Monday, November 30, 2009

KENCING BERDIRI VS KENCING BERLARI..ADUHAI DIDIK GURU


mmm..hiba betul bila tgk gambar masjid azhar ni..coz aku tak dpt pg blajar kat sane..tapi aku tekad dan aku impikan ilmuku mencuar tinggi melebihi tinnginya menara di masjid azhar nanti..jauh melangkaui awan..hingga ke sidratul muntaha..amen..


STARTER...Majlis y buat aku jeles..MAJLIS BACAAN KUTUB SITTAH SIRI PERTAMA

assalamualaikum kepada semua pembaca blog..salam perjuangan tanpa noktah (ayat ust muhsin ipis..hehe..blog aku ni mane la ade pelawat lagi..huhu..sunyi sepi..yang ade mungkin hanya cecacing..virus..spam..malware je..dan hanya sorang je y baru tau ttg kewujudan blog ni..iaitu myluvly bro..)

time ni tetiba je aku jadi teringat kat sorang kawan yang aku jumpa dia di jalan yang bernama "dakwah"..friendly la jugak budaknye..Abdullah Amir name budak tu..tapi skang dah gi mesir..amik ape ntah..jadi terlanjur aku buke internet ni trus je aku chek aktiviti Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM )..tetiba je aku jadi jeles..mm..rupanya pada bulan oktober yang lalu diorang adakan majlis Pembacaan kUTUB sITTAH yang dibacakan oleh masyayikh hadis di azhar..Ya Allah..ruginye rasa..aku time tu still dok kat maktab berperang menaikkan semangat ahli keluarga besar aku dalam Biro Agama Dan Moral supaya jangan mengalah dan putus asa berjuang membumikan iklim dini supaya tumbuh subur dan kembang mekar di IPGM KDRI ..sesuai dengan hasrat dan gagasan aku supaya IPG aku nanti akan menjadi perintis kepada IPG ZIKIR bagi semua 27 IPG di seluruh Malaysia ni..

bertambah jeles aku bile tengok yang hadir tu sume ulama yang power2 ilmunya..bahkan mufti Besar Mesir yang aku slalu dok harap dapat menadah ilmu daripada beliau juga turut hadir same pada majlis penutup.



syeikh ali jumaah mufti besar republik mesir menerima cenderahati logo PMRAM


tengoklah..betapa mulianya adab dikalangan para ulama..kelihatan syeikh dr jamal farouk mencium tangan ss mufti..(adik aku pum selalu cium tgn aku..yang aku paling terharu time aku panas hati dengan die..aku nak salam biasa2 je..tapi die cepat2 sambar tgn aku dan cium..huhu..terharu..)


gambar masyayikh yang hadir...


sewaktu pembacaan hadis


kelihatan ulama muda yang digelar ensiklopedia..syeikh dr usamah al azhari dan syeikh muhd ibrahim al kattani meneliti sesuatu..


ikhwah yang hadir..ramai siot..


akhawat yang hadir..pum ramai jugak

mungkin di sana terdapat hikmah yang cukup besar kenapa aku tidak ditakdirkan termasuk sama dalam kelompok majlis ilmu yang dinaungi oleh para malaikat ini...huhu..sedeyh gile..namun sesungguhnya perancangan Allah SWT maha hebat..aku harap melalui keberkatan hadis Rasulullah SAW dan dengan keberkatan usaha menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di IPGM KDRI tempat aku menimba ilmu..Allah akan mengotakan janjiNya untuk memudahkan jalan buatku ke syurga.

HARI PERTAMA 17 OKTOBER 2009

Majlis pembacaan hadis Rasulullah s.a.w daripada kitab Sahih Bukhari dimulakan pada jam 1.15 petang secara bergilir-gilir oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq, al-Allamnah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani dan al-Allamah Syeikh Dr. Usamah al-Azhari. Sekitar jam 2.45 petang, majlis berhenti rehat seketika dan sesi pembacaan Sahih Bukhari kembali diteruskan pada jam 3.45 petang oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq sehingga waktu maghrib.

Majlis pembacaan diteruskan seusai solat maghrib oleh al-Allamah Syeikh Dr. Rifa'at Fauzi Abdul Mutalib ditemani al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Sepanjang majlis berlangsung, para masyaikh telah membaca Sahih Bukhari bermula daripada hadis yang pertama pada Kitab Bad el Wahyi sehingga hadis yang ke 186 pada Kitab al Wudu'. Majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam.

