Saturday, March 13, 2010

PERGINYA SEORANG ULAMA..MENCETAK PEWARIS NABI YANG BARU

PATAH TAK TUMBUH..HILANG TAK BERGANTI..TUMBUH TAK SUNGGUH..GANTI TAK SEPERTI


Dunia islam khususnya dikejutkan dengan berita kembalinya cendekiawan islam tersohor iaitu syeikh muhd sayid tantawi ke rahmatullah..hati aku pum turut terasa sayu..hilang sudah matahari yang menerangi ummah dari gelap kejahilan..namun janji Allah adalah pasti..setiap yang hidup akan menghadapi mati.Semoga rohnya dicucuri rahmat…(walaupun aku lebih mengagumi dr yusuf qardhawi…namun aku turut sedih dengan pemergian syeikhul azhar tantawi)

(Gambar fail) Allahyarham Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi ketika berucap selepas menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam Bidang Dakwah dan Pengurusan Islam pada majlis Konvokesyen Khas Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Multaqa Alumni Al-Azhar ke-3 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -foto BERNAMA

KAHERAH: Ulama terkenal yang juga tokoh kontroversi di Mesir, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi selepas diserang sakit jantung ketika menaiki pesawat.

Agensi berita rasmi Mesir melaporkan, Tantawi, Sheikh Al-Azhar, pusat pendidikan Islam terkenal, berada di Riyadh untuk menghadiri majlis penyampaian anugerah Raja Faisal.


Allahyarham yang berusia 81 tahun bersiap untuk menaiki pesawat apabila diserang sakit jantung menyebabkan beliau rebah di tangga.


Beliau dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di ibu negara Arab Saudi itu sebelum doktor mengesahkan beliau meninggal dunia “Berita mengenai kematiannya amat memeranjatkan,” kata anaknya, Amr Tantawi. “Memandangkan Allah memilih dia mati di bumi Saudi, kami memutuskan untuk mengebumikannya di Al-Baqie,” katanya.Al-Baqie terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi di Madinah.


Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Tantawi dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada 1986. Beliau memegang jawatan itu selama hampir 10 tahun sebelum dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar pada 1996.

Pada tahun lepas, Tantawi mencetuskan kontroversi apabila beliau mengharamkan pemakaian niqab (purdah) di semua sekolah dan asrama untuk pelajar perempuan di bawah kendalian Al-Azhar.

Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.

Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.

Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. - AP

APABILA ILMU DIANGKAT DAN MUNCULNYA KEJAHILAN

Nabi SAW pernah bersabda:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه؛ قال: قال رسول الله عليه وسلم : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ العِلْمُ، ويَثْبُتَ الجَهْلُ.

Maksudnya :

Daripada Anas bin Malik radiallahu anhu katanya: sabda Rasululullah sallallahu alaihi wasallam bermaksud: Antara tanda-tanda Qiamat ialah ilmu diangkat dan kejahilan pula mula bertapak kukuh.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

روى البخاري عن شقيق؛ قَالَ:كنتُ عند عبد اللهِ وَأَبِي مُوْسَى، فَقَالاَ: قَالَ النَبِي صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَّلَم: إِن بَيْنَ يدي الساعة لأيَّامًا يُنْزَلُ فِيْهَا الجهلُ،وَيُرْفَعُ العلمُ

Maksudnya :

Bukhari meriwayatkan daripada Shaqiq, katanya: Aku pernah berada bersama Abdullah dan Abi Musa. Lalu mereka berdua berkata, sabda Rasululullah saw bermaksud: Sesungguhnya di hadapan Qiamat itu ada beberapa hari yang mana diturunkan padanya kejahilan, sementara ilmu pula diangkat


Huraian

Antara tanda-tanda awal Qiamat ialah kejahilan yang mula melingkungi diri manusia. Kejahilan yang dimaksudkan di sini ialah kejahilan tentang agama. Ia boleh juga diistilah sebagai "buta agama".

Kejahilan ini berlaku disebabkan orang Islam sendiri tidak lagi berasa pentingnya memahami hukum hakam agama. Apa yang penting bagi mereka ialah mahir dalam ilmu-ilmu keduniaan yang boleh membantu mereka meningkatkan taraf hidup. Sementara ilmu agama yang bertujuan untuk memperkenalkan manusia dengan hakikat kehidupan, matlamat dan peraturan-peraturan kehidupan yang ditetapkan oleh Penciptanya tidak dipandang penting. Akhirnya yang berlaku ialah mereka sangat berjaya dalam mendapat pelbagai kenikmatan dunia dan hidup mewah.

Namun mereka gagal mengecapi kebahagiaan kerana hidup tidak dipandu oleh hukum Tuhan. Keruntuhan akhlak anak muda yang membimbangkan ibu bapa, jenayah kolar putih yang membingungkan pihak berkuasa. Jenayah rompak, rogol, bunuh yang menakutkan masyarakat. Keamanan dan keharmonian gagal dikecapi.


Semuanya berpunca daripada "buta agama". Pengajian ilmu agama tidak mendapat sambutan sementara ilmuan Islam yang pakar pula dimatikan oleh ALLAH seorang demi seorang. Inilah yang dimaksudkan ilmu yang diangkat. Ini dijelaskan dalam sabda baginda bermaksud:

"Sesungguhnya ALLAH tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari dada ilmuan. Tetapi Dia mengangkat ilmu dengan mematikan ulama

Justeru itulah pentingnya kita semua generasi guru pelatih khususnya dan sekalian mahasiswa umumnya mengasah minda kita dengan pelbagai skop keilmuan..dengan demikian kita akan menjadi lampu bagi ummah ini…

p/s:tak dapat nak tulis post panjang…coz sedang bersiap untuk bantu sepupu yang nak kawin hari ini..

1 comment:

  1. kehilangan seorang mujtahid serta mujahid ISLAM ini sukar utk ditukar ganti..semoga rohnya tergolong dlm golongan mukmin dan dikurniakan syurga yg hakiki..amin (^_^)

    ReplyDelete