Wednesday, December 9, 2009

MANUSIA ANTARA 2 POHON..KHULDI VS THUBBA’..RENUNGAN BUAT KHALIFAH

STARTER : PERUBAHAN DUNIA SUNNATULLAH YANG PENUH WARNA


Saban hari sewaktu membuka mata,kita akan dapati bahawa dunia sentiasa berubah..aku senang sekali dengan fenomena yang aku anggap sebagai nikmat ini..saban hari langit berubah wajah..cukup damai..alangkah indahnya dunia hasil perubahan yang wujud ini..menghasilkan variasi yang tak menjemukan diri..begitu juga dengan diri kita..perubahan ke arah yang lebih baik adalah dituntut..malah itu merupakan satu sikap terpuji.Perubahan adalah hijrah..dan hijrah adalah wasilah menuju kepada kesempurnaan iman dan takwa..

he3..kite msti buat prubahan. (^_^)

MANUSIA ANTARA 2 POHON..KHULDI DAN THUBBA’

Aku cukup tertarik dengan satu untaian kata-kata hikmah daripada ulama kontemporer yang sangat aku kagumi yang telah dipetik oleh pemilik blog http://khalifah105.blogspot.com/ (yang sgt aku senang dengannya) y berbunyi:

"Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya..." (Yusuf al-Qardawi)

Sekali baca kata-kata itu , aku mengaku yang aku tak berapa faham..namun setelah berulang ulang kali menelitinya..aku mula dapat menangkap hikmah pengajaran yang terkandung disebaliknya..(mm..tak pasti khalifah105 faham macam mane..mungkin lebih mendalam lagi..insyALLAH)

Ya..aku setuju dengan syeikh Yusuf,sepertimana yang diucapkan oleh syeikh badiuzzaman dalam untaian risalahnya yang bercahaya..usia dan kehidupan seharian manusia ini dipengaruhi oleh 2 unsur yang saling tarik menarik dan mempengaruhi manusia .Unsur ini dianalogikan sebagai 2 pohon yang masing-masing setiap satunya melambangkan kesengsaraan (KHULDI) manakala yang satu lagi menggambarkan kebahagiaan (THUBBA’)..

POKOK PERTAMA :KHULDI..ANTARA TAFSIR MA’THUR..RA’YI DAN ISYARI


Menyoroti sejarah khazanah keilmuan islam melalui ilmu hadis dan sirah para anbiya..kita akan dapati bahawa turunnya nabi Adam as dan isteri baginda siti Hawa ke alam dunia ini adalah akibat daripada kekhilafan nabi adam memakan buah khuldi.. Peristiwa ini ada dinukilkan dalam al quran surah al a’raf ayat 20 yang bermaksud:

فَوَسْوَسَ لَهُمَا ٱلشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْءَاتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلاَّ أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ ٱلْخَالِدِينَ

Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:

"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)".

Selama ini pohon Khuldi hanya ditafsir secara literal sebagai sebuah pohon larangan, Aku rujuk dalam kitab tafsir jami’ bayan imam tabari , tafsir quran al azim li ibnu katsir , tafsir jami’ ahkam li imam qurtubi,tafsir anwarut tanzil lil baidhawi ..tiada satupun yang menisbahkan perkataan syajarah (pokok ) dalam ayat itu sebagai pokok yang dijuluki dengan nama khuldi kecuali dalam tafsir fathul qadir lil imam syauqani ada dikaitkan ayat ini dengan ayat 120 surah thaha yang berbunyi:

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ ٱلشَّيْطَانُ قَالَ يٰآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ ٱلْخُلْدِ وَمُلْكٍ لاَّ يَبْلَىٰ

Namun aku tertarik dengan tafsiran Prof. Dr. Mahmood Zuhdi dalam http://the63s.blogspot.com/2009/08/pokok-khuldi-ganti-hubungan-seks.html y menafsirkan pohon khuldi itu sebagai seks (baca sebagai dorongan nafsu). SEBAGAIMANA ternyata, tidak ada keterangan secara langsung sama ada dari al-Quran atau al-Sunah tentang 'pokok khuldi' itu. Kerana itu ia terdedah kepada tafsiran ijtihad.

