Sunday, March 21, 2010

ERA GELOMBANG AL FATEH REFLEKS SISI PERIBADI GENIUS SAYYIDINA NABI SAW YANG QURANI..

STARTER: AKU TAK KENAL DIA …PARADOKS

Astaghfirullah..aku tak pasti ape sebenarnye yang buat fikiran aku agak terganggu..maybe coz msg hari tu yang cukup wap aku rasa macam belum pernah mengenali beliau yang aku anggap rapat selama ini..entah la..memang relatifnya titik buta tidak hanya wujud dalam retina mata sahaja..(ni mase balajar sains form 2 kat watanz) tapi tetap wujud pada persepsi kita lebih lebih lagi terhadap semua yang ada disekeliling kita..bak kata my bro..PARADOKS…huhu…namun 2 rakaat solat wuduk diikuti dhuha cukup ampuh untuk mengusir kegusaran semalam..alhamdulillah..

Anyway aku dah tetapkan yang hari nie aku nak start jadual hidup baru…jadual hidup bakal cendekiawan ulung…(ish..bombastik je bunyi die…) mm..gitu la..aku bertekad nak tumpukan perhatian kepada karya magnum opus aku iaitu Ensiklopedia Mukjizat Quran , Ensiklopedia Tafsir dan Syarah Fiqh Islam Wa Adillatuh… dan aku nak tolong parents aku banyak2 arinie..hope this day is a happy day..but I wonder what was the matter which disturbing me..huhu..speaking sket..mengasah English language aku.. (Alhamdulillah la dpt band 4 dalam MUET..hehe..tapi semua tu ujian dari Allah)…

Walaupun hari ni aku agak letih coz semalam aku rujuk 6 buah kitab fiqh mazhab maliki yang tebal-tebal..cari maklumat sedikit tentang sujud..pukul 3 pg baru tidur..(3 hari lepas aku tidur kul 4 pg coz leka membelek hampir 17 jenis kitab fiqh mazhab hanafi..semata mata nak tarjih pendapat mujtahid mazhab tersebut tentang cara untuk sujud..mula dengan anggota mana dahulu,lutut atau tangan..lg crazy..Ya Allah..aku menjual masaku kapadaMu dengan mengharapkan untung yang tidak terkira banyaknya kerana Engkaulah sebaik-baik Pembeli .)

GELOMBANG AL FATEH MENERUSI “FATEH VALUE”

Aku terpanggil untuk ulas sedikit tentang suasana semasa gerak kerja islam dewasa kini yang mana kelihatannya seperti sedang menerima sentuhan baru dalam perspektif thaqafah dan fakta melalui suntikan FATEH VALUE oleh mantan S/U agung GAMIS, al fadhil ust Shaari Abdul Rahman..Malah bukan beliau sahaja yang tegar memperjuangkan elemen AL FATEH ini, Usrah exco pimpinan ABIM Kelantan yang berlangsung di Sekretariat ABIM Kelantan dan di naqibkan oleh Yang dipertua ABIM Kelantan, Al-fadhil Ustaz Faisal juga telah bersetuju untuk merintis Grup Generasi Al-Fatih yang merupakan grup di bawah GPTD (Group Pengkaji Tamadun Dunia) sebagai platform bagi menggerakkan misi tema Muktamar ABIM Kelantan pada tahun 2009 ini.mmmm…Pada fikiranku yang mungkin dangkal ini..aku rasakan ianya adalah satu fenomena yang sihat..kerana ia mampu meniup rasa izzah pada diri setiap remaja tarbawi sekaligus mengembalikan cita cita untuk mengulangi kegemilangan islam.

Banyak bengkel dan seminar yang mendedahkan tentang elemen mahmudah dan aspek kegeniusan Spiritual,Intelek dan Rohani baginda gencar dianjurkan di pusat pengajian tinggi awam dan juga sekolah menengah..rasa rugi juga sebab tak dapat join..namun harap aku dapat hayati perjuangan baginda jika setiap hari yang dilalui aku menanamkan azam bahawa hari ini MESTI lebih baik dari semalam…insyaAllah..

MENELADANI QUDWAH MEMBINA GENERASI

Meneladani Qudwah, Membina Generasi. Tema ini mengambil semangat dan penghayatan teladan tokoh yang berjaya manakluki kota Konstantinople pada tarikh 29 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih dan generasi terbaik di zaman baginda. Sebagai berkongsi semangat yang di sinergikan pada pertemuan usrah kali ini sehingga mencetuskan Tema dan resolusi merintis Grup Al-Fatih, berikut adalah kronologi dalam pertemuan usrah kali ini :

Dengan mengambil semangat dan budaya serta minat generasi muda hari ini, dan meneladani qudwah tokoh-tokoh islam terdahulu bermula qudwah teragung Nabi Muhammad SAW, merentasi tokoh-tokoh Islam yang lain sehinggalah kepada qudwah Sultan Muhammad Al-Fatih, persetujuan di kalangan exco ABIM untuk mengangkat tema yang menyantuni kedua-duanya iaitu Meneladani Qudwah , Membina Generasi

Misi di sebalik tema "Meneladani Qudwah, Membina Generasi"

Disebalik tema ini, mempunyai huraian-huraian misi yang akan diserlahkan oleh pimpinan dan aktivis ABIM kali ini. secara asas, tema kali ini akan memperbaharui jenama-jenama program yang sudah dilakukan untuk menarik generasi muda. Setiap aktiviti yang berbentuk rekreasi, ekstrim yang menarik generasi muda seperti mendaki gunung, menjejak pulau , ataupun program yang bersifat motivasi dan ilmiah akan diselarikan dengan Nilai Islam.

Sebagai contoh Ekspedisi Mendaki Gunung bakal dijenamakan sebagai Ekspedisi Tariq Ziad, yang mana disebalik aktiviti ini , kepenatan pendaki merasi cabaran mendaki akhirnya akan di isi makna perjuangan tokoh-tokoh Islam seperti Pangkima Tariq Bin Ziad.

Bahkan aktiviti bersifat kesukanan juga akan diterapkan nilai disebalik itu. Inilah yang dimaksudkan makna tersirat disebalik tema. iaitu menerapkan nilai disebalik aktiviti.

PANTULAN SISI GENIUS NABI SAW…

Kehebatan sultan Muhd al faith sebenarnya adalah merupakan pantulan kepada sisi akhlak baginda nabi SAW..baginda bukannya merupakan sultan yang berdiri sendiri dalam mengejar kejayaan tersebut..tetapi berdiri di atas jalan akhlak dan adab sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW….Jadi bersempena dengan sambutan mauled y telah berlalu..marilah sama-sama kita menanam azam dan tekad untuk menjadi hamba yang lebih bertaqwa dan umat nabi y benar-benar mengikuti sunnah baginda SAW.

(artikel ni dah lame tulis tapi baru post..hehe)

No comments:

Post a Comment