Wednesday, March 17, 2010

DIA YANG KUTULIS NAMANYA DALAM BUKU BENCI




Hidup sebagai manusia penuh warna..ada warna putih sewaktu kita ramai kawan..hidup senang,duit banyak..ada juga warna hitam kelam..tatkala kita ditohmah difitnah..begitulah hidup..bijak pandai mengatakan hidup ini ibarat roda,adakala kita diatas dikagum sanjung,adakala kita di bawah,dipijak rebah..

Cuma hati aku cukup terguris dengan perbuatan seorang yang aku anggap agak melampau dalam menzahirkan rasa tidak puas hatinya kepadaku..sehingga sanggup memfitnahku dalam facebooknya..memburuk-burukkan aku dan sebagainya…menghasut orang lain membenciku dan beliau masih lagi berjalan dengan megahnya seolah-olah dia tidak pernah pum bersalah..aku menunggu masanya dia dibaham tanah…

Haiya..orang macam ini pum ada ka?hmmm

Setiap manusia yang ingin menjadi mata rantai perjuangan nabi dan para rasul itu ada ditentukan oleh Allah musuhnya masing masing…dari kalangan jin dan manusia…adakah dia adalah musuhku yang perlu aku seterui…?ya Allah aku tak mahu dia menjadi musuhku

Dia yang kutulis namanya (oleh sebab perbuatannya ) dalam buku benciku..tak akan kuliquid sekali kali sehingga dia mengaku salah dan betul betul berubah..bukan tujuanku untuk mengungkit kembali..namun semua ingatan itu seolah-olah ibarat segulung filem yang diputar terbalik pasangnya..lalu menjadi babak imbasan yang memang sah cukup membosankan…

Di jalan dakwah aku belajar erti menjadi insan yang berguna…dan dijalan dakwah juga aku disapa seribu macam suka duka..semuanya mematangkan aku dan membuat aku dapat belajar sesuatu yang baru..alhamdulillah…

Kenapa aku membenci perbuatannya ?

kerana dialah yang menghasut individu membenci dakwah..menghentam tarbiah..menjauhi rumah Allah…namaku dijadikan tiket untuk memburuk-burukkan gerak kerja agama sedangkan apa yang diperkatakan tu tak masuk akal langsung..sesetengah cerita tu diputar belit sampai kadang-kadang naik bingung aku dibuatnya..nak tergelak pun ada..nak sepak beliau pun ada…haha..macam-macam.. sehingga sekarang hampir kesemua kawan kawannya memandangku dengan pandangan semacam…

Beliau menjadikan diriku kambing hitam agar islam terfitnah…

Aku cukup “bangga” dengan apa yang beliau buat…

Namun inilah y dinamakan onak duri perjuangan..nabi dan salafu soleh dahulu kala lebih dasyat daripada ini..aku …baru secebis dari epilog penentangan yang mereka hadapi..

Bersabarlah wahai diri…

Apabila aku membenci seseorang atau sesuatu, aku cuba sedaya upaya memberi tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.Walaupun pada zahirnya Nampak aku memang kaw-kaw meluat..tapi aku time tu tgh mencongak2 dalam diri..betulkah landasan benci dan marahku..

Nabi menyatakan..kalau melihat perbuatan mungkar..ubahlah dengan tangan..kalau tak mampu..dengan lisan..kalau tak mampu..bencilah dengan hati..aku tiada kuasa untuk menghalangnya ..peringatan lisan dah diberi namun tak Berjaya..cara baik..cara keras..semua tak makan…akhirnya benci dalam hati sahaja merupakan satu satunya jalan…

Teringat kata-kata haji zahari..”kita ni kalau tak dak walau secebis pun rasa benci pada perbuatan maksiat..lala-lama kita sendiri akan melakukan maksiat tersebut..sebab kita latih diri kita reda dengan nafsu”

Selalu kita mendengar ayat-ayat suka dan cinta kerana Allah. Mari kita fahamkan dan hayati pula makna BENCI KERANA ALLAH.

Benci menimbulkan rasa tidak puas hati lalu menimbulkan marah. Namun, kenapa kita benci? Mengapa kita membenci itulah akan menjawab persoalan mengapa kita marah. Andai kita benci sesuatu kerana ianya perkara yang turut dibenci oleh Allah dan Rasulnya, alhamdulillah.

Namun, andai kita benci disebabkan emosi. Benci memarakkan marah disebabkan oleh tekanan hidup, maka sama-sama kita muhasabah balik iman kita. Mungkin marah yang tidak kerana Allah inilah membuatkan insan-insan yang dimarahi tidak dapat menerima. Hati mereka tidak menjadi hormat dan takut, bahkan menjadi keras seperti batu.

Betul….

Niat marah itu akan menimbulkan kesan pada orang yang dimarahi.

Thanks a lot to mybro…walaupun kita banyak kali gaduh..aku marah engkau dan engkau marah aku balik..tapi kita still kamceng…terharu bila dengar jawapan kau tantang apa y dapat sepanjang perkenalan kita…”adik byk belajar tentang kehidupan”…

Semoga dengan benciku ini aku dapat menyempurnakan imanku..