Bahkan dalam al-Quran sendiri , selain dalam ayat-ayat berkenaan, perkataan syajarah atau seumpamanya disebut sebanyak 20 kali. Dan dalam jumlah itu, bukan semua perkataan berkenaan digunakan dalam pengertian yang hakiki.

Antara contoh penggunaan tidak hakiki bagi perkataan berkenaan ialah Syajarah al-zakum meskipun ia diterjemahkan dengan berbagai-bagai jenis pokok tetapi ternyata konsepnya lebih bersifat majazi.

Jika difikir dari satu sudut..sememangnya al-quran turut terdedah kepada penafsiran secara ra’yi..dan penafsiran pokok khuldi sebagai tarikan syahwat dan nafsu manusia agak relevan..

Pokok Khuldi adalah lambang keinginan manusia…Satu hal yang boleh dihubungkan dengan andaian berkenaan ialah persoalan khulud atau 'kekal'. Dalam ayat-ayat 20 surah al-A'raf dan 120 surah Taha, ada ditonjolkan soal ini.

Ayat-ayat berkenaan menceritakan bagaimana iblis menggunakan isu khulud atau kekal sebagai satu daya penarik.


Dalam surah Taha pula Allah berfirman, menceritakan: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, Aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"

Mengulas ayat 20 surah al-A'raf al-Qurtubi menyebut satu pendapat ulama, Adam inginkan khulud atau kekekalan kerana dia tahu para malaikat tidak akan mati sehinggalah hari kiamat.

Syed Qutb pula mengulas isu yang ditimbulkan oleh syaitan ialah "melepaskan diri dari ikatan tubuh seperti malaikat serta bersifat kekal atau khulud". Namun beliau lebih tertarik dengan bacaan Ibnu Abbas iaitu Mulkin.

Kata beliau bacaan ini sesuai dengan apa yang terdapat dalam ayat 120 surah Taha. Berasaskan bacaan ini Syed Qutb mentafsirkan, "Pujukan itu berasaskan kepada kuasa dan umur yang kekal berpanjangan iaitu dua nafsu yang paling kuat dalam diri manusia". Beliau kemudiannya menghubungkan nafsu-nafsu ini dengan seks.

Kata beliau: "Nafsu seks itu sendiri ialah satu jalan ke arah merealisasikan nafsu khulud dengan cara melahirkan keturunan dari generasi ke generasi".

Agak jelas sama ada dari aspek plot mahupun gaya, ada tanda-tanda menunjukkan, yang disebut sebagai pokok terlarang dalam ayat-ayat berkenaan ialah seks. Dan atas dorongan untuk kekal hidup di dalam syurga, sebagaimana yang diperdayakan oleh syaitan kepada mereka, Adam dan Hawa melakukan hubungan jenis itu sekali gus melupai larangan Tuhan.Semua ini ada hubung kaitnya dengan perancangan Allah untuk menghantar manusia ke bumi sebagai unsur yang membangunkannya.

Cuma yang menjadi persoalannya, tidak ada mufassirin (setakat yang diketahui) yang berpendapat begitu. Paling hampir ialah zilal, tetapi tidak tegas dan terlalu umum.

Namun dalam masa yang sama aku tertarik juga dengan sanggahan yang dimuatkan dalam ruangan forum al fikrah

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=131752.html yang menolak penafsiran ayat tersebut secara ditakwilkan sedemikian.Hujahnya berbunyi:

“Satu lagi, hal2 yg kita tidak dapat lihat adalah hal2 yg ghaib dan kita hanya tahu seperti mana yg Allah beritahu dan apa yg Nabi saw beritahu.Kita patut tauqifiyyah (berhenti) pada cuma yg diberitahu. Apa yg diberitahu oleh Allah swt dlm Al-Quran dan apa yg Nabi saw sebut dlm hadis yg sahih kita terima dan tidak perlu ditakwil dan ditafsir.Dlm hal ghaib dan akidah, kita terima sekadar yg Allah swt dan rasulNya beritahu.