HARI KEDUA 18 OKTOBER 2009

Hari kedua Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh al Azhar anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir diteruskan seawal jam 9.15 pagi. Seperti semalam, semangat cintakan ilmu yang ditonjolkan oleh para peserta semakin berkobar-kobar apabila mereka semua mula membanjiri kaunter pendaftaran seawal jam 8 pagi.

Pembacaan kitab Sahih Bukhari pada hari ini bermula pada hadis yang ke 187 pada kitab al-Wudu' oleh al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani. Majlis kemudianya diteruskan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Jamal Farouq yang bergandingan dengan Syeikh Dr. Usamah sehingga solat maghrib. Turut bersama pada malam ini adalah al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani yang menyampaikan pembacaan seusai solat maghrib.

Majlis yang berlangsung dengan lancar pada hari ini tanpa sebarang gangguan berjaya menghabiskan sebanyak 689 buah hadis dan menjadikan sebanyak 874 buah hadis telah dibaca sehingga hari kedua majlis berlangsung.

HARI KETIGA 19 OKTOBER 2009

Setelah dua hari berlangsung, Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dilihat semakin rancak berlangsung. Majlis pada hari ketiga bermula lebih awal iaitu sekitar jam 9.05 pagi dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al Quran daripada Ustaz Salman Ali Rejab dari Shoubra. Pembacaan hadis Sahih Bukhari pada hari ini dimulakan oleh al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid al Hasani bermula pada Kitab al Jumuah. Semasa waktu rehat, majlis diserikan dengan persembahan Qasihan daripada peserta negeri Selangor. Turut membacakan hadis pada hari ini adalah al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani dan Syeikh Dr. Usamah Mahmud al-Azhari.

Pembacaan hadis daripada Kitab Sahih Bukhari yang dimulakan pada hadis yang ke 875 pada Kitab al Jumuah sehingga hadis yang ke 1465 pada Kitab al-Zakat dengan jumlah pembacaan pada hari ini adalah sebanyak 591 buah hadis.

Majlis diakhiri dengan slot muhadhoroh bersama al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani. Antara yang menarik sesi tersebut, al-Allamah Syeikh Muhammad menceritakan tentang kisah hidup beliau dalam mendalami ilmu hadis, menegaskan tentang peri penting ilmu hadis dan beliau juga amat mengharapkan agar majlis pembacaan hadis-hadis Rasulullah dapat diteruskan pada masa akan datang. Beberapa cadangan yang dilontarkan oleh al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani adalah mengadakan majlis pembacaan hadis pada setiap minggu dan mengkhatamkan kitab hadis sahih pada setiap kali dalam bulan Ramadhan.

SENARIO GURU PELATIH DI INSTITUT PERGURUAN

jauh betul perbezaan antara mahasiswa/wi di mesir dengan di bumi malaysia ni..aku tengok bakal guru sekarang dah macam mabuk materialistik je..tak percaya korang boleh rujuk laman halaqah ipg.com yang mana menyatakan bahawa guru pelatih sekarang sibuk buat duit..bisnes situ..bisnes sini..bukannya sibuk nak mencari ilmu..jauh sekali sibuk mengamalkan ilmu..padahal Allah dah tawarkan satu bentuk perniagaan yang jauh lebih menguntungkan dalam surah as-saff ayat 10-12 yang mengatakan bahawa :

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).
12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

bahkan aku ade jugak terbaca rungutan dari salah sorang guru pelatih IP ipoh yang menyatakan kegusarannya ke atas akhlak dan personaliti bakal guru ni yang langsung tak der cerminan muallim..apatah lagi murabbi dan muaddib yang akan didik bukan sahaja akal..malah roh dan hati muridnya supaya mengenali Tuhannya..die ade sebut satu pepatah..kalau guru kencing berdiri maka murid kencing berlari..Aku rasa ade benarnya juga..dalam 6 tahun akan datang..kalau kita semua para daie di IPGM ni tak berusaha keras menyuburkan iklim dieni (keagamaan ) di kampus masing masing dan masing-masing goyang kaki..mungkin tak mustahil produk dari setiap IPG adalah guru yang kencing berdiri dan murid hasilah sekolah rendah kita adalah kencing berlari..(bila masuk sek menengah..kencing rempit..haha..tak leh bayang..dasyat yang amat..)

