sedih, menasihati di saat khilaf dan menjadi penguat di dalam perjuangan. Sama-sama berganding bahu susah dan senang diharungi demi sebuah perjuangan menyampaikan risalah Allah dan mencari redha-Nya. Alangkah indah.Tidak ada persahabatan tanpa ketaqwaan kerana sepertimana firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran,
“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh-musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah az-Zukhruf [43]:67)
Tidak sempurna iman kamu jika Allah dan Rasul tidak kamu cintai melebihi diri kamu sendiri..lihatlah…cinta adalah penanda aras iman..jadi kaitan antara rangkap ini dengan rangkap sebelumnya adalah sangat jelas…
Jika engkau bukan seorang pencinta,
Yang ertinya jika engkau bukan orang yang beriman..mencintai Allah dan Rasulnya…
maka jangan pandang hidupmu adalah kehidupan.
Kerana hidupmu tanpa roh keagamaan…kosong tanpa sebarang pengertian..hidup yang disifatkan oleh Allah sebagai sekadar permainan..
Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti
Walau sebanyak manapun kebaikanmu..maka ia percuma..tidak dihitung kira..
Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta, akan menjelma menjadi wajah yang memalukan dihadapanNya.
TEMAN YANG BERIMAN IBARAT KILAU MATAHARI..MENYULUH MATAHATI..NATIJAH UKHUWAH
Pujangga ada berkata..teman yang beriman ibarat matahari yang menyilau…menyuluh matahati di kala kelam…
Bertapak di jalan dakwah perlu sekali teman yang memahami diri kita..aku pernah cakap pada luqman..kita ni mcm sekepala ek coz dia dah jadi gila2 sket macam aku..haha..(aku gile sikit kot..mungkin die yang senget lebih..haha) tapi dia balas balik..bukan sekepala..tapi sehati..hurm..aku terdetik…memang dalam perjalanan mencari redha Tuhan..kita perlukan teman sehati sejiwa..seakal fikrah yang sama..kemudian aku terbaca buku FIQH DAKWAH DALAM AL QURAN..tentang hal ini…maka barulah aku faham akan pentingnya teman dalam perjuangan..dinyatakan bahawa dalam poin ke 22 fiqh dakwah dalam al quran bab PERANAN RAKAN SEPERJUANGAN DALAM BERDAKWAH..
Penulis menampilkan ayat 29-35 dari surah taha yang bermaksud:
dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (yaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami".
Fiqh dakwah daripada ayat tersebut ialah nabi musa AS sendiri memohon kepada Allah seorang pembantu dan pembantu sebagai pendokong dalam gerakan dakwah baginda…ciri pertamanya adalah dari keluarga baginda sendiri…(ingat ape yang kite bincang..dari keluarga sendiri…) yang mana sifat pembantu itu adalah mempunyai ciri dan kepetahan berbicara..sehingga mampu menjadi penyambung lidah dakwah nabi musa AS..ciri kedua ini adalah lambang bagi kepemilikan ilmu yang mampu menjadikan pemiliknya soleh dan musleh..(ade ilmu dan sebar…bukan simpan)..manakala ciri ketiga adalah mendokong dan sekutu..iaitu sehati dan sejiwa..mampu susah senang bersama..sanggup berkorban..sebab baginda berdua adalah adik beradik..maka atas dorongan naluri kesediaan untuk menjadi pendokong dan sekutu adalah berkali-kali ganda..
p/s:perlu diingat teman ni bukan kawan je..boleh jadi ibu bapa..datuk nene..pak sedare mak sedare..adik beradik kandung..adik beradik tak kandung yang dianggap kandung..dan sebagainya. Untuk selebihnya boleh rujuk buku tersebut…
Bile aku bace satu msg y berbunyi…:
Wsllm..jike Allah hlgkn adk utk dri abg 1 hari nanti..jgn takut..krn DIA mampu utk menggantikan dengan beribu-ribu org y jauh lebih baik..renung2kan…stiap daripada kita akan berpisah…
Aku jadi sayu…coz selame ni aku anggap dia ni macm matahari yang menerangi hidup aku..banyak membimbing aku kejalan kebenaran…persis seperti cahaya matahari yang mana mengangkat embun naik tinggi mikraj ke angkasa..aku teringat syair arab yang berbunyi..
Qaamat tuzholliluni minas syamsyi..
Nafsun ahabbu ilayya min nafsi
Qamat tuzholliluni wanim ajabin..
Syamsyun tuzolliluni minas syamsyi…
“telah bangun melindungiku daripada panas terik matahari…jiwa yang aku lebih sayangi dari diriku sendiri..telah bangun melindungiku dan amatlah menghairankan..matahari melindungiku daripada matahari..”
aku kagum dengan majnun..(kisah laila majnun ni adalah kisah cinta fanatic manusiawi..aku tak mahu gitu..aku nak kasih sayang kerana Allah daripada Allah kepada Allah…kasih syg yang mendapat naungan di bawah lindungan arasy nanti..kasih syg y menyebabkan malaikat mendoakan kami…) yang mana takut bila diminta untuk dibedah kerana bimbang akan meyakitkan laila yang telah sebati dengan dirinya..berikut kisahnya…rumi petik kisah ni supaya org amik pengajaran..jangan kemaruk sgt dengan cinta dunia…
Bersatu Dalam Cinta
Berpisah dari Layla, Majnun jatuh sakit. Badan semakin lemah, sementara suhu badan semakin tinggi.