Marilah kita kembali kepada penafsiran para sahabat dalam menafsirkan semua penafsiran ayat Al-Quran.Dalam tafsir telah jelas diterangkan tentang pokok ini secara hakiki.Tidak perlu utk kita membuat penafsiran sendiri dengan memadan2 kan ia dengan ayat2 lain atau hadis2 nabi saw yg lain yg hanya dipadankan dengan penafsiran hawa nafsu dan akal.ana quote penafsiran dari tafsir Ibnu Kathir tentang ayat Al-A'raf ayat 19 dan 20:

"Allah swt menyebutkan bahawa Dia membolehkan kepada Adam dan isterinya, Hawa', utk makan dari semua buah buahan syurga kecuali satu pohon sahaja. Pembicaraan tentang hal ini telah dinyatakan disurah Al-Baqarah (ayat 35), Ketika itu syaitan sgt dengki kepada keduanya dan berusaha utk melakukan tipu daya, dan was2 dan tipu daya, utk merampas dari kedua nya segala kenikmatan dan pakaian indah yg mereka berdua peroleh" (Sahih Tafsir Ibnu Kathir, Pustaka Ibnu Kathir, Jilid ke-3)

Penafsiran dlm tafsir Ibnu Kathir yg kita telah sama2 sepakat ia tafsiran yg diterima, menafsirkan pokok itu sebagai pokok, bukan seks dan selain nya.marilah kita kembali kepada penafsiran sahabat dlm menafsirkan ayat2 Al-Quran dan hadis2 nabi saw yg sahih.Moga Allah tunjukkan kita jalan yg benar.

PENCERAHAN IBRAH DI SEBALIK KISAH NABI ADAM DAN PENYEBUTAN POHON KHULDI

Mari kita analisis kisah ini dengan mata hati..bukan sekadar melalui akal semata mata..kita tinggalkan dahulu persoalan dari mana asal perkataan khuldi itu dan juga saiz serta bentuk pohonnya..serta kita tinggalkan dahulu adakah perkataan pohon dalam ayat itu merujuk kepada maksud hakikat pohon ataupun sekadar metafora perlambangan semata mata..tetapi mari kita soroti ibrah (pengajaran yang terkandung disebalik kisah itu..

Persoalan pertama..kenapa daripada banyak pohon syurga..Allah SWT hanya larang makan buah khuldi sahaja..? bukan sahaja makan..mendekatinya sahaj sudah tidak boleh?

Thahir bin asyur dalam tafsirnya (dinukilkan oleh quraish syihab dalam tafsir al misbah jilid 5 ms 41) menyatakan bahawa larangan mendekati satu pohon ini sahaja berbanding sekian banyak pohon lain yang dibolehkan oleh Allah adalah boleh jadi merupakan satu bentuk unjian dan mengandungi isyarat kepada persiapan manusia untuk memikul tugas..dan tanggungjawab sebagai KHALIFAH ..dengan jalan membentung keinginannya..Malah larangan yang khusus pada satu pohon ini juga mengandungi isyarat kepada sedikitnya larangan Allah SWT jika dibandingkan dengan perkara yang dibolehkanNya..

Pendapat ini senada dengan pendapat imam qusyairi (salah seorang ulama tafsir sufi ) dalam tafsirnya lathaiful isyarat bahawa ayat 120 surah thaha dan ayat 19 surah al a’raf adalah menceritakan kepada manusia tentang wujudnya arus tarik menarik antara hak dan batil..ajakan kepada kebaikan dan godaan kepada kemungkaran..daripada syaitan jenis jin dan manusia (imam menyatakan bahawa syaitan manusia lebih sukar untuk dihindari..nauzubillah) serta keberadaan nabi adam as di syurga hanyalah sebagai ujian semata mata kepada baginda kerana baginda adalah makhluk yang diciptakan untuk menjadi KHALIFAH di dunia..

Jadi..pokok khuldi di sini adalah lambang ajakan dari syaitan dan nafsu yang mendorong manusia ke arah kejahatan..

P/s:teringat aku dengan pengalaman bersama adik kesayangan aku dgr ceramah tafsir tn guru hj Hadi di Rusila..beliau ada nyatakan satu kaedah usul tafsir iaitu al ibrah bi umumil lafzi wala bi khususil asbab..y bermaksud pengajaran itu adalah berdasarkan kepada umumnya lafaz dan bukan terhad kepada sebab yang khusus.