PUNCA KEBEJATAN SOSIAL DAN KECELARUAN PERSONATILI DI KALANGAN GURU PELATIH

hmmm..kalo nak bahas panjang yang amat..banyak plak nanti..leyh wap tesis ni..haha..cume yang aku rasa paling besar ialah kurangnya keberkesanan dan penghayatan dalam program pentarbiyahan yang dilaksanakan..Kebanyakan daie dah jadi macam gile nak wap prorma..nak penuhkan kalendar sedangkan matlamat dan objektif serta kumpulan sasaran entah ke mana..Apatah lagi kalau ustaz ustazah yang nanti akan dipanggil al Fadhil dan al Fadhilah ni dah transform jadi Ustaz Ustazah yang ANTI DAKWAH HIBERNATE IBADAH...huhu..parah..sbub tu la timbul istilah ustaz/ustazah moden..(kontroversi...huhu..susahla kita ni kalau pantang ditegur..tapi teguran pum biar la kena cara..aku tgk dalam http://cikgumalaysia.com ade entri menarik ttg tegur menegur ni yang melibatkan guru pelatih..pg la baca..tajuk die.."GURU PELATIH PANTANG DITEGUR").Aku setuju betul dengan ustaz Munsif dalam blog beliau http://abumusleh.blogspot.com mewar-warkan pengembalian izzah di kalangan ustaz-ustazah dengan menjadikan ilmu islam sebagai tatapan minda dan hati mereka...

Jadi RESOLUSInya..kita perlu perbanyakkan program ilmiah tahap tinggi..dan membudayakan penganjuran majlis ilmu di kalangan guru pelatih...

Sunday, November 29, 2009

MSG YANG MENNGETARKAN JIWA..

APE PERASAAN KAMU...?JIKA ADA SEDARA BEGINI?

Aku sebenarnya tak minat care blog-blog ni..coz aku rase die same macam frenster..berhantu..kene update sokmo..huhu..aku ade tanye adik angkat aku yang aku dah anggap macam adik kandung sendiri..luqman...(aku panggil die adik...) dan cakap sory coz aku tak minat wap blog..takut jadual pembacaan dan aktiviti harian aku terganggu...rilek je die jawab:

"mmm..pandai2 r kontrol..buat hari untuk blog..niat utk dakwah..org kafir dia guna globalosasi lwn kita..jadi kita guna tknlogi gak.."

ish..aku terfikir..mmm..adik aku ni asyik nak jihad je...macam die plak yang lebih advance pade aku..aku tak hiraukan mane msg tu..coz ade ke patut..die desak aku wap blog..tapi die punye takde..huhu..hampeh..haha..adik jgan marah ye..

tapi pagi tadi bila ku chek inbox..ade satu msg..pkul 1.10 pagi masuk..wuih..sape la ni..tak tido lagi time pkul 1 tu..aku pkul 12 lebih dah blek out dah..mmm..coz penat g secret meeting kat umah awek mane ntah..haha..alumni wataniah gak..warak tol kak tu..kak nor namenye....huhu..kami bincg ttg program cuti utk budak BADAR wataniah..rupanya yang hantar msg tu dari adik kesayanganku luqman...budak pasir mas yang aku kenal 2 tahun lepas...mm..msg tu berbunyi..

"mm..abe , kdg2 trasa gak diri ni nk jd ulama,tp dsbbkan sistem pengajian yg lain menjdkn hal ini semkin sukar walaupn tak mustahil..tp sekdr berusaha menjd orang y mempunyai asas sdh memadai..jadi hrpn seorang adik..biar r abe jd ulama y merendah diri..betul2 belajar utk mencri ilmu , bkn bersuka ria , tdk riak dan tak juga bharap disanjung , tp biar r name abe Allah y angkat..dan sejarah yg mengukir ksah abe..k ,selmt malam.."

aku ase lain macam je bunyi msg tu..kalo korang ade adik gitu ape korang ase...?mmm...alhamdulillah..wa syukru lillah..aku tak dapat bayangkan betapa terharunya aku pada waktu tu..syukur ya Allah sebab hadiahkan padaku seorang adik angkat yang sangat bertakwa..


cume yang aku peliknye macm manela die boleh tulis ayat mcm tu..ribut tak de..hujan takde..tetiba je..mmg aku akui die genius..bru umur 18 tapi dah masuk ijazah tahun 1 kat UTM..tp kesian kat die coz tak byk peluang nk blajar agama..die ni satu satunya adik angkat aku dalam dunia ni..personaliti die sempoi je..muke die kiut..dulu ade awek yang nak kapel ngan die..die takmau..huhu..tapi lawak jenaka die memang best ar..tiap kali sembang kami pasti ketawa..haha.k adik..abg sayang adik..