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah, maka telah sempurnalah imannya.” [Sahih Sunan Abu Daud, no: 4681]

Dalam sebuah hadis yang lain baginda menerangkan: “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman: (1) Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya berbanding selain kedua-duanya, (2) Bahawasanya dia mencintai seseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan (3) Bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.” [Sahih al-Bukhari, no: 6941]

Ada dua perkara penting berkenaan cinta dan benci kerana Allah yang perlu kita ketahui. Pertama, ia tidak berada pada tahap yang sama, tetapi berbeza-beza lagi dinamik. Cinta kerana Allah bertambah dan berkurang, mengikut kadar kemurnian tauhid seseorang dan kesungguhannya dalam mengikuti sunnah Rasulullah. Contohnya, cinta kita kepada seseorang yang kuat dalam berpegang kepada sunnah Rasulullah adalah lebih tinggi berbanding cinta kita kepada seseorang yang sederhana dalam berpegang kepada sunnah Rasulullah. Demikian juga, benci kerana Allah bertambah dan berkurang, mengikut kadar keingkaran seseorang terhadap Allah dan Rasulullah.

Kedua, cinta dan benci kerana Allah terhadap seorang Muslim dapat berlaku serentak. Perkara ini juga lazim berlaku dalam cinta dan benci atas sebab-sebab duniawi. Izinkan saya beri satu contoh. Saya yakin di kalangan para pembaca semuanya mencintai kucing, betul? Siapa yang tidak mencintai kucing sila angkat tangan.

Nah! Katakan pada satu hari kucing yang kita cintai mencakar perabut di rumah. Di sini cinta dan benci berlaku serentak. Kita mencintai kucing tersebut tetapi dalam waktu yang sama kita membenci tindakannya yang mencakar perabut. Maka atas sebab benci, kita menegah kucing tersebut daripada terus mencakar. Namun atas sebab cinta, penegahan tersebut kita lakukan dengan penuh lemah lembut dan belaian istimewa.

Demikianlah juga cinta dan benci kerana Allah yang berlaku serentak terhadap seorang Muslim. Katakan kita memiliki rakan sebilik yang Muslim, tetapi lalai dalam mendirikan sembahyang. Di sini cinta dan benci kerana Allah berlaku serentak, dimana kita mencintainya kerana dia seorang Muslim tetapi membenci tindakannya yang tidak disiplin dalam mendirikan sembahyang lima kali sehari. Maka atas dasar benci kerana Allah, kita memberi nasihat kepadanya. Namun atas dasar cinta kerana Allah, nasihat tersebut kita berikan dalam suasana tertutup, hikmah dan bertahap-tahap.

Cinta dan benci kerana Allah secara serentak perlu kita fahami dengan kukuh lagi terperinci. Ini kerana pada masa kini berlaku fenomena seseorang itu membenci seorang Muslim yang lain secara keseluruhan semata-mata kerana satu dua kekurangan atau kesilapan yang dilakukan oleh Muslim tersebut. Ada juga yang hanya mencintai orang-orang yang berada dalam jamaahnya dan membenci orang-orang yang berada dalam jamaah lain, sekali pun kesemuanya adalah Muslim. Semua ini bukanlah cinta dan benci kerana Allah, tetapi cinta dan benci kerana hasutan syaitan dan hawa nafsu.

Oleh itu marilah kita melatih diri untuk cinta dan benci kerana Allah. Cinta dan benci tersebut hendaklah kita buktikan dengan perbuatan yang adil dan tepat. Pada Hari Akhirat kelak, Allah akan bertanya (maksudnya): “Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana aku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku, di hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.” [Sahih Muslim, no: 2566]

Tidakkah kita ingin untuk berada di bawah naungan Allah pada Hari Akhirat kelak? Jika begitu tunggu apa lagi?

p/s: semoga Allah mempertauti kembali hati hati kami ..dan member kesedaran kepada kami…dan memperkukuhkan ukhuwah antara kami..amin…doa rabithah menjadi penyambung hayat ukhuwah y semakin tenat…agar aku dapat hapuskan perbuatannya dari buku benciku..InsyaAllah

2 comments:

  1. Sabda Nabi:-

    Antum A'lamu Bi umuri dunyakum..
    "Kamu lebih mengetahui urusan di zaman kamu"

    syeikh..hadis ini bicara nabi mengenai "keluasan" yg nabi beri utk menguruskan prihal kita sesama manusia. Sering bersamanya keserabutan kerana manusia itu sifatnya teramat kompleks utk difahami. Cuma ana mahu pesan, nilailah mad'u kita dengan empati bukan simpati semata-mata.

    "Seek first to understand, than to be understood"

    Ana fhm bagaimana kejengkelan dia membuatkn nta stress.Adakalanya, kejengkelan itu perlu kita pekakkn shj.Kerana itulah DURI dlm PERJUANGAN!!Semongat trus thabat ya akh~ =)

    ReplyDelete
  2. thnks bos....hehe..sbnrnya ni entri lame..saje postkan..lame doh tulis...rugi plak kalo tak post..tulis letih2..hehe

    ReplyDelete