POKOK KEDUA : POKOK THUBBA’ YANG MENAUNGI JANNAH


Rasulullah SAW bersabda;

“Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali dianggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah (Thuba ) orang-orang asing itu (ghuraba).”

(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Apa yang aku nak sentuh di sini ialah tentang kalimah thubba ni..thubba boleh diterjemahkan sebagai beruntung , ia juga dikatakan sebagai nama syurga dalam bahasa habsyah..(rujuk tafsir tabari)..namun ia juga adalah merupakan nama bagi sebatang pokok di syurga yang mana daripadanya penduduk syurga mendapat pakaian..(rujuk hadis abu said al khudri dalam tafsir tabari dan tafsir ibnu katsir)..ia adalah sebatang pohon yang mana semua pohon-pohon dalam syurga berasal (athar dari ya’qub bin hausyab dalam tafsir tabari ) dan lebarnya sepanjang seratus tahun perjalanan..(hadis riwayat imam bukhari dan muslim)

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu’tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: “Thuba lahum wa husna ma ab.”

Thuba ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.”

Hayatilah hadis imam ahmad ini baik-baik..

وقال الإمام أحمد: حدثنا حسن بن موسى، سمعت عبد الله بن لهيعة، حدثنا دراج أبو السمح: أن أبا الهيثم حدثه عن أبي سعيد الخدري، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أن رجلاً قال: يا رسول الله طوبى لمن رآك وآمن بك، قال: " طوبى لمن رآني وآمن بي، وطوبى ثم طوبى ثم طوبى لمن آمن بي ولم يرني " قال له رجل: وما طوبى؟ قال: " شجرة في الجنة مسيرتها مائة عام، ثياب أهل الجنة تخرج من أكمامها "

Imam ahmad ada meriwayatkan sebuah hadis bahawa seorang lelaki datang menghadap baginda rasulullah SAW dan berkata “wahai rasulullah..beruntunglah (thuba) bagi org yang melihatmu dan beriman kepadamu..maka baginda SAW menjawab “beruntunglah (thuba ) bagi orang yang melihatku dan beriman kepadaku dan thuba (baginda ulang sebanyak 3 kali) kepada orang yang tidak melihatku tetapi beriman kepadaku..dan lelaki itu kehairanan lalu bertanya “apakah thuba itu ya rasulullah?” maka baginda menjawab “thuba adalah sebatang pokok dari syurga dan lebarnya seratus tahun perjalanan dan pakaian ahli syurga keluar dari ranting-rantingnya.”

GANJARAN THUBBA NATIJAH BAGI IMAN DAN TAQWA..

Dalam kegencaran syaitan dan nafsu mengheret manusia ke lembah kebinasaan..terdapat satu lagi daya tarik yang mempengaruhi hidup manusia selaku sang khalifah di muka bumi..iaitu ajakan iman dan anjuran taqwa yang sentiasa mendorong manusia kearah kebaikan dan kemaslahatan..


Inilah pokok kedua yang mempengaruhi secara langsung kehidupan manusia..iaitu pokok thuba..yang mana bagi sesiapa yang termotivasi dengan pendekatan targhib dan tarhib ini maka pasti akan mentransformasikan diri menjadi manusia y rabbani lagi muttaqin..Terjemahan bagi hadis imam ahmad adalah hadis ghuraba dan cirri cirri ghuraba menurut ulama hadis ialah seperti berikut:

Dalam riwayat Imam Baihaqy dan Imam Tirmidzi yang lain, maksud ghuraba adalah “Orang-orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan mengajarkannya kepada manusia.”

Dalam riwayat Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Ibnu Mas’ud r.a, maksud ghuraba adalah An Nuzza’ minal Qaba-il (Orang-orang yang memutuskan diri dari golongannya). Maksudnya tidak fanatik dengan golongannya.

Dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Thabrani, maksud ghuraba adalah“Manusia soleh yang sedikit di antara manusia yang banyak. Orang yang menentang mereka lebih banyak di banding yang mentaati mereka.”