Saturday, November 28, 2009

KALAU TUHAN BAIK... KENAPA WUJUDKAN NERAKA?


Terjumpa cerita ni...jom same2 renungkan..

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la..setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:


"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.


Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.....

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.Assalamu'alaikum. "

kalau tiada neraka, adakah 'jahat' tetap ada?
kalau tiada neraka, maka sewajarnya takda perbuatan 'jahat'
kalau hanya ada syurga, maknanya semua manusia akan jadi baik-baik...kan?
kalau semua manusia baik-baik, dunia bukan lagi tempat ujian.
kalau bukan lagi tempat ujian, maknanya ini syurga dunia la kan?
kalau ini syurga dunia, kenapa manusia mesti mati untuk ke syurga yang lagi satu?
kan dua-dua syurga?
kalau dua-dua syurga, kenapa mesti diwujudkan satu alam yang sementara?
kenapa tak boleh skip terus ke syurga yang sana?

SINOPSIS BUKU ..”SEMALAM SAJA DI NERAKA

Tengah aku dok merayau-rayau menerusi internet nie aku terjumpe satu buku best…

“Mereka mempunyai tikar tidur dari api neraka dan di atas mereka ada selimut (api neraka). Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang zalim.”
(QS. al-A'raaf [7]: 41)

“Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.”
(QS. al-Hajj [22]: 19)

Buku ini menyingkap dengan saksama dan teliti melalui ilustrasi-ilustrasi spiritual bagaimana penderitaan para ahli neraka, siksaan yang bertubi-tubi, yang tak lagi dapat mengungkapkan kata akhir dalam setiap babak penyiksaan dan penderitaan itu kecuali mengharapkan benar-benar pertolongan,pengampunan,rahmat dan kasih sayang Allah. Semalam Saja di Neraka hanyalah rangkuman kecil dari juntaian malam-malam amat panjang dan mengerikan yang akan dilalui oleh para ahli neraka hingga ada pertolongan (maghfirah) dari Allah Swt. Itu pun kalau ada. Tapi, bagaimana kalau ternyata kita diputuskan oleh-Nya sebagai penghuni abadi negeri penuh kepiluan dan penderitaan itu gara-gara kekejian, kemungkaran, dan kebobrokan iman dan perilaku kita sendiri selama hidup di dunia yang amat sepintas namun telah menyeret sebagian besar kita ke lembah-lembah durjana?!

Na’udzubillah min dzaalik..!

Jangankan neraka, penjara dan rumah tahanan yang diurus manusia saja tidak luput dari siksaan dan tindakan-tindakan yang bukan saja menyakitkan jasmani, tetapi juga boleh membuat orang stress dan terserang gangguan jiwa, kerosakan fizikal, dan trauma yang mendalam.

Lantas, apalagi di dalam neraka yang memang disiapkan oleh Allah sebagai jurang siksa bagi para pembangkang-Nya? Mampukah kita menghuni neraka walau hanya semalam saja…?! Tak akan! Tapi, mengapa kita masih saja gencar melanggar perintah-Nya dan tenang mengarungi larangan-Nya..?!

Bacalah buku ini, nescaya hati Anda akan getir membayangkannya, apalagi mengalaminya sendiri.


Naudzubillah min dzaalik...!



IBRAH DARI KISAH QURBAN DAN MAQASID AIDULADHA


STARTER : IBRAH KISAH QURBAN

Assalamualaikum...Moga sehat sejahtera dan ceria2 selalu insyaAllah. Alhamdulillah hari ini tanggal 10 Dzulhijjah 1430, Hari Raya Haji/Qurban atau 'Festival of Sacrifice' disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ayuh kita singkap kisah di sebalik perayaan ini.

Qurban berasal daripada kalimah arab ‘qo-ro-ba’, yang bermaksud dekat (karib). Justeru, qurban membawa erti mendekatkan kita pada sang pencipta, Allah azzawajalla.Nak dekatkan diri macam mana?...caranya adalah melalui mengorbankan apa yang kita sayangi semata-mata kerana Allah..sepertimana nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya nabi Ismail AS kerana taat kepada perintah Allah SWT..

Pengorbanan ni sebenarnya banyak cara...ade orang korbankan hartanya untuk agama..ada juga yang korban masa malah ada yang lebih tinggi..iaitu sanggup pertaruhkan nyawa kerana agama..MasyaAllah..