Para tabib menyarankan bedah, “Sebahagian darah dia harus dikeluarkan, sehingga suhu badan menurun.”
Majnun menolak, “Jangan, jangan melakukan bedah terhadap saya.”
Para tabib pun bingung, “Kamu takut? padahal selama ini kamu masuk-keluar hutan seorang diri. Tidak takut menjadi mangsa harimau atau binatang buas lainnya. Lalu kenapa takut kepada pisau bedah?”
“Tidak, bukan pisau bedah itu yang kutakuti,” jawab Majnun.
“Lalu, apa yang kau takuti?”
“Jangan-jangan pisau bedah itu menyakiti Layla.”
“Menyakiti Layla? Mana mungkin ? Yang dibedah adalah badanmu.”
“Justeru itu. Layla berada di dalam setiap bahagian tubuhku. Mereka yang berjiwa cerah tak akan melihat perbezaan antara aku dan Layla.”
Dalam ukhuwah ini ..aku gemar mencontohi ukhuwah para nabi dengan hawari mereka…walaupun aku tidak mampu untuk mencontohi kesemuanya..tapi aku akan tetap mencuba..aku ingin sekali ukhuwah ini terpelihara agar di jalan dakwah kugapai sakinah..
Dalam kafilah dakwah ini, kita mutlak memerlukan persahabatan. Persahabatan mungkin lebih tepatnya ukhuwah - adalah nikmat yang sangat mahal bagi kita. Jiwa boleh terdera, darah, air mata dan peluh boleh mengucur. Tapi semuanya tidak mampu memupus nikmat persahabatan, persaudaraan, ukhuwah di jalan-Nya. Kesulitan di sepanjang jalan ini, tidak lebih berupa anugerah dan kurnia Allah yang sangat besar dan hanya dirasakan oleh kaum beriman yang saling memelihara persaudaraan atas nama Allah. Tapi bagaimana kita mampu memiliki nikmat persahabatan itu?
Persis ketika melakukan perjalanan yang sebenarnya, seorang musafir harus menolong saudaranya dalam perjalanan. Persahabatan yang tulus di jalan ini menjadi perhiasan di kala bahagia dan pelindung di kala sulit. Maka, tanpa ikatan persahabatan yang kuat, seseorang akan sukar untuk bertahan ketika harus menghadapi kesempitan. Ini menjadi sebab bagi para da’i di zaman ini menjadikan ukhuwah sebagai salah satu syarat dalam bai’at (janji keanggotaan) mereka.
Dalam Risalah Ta’lim disebutkan, “Hendaknya hati dan jiwa mereka (para anggota) terikat dengan ikatan akidah. Akidah ialah ikatan yang paling kuat dan paling mulia. Ukhuwah adalah saudara keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kekufuran. Awal kekuatan adalah kekuatan kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa cinta. Paling minimum cinta yang tumbuh di antara mereka adalah bersihnya hati daripada perasaan yang tidak baik sesama mereka. Dan cinta yang paling tinggi adalah itsar atau mendahulukan kepentingan saudaranya”.
Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran ALLAH..
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah PENCIPTA..
Jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA..
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku leraikan segera..
Jika pernah hatimu aku lukakan, luahkanlah agar aku berubah..
dan
Jika esok aku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan DOA...
Berjanjilah SAHABAT, UKHUWAH kita untuk selamanya...
InsyaALLAH...
INTIHA..MANTIQ TAYR…& PERJALANAN RUHANI MENCARI UKHUWAH..
Aku nak tutup perbahasan hijrah kali ni dengan kisah spiritual mantiqu tayr .. (Persidangan atau Musyawarah Burung) yang mana merupakan manifestasi pengalaman sufi mencari cinta Abadi yang pernah dijalani oleh sufi terkenal.. Farriduddin Abu Hamid Muhammad bin Ibrahim lebih dikenal dengan nama Attar, si penyebar wangi. agar lebih mudah difahami.(wafat pada 607 h/1220 m..rumi turut terpengaruh dengan ajaran beliau..)
Mantiq al-Tayr berkisah tentang perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja mereka yang disebut sebagai Simurgh di Puncak Gunung Kaf yang agung itu. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud harus melalui tujuh jalan yang setiap satunya melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian.
Pertama, jalan pencarian (talab). Di jalan inilah seorang pencari mulai menjalani kehidupan spiritualnya. Berbagai macam godaan duniawi harus dapat ia taklukkan untuk dapat mencapai jalan berikutnya. Pada tahapan ini pengupayaan pembersihan diri harus diupayakan sesempurna mungkin. Para pencari diharuskan berjuang dengan gigih untuk mendapatkan cahaya ilahi yang didambanya dengan menghilangkan hasrat-hasrat duniawinya.
Kedua, jalan cinta. Di tahapan ini sang pencari harus menemukan cinta sejati dalam dirinya untuk dapat menghalau tangan hitam akal yang menutupi ketajaman mata batin. Hanya dengan mata batinlah para pencari kebenaran ini dapat melihat reality apa ada dalam segala sesuatu... Mata hati tidak dapat dibohongi. Dalam kecintaanya, seorang pencari haruslah memiliki kesudian untuk mengorbankan apa-apa darinya demi yang diharapkannya (yang dicintanya). Keikhlasan dalam berkorban menunjukkan seberapa besar cintanya pada kekasihnya. Demikianlah jalan kedua merupakan jalan pengujian akan cinta seorang pencari cinta, atas nama cinta. Dengan mata batin manusia akan menemukan sesuatu berdasarkan hakikatnya, bukan hanya dari segi fizikal semata mata.
Berkenaan dengan ini aku menjadi teringat akan kisah Yusuf ,ayah baginda yaaqub dan isteri al aziz (ade setengah riwayat cakap dia adalah Zulaikha ..wallahua’lam) yang disebutkan di dalam al-Qur’an…Cerita di dalam al-Qur’an ini tentu memberi pesan kepada kita bahawa seseorang itu tidak dapat dinilai dari segi fizikalnya saja. Kadangkala ada orang yang dari segi fizikalnya tidak begitu menarik, tetapi memiliki kerupawanan ruhani. Demikian pula dengan orang yang memiliki keelokkan fizikal belum tentu memiliki kerupawanan ruhani.sebab itu Rasulullah menganjurkan dalam bina bait muslim perlu utamakan agama….selamat dunia dan akhirat selamanya..insyaAllah..
Semuanya indah, jika kita dahulukan perbuatan kita dengan meletakkan “hati” dihadapan. Kerana hatilah kunci utama untuk menyemai sifat kasih sayang dalam kehidupan harian kita. Hati yang diikat dengan akidah yang benar, dikemaskan lagi dengan fikrah yang jelas akhirnya akan disatukan dengan ukhuwwah yang sangat hebat…Ukhuwwah yang menjadi bekalan kita sepanjang jalan dakwah yang penuh liku demi mendapat redha Allah, insyaAllah.
Jom!!!
Sama-sama kita zahirkan dan semarakkan sifat kasih sayang kita pada ibu bapa,adik beradik..kaum keluarga.. anak usrah, naqibah, rakan seperjuangan dan seluruh manusia.Semoga dengan kasih sayang yang disemai, kita sama-sama doakan dunia ini akan dipenuhi dengan warna-warna kehidupan yang sentiasa dinaungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
semoga dengan kisah ini..hijrah aku akan menjadi hijrah yang diselaputi cinta Allah dan Rasulnya melebihi segala gala..hijrah menuju cita-cita murni menggapai redha Allah..dan persahabatan dengan Rasulnya di syurga nanti..(p/s: aku ingin sekali berdoa agar menjadi jiran rasulullah SAW di syurga nanti..namun aku malu..kala-kalau gagal menjadi tetangga yang menyenangkan..gagal mendapat syurga tertinggi milik para nabi..kerena kurangnya selawatku dan banyaknya khilafku…teringat lirik lagu HIJAZ..malu rasanya menyatakan cinta….kepada dia kekasih Allah…kerana dia insan mulia..sedangkan diriku insan biasa…)
semoga hijrah cinta aku ini mengukuhkan ukhuwah aku dengan ahli keluargaku dan sahabatku..agar perhubungan kami menjadi speerti hubungan nabi dan para sahabatnya yang ikut berhijrah bersama baginda..hijrah atas dasar cinta..berubah atas dasar cinta....menuju cita-cita…sama ada cita-cita sendiri…menggapai redha ilahi..ataupun cita-cita islam…
"Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat kasih sayangMu kepada kami, dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang saling menyayangi keranaMu."
Sesungguhnya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
p/S: JangaN sempitkan pengertian kasih sayang itu..kerana dunia sendiri tidak dapat menampungnya…dan jangan di LIMIT kan kasih sayang itu..kena terus beri…dan jangan dipersiakan kasih sayang itu..kerana sekali ia pergi tak akan kembali lagi…
sebenarnya aku tulis tajuk (sekadar tulis tajuk..supaya aku tak lupa..isi tak letak ape2 lagi..hehe) tentang HIJRAH ITU HIJRAH CINTA..HIJRAH MENUJU CITA ni sebelum 1 muharram lagi..aku ingatkan aku sorang je yang terdetik nak hijrah gitu..upenye orang lain pum ade..hehe..
Cinta sememangnya satu fitrah.
Menyukai sesuatu sehingga menginginkannya,
menyayangi sesEorang sehingga ingin memilikinya, CINTA ?
Berazam untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, mendidik diri agar menilai yang hak dengan yang batil, HIJRAH ?
No comments:
Post a Comment