KALIMAH YANG BAIK IBARAT POKOK YANG BAIK


Perumpamaan Aqidah untuk difahami ialah seperti yang digambarkan oleh Allah swt dalam Al-Qur’an :

“Perumpamaan Allah kepada kalimah yang baik ialah seperti pokok yang baik dan asalnya (akarnya) teguh dan cabangnya menjulang ke langit , menghasilkan buah dengan izin tuhan-Nya dan demikianlah perumpamaan Allah kepada manusia semoga mereka beroleh peringatan” (Ibrahim : 25).

كلمة طيبة - ( Kalimah yang baik )

Disebut oleh Ibn Katsir ra melalui riwayat yang dibawa oleh Ali ibn Abi Thalhah bahawa ianya ditafsirkan oleh Ibn Abbas ra sebagai “ Kalimah Syahadah” iaitu kalimah tauhid. Secara keseluruhannya ianya dimaksudkan perkara-perkara aqidah yang menjadi I’tiqad dan pegangan.

Manakala ayat

كشجرة طيبة – (Pokok yang baik)

Ditafsirkan sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman seperti yang diriwayatkan dari Ibn Umar ra dengan katanya : “ Diberitahukan kepada aku bahawa sesungguhnya orang yang beriman itu diibaratkan sebatang pokok” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 72 dan Muslim no. 2861).


Manakala ayat

أصلها ثابت – (Asalnya & Akarnya kukuh)

Sebagai membawa maksud aqidah yang benar itu ialah yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman dan keadaannya itu ialah kukuh, teguh dan tetap tanpa ragu dan goncang dan bagaimanakah hal ini mampu tercapai pada aqidah taqlid dan ikutan buta ? Maka jelaslah aqidah yang sahih itu ialah yang terhasil dari ilmu dan pegangan yang kukuh dari sumber yang juga yakin dan teguh iaitu kitab dan sunnah.

Dari kekukuhan dan keteguhannya aqidah itu akan menghasilkan buah dan amal yang baik seperti maksud ayat berikut :

و فرعها في السمآ ء توتى أكلها كل حين بأذن ربها - (Dan Cabangnya menjulang ke langit menghasilkan buah pada setiap waktu dengan izin tuhannya)

Iaitu cabangnya menuju ke langit mengeluarkan buah-buah dengan izin Allah iaitu sebagai membawa maksud hasil amalan soleh yang dilakukan dimisalkan seperti buah hasil dari pokok yang baik yang disepertikan kepada orang yang beriman yang memiliki akar iaitu asas aqidah yang kukuh teguh yang akan mengangkat amalan baik itu tadi ke langit untuk diterima oleh Allah swt.

Membawa hujah bahawa jika akar itu buruk atau rosak iaitu aqidah itu bukanlah aqidah yang sahih sebaliknya rosak, aqidah bathil maka akan menjadikan pokok itu juga rosak sekaligus amalan itu tidak akan sampai diterima dan akan ditolak.

Cabang dalam ayat ini juga bermaksud penujuan matlamat dari amalan soleh itu semuanya menuju kepada Allah di langit dan terhasilnya demikian itu melalui wujudnya aqidah yang sahih yang kukuh dan benar. Demikianlah tafsir Imam Ibn Katsir ra yang diriwayatkan dari Said ibn Jubair ra (lihat Mukhtasar Ibn Katsir ra 375 Jilid 2).

INTIHA : MEMAKNAI AL QURAN DENGAN MATA HATI..BUKAN SEKADAR SOROTAN AKAL

Begitulah al quran..ia perlu difahami dari kedua-dua persepsi sekaligus iaitu persepsi AKAL dan persepsi HATI..barulah keindahan kisahnya dan kedalaman maknanya dapat diterokai..Al-quran ibarat berlian,setiap sisinya memantulkan cahaya yang berbeza..sekiranya kita hanya melihatnya dengan pandangan akal..apa yang dapat kita gali hanya zahir semata-mata..namun sekiranya kita melihatnya dengan pandangan hati..nescaya mutiara hikmah yang akan kita temui tidak ternilai harganya..

Pilihlah antara pengaruh pokok khuldi ataupun motivasi pokok thubba..



Sekiranya memilih pokok khuldi maka binasalah diri..namun jika pokok thubba yang menjadi dambaan..insaAllah..selamanya tidak akan rugi..sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana..


2 comments:

  1. Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai akidah bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

    ReplyDelete