KHUTBAH HARI RAYA YANG UNIK

Seperti biasa..setiap kali menjelang hari raya ayah akan meneliti teks khutbah dan kaifiat solat hari raya coz die yang jadi imam di kampung..sejak dia muda..sampai la sekarang..namun,belakangan ni dah 5 kali dia tawarkan aku bace khutbah plak..haha..kelima-limanya aku tolak..maknenye aku mist 5 kali khutbah raya..a

Ari tu ayah cakap yang tok ngah tak bleyh baca khutbah walaupun die dulu pernah jadi imam besar masjid bandar machang coz die mudah sebak..so tok su aku (adik tok ngah ) yang akan bace...oo..aku terfikir..mmm..camne ek kalo ayah plak yang ganti tempat tok ngah..?hehe..saje nak tengok ayah sebak time bace khutbah..


alangkah terkejutnya aku bile time ayah bace khutbah..die betul2 sebak..huhu..tak sangka...keinginan yang timbul dimakbulkan juga..mm..aku tgk ramai jugak jemaah yang sebak..aku pum sebak jugak..tapi kover..hehe..wap tak tau je..

Ayah dan tok ngah (tok ngah ni pak sedare ayah..tok sedare aku..) beliau ni mantan pengetua SMKA WATANIAH dulu..nampak muke macam serius tapi sebenarnya lucu..disiplin diri memang tinggi..same ngan ayah aku..dah name pun anak beranak..haha..

UMI DAN KERAK NASI

ni cite tentang pengorbanan plak...

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cita padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang kucinta di dunia.. tapi sayang semua lirik tersebut merujuk kepada perasaan sayang kepada kekasih. Sedangkan orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini (dalam ruang lingkup kekeluargaan dan pertalian darah sewaktu hidup ini ) ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH…


Cerita betul yang meyayat hati…. aku ingat lagi,hari tu hari isnin,

Aku dan keluarga menjalani rutin harian biasa kami,manakala umi pula biasalah,sebagai seorang surirumah,umi lebih ligat dan sibuk..sekejap membasuh..sekejap menyapu..sekejap memasak..kemudian mengemas..bukan kami tak tolong..tapi umi semacam tak puas hati kalau semua kerja tu bukan dia yang settlekan..aku terfikir gak kadang-kadang umi ni macam tak nak ganggu aktiviti anak-anak die..(ade yang men game..tgk tv..bace buku..men internet..) hmmm..aku kasihan tengok umi terhinjut-hinjut kesana ke mari mengambil bahan-bahan untuk menyediakan sarapan dan sebagainya.

akibat tak tahan tengok umi sakit kaki..dan desakan ayah supaya umi pergi ke hospital..maka aku dgn adik kedua aku menemani umi ke hospital machang..(HOSMAC )..umi sebenarnya tak berapa suka pergi hospital..malas menunggu orang ramai katanya..tapi nasib baiklah pada waktu itu dah tak de orang jadi pergerakan umi berjumpa doctor cepat sedikit..kemudian setelah siap..kami pulang ke rumah..


waktu tu dah tengah hari..perut masing-masing dah lapar…bila semua adik-adik dah makan..aku lihat umi terhinjut-hinjut ke dapur..lantas aku tanya ‘umi nok make gapo?nasi ko..?kalu nasi tinggal sikit doh ….(terjemahan : umi nak makan apa?kalau nak makan nasi,ade sedikit sahaja lagi ).’ Takpe,cukup doh tu sikit pun’.

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..dan bertambah-tambah bila aku lihat umi rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi yang masih berbaki dalam periuk untuk dimakan. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..sebagai lelaki dan anak sulung memang personality luaran aku nampak tegas dan keras,sukar untuk menitiskan air mata namun hakikat dalamannya,bila berhadapan dengan situasi sebegini,hatiku sebak dan menangis teresak esak…(ketegasan aku memang tak bleh blah..memang garang…tapi ade sorang adik aku cakap..abang ni walaupun Nampak luaran macam tegas tapi dalaman cukup sensitive dan berhati lembut….erm..yeke..agaknyela adik)

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang.(sedangkan keluarga aku bukannye keluarga susah..ayah aku bos balai bomba..jaga satu daerah…namun hakikatnya demikian).Itulah pengorbanan seorang ibu. Sedih.. Sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

FAMILY UKHUWAH STAY 4 EVA UNTILL JANNAH..


STARTING : APABILA LANGIT SUBUH MENANGIS DI PAGI RAYA

Pagi raya haji ari tu aku bangun tidur dalam dengan 2 perasaan yang sama sekali berlawanan..pertama dengan rasa bersyukur kerana sampai ke lahzah ini aku masih lagi dilimpahi dengan pelbagai nikmat dan rahmat daripada Penciptaku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..dan keduanya sedikit gusar kerana telinga aku menangkap bunyi titis titis hujan yang menimpa bumi..adush..x best mane la raya tahun nie..(tapi tanggapan aku salah dowh..coz ari tu adalah hari paling permai dan damai sekali..membuahkan rasa syahdu..angin semilir bertiup menggiring satu bau yang cukup aku kenali..bau kasih sayang..hehe)..aku bangun awal coz dah janji dgn umi nak tolong die masak meehun..tangan umi sakit..efect chikunguya dulu..cian die..

TERHARU BACE MESSAGE DARI ACIK

Selepas solat subuh dan tolong umi..aku chek enset aku..hmm..ade msg..sape plak yang hantar msg pg2 raye nih..aku buka msg tu dengan tiada perasaan dan bace..terkedu seketika:

“assalamualaikum alng.slmt pg raye.mfkan salah slp acik..kim salam kat sume neh?Ack ucap slmt hr rye.”

(acik time form 3..ni gambar time kwn die nak pindah sekolah..) mm..tu lah die..acik..tak pernah berubah semenjak 3 tahun aku kenal die..padahal semalam die dah minta maaf..siap minta halal makan minum lagi..(ye la ..dah asyik aku je yang kene pau ke die..haha..alasan die mudah..along kan abang..hampeh tol..)..tapi sentiasa wap aku epi..

Ni time acik g bilik aku..aku suh tlg kemaskan tak mau..haha…malas siot budak ni..dok men laptop aku jerk..

Aciksoulihya … itulah nama yang aku setkan dalam enset aku..walaupun nama sebenar die Muhammad Luqman Mohamad tapi aku senang save no acik dengan guna nama aciksoulihya..nama ni aku reka sendiri..gabungan dari tiga perkataan..

Acik + Soul + Ihya’

Aku panggil die acik coz die anak ke 3..n aku gabungkan dengan soul ihya bagi menzahirkan maksud bahawa dia adalah penghidup bagi roh ukhuwah kami..selama aku kenal acik..die ni budak yang baik,bersopan santun,pandai hormat orang..bijak..periang..lawak ..sporting dan yang paling penting minat pada agama..kadang-kadang pening jugak layan soalan agama yang acik musykil..aritu die tanye aku tentang waqaf jibril..mm..jenuh rujuk kitab..xde..pelik jugak..last2 cari dalam internet...bru jumpe..haha..

myluvlybro..

budak bertuah ni cukup hebat..banyak ilmu y aku dapat dari die..hmm..otak die maveles..kadang-kadang aku terfikir gak yang minda die jauh lebih matang dari aku..haha..tapi die degil..kadang2 rase nak meletup je bile die wap perangai..namun ape yang lucunya ..boleh plak die forward msg awek mane ntah ke aku tgh hari raye tu..haha..time tu aku tgh sibuk nak lapah lembu..adoi..kot ye pum buang la dulu name awek tu..bru tak kantoi..haha..

Pastu die nak cover die cakapla die nak rekemen awek tu kat aku..haha..nak pecah perut siot aku gelak time tu..haha..ade ke patut..tp oleh kerana awek tu kitorang same2 kenal..maka bermulalah episod karutan mcm biasa..haha..

2 individu yang berlainan personaliti..latar belakang,umur dan pencapaian..adalah apart from myfamily..mmm..ntah la labu..kdg2 kasih sayang ni hadir tanpa dijemput..pergi plak tanpa diminta..ni semua kerja Tuhan Rabbul Jalil Pemilik Arham..(silaturrahim)

entri ni adalah entri sementara je..aku nak tau komen adik aku nanti bile die bace entri ni..jeng2..apepun..kite tetap adik beradik...n harap ukhuwah ni berkekalan sampai bile-bile..amin..


Friday, November 27, 2009

MAFATIH BLOGGY….YA GHAFUR


Aku memuliakan kamu semua dengan kemuliaan bakal penghuni syurga,dan aku tawarkan kepada kamu semua keindahan ukhuwah islamiyyah..assalamualaikum wrbth..salam satu syahadah..satu azan..satu kiblat..

CETUSAN DALAM NEURON

(VAKUM) Alhamdulillah…setelah sekian lama membuat timbang tara dan aktiviti sukat menyukat kesan dan akibat sekiranya berkecimpung dalam dunia bloggers ini,..maka aku beranikan diri untuk turut serta..hehe…bukan ape..saje-saje nak penuhkan waktu terluang dalam kehidupan di dunia yang singkat ini dengan secebis aktiviti bermanfaat..tambahan pula,aku tak nak dah dengar adik aku mendesak “bile abe nak wap blog…?”.mmm…. suka-suka hati die je suh aku wap blog..macamla aku ni intelligent sangat bub-bub ni..huhu.. yela..dulu aku mengaku..aku yang minta die buat blog..tapi aku tak buat coz aku lebih suka tulis buku..buat ensiklopedia besar besar…terjemah kitab tebal-tebal..haha..sume tu aku rasakan lebih best dan mencabar daya intelek aku ..

Namun,asakan dan gesaan beliau yang bernama ADIK ni telah buatkan aku berfikir berkali kali dan akhirnya neuron aku mencetuskan satu tindak balas kimia dalam serebrum aku ni bahawa ade baiknye jika aku mencuba..maka berlakulah segala pekerjaan yang sepatutnya bagi membina sebuah blog yang ntah ape ape ni sebagaimana kehendak Allah SWT jua dan seperti yang telah tercatit dalam ummul kitab di Sidratul Muntaha..berikut adalah gambar sel neuron dalam otak aku dan korang sume…:)

GAMBAR ATAS : mikrograf elektron di atas memaparkan sel-sel otak yang telah diperbesarkan beribu ribu kali. Sel besar dengan jaringan yang panjang dan nipis dalam gambar ini adalah neuron. Yang lain adalah sel-sel glial,iaitu struktur khusus yang menyokong dan melindungi neuron.

GAMBAR BAWAH : Sel otak yang diperbesarkan lagi dan lagi

Tambahan pula aku malu dengan diri sendiri kerana dalam meeting berdegar degar cakap kat kengkawan tentang perlunya kita bergerak pantas dalam melaksanakan gerak kerja..jangan asyik tangguh-tangguh lagi..24 jam ni singkat je..

Aku ade terbaca satu kajian..zaman sekarang ni..sekiranya seseorang itu diberikan usia 60 tahun,20 tahun daripada umurnya telah dihabiskan untuk tidur..huhu..mubazzirin betul..

Tapi tidur akan jadi bermanfaat kalau kena caranya..tidur yang macam mana?haa..tidur yang syariatik..mengikut sunnah..tidur jasad tapi hati tidak sekali kali tidur..bile ketiga-tiga criteria umum ini dipenuhi maka jadilah aktiviti tidur tersebut sebagai ibadah senyap…

(Aku kenal istilah ibadah senyap ni daripada adik kesayanganku..kerap kali bile aku sms tanya..die akan jawab “adik banyak wap ibadah senyap je arini…”mule mule tercari-cari juga ape la maksud beliau itu..akhirnya aku tau..tidur rupenye..ceh..hahaha)

TAAWUN FROM FRIENDSHIP

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada saudara aku yang amat aku kagumi dan sayangi muhd hazwan hamidan kerana sudi meluangkan masa untuk membina blog ini untuk aku..haha..bersih je muke budak ni…ade riak pintar dan tegas dalam perawakannya..die pum ade blog jugak..http://khalifah105.blogspot.com.wee r hapee family..

SATU TITIS AIR TURUN BERSAMA SATU KETENTUAN TAKDIR DIIRINGI SATU ZIKIR

Hari ini telah menginjak ke tarikh 25 hb 11 2009..bersamaan 8 zulhijjah..bermakna hampir seminggu jugaklah aku terperuk aje kat rumah...skang ni musim hujan,jadi tak dapat pegi ke mana-mana..tapi aku amat kecewa dengan diri sendiri sebab jarang sekali aku terlintas untuk membaca doa sewaktu hujan..rugi rasa..

Zaman sekolah dulu pernah terbaca bahawa ketika hujan turun adalah antara waktu yang mustajab berdoa..sepatutnya aku merebut peluang ini sebab aku ini adalah hamba yang sangat miskin..sedangkan Allah itu maha Kaya sepertimana firmanNya dalam Surah fathir ayat 15:

"Wahai sekalian manusia, kamu semua adalah faqir (mengharapkan ) kepada Allah, sedangkan Allah s.w.t itu Maha Kaya (dari meminta kepada kamu)"

Berikut adalah hadisnya..semoga memberi manfaat kepada kita..amen..Dari Sahl bin a’ad Ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan”.

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.

Bile tengok gambar tu rasa teringin je supaya air mata taubatku mengalir selaju air hujan,turun setitis setitis tanda insaf bagi setiap dosa yang aku buat..coz kalau aku mati hari ini aku bakal menerima suratan amalan selama 20 tahun usia kehidupanku..alangkah ruginya aku dan banyaknya dosaku..

Setiap titis hujan nie sebenarnya kita tak tau datangnye dari mane..mungkin ia datang jauh dari kutub utara..atau berasal dari hulu sungai nil..dan boleh jadi juga dari pedalaman sungai amazon..namun setiap air yang turun tersebut ada takdirnya yang tersendiri..jatuh ke mana..adakah jadi air sungai ataupun menyelusuri akar masuk ke xilem pokok..itulah HEBATnya ALLAH..air hujan ni tak turun sembarangan..ada malaikat yang kawalnya..sebagai contoh..setiap awan ada penjaganya yang mengurus hala tuju awan tersebut dan mengelompokkannya dengan awan yang lain..

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan,”Dalam hadis marfu’ (sampai kepada Nabi SAW) pada riwayat At Tirmizi dan selainnya, Nabi SAW ditanya tentang apekah sebenarnya ar ra'du itu (petir), lalu baginda menjawab:

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

”ar ra'du (Petir) adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.”

Begitu juga ketika Sayyidina Ali ra ditanya, sebagaimana dikatakan Al Khoroithi dalam kitab Makarimil Akhlaq. Beliau ra mengatakan,”Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga,” Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya”.

Ketika menafsirkan surat al Baqarah ayat 19, Imam Suyuthi mengatakan bahawa petir (ar ra’du) adalah malaikat yang ditugasi mengatur awan. Ada juga yang berpendapat bahawa petir adalah suara malaikat. Sedangkan kilat (barq) adalah kilatan cahaya dari cambuk malaikat tersebut untuk menggiring mendung (Tafsir Jalalain dengan Hasyiyah ash Showi 1/31, ed).

Terdapat 17 riwayat dalam kitab tafsir at tabari juz 1 ms 338 tentang kalimah ar-ra’du yang merujuk kepada pengertian malaikat.

MASA ITU EMAS VS MASA ITU NYAWA…

Dahulu waktu kecil-kecil aku pernah jumpa peribahasa “masa itu emas” dalam buku peribahasa melayu yang aku pinjam dari perpustakaan bergerak sewaktu bersekolah di SK GONG TOK NASEK K.TERENGGANU,tapi bila aku dah form 3,aku dengar ada sorang pelajar perempuan yang cemerlang dalam exam sewaktu diwawancara dalam MALAYSIA HARI INI menyebut sebaliknya,masa itu nyawa plak..aku terfikir..tak tepat kalau dikatakan begitu..dunia sekarang emas (lambang material ) lebih mahal dari nyawa..jadi sepatutnya kalau ikut arus global masa memang umpama emas yang relatifnya lebih mahal dari nyawa manusia..

Berikut adalah peribahasa tentang waktu yang aku hafal..

Al waqtu ka tuyut..izal lam taka’ta….fatarbanga…wawawa (kesan bunyi tambahan..hi3)

Terjemahannya:”waktu itu umpama tuyut (tuyut ini adalah nama panggilan orang kelantan bagi binatang yang dikenali sebagai pepatung dalam bahasa standart)..sekiranya kamu tidak menangkapnya (memilikinya) maka terbanglah ia… (berlalu meninggalkan kamu)

Tapi peribahasa yang betul ialah:

Al waqtu ka saif..izal lam qata’ta..qata’tuhu…huhuhu (kesan bunyi tambahan hehe)

Terjemahannya : “Waktu itu umpama pedang,jika kamu tidak menggunakannya untuk memotong (sebagaimana fungsi pedang untuk memotong sesuatu untuk memudahkan kerja kita,maka begitulah juga masa,yang mana fungsinya untuk digunakan bagi perkara yang bermanfaat..bukan untuk disia-siakan..) maka ia akan memotongmu…(pedang tersebut akan memotong peluang,kesempatan,usia dan boleh jadi nyawa kita..masa lagi dasyat..ia akan memotong kita dengan kelajuan 300 km sejam..lebih laju dari Ferrari